Monthly Archives: November 2013

Meraikan Mempelai di Rawang Bersama The Junx

Majlis Persandingan Zahriman Izani Bin Ahmad Nazri dan Nor Syaza Bt Abu Bakari

Tarikh : 23/11/2013

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Dewan MPS Batu 16, Kg Melayu, Batu 16

Bandar: Rawang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (DJ – PA Sistem – Karaoke)

Catatan:

  1. Pada hari ini, The Junx diamanahkan untuk mengendalikan majlis Syaza dan Zahriman di Kampung Batu 16 di mana lokasi majlis kali ini berdekatan dengan HQ The Junx iaitu Rawang.
  2. Majlis resepsi ini bertemakan hijau pucuk pisang dan putih.
  3. Lagu pilihan pasangan pengantin adalah lagu-lagu kerohanian diselang-selikan dengan lagu perkahwinan Melayu.
  4. Kemuncak majlis ialah semasa upacara merenjis di mana majlis dimeriahkan dengan paluan rebana bertenaga dan sangat tersusun oleh Perkumpulan Rebana Sinar Harapan Kampung Batu 16 yang dipimpin oleh saudara Hamali Hassan.
  5. Saudara Hamali adalah anggota kumpulan Handy Black dan masih bergiat cergas dalam aktiviti kesenian dan juga menguruskan studio jamming di Rawang.
  6. Makanan pada hari ini disediakan oleh Khatijah Catering yang juga berpusat di Kampung Batu 16, Rawang.

Ulasan Dewan :

  1. Dewan yang sederhana luas bersaiz sebuah gelanggang badminton.
  2. Tiada penghawa dingin. Kipas dinding disediakan.
  3. Setiap majlis di sini kebiasaannya akan menambah khemah tetamu di hadapan dewan bagi menambah kapasiti meja.
  4. Papan tanda pandu arah ke dewan perlu lebih jelas memandangkan ianya terletak di belakang lot-lot kedai.
  5. Berdekatan Tesco dan juga restoran Ali Food Corner!
  6. Untuk mendapatkan harga sewa yang menarik, boleh berhubung dengan penyelia di dewan tersebut atau terus ke Majlis Perbandaran Selayang.

Foto Majlis:
tajuk utama duet ashraf makan ammar dan haikal iwan suara saloma merenjis kumpulan rebana sinar harapan hamali handy black usahawan muda berjaya perancangan strategi

Foto Makan Petang The Junx :

roti arab  burger special restoran ali food corner rawang

Dua Sahabat Bersatu.. Seorang Pengacara.. Seorang Lagi Pengantinnya..

Majlis Persandingan Muhamad Hawari bin Kamarul Zaman & Suhaila binti Mohd Isa

Tarikh : 16/11/2013 bersamaan 12 Muharram 1435 H

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Dewan Prima LJT, Aras 6, Wisma LJT, Lorong Perak

Bandar: Taman Melawati, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Official MC/Pengacara Rasmi/Pembaca Doa Pengantin

Catatan:

  1. Setiap acara atau majlis yang dikendalikan oleh The Junx pasti ada kejutan yang terjadi.
  2. Kali ini ianya berlaku kepada Saudara DJ Lative kita di mana pengantin lelaki pada majlis ini adalah rakan seasrama beliau semasa di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.
  3. Kelihatan dari jauh mata DJ Lative dan juga Saudara Hawari seperti berkaca sewaktu berjabat tangan pada saat pasangan mempelai sedang beramah mesra dengan The Junx.
  4. Majlis dimulakan dengan perarakan pengantin diiringi paluan kompang audio dan juga  pancaran lampu limpah yang tepat ditujukan kepada pengantin. Perarakan pasangan mempelai juga diselangi dengan lantunan audio Selawat oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
  5. Peristiwa seterusnya ialah di mana adinda pengantin lelaki yang ditugaskan untuk membacakan doa tidak sempat hadir pada waktunya kerana kesesakan lalu lintas. Kami menawarkan diri kepada pihak keluarga pengantin untuk membacakan doa dan mereka bersetuju.
  6. DJ Junx dan DJ Lative bersama-sama mengacarakan majlis sehingga jam 4.00 petang. Kami dibantu oleh Unit PA System Dewan yang dipimpin oleh Saudara Fadzil dan anak saudaranya Saudara Aizad.
  7. Kesemua perkhidmatan perkahwinan seperti Catering, PA System, Hiasan Dewan, Live Video Feed, Pencahayaan Dewan dan lain-lain lagi kelengkapan majlis disediakan oleh  Pengendalikan Dewan Ini iaitu Permata Wajar Sdn. Bhd ( http://dewanprimaljt.com.my). Krew-krew syarikat ini memang profesional dan juga pro-aktif. Sentiasa menepati masa dan juga membantu bila diperlukan.

Ulasan Dewan :

  1. Dewan yang luas, pencahayaan menarik dan romantis.
  2. Ada penghawa dingin.
  3. Ada layar putih di kiri dan kanan dewan.
  4. Parking sedikit sukar bagi yang pertama kali tiba di dewan ini
  5. Surau ada di tingkat 2. Tandas yang bersih di setiap tingkat.
  6. Pengendali dewan ini iaitu Permata Wajar Sdn. Bhd. menyediakan pakej-pakej penuh untuk majlis anda termasuklah PA Sistem.
  7. Pengantin perlu menyediakan pengacara majlis sahaja.
  8. Tayangan live video feed pada projector kurang memberangsangkan kerana warna video yang dipaparkan agak pudar. Harap pengantin dapat menguji dahulu pancaran projektor dengan video yang ingin dimainkan atau sampel video sendiri.
  9. Ada pancaran spotlight dan bubble blower machine. Extra class! dan sangat menarik.

Foto Majlis:

Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Letih tapi happy Suhaila dan Hawari

Bercanda Di Tepian Pantai Lumut.. Kita Bersama SGAM Treasure Hunt 2013!

Corporate Event: SGAM (SHARE/GUIDE ASSOCIATION MALAYSIA) Treasure Hunt 2013, Dinner and Prize Giving Ceremony

Tarikh : 9/11/2013

Lokasi : The Gayam @ Swiss Garden Golf Resort & Spa, Damai Laut
Bandar:  Lumut, Perak

Combo Pilihan : Combo A (PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. The Junx diberi kepercayaan mengendalikan sistem siaraya bagi majlis penyampaian hadiah Treasure Hunt SGAM 2013
  2. Aktiviti ini dikendalikan oleh Time Out Solutions, pakar di dalam menguruskan pertandingan treasure hunting menggunakan kereta.
  3. Antara sponsors gergasi bagi acara-acara SGAM adalah IBM Malaysia, Silverlake Axis Sdn. Bhd. dan Basis Bay Sdn. Bhd.
  4. Kami bergerak dari Rawang pada 9/11/2013, jam 2.00 petang dan tiba di restoran The Gayam pada jam 5.00 petang dan terus memasang peralatan siaraya.
  5. Majlis bermula jam 7.30 malam diserikan dengan lagu-lagu instrumental yang menenangkan daripada koleksi kami.
  6. Kami menyediakan set wireless microphone untuk kegunaan pengacara majlis penyampaian hadiah.
  7. Majlis diselitkan dengan upacara memotong kek hari jadi Setiausaha SGAM.
  8. Sesudah majlis penyampaian hadiah selesai, majlis diserikan dengan persembahan karaoke dari peserta-peserta treasure hunt. Sangat meriah dengan penyanyi-penyanyi yang berbakat tak kira Melayu mahupun Cina.  Memang meriah!
  9. Tepat jam 11.00 majlis bersurai dan The Junx membuat kemasan penutup ditemani oleh pengurus restoran yang bertugas pada malam itu.
  10. Selesai berkemas, kami merehatkan diri di bilik hotel hebat yang disediakan oleh pihak penganjur. SGAM memang terbaik!
  11. Keesokan harinya The Junx bersiar-siar di tepi pantai Damai Laut dan membuat rakaman foto dan juga video untuk dijadikan material blog pada masa akan datang.
  12. 10/11/2013, jam 11.00 pagi kami check-out dan tiba di Rawang pada jam 5.00 petang.
  13. Sambil memandu menuju ke Rawang, kami sempat singgah ke beberapa tempat menarik iaitu:

Foto Majlis:

sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt  sgam treasure hunt sgam treasure hunt

sgam treasure hunt

Foto Santai DJ Junx dan DJ Lative:

sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure huntsgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt sgam treasure hunt

We Are The Junx.. Your Official DJs For Today’s Wedding…

Majlis Resepsi Bersama Ahmad Firdaus Bin Ramli & Desiree Emela Khong Binti Azhary

Tarikh : 5/11/2013 bersamaan 1 Muharram 1435 H

Lokasi : Dewan Bankuet MBSA
Bandar: Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini The Junx mengacarakan majlis dalam dwi bahasa ( DJ Junx – Bahasa Melayu, DJ Lative – English). Klip video di mana kami mengendalikan majlis ini akan dimuat naik sedikit masa lagi 🙂
  2. Majlis resepsi bersama gabungan kedua-dua belah pihak pengantin.
  3. The Junx dibantu oleh Floor Manager yang sangat professional iaitu saudara Aizat Danial, sepupu kepada pengantin lelaki.
  4. Kedua-dua keluarga sangat mesra dan memberi kerjasama yang sangat baik. The Junx pulang membawa berkat berbentuk lauk pauk yang sangat lazat.
  5. Tetamu yang hadir sangat ramai daripada kedua-dua belah pengantin. Ada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
  6. Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Tan Sri Dato’ Elyas Omar turut menghadiri majlis pada hari ini.
  7. Catering : Salehah Catering (http://www.salehahcateringfc.com.my/home). Lauk sangat enak. Ada pasembor/rojak sebagai hidangan sampingan dengan kuah yang sangat SEDAP. Walaupun tetamu ramai, tetapi juadah mencukupi.
  8. Pengantin lelaki iaitu Ahmad Firdaus rupa-rupanya pernah bekerja di syarikat yang sama dengan pengantin kami Iju (Majlis Iju disini..)

Ulasan Dewan :

  1. Dewan yang luas, pencahayaan menarik dan romantis.
  2. Ada penghawa dingin.
  3. Parking basement yang agak sunyi.
  4. Surau ada di tingkat atas. Selesa sangat.
  5. Pada waktu ini penaiktarafan bangunan sedang dijalankan, mohon berhati-hati dengan bahan-bahan binaan dan serpihan batu yang bersepah-sepah di luar dewan.
  6. Skrin projektor asal dalam dewan agak kecil saiznya, mungkin perlu sewa skrin yang lebih besar untuk kepuasan penonton.

Firdaus Emela Firdaus Emela Firdaus Emela Firdaus Emela Firdaus Emela Firdaus Emela

Impian DJ Junx Dj Lative sedang menanti mover The Junx

Gembira selepas menjamu selera di Syed Bistro Dj Junx seumpama berada di Rome

Amukan Tok Gajah dan Asakan Perwira Merah Di Kepong

Majlis Menyambut Menantu : FAHMI HAFIS B ABD JALIL dan NURUL RAIFANA BT MD ROSLI

Tarikh Majlis : 3/11/2013 (sebelah lelaki)

Lokasi :  Dewan Serbaguna DBKL, Jinjang Utara

Bandar : Kepong

Pilihan : Combo A (Karaoke, Deejay, Lagu)

Catatan:

  1. Kali ini The Junx berkunjung ke Kepong, majlis yang mengetengahkan konsep 60-an.
  2. Hari ini juga perlawanan akhir Watsons Piala Malaysia 2013 akan berlangsung di Stadium Shah Alam di antara pasukan Kelantan menentang Pahang. Pengantin lelaki adalah penyokong tegar Pahang manakala pengantin perempuan adalah peminat pasukan Kelantan.
  3. Pilihan-pilihan lagu dan perhiasan perkahwinan bertemakan suasana dan kelengkapan era 60 an yang pd waktu ini sukar di dapati seperti pembungkus bunga telurnya, lagu-lagu pilihannya dan juga pelaminnya.
  4. Kami bermula jam 10.00 pagi kerana ada upacara bercukur jambul. Bacaan marhaban dan berzanji dibacakan oleh perkumpulan wanita An-Nur dari Taman Fadason.
  5. Pengantin tiba kira-kira jam 12.45 pm diiringi masuk dengan paluan kompan audio MP3 daripada The Junx dan disusuli dengan selawat audio.
  6. Sejurus selepas makan beradap dan bemesra dengan hadirin, pengantin diminta oleh rakan-rakan untuk menyanyikan lagu karaoke pilihan mereka. Kedua-duanya sangat serasi menyanyi.
  7. Majlis sangat meriah dan hidangan sangat enak.
  8. Catering : Al-barakah Catering
  9. Usman Samad, jurufoto profesional pada hari ini yang sangat mesra dan peramah. Sentiasa mengawal keadaan sambil membantu dalam mengendalikan perjalanan majlis (Recommended by The Junx) : UsmanN Photography

Ulasan Dewan:

  1. Luas kira-kira 2 gelanggang badminton. Selesa dan bersih.
  2. Tandas bersih, ada ruang solat di belakang dewan.
  3. Lokasi agak tersorok jika tidak biasa dengan kawasan Kepong.
  4. Kadar pantulan bunyi agak tinggi kerana dinding kurang kalis bunyi. Perlu penyesuaian tahap bass dan mid volume.
  5. Parking : OK di luar dewan.

fahmi dan raifana fahmi dan raifanafahmi dan raifanafahmi dan raifana fahmi dan raifana fahmi dan raifana fahmi dan raifana fahmi dan raifana fahmi dan raifana fahmi dan raifana fahmi dan raifana

The Junx di Sentul Jaya

Majlis Menyambut Menantu : SYAHRULNIZAM BIN ABD RAHIM & FARAH NOR HAFIZA BTE RUSLAN

Tarikh Majlis : 2/11/2013 (sebelah lelaki)

Lokasi : TAMAN SENTUL JAYA

Bandar : Kuala Lumpur

Pilihan : Combo B (Deejay, Lagu)

Catatan:

  1. Selepas bertugas di Batu Caves untuk majlis pengantin perempuan iaitu Farah Nor  Hafiza, kini The Junx diamanahkan untuk mengendalikan majlis pengantin lelaki pula di Sentul
  2. Kami bertugas di hadapan rumah pengantin dan kerjasama sangat baik oleh keluarga dan jiran tetangga.
  3. Hidangan ala kampung. Sangat enak tetapi kami tidak dapat info berkenaan katering.
  4. Hujan sangat lebat kira-kira jam 2.30 tetapi alhamdulillah kami sempat menutup pembesar suara dengan plastik pelindung. Alhamdulillah.
  5. Ayah pengantin perempuan tidak dapat hadir mengiring pengantin kerana urusan ke luar negara.
  6. Sempat kami bermain bola dengan anak-anak kecil di Taman ini.
  7. Hari Deepavali juga pada hari ini.
  8. Team fotografi : NSM Photography

syah dan farahsyah dan farah syah dan farah syah dan farah syah dan farah syah dan farah syah dan farah