Monthly Archives: January 2014

Majlis Korporat di Palace of The Golden Horses

Majlis Pengiktirafan Francaisi Aquanano 2014

Tarikh : 26/01/2014

Nama Syarikat : MyHomme Group (M) Resources Sdn Bhd

Lokasi : Royal Ballroom III, Hotel Palace of The Golden Horses

Bandar: Seri Kembangan, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System –  Karaoke – Deejay)

Catatan:

  1. Ini adalah kali kedua The Junx menjayakan majlis anjuran Myhomme Group.
  2. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan franciasi Aquanano, sebuah program usahawan dobi anjuran Myhomme Group.
  3. Selain dari pengiktirafan franciasi, majlis juga diadakan untuk memperkenalkan duta Aquanano iaitu Shuib Sepahtu dan isteri Siti Sarah dan mereka berdua telah menandatangani perjanjian kontrak selama setahun sebagai duta rasmi Aquanano.
  4. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyi yang mantap dari Siti Sarah yang menyampaikan 2 buah lagu iaitu, Sinaran dan Belaian Jiwa (duet bersama Shuib)
  5. Sistem pencahayaan telah disediakan oleh The Head Hunter Asia dan kami sempat bertukar-tukar idea dan pendapat berkenaan servis yang telah kami berikan.
  6. Untuk majlis ini, pihak kami telah menyediakan sistem microphone baru berjenama Shure bagi memenuhi keperluan penyanyi professional seperti Siti Sarah.
  7. Ternyata persembahan beliau sangat mantap dan mendapat tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir.
  8. Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Amran, Tuan Yuz dan Puan Mashitah, CEO Myhomme Group kerana terus memberi kepercayaan kepada kami. Sokongan mereka selama ini telah banyak membantu kami dalam menempa pengalaman untuk mengendalikan majlis korporat seperti ini.

 

Foto Majlis:

PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx
PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx PA System Kahwin The Junx

PA System di Surau Al-Hilal, Pandan Jaya

Majlis Menyambut Menantu Mohamad Yassier Alif Bin Mohamad Kamil & Maisarah Binti Samsudin

Tarikh : 18/01/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Perkarangan Surau Al-Hilal, Pandan Jaya

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (DJ – PA Sistem)

Catatan:

  1. Kami meraikan pasangan yang sama ketika di majlis pengantin perempuan di Duchess Place Kuala Lumpur.
  2. Kami memainkan lagu yang berkonsepkan islamik dan kerohanian bersesuaian dengan lokasi majlis yang dilangsungkan di perkarangan surau.
  3. Majlis juga diserikan dengan alunan muzik selawat yang turut disertai oleh tetamu bersama berselawat ke atas nabi sempema minggu sambutan Mauilidur Rasul.
  4. Cuaca sangat baik dan redup sehingga ke petang dan juadah yang disajikan oleh Faris Catering sangat enak sekali.
  5. Alhamdulillah, majlis kedua-dua kakitangan Petronas ini berjaya dikendalikan dengan baik sekali.

Foto Majlis:

 SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC

Kami Nikmati Keindahan Alam di Hulu Langat

Majlis Persandingan Nabila Farhana Bt Alizaini & Hafizuddin Hamdan

Tarikh : 12/01/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Kg Kuala Pangsun, Hulu Langat

Bandar: Hulu Langat

Combo Pilihan : Combo B (DJ – PA System)

Catatan:

  1. Majlis berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan.
  2. Majlis ini dimulakan dengan upacara marhaban dan berzanji oleh penduduk sekitar Kg Kuala Pangsun.
  3. Penduduk-penduduk di kampung ini sungguh mersa dan bergotong-royong membantu menyiapkan juadah untuk tetamu jemputan.
  4. Kejutan buat kami kerana make up artist yang digunakan oleh Nabila Farhana adalah pelanggan kami ketika majlis perkahwinan beliau. Sila lawati http://makeupbyerinlalala.blogspot.com/ sekiranya anda ingin menempah perkhidmatan solekan untuk majlis anda. Inilah dia hasil kerja kami sewaktu majlis perkahwinan beliau (klik sini)
  5. Selepas majlis selesai, kami sempat menikmati keindahan sungai dan kehijauan disekitar kawasan Hulu Langat. Sila lihat gambar-gambar di bawah.

Foto Majlis:

SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC

Foto santai di sekitar lokasi majlis:

SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC

Official MC di Duchess Place, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Majlis Persandingan Mohammad Yassier Alif Bin Mohd Kamil & Maisarah Binti Samsudin

Tarikh : 11/01/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Duchess Place, Jalan Ampang

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Official Emcee

Catatan:

  1. Pasangan pada awalnya memilih pakej Combo B (PA System & Deejay). Tetapi setelah mengetahui Duchess Place telah menyediakan keperluan audio, mereka memilih untuk memilih official emcee (Bersamping, Berbaju Melayu, Berpantun dan Madah)
  2. Pasukan Photography The Ministry of Moment adalah photographer rasmi majlis mereka.
  3. Pasangan mempelai memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan kami di majlis sebelah pengantin lelaki juga. Terima kasih kerana mempercayai kami.

Foto Majlis:

140111-32 140111-31 140111-30 SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC

Video Nikah Di Projektor Nur Aimi & Anwar

Majlis Persandingan Nur Aimi Binti Abdul Aziz + Anwar Bin Abit

Tarikh : 04/01/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Warisan Kompleks Warga Emas, Seksyen 24, Shah Alam

Bandar: Shah Alam

Combo Pilihan : Combo C (DJ – PA Sistem – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Pasangan mempelai menempah perkhidmatan kami 6 bulan sebelum majlis
  2. Mereka tiada memberikan lagu pilihan mereka dan menyerahkan kepada kami untuk memilih lagu yang bersesuaian dengan konsep majlis perkahwinan mereka.
  3. Kita perarakan masuk, mereka diiringi dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang Sg Penchala.
  4. Video nikah mereka dimainkan ketika pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab.

Foto Majlis:

SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC

PA System di Majlis Perkahwinan di Setia Alam

Majlis Pernikahan dan Resepsi Irsalina Binti Ismail & Mohd Maza Bin Mat Redzuan

Tarikh : 28/12/2013

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Setia Alam

Bandar: Shah Alam

Combo Pilihan : Combo B (DJ – PA Sistem) + Tambahan Masa (Nikah)

Catatan:

  1. Majlis dilangsungkan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Setia Alam.
  2. Majlis bermula pada jam 10:00AM dengan akad nikah.
  3. Majlis pasangan ini berkonsepkan ‘English concept’ dengan bunga-bungaan segar dihias di sekeliling meja makan beradab dan pelamin.
  4. Sebelum kami pulang, pengantin secara ‘personal’ bertemu dengan kami dan bersalaman tanda berterima kasih.
  5. Secara keseluruhannya, kami anggap majlis ini berjaya kerana inilah majlis perkahwinan pertama yang dianjurkan oleh keluarga pengantin.

Foto Majlis:

Zemanta Related Posts Thumbnail SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC

Majlis Perkahwinan di The Club, Bandar Utama

Majlis Persandingan Farah Farhanah Binti Azmy & Dr. Mohd Iyas bin Datuk Mohd Ridzwan

Tarikh : 06/12/2013

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : The Club, 1 Club Drive, Bukit Utama, Bandar Utama

Bandar: Petaling Jaya

Combo Pilihan : Combo A (DJ – PA Sistem – Karaoke)

Catatan:

  1. Majlis yang eksklusif berlangsung pada hari Jumaat malam.
  2. Pasangan mempelai telah mempunyai pengacara majlis iaitu QiyaSari Wedding Emcee dan kami hanya menyediakan perkhidmatan audio sahaja.
  3. Ketika upacara perarakan masuk, kami memasangkan lagu selawat dari Dato’ Siti Nurhaliza dan diteruskan dengan lagu Jalan Cinta – Sherina (OST Ayat-ayat cinta).
  4. Ketika upacara memotong kek, pasangan mempelai dikejutkan oleh ibubapa pengantin perempuan dengan nyanyian live (karaoke) lagu Kau Mawarku (2by2 & Siti Nurhaliza)
  5. Majlis mereka diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu VIP termasuk mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Foto Majlis:

SAMSUNG CSC SAMSUNG CSC PA System Perkahwinan The Junx PA System Perkahwinan The Junx PA System Perkahwinan The Junx PA System Perkahwinan The Junx PA System Perkahwinan The Junx

Testimonial Pelanggan The Junx PA System

Assalamualaikum WBT. Diharap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. DJ Lative juga sihat, Alhamdulillah.

Dah lama rasanya saya tak tulis di dalam blog kesayangan ini. Selalunya tugasan penulisan ini diserahkan pada DJ Junx. Kerja keras beliau selama ini telah memberikan hasil kerana kebanyakan pelanggan kami akan membaca blog ini untuk mendapatkan tips berkenaan PA System untuk perkahwinan mereka.

Kali ini saya ingin berkongsikan beberapa testimonial yang kami baru perolehi. Diharap dengan maklum balas begini, menguatkan lagi agar kami dapat memberikan yang lebih baik pada masa akan datang.

Screenshot_2014-01-15-08-46-02 Screenshots_2014-01-16-11-47-50Iliyas Dr Razali (Sg Buloh)

testimoni the junx

Nantikan post-post terbaru dari kami berkenaan dengan beberapa majlis perkahwinan yang telah kami jayakan. Stay tune! W’salam