Monthly Archives: February 2014

Surprise Buat Pengantin, Cikgu Jalal Bersama Hulubalang Jadi Tumpuan

Majlis Perkahwinan Nur Nadiah Zakaria & Rohaizam Abd Rahman

Tarikh : 16/02/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Seri Seroja, Precint 15

Bandar: Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System  – Deejay) + Doa

Catatan:

  1. Pengantin telah menempah Combo B dan inginkan servis bacaan doa pengantin dari pihak kami. Biasanya DJ Junx akan membacakan doa ini tetapi pada majlis ini kami membawakan khas Cikgu Jalaluddin Masot dari Jalal Kompang Event untuk membantu kami bagi memimpin bacaan selawat dan doa.
  2. Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai dan dewan majlis cukup cantik dengan soundproof dan lighting yang cukup hebat.
  3. Diantara yang terlibat dalam menjayakan majlis ini adalah UBE CateringGula-Gula Rhea dan Wedding Galore.
  4. Dapat dilihat diwajah pengantin, mereka sangat gembira dengan kerjasama dari keluarga dan petugas-petugas yang menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan merekan dengan jayanya.
  5. Kami telah mengambil peluang dengan memberikan mic kepada mereka berdua untuk menyampaikan ucapan diakhir majlis
  6. Buat pasangan Nadiah dan Rohaizam, kami The Junx mendoakan yang terbaik untuk anda. 🙂

Foto Majlis:

 PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya

Anggota Tentera Paskal Akhirnya Diijabkabul – Barakallah Hulakuma

Majlis Perkahwinan Rosemylia Binti Abdul Rashid & Syed Mohd Faisal Bin Syed Abdul Raji

Tarikh : 15/02/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Garing Utama

Bandar: Rawang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System –  Karaoke – Deejay)

Catatan:

  1. Majlis perkahwinan yang dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan ini dilangsungkan di kawasan lapang sebelah rumah.
  2. Penyedia makanan untuk majlis pengantin adalah dari Khatijah Katering Rawang. Sangat sedap dan enak juadahnya. DJ Junx berikan 10 bintang.
  3. Pasangan pengantin dinikahkan pada hari yang sama iaitu pada waktu pagi sebelum kami tiba ke lokasi majlis.
  4. Acara karaoke mendapat sambutan yang hebat dari saudara mara dan rakan-rakan pengantin.
  5. Majlis sangat lancar dengan dibantu oleh ahli keluarga pengantin
  6. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin dan terima kasih kepada ahli keluarga yang memberikan kerjasama yang sangat baik sewaktu tugasan kami di sini.

Foto Majlis:

PA System Rawang PA System Rawang PA System Rawang PA System Rawang PA System Rawang PA System Rawang PA System Rawang

Behringer Rangkul 3 Anugerah Produk Terbaik – Tahniah!

Perkongsian informasi kali ini agak off-topic sedikit kerana biasanya kami gunakan ruangan ini untuk kongsikan catatan mengenai majlis-majlis pelanggan kami.

Tetapi kerana gembira dengan berita mengenai jenama Behringer telah berjaya merangkul 3 anugerah produk PA system di The NAMM Show 2014, kami ingin kongsikan berita ini kepada pembaca-pembaca blog kami.

Kami adalah pengguna jenama produk ini, dari Mixer, Mic dan Speaker kami memilih Behringer kerana kualitinya sangat terbaik. Kami akan memastikan sesuatu yang terbaik diberikan juga kepada anda.

Akhir kata dari kami, kami doakan agar Behringer kekal sebagai pengeluar yang berinovasi dan terus menghasilkan produk yang terbaik.

** Selain dari Behringer, kami juga mengagumi jenama Shure dan Yamaha. 🙂

 

Syah Farah Syah Farah Syah Farah Peralatan PA System Peralatan PA System Peralatan PA System Peralatan PA System Peralatan PA System Peralatan PA System Peralatan PA SystemPeralatan PA System 

Pertemuan di Stesyen LRT Pandan, Membawa ke Jinjang Pelamin

Majlis Perkahwinan Nur Salehan Bte Yaakob & Noor Hafizie

Tarikh : 08/02/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Taman Tasik Ampang Hilir

Bandar: Ampang Hilir, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System –  Karaoke – Deejay)

Catatan:

  1. Ini adalah kali ke-3 kami bertugas di dewan ini. Dewan ini telah dinaiktaraf dengan penghawa dingin, warna dinding yang baru dan lebih selesa berbanding dahulu.
  2. Pasangan mempelai telah menempah perkhidmatan kami sejak tahun lepas pada bulan Jun 2013.
  3. Majlis berjalan lancar dengan aturcara yang diberikan oleh mereka kepada kami. Aturcara majlis perkahwinan mereka telah dirujuk dari laman web aturcaramajlis.com.
  4. Rombongan pengantin lelaki datang dari Negeri cik Siti Wan Kembang, Kelantan dan dihadiri oleh kaum keluarga yang besar.
  5. Perarakan masuk rombongan pengantin lelaki diiringi dengan alunan paluan kompang dari sistem siar raya The Junx.
  6. Lengkap dengan upacara merenjis dan makan beradap kemudian upacara memotong kek dan diakhiri dengan sessi fotografi.
  7. Majlis diserikan dengan persembahan karaoke oleh Noor Hafizie yang membawakan 3 buah lagu iaitu, Sedetik Lebih (Anuar Zain), Permata Untuk Isteri (Kopratasa) dan Hanya Aku (Hyper Act).
  8. Jelas kelihatan pasangan pengantin ceria sepanjang majlis begitu juga seluruh ahli keluarga. Kami juga turut gembira kerana majlis berjalan dengan cukup sempurna. 🙂

Foto Majlis:

 PA System Ampang HilirPA System Ampang HilirPA System Ampang HilirPA System Ampang HilirPA System Ampang HilirPA System Ampang HilirPA System Ampang HilirPA System Ampang HilirPA System Ampang Hilir

PA System di Cheras Sempena Perkahwinan Guru Muda

Majlis Perkahwinan Razheanna Binti Duana & Mohd Syahiran Bin Muhd Shamsuddin

Tarikh : 02/02/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Komuniti Taman Bukit Cheras

Bandar: Cheras, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System –  Karaoke – Deejay)

Catatan:

  1. Majlis ini berlangsung di dewan utama Pusat Komuniti Taman Bukit Cheras. Dewan yang selesa dilengkapi dengan penghawa dingin yang boleh memuatkan seramai 1000 tetamu.
  2. Pasangan pengantin telah menjemput kumpulan Nasyid Al-Uqab untuk membuat persembahan nasyid dan qasidah sepanjang majlis mereka.
  3. Perarakan masuk pengantin juga diiringi dengan selawat dan doa yang disampaikan oleh kumpulan Al-Uqab.
  4. Jamuan yang disajikan untuk tetamu disediakan oleh Mimie Samin Bridal yang berpengkalan di Kg Sungai Pencala.
  5. Pengantin lelaki merupakan seorang guru muda yang merantau jauh ke Bintulu, Sarawak. Demi mendidik anak bangsa, beliau akan berkorban meninggalkan isteri tersayang dan menjalankan perhubungan jarak jauh. 🙁
  6. Kami mendapat layanan yang sangat baik dari seluruh ahli keluarga pengantin dan kami mendoakan agar hubungan yang terbina ini akan berkekalan buat selamanya.

 

Foto Majlis:

PA System Cheras PA System Cheras PA System Cheras PA System Cheras PA System Cheras PA System Cheras PA System Cheras PA System Cheras PA System Cheras PA System Cheras