Monthly Archives: March 2014

pa system tasik keramat

Majlis Perkahwinan Zuhra & Rifqi di Taman Tasik Dato’ Keramat

Majlis Perkahwinan Zuhra Nurhayani  & Rifqi Amad

Tarikh : 30/03/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Tasik Dato’ Keramat

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System  – Deejay – Karaoke )

Catatan:

  1. Tempahan dibuat oleh Zuhra (pengantin perempuan) pada 6 Mac 2014 pada waktu malam melalui laman web kami.
  2. Majlis perkahwinan di dalam taman tasik adalah kali ke 4 pernah kami sertai. Sebelum ini di Taman Tasik Titiwangsa tetapi kali ini di Taman Tasik Dato Keramat.
  3. Majlis yang penuh istiadat Melayu sedikit campuran Minang sangat meriah dengan kehadiran sahabat dan ahli keluarga yang datang dari Jakarta dan Medan Indonesia.
  4. Keluarga pengantin lelaki diarak masuk dengan paluan kompang dari Pasukan Seni Gendang Warisan yang dipimpin oleh Encik Hashim.
  5. Majlis diserikan lagi dengan upacara bersanding, dan secara tiba-tiba terdapat permintaan dari ahli keluarga yang ingin bersilat dihadapan pengantin. Mujur kami memiliki muzik instrumental Gendang Silat Kedah dan kami mainkan muzik ini ketika upacara persembahan silat berlangsung. 🙂
  6. Majlis juga diserikan dengan upacara Bersalam Restu dan Merenjis.
  7. Masakan dan sajian makanan disediakan sendiri oleh ahli keluarga secara bergotong royong dan makanannya sangat unik dan lazat.
  8. Majlis juga disurprisekan lagi dengan sambutan memotong kek hari jadi anak-anak buah Zuhra. Mujur juga kami memiliki koleksi lagu sambutan hari jadi, Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday To You. Kami mainkan kedua-dua lagu ini dan tetamu bersama-sama menyanyikan lagu ini untuk birthday boy dan girls pada waktu itu.
  9. Majlis diserikan lagi dengan sessi karaoke yang disertai oleh ahli keluarga dan tetamu. Memang sangat sporting ahli keluarga Zuhra.
  10. Kami ucapkan tahniah dan terima kasih kerana ruang dan peluang yang diberikan oleh Zuhra kepada kami dalam menjayakan majlis anda.

Foto Majlis:

pa system tasik keramat pa system tasik keramat pa system tasik keramat pa system tasik keramat pa system tasik keramat pa system tasik keramat pa system tasik keramat pa system tasik keramat pa system tasik keramat pa system tasik keramat

PA System di Putrajaya, Majlis Meriah

Majlis Perkahwinan Nor Hasnida & Aizat Fitri

Tarikh : 23/03/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Komuniti Precint 8

Bandar: Putrajaya

Combo Pilihan : Combo C (PA System  – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Nor Hasnida bertugas di Gamuda Malaysia telah melakukan tempahan 3 bulan sebelum majlis.
  2. Pada permulaannya beliau menempah kami untuk majlis di syarikat beliau bertugas.
  3. Emcee rasmi telah disediakan oleh pasangan pengantin. Kami hanya menyediakan peralatan PA System dan projector.
  4. Pasangan raja sehari ini memaparkan photo slideshow dan video pernikahan mereka dan ianya menjadi tontonan para tetamu yang memberikan perhatian penuh sepanjang tayangan berlangsung.
  5. Sajian jamuan untuk tetamu telah disediakan oleh Nurul Izzah Catering dan kami berikan 10 bintang untuk catering yang sangat enak ini.
  6. Buat pasangan Hasnida dan Aizat, kami ucapkan terima kasih di atas layanan yang sangat baik kepada kami.

Foto Majlis:

PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya PA System Putrajaya

PA System Dewan Guthrie

Tahniah, Dapat Dua Menantu Serentak

Majlis Perkahwinan Dina Karhani & Nazmi Bersama Ibnu Wafa & Maziyah

Tarikh : 22/03/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan & Lelaki

Lokasi : Dewan Guthrie, Bukit Jelutong

Bandar: Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System  – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Dina dan Ibnu Wafa adalah adik beradik yang bersepakat untuk mengadakan majlis mereka secara serentak.
  2. Majlis sangat meriah dengan dihadiri ramai tetamu yang terdiri dari rakan-rakan pengantin.
  3. Kami telah mengendalikan majlis ini dengan menggunakan skrip dan pantun-pantun yang telah kami olah bersesuaian dengan majlis mereka.
  4. Dewan Guthrie yang digunakan untuk majlis ini terhias cantik dan boleh memuatkan kira-kira 1000 orang dalam satu masa. Permaidani, langsir dan penghawa dingin menambahkan lagi keselesaan para jemputan.
  5. Majlis diserikan dengan majlis bersalam restu dan bacaan doa.
  6. Tetamu telah dijamu dengan hidangan dari Camar Catering dan Canopy. Selain daripada itu Ibnu Wafa juga telah membawakan perkhidmatan Wafi Soft Ice Cream bersama untuk dijamu oleh tetamu.
  7. Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan sempurna dan kami doakan kepada kedua-dua pasangan pengantin ini akan menemui kebahagian di dunia dan di akhirat

Foto Majlis:
PA System Dewan Guthrie PA System Dewan Guthrie PA System Dewan Guthrie PA System Dewan Guthrie PA System Dewan Guthrie PA System Dewan Guthrie

Majlis Perkahwinan di Pusat Komuniti Bukit Damansara

Majlis Perkahwinan Amran Ahmad & Intan Mazzura 

Tarikh : 28/02/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Pusat Komuniti Bukit Damansara

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System  – Deejay) + Selawat + Pengacara Majlis Rasmi

Catatan:

  1. Majlis berlangsung pada malam hari dengan kehadiran tetamu yang sangat memberangsangkan.
  2. Dewan yang sangat selesa, berhawa dingin dan mampu memuatkan kira-kira 1500 orang dalam satu masa. Juga mempunyai kelengkapan asas yang baik seperti bilik VIP, surau, tandas dan bilik mandi.
  3. Majlis diserikan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Ghazal Rahimah Entertainment.
  4. Pihak The Junx menyediakan perkhidmatan PA System untuk pengacaraan mana kala untuk persembahan ghazal ianya disediakan oleh adik pengantin lelaki dengan equipment yang di bawa khas dari salah sebuah syarikat rakaman terkemuka.
  5. Kami telah memberikan perkhidmatan tambahan iaitu bacaan Selawat ketika pengantin tiba ke pintu masuk utama dewan.
  6. Majlis juga disulami dengan acara memotong pulut kuning dan Ayahanda serta Ibunda pengantin lelaki sempat memberikan ucapan kepada tetamu dan pengantin ketika majlis berlangsung.
  7. Ketika upacara bersalam restu, kumpulan Ghazal telah memainkan beberapa buah lagu mengiringi  upacara tersebut.
  8. Tahniah kami ucapkan kepada floor manager majlis ini iaitu saudara Hafiz Ahmad adik kepada pengantin lelaki yang telah berjaya memastikan perjalanan majlis berjalan dengan jayanya.
  9. Juadah yang disajikan juga enak dan tahniah kepada crew katering yang menyediakan makanan kepada tetamu.

Foto Majlis:

PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara SAMSUNG CSC PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara PA Sistem Pusat Komuniti Bukit Damansara