Monthly Archives: April 2014

Majlis Besar Bersama Pasangan Dari Sarawak

Majlis Perkahwinan Suhairil & Khairun Nisa Lily

Tarikh : 27/04/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dataran Sering, Ukay Perdana

Bandar: Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Suhairil atau Aril pada bulan Mac.
  2. Kami telah tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:45 pagi untuk tujuan pemasangan peralatan kami.
  3. Melalui pengamatan kami, majlis ini cukup meriah kerana ianya dijayakan bersama oleh jiran tetangga yang bergotong-royong bagi menyiapkan hidangan untuk tetamu.
  4. Juadah tambahan yang ditempah oleh keluarga pengantin adalah Hot Cakoi, Yong Tau Foo, Bubur Kacang dan Ayam Golek. Semuanya enak-enak!
  5. Sebanyak 12 buah kanopi telah digunakan dan dipasang di hadapan kediaman tuan rumah Tuan Suhaimi dan Puan Hamidah.
  6. Pasangan pengantin mengenakan pakaian yang indah berwarna ungu dan mereka telah diarak oleh pasukan kompang.
  7. Majlis dimulakan dengan sessi salam restu dan kemudian makan beradab. Sessi memotong kek perkahwinan dan sessi fotografi bersama keluarga juga meriah sekali.
  8. Tetamu-tetamu kemudiannya disajikan dengan sessi karaoke dan acara ini mendapat sambutan yang mengalakan dari pelbagai peringkat umur, dewasa dan kanak-kanak.
  9. Cuaca sepanjang majlis ini, sedikit hujan (hujan rahmat) dan redup sepanjang hari. 🙂
  10. Pasukan Rela yang hadir membantu juga memainkan peranan yang besar bagi memastikan lalu lintas di kawasan perumahan pengantin berada dalam keadaan terkawal.
  11. Kepada pasangan Aril dan Lily, kami ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427-13 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427

pa-system-charlie-edna 140426

Tempahan dari Canada oleh Pasangan Charlie Thomas dan Edna

Majlis Perkahwinan Charlie Thomas & Edna

Tarikh : 26/04/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Restoran 1919, Jalan Yap Kwan Seng

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Mr Charlie Thomas dari Canada.
  2. Beliau telah memilih kami sebagai penyedia perkhidmatan PA System dan projector majlis beliau untuk berkongsi video perkahwinan beliau bersama isteri yang telah dilangsungkan di Amerika Syarikat.
  3. Majlis resepsi telah diadakan di sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur iaitu Restoran 1919 dan dihadiri kira-kira 200 tetamu.
  4. Mr Charlie berjumpa kami kira-kira 1 jam sebelum majlis bermula dan beliau ternyata berpuas hati dengan setup yang telah dilakukan oleh kami (terima kasih juga kepada pengurus restoran 1919 kerana membantu kami)
  5. Pasangan pengantin telah berkongsikan photo slideshow, video ucapan dan video perkahwinan beliau dengan menggunakan projector dari pihak kami.
  6. Selain dari persembahan video, tetamu juga dijemput untuk berkaraoke dan mereka semuanya sporting menyertai sessi karaoke ini.
  7. Hidangan bufet yang disajikan oleh pihak restoran sangat enak dan berkonsepkan masakan Malaysia.
  8. Setelah majlis selesai kami sekali lagi mendapat pujian dari hadirin dan dari pasangan pengantin.
  9. Terima kasih Mr Charlie Thomas dan Edna, kerana memberikan kami peluang berkongsi kegembiraan anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:
pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426 pa-system-charlie-edna 140426-20 pa-system-charlie-edna 140426-21 pa-system-charlie-edna 140426-24 pa-system-charlie-edna 140426-22 pa-system-charlie-edna 140426-25 pa-system-charlie-edna 140426-5 pa-system-charlie-edna 140426-9 pa-system-charlie-edna 140426-4 pa-system-charlie-edna 140426-10 pa-system-charlie-edna 140426-13 pa-system-charlie-edna 140426-15 pa-system-charlie-edna 140426-14 pa-system-charlie-edna 140426-12 pa-system-charlie-edna 140426-19 pa-system-charlie-edna 140426-23

Bertugas di Semenyih

Majlis Perkahwinan Nurul Diyana Mokhtar & Afiq Khairuddin

Tarikh : 20/04/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Pelangi Semenyih,

Bandar: Semenyih, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System + Deejay + Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah diterima oleh kami pada 23 Januari 2014 yang telah dilakukan oleh Diyana.
  2. Majlis dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan dengan dibantu oleh ahli keluarga dan sanak saudara.
  3. Kehadiran kami ke lokasi majlis disambut mesra oleh Diyana dan ahli keluarga yang lain.
  4. Keluarga pengantin telah menyediakan sebuah kanopi khas untuk kami meletakkan keperluan dan peralatan PA System kami.
  5. Rombongan pengantin lelaki tiba ke majlis tepat jam 1:30PM dan disambut dengan paluan kompang audio dari sistem kami diselangi dengan mp3 selawat.
  6. Acara diteruskan dengan istihadat makan beradab dan memotong kek dan sessi fotografi.
  7. Doa telah disampaikan oleh Ybhg Dato Hj. Abdul Rahim Bin Abu iaitu bapa saudara pengantin perempuan.
  8. Apabila acara kemuncak selesai, majlis diteruskan dengan sessi karaoke dan kami rasa bertuah kerana ramai ahli keluarga turut serta dalam sessi ini termasuk Shawal AF5 yang sempat mendendangkan 3 buah lagu dan berduet bersama tunang beliau.
  9. Kepada Diyana dan Afiq, kami doakan anda akan terus bahagia dan selamat mengharungi kehidupan berumah tangga 🙂

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 
pa-system-karaoke-kahwin 140420 pa-system-karaoke-kahwin 140420-4 pa-system-karaoke-kahwin 140420-3 pa-system-karaoke-kahwin 140420-5 pa-system-karaoke-kahwin 140420-2 pa-system-karaoke-kahwin 140420-6 pa-system-karaoke-kahwin 140420-7 pa-system-karaoke-kahwin 140420-8 pa-system-karaoke-kahwin 140420-9 pa-system-karaoke-kahwin 140420-10 pa-system-karaoke-kahwin 140420-12 pa-system-karaoke-kahwin 140420-13 pa-system-karaoke-kahwin 140420-14 pa-system-karaoke-kahwin 140420-11 pa-system-karaoke-kahwin 140420-15

Majlis Perkahwinan di Kelantan Delights

Majlis Perkahwinan Azzah Mohd Yusoff & Normann Rashid

Tarikh : 19/04/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Restoran Kelantan Delights

Bandar: Subang Jaya, Selangor

Combo Pilihan : Pengacara Rasmi

Catatan:

  1. Tempahan dilakukan oleh Azzah dan beliau inginkan perkhidmatan pengacara rasmi dari kami.
  2. Majlis berlangsung di sebuah restoran masakan Melayu iaitu di Kelantan Delights, Subang Jaya.
  3. Restoran ini boleh menampung kira-kira 1000 tetamu pada sesuatu masa dengan tambahan kanopi yang ditempatkan di luar restoran.
  4. Suasana dalaman restoran ini sangat selesa dengan penghawa dingin yang ditempatkan disetiap sudut. Hidangan yang disajikan juga sangat enak dan lazat sekali.
  5. DJ Junx mengambil tempat sebagai emcee utama manakala DJ Lative sebagai deejay dan sesekali bergandingan dengan DJ Junx.
  6. Pengantin dan rombongan pengantin lelaki tiba ke lokasi majlis pada jam 12:45PM dan diarak oleh pasukan kompang.
  7. Kemudian pengantin duduk di pentas pelamin dan bacaan doa telah dibacakan oleh YBhg Tuan Haji Imam Abdul Rashid.
  8. Lagu-lagu yang kami mainkan sepanjang majlis ini adalah lagu-lagu kahwin dan lagu-lagu lama dari Datin Rafeah Buang, Rosiah Chik, Hetty Koes Endang atas permintaan Ayahanda pengantin iaitu Tuan Mohd Yusoff Bin Hj Abdul Wahab.
  9. Tetamu yang terdiri dari sahabat Azzah dan Normann hadir dan memeriahkan lagi majlis dan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pengantin.
  10. Jurufoto untuk majlis ini adalah dari HM Photography dan mereka juga sempat mengambil gambar kami berdua ketika mengacarakan majlis. 🙂 hehe Terima kasih.
  11. Busana yang gayakan oleh kedua-dua mempelai sangat indah dan cantek sekali dan mendapat pujian ramai tetamu yang hadir.
  12. Ternyata seluruh ahli keluarga dan pengantin sangat gembira dengan kemeriahan yang dibawakan oleh tetamu dan petugas-petugas yang menjayakan majlis ini. Kegembiraan anda adalah kejayaan buat kami.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa-system-karaoke-kahwin 140419-4 pa-system-karaoke-kahwin 140419-8 pa-system-karaoke-kahwin 140419-10 pa-system-karaoke-kahwin 140419-12 pa-system-karaoke-kahwin 140419-13 pa-system-karaoke-kahwin 140419-11 pa-system-karaoke-kahwin 140419-9 pa-system-karaoke-kahwin 140419-14 pa-system-karaoke-kahwin 140419-7 pa-system-karaoke-kahwin 140419-6 pa-system-karaoke-kahwin 140419-15 pa system kelantan delights pa-system-karaoke-kahwin 140419-16 pa system kelantan delights pa system kelantan delights pa-system-karaoke-kahwin 140419-5 pa-system-karaoke-kahwin 140419-17 pa system kelantan delights

Majlis Bertandang di Kelana Jaya

Majlis Perkahwinan Fakrul Imran & Shazreen

Tarikh : 13/04/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Universiti, Kelana Jaya

Bandar: Petaling

Combo Pilihan : Combo A (PA System  – Deejay – Karaoke )

Catatan:

  1. Tempahan dilakukan oleh penyedia katering untuk majlis ini iaitu Puan Maliza dari Manisa Catering.
  2. Majlis berlangsung meriah dengan 6 buah kanopi arabic yang diletakkan dihadapan kediaman Prof. Dr Mohamed dan Puan Siti Zainab iaitu ayahanda dan bonda pengantin lelaki.
  3. Warna tema ahli keluarga pengantin lelaki adalah hijau dan seluruh ahli pengantin mengenakan pakaian (baju kurung dan baju melayu) mengikut warna tema.
  4. Hidangan yang disajikan oleh Manisa Catering sangat enak sekali dan kakitangannya sangat cekap mengendalikan majlis.
  5. Jurufoto yang berkhidmat untuk majlis ini adalah dari SweetPhotography.
  6. Rombongan pengantin perempuan tiba ke lokasi majlis tepat jam 1PM dan mereka disambut dengan paluan kompang dan lagu selawat dari sistem audio kami.
  7. Bacaan doa disampaikan oleh bapa saudara pengantin lelaki yang di bawa khas dari negeri kelahiran ayahanda bonda pengantin lelaki iaitu Kelantan.
  8. YB Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II juga hadir sebagai tetamu kehormat majlis ini.
  9. Cuaca ketika majlis ini berlangsung redup dan kelihatan para tetamu dan pengantin sangat selesa.
  10. Kelihatan seluruh tetamu dan ahli keluarga sangat gembira sekali sepanjang majlis dan kami doakan agar pasangan mempelai Imran dan Shazreen bahagia bersama, selamanya.

Foto Majlis: 

PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya PA System Kelana Jaya