Monthly Archives: May 2014

Majlis Perkahwinan Di Dewan Dahlia, Shah Alam

Majlis Perkahwinan Nur Farahin & Ahmad Hazury

Tarikh: 25/05/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Dahlia, Seksyen 24

Bandar: Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo D (PA System – Deejay –  Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh kedua-dua mempelai yang datang ke Selayang bertemu dengan kami di Restoran Bidayah kira-kira 4 bulan sebelum majlis.
  2. Pasangan pengantin berhajat untuk berkongsikan video nikah mereka dengan tetamu majlis mereka nanti dan mereka bersetuju untuk menggunakan 2 buah projector dan memilih Combo D kami.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis di Dewan Dahlia di Seksyen 24 Shah Alam kira-kira jam 9:15AM dan melakukan sedikit pemerhatian berkenaan dengan layout dewan dan susun atur projector dan speaker.
  4. Dewan ini boleh dikategorikan sebagai sederhana besar dengan keluasan 3 gelanggang badminton.
  5. Kami selesai pemasangan peralatan kami kira-kira jam 10:45AM dan terus menjalankan tugas.
  6. Rombongan pengantin tiba ke dewan pada jam 1:40PM dan kami memainkan kompang dari sistem audio kami dan diselangi lagu selawat dari Dato’ Siti Nurhaliza.
  7. Pengantin terus naik bersanding di pentas pelamin dan majlis diteruskan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Ishak.
  8. Kemudian majlis diteruskan dengan sessi taaruf, salam restu dan adat merenjis. Sessi ini sungguh meriah dan disertai oleh ayahanda bonda kedua-dua pengantin, ibu dan bapa-bapa saudara pengantin serta ‘boss’ mereka :).
  9. Selepas itu, upacara makan beradab berlangsung dan diselangi dengan sessi tontonan video nikah mereka. Semua tetamu memberikan tumpuan kepada layar putih untuk menonton upacara akad nikah yang telah berlangsung sehari sebelum majlis ini.
  10. Setelah selesai upacara makan beradab, majlis diteruskan dengan sessi fotografi dan kami memulakan sessi karaoke yang sangat mendapat sambutan. Terima kasih kepada rakan-rakan pengantin yang sangat sporting memilih dan menyanyi memeriahkan majlis.
  11. Kepada Nur Farahin dan Ahmad Hazury, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami dan kepuasan anda terhadap perkhidmatan kami memberikan kami lebih semangat untuk maju dalam perkhidmatan siar raya perkahwinan

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia pa system dewan dahlia

LIVE UPDATE: Majlis Perkahwinan Di Dewan Komuniti Sentul Perdana

Majlis Perkahwinan Nor Diana & Mohd Rizal

Tarikh: 11/05/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Komuniti Sentul Perdana

Bandar: Sentul, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. 09:45AM – Kami telah tiba ke lokasi majlis dan  DJ Junx telah bertemu dengan Ayahanda pengantin perempuan iaitu Encik Abdul Aziz.
  2. 10:00AM – Proses pemasangan peralatan PA System bermula.
  3. 10:30AM – Bertemu dengan Kak Azlina iaitu kakak kepada pengantin perempuan untuk perbincangan aturcara dan perbincangan berkenaan perjalanan majlis.
  4. 10:45AM – Selesai pemasangan dan sound check.
  5. 10:50AM – Ketibaan pasukan marhaban dan berzanji dengan pakaian berwarna hijau dan kami juga telah menukar persalinan kami.
  6. 11:30AM – Persembahan marhaban masih berlangsung, pasukan katering juga telah bersiap sedia dengan jamuan makan.
  7. 12:00PM – Persembahan marhaban telah selesai dan jamuan makan telah bermula. Katering pada hari ini disajikan oleh Nurin’s Katering yang berpangkalan di Puncak Alam, Selangor.
  8. 12:30PM – Tetamu masih menanti ketibaan pengantin yang dijangka akan tiba pada jam 12:40PM, kami sedang memainkan lagu Sayang Di Sayang dari Datin Rafeah Buang.
  9. 12:47PM – Sedang menanti pasukan kompang tiba ke lokasi. Pasukan silat telah bersedia dan pengantin juga telah bersiap sedia untuk perarakan masuk ke Dewan perkahwinan.
  10. 01:00PM – Majlis perarakan masuk diteruskan dengan paluan kompang dari sistem audio kami kerana pasukan kompang terkandas dalam perjalanan dan seterusnya bacaan selawat disampaikan oleh Saudara Fazli.
  11. 01:15PM – Majlis persandingan bermula dan bacaan doa telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Roslan.
  12. 01:20PM – Persembahan silat berlangsung yang disembahkan oleh Pasukan Silat Sendeng Malaysia.
  13. 01:30PM – Sessi salam restu bermula dengan didahului oleh Ayahanda dan Bonda pengantin perempuan iaitu YBhg Tuan Abdul Aziz dan Puan Zunaidah. Ibuanda pengantin lelaki juga Puan Rohayah turut serta memeriahkan upacara ini.
  14. 02:00PM – Sessi makan beradab bermula yang disertai oleh seluruh ahli keluarga pengantin.
  15. 02:20PM – Upacara memotong kek bermula dengan diiringi lagu My Baby You dan diteruskan dengan sessi fotografi bersama keluarga.
  16. 02:30PM – Sessi fotografi masih berlangsung meriah dengan disertai oleh rakan dan taulan.
  17. 03:00PM – Sessi karaoke telah dimulakan dan lagu pertama yang dinyanyikan adalah lagu Anggapanmu oleh Adik Hafidah dan Adik Intan.
  18. 04:00PM – Sessi karaoke masih sedang hangat berlangsung dengan pelbagai lagu yang dipilih oleh tetamu-tetamu yang sporting habis.
  19. 04:10PM – Majlis berakhir dengan ucapan penutup dan nyanyian dari Shah dengan lagu yang bertajuk Ratuku.

Kepada pasangan pengantin Mohd Rizal dan Nor Diana kami The Junx ucapkan tahniah dan selamat mengharungi hidup berumah tangga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-4 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-2 IMG_0770 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-14 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-6 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-7 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-8 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-9 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-11 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-12 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-13 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-15 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana 140511-16 pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana pa-system-Dewan-Komuniti-Sentul-Perdana

Kami Bersiaran Di Kajang

Majlis Perkahwinan Hartini & Shazlyzam

Tarikh: 10/05/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Kantan Permai

Bandar: Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan iaitu Hartini kira-kira 3 bulan sebelum majlis.
  2. Majlis dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan dengan setting kanopi sebanyak  6 buah khemah.
  3. Pengantin telah meminta pihak kami memainkan lagu berunsurkan kerohanian dan nasyid. Kami telah ditempatkan di rumah jiran pengantin iaitu kediaman rumah Encik Razak.
  4. Ketibaan rombongan pengantin lelaki telah disambut dengan paluan kompang oleh pasukan kompang Ar-Rahmaniah yang berpangkalan di Kajang.
  5. Cuaca sedikit mendung dan hujan ketika acara perarakan masuk pengantin, jadi kami bertanggungjawab untuk memastikan suasana majlis terus meriah walaupun hujan lebat pada ketika itu.
  6. Pengantin cukup segak dan cantik mengenakan busana songket berwarna maroon yang didandan oleh Butik Planet Pengantin.
  7. Katering telah disediakan oleh Sri Angsana Caterer & Canopy dan hidangannya sangat enak sekali.
  8. Pada majlis kali ini, pengantin tidak bersanding, majlis ini ringkas dengan upacara makan beradap dan sessi fotografi sahaja.
  9. Alhamdulillah, walaupun cuaca agak mencabar tetapi majlis sangan meriah dengan kehadiran rakan dan taulan pengantin.
  10. Kepada Hartini dan Shazlyzam, kami ucapkan tahniah dan layanan baik anda sekeluarga tidak akan kami lupa.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

pa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajang pa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajang
pa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajang pa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajang

 

Majlis Perkahwinan Di Dewan Perdana Keramat Mall

Majlis Perkahwinan Farhana & Hilmi

Tarikh : 03/05/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Perdana, Keramat Mall

Bandar: Keramat, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh salah seorang ahli keluarga pengantin pada bulan April yang lepas.
  2. Ini adalah kali ketiga kami telah menjayakan majlis perkahwinan di Dewan Perdana Keramat Mall.
  3. Dewan ini boleh memuatkan kira-kira 1500 orang tetamu dalam satu masa. Berpenghawa dingin, mempunyai kemudahan seperti lift, surau dan tandas.
  4. Majlis perkahwinan bertemakan warna ungu, mempunyai photobooth, sudut buku tamu dan station karaoke yang disediakan oleh pihak kami.
  5. Tetamu dihidangkan dengan hidangan yang sangat lazat dari Alya Jaya Catering.
  6. Ketibaan rombongan pengantin lelaki pada jam 2:00PM dan diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan diselangi dengan selawat dan diiringi lagu The Thousand Years.
  7. Bacaan doa disampaikan oleh bapa saudara Farhana iaitu Tuan Alang Salleh dan majlis dimeriahkan dengan upacara salam restu yang disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
  8. Upacara makan berada disertai oleh kedua-dua belah keluarga dan ketika upacara memotong kek, pengantin telah meminta pihak kami memainkan lagu Tercipta Untukmu.
  9. Majlis berakhir sekitar jam 4:00PM dan kami mendapat respon yang positif dari ahli keluarga pengantin dan juga dari Farhana dan Hilmi sendiri.
  10. Moga kita berjumpa lagi di masa yang akan datang. Well Done!

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa-system-keramat-mall 140503-8 pa-system-keramat-mall 140503-7 pa-system-keramat-mall 140503-6 pa-system-keramat-mall 140503-5 pa-system-keramat-mall 140503-4 pa-system-keramat-mall 140503-3 pa-system-keramat-mall 140503-2 pa-system-keramat-mall 140503