Monthly Archives: June 2014

LIVE UPDATE: Majlis Perkahwinan Di Santai Cafe, Cheras

Majlis Perkahwinan Budi Kusuma Husmin & Nurul Masira

Tarikh: 22/06/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Santai Cafe’, Bandar Tasik Permaisuri

Bandar: Cheras Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. 09:30AM – Kami tiba ke lokasi majlis dan bertemu dengan pengusaha cafe dan beramah mesra dengan mereka. Lokasi cafe ini sangat strategik, berhampirang dengan jalan utama, bersebelahan dengan tasik, terdapat tandas dan surau berdekatan.
  2. 09:40AM – Merancang dan melakukan  pemasangan peralatan PA System kami.
  3. 10:00AM – Melakukan sound check dan melakukan kerja-kerja kemasan cable dan susun atur konti kami.
  4. 10:30AM – Kelihatan penyedia butik tiba ke lokasi bagi melakukan persiapan terakhir hiasan pelamin, terima kasih kepada Ery Elfie dari Adam & Hawa Bridal yang bertukar-tukar kad perniagaan.
  5. 10:50AM – Kami telah menukar persalinan kami iaitu uniform rasmi kami dan menyusun senarai lagu yang akan dimainkan sepanjang majlis hari ini.
  6. 11:00AM – Hidangan jamuan telah disajikan dan kami telah dijemput oleh pemilik cafe untuk menjamu selera terlebih dahulu.
  7. 11:30AM – Pasangan mempelai dikhabarkan telah selamat diijabkabulkan di majlis pernikahan yang dilangsungkan di Masjid Othman Ibnu Affan, Bandar Tasik Permaisuri.
  8. 12:00PM – Kami masih menantikan ketibaan rombongan pengantin dan tetamu.
  9. 01:00PM – Kelihatan tetamu telah mula datang dan dikhabarkan mereka hadir bersama ke majlis ijab kabul di masjid.
  10. 01:18PM – Siaran dihentikan untuk memberi laluan kepada azan fardu Zuhur.
  11. 01:30PM – Pengantin tiba dan paluan kompang dibunyikan dan pengantin terus menuju ke pintu masuk utama cafe dan terus bersanding.
  12. 01:45PM – Bacaan doa disampaikan dan kemudian pengantin terus menuju ke meja makan beradab.
  13. 02:15PM – Selesai upacara makan beradab, kami menjemput pengantin terus melangkah ke meja memotong kek untuk upacara memotong kek perkahwinan mereka.
  14. 03:00PM – Sessi fotografi bermula dan sessi beramah mesra dengan tetamu.
  15. 04:00PM – Majlis berakhir dan kami sempat bergambar dengan pasangan mempelai.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sekali, cuaca sangat menyebelahi majlis pada hari ini. Dapat dilihat wajah Budi dan Nurul sangat gembira sekali dengan kehadiran rakan-rakan dan tetamu-tetamu yang ramai. Kami juga diberikan cenderahati dari pasangan pengantin sebelum kami berundur diri.

Kepada Budi dan Nurul, kami ucapkan tahniah dan syabas di atas ikatan suami isteri yang telah terjalin. Mudah-mudahan hubungi ini akan kekal selamanya dan membawa rahmat ke atas kalian berdua.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system santai cafe tasik permaisuri-1 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-3 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-4 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-5 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-6 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-7 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-1-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-7-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-6-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-5-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-4-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-2-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-3-2 dj pa system santai cafe-1

 

PA System di Laman Pengantin, Taman Melawati, KL

Majlis Perkahwinan Syazwan & Nor Intan Salwa

Tarikh: 21/06/2014

Majlis Sebelah Pengantin: Lelaki

Lokasi : Laman Pengantin, Taman Melawati,

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay )

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan, Nor Intan Salwa, melalui borang tempahan online kami.
  2. Pengantin telah memberikan aturcara  yang diambil dari www.aturcaramajlis.com sebagai panduan aturcara majlis mereka.
  3. Lokasi majlis mereka sangat unik, ianya dilangsungkan di Laman Pengantin, sebuah banglo yang lengkap dengan kemudahan untuk majlis perkahwinan.
  4. Ini adalah kali kedua kami menjalankan tugas di sini dan kami selamat tiba  ke lokasi kira-kira jam 9:30AM pagi.
  5. Kami disambut oleh ahli keluarga pengantin dan mereka telah menunjukkan kepada kami tempat untuk menjalankan tugas.
  6. Rombongan pengantin telah tiba tepat jam 1:30PM selepas zohor dan perarakan masuk pengantin disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  7. Pengantin terus diarak ke pentas pelamin dan bacaan doa telah disampaikan oleh Al-fadhil imam Masjid Al-Hidayah Taman Melawati iaitu Ustaz Sama’ah.
  8. Majlis diteruskan dengan upacara merenjis dan salam restu dengan diiringi muzik gamelan dari sistem audio kami.
  9. Selepas selesai upacara merenjis, majlis diteruskan dengan upacara makan beradap. Sajian untuk tetamu dan pasangan pengantin disajikan oleh Melati Catering.
  10. Selepas selesai upacara makan beradap, pasangan mempelai telah dijemput untuk ke meja memotong kek perkahwinan dan seterusnya menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan rakan-rakan.
  11. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya dan rakan-rakan  setugas ibu Syazwan dari Security Commission juga hadir dengan sebuah bas bagi meraikan beliau.
  12. Kepada Puan Mazwin dan seluruh keluarga, kami ucapkan tahniah di atas kejayaan majlis ini dan kepada Syazwan dan Intan, selamat mengharungi kehidupan berumah tangga. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system laman pengantin-6 dj pa system laman pengantin-7 dj pa system laman pengantin-8 dj pa system laman pengantin-9 dj pa system laman pengantin-1 dj pa system laman pengantin-2 dj pa system laman pengantin-3 dj pa system laman pengantin-4 dj pa system laman pengantin-5

Perkahwinan Peguam Muda Di Kompleks PKNS Bangi

Majlis Perkahwinan Nor Azean & Muhamad Taufik

Tarikh: 08/06/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Cempaka, Kompleks PKNS

Bandar: Bangi, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Doa)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Azean pada bulan Februari melalui borang tempahan online kami.
  2. Azean juga telah mengambil pakej doa dan selawat dari kami. Selain dari itu, Azean juga telah memberikan kepada kami lagu-lagu yang ingin dimainkan sepanjang majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan selesai pemasangan kira-kira 30 minit selepas itu.
  4. Dewan Cempaka ini berkeluasan sederhana dan boleh memuatkan kira-kira 500-600 orang pada satu-satu masa.
  5. Penyedia katering untuk majlis ini disedikan oleh D’Slamedz Catering dan hidangan yang disajikan sangat-sangat sedap sekali terutama air lemon bali mereka.
  6. Rombongan pengantin telah tiba tepat jam 1:30PM dan kami menyembut mereka dengan kata-kata aluan dan kompang audio dari sistem kami.
  7. DJ Junx telah memimpin bacaan selawat dan doa sebagai pemula majlis mereka.
  8. Pasangan peguam muda ini juga telah meminta kami membacakan kronologi perhubungan mereka.
  9. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sangat teratur dan pujian diberikan kepada kaum keluarga pengantin yang membantu melancarkan perjalanan majlis ini.
  10. Sebelum kami berangkat pulang, kami sempat bertemu dengan bakat pelanggan kami yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tidak berapa lama lagi. Insya Allah kami akan memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang telah diamanahkan.
  11. Kepada Azean dan Taufik, kami ucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda berdoa, semoga hubungan perkahwinan ini akan berkekalan selama-lamanya, Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system dewan cempaka pkns bangi-1 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-2 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-3 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-4 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-5 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-6 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-7 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-8 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-9

Meraikan Perkahwinan Puteri Pengusaha Katering

Majlis Perkahwinan Hairen Adila & Nazran Hafizi

Tarikh: 07/06/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Sri Jelok

Bandar: Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Hairen pada awal bulan Mac melalui borang tempahan online kami.
  2. Majlis telah dirancang rapi dan pengantin telah memberikan serba sedikit maklumat berkenaan dengan majlis mereka.
  3. Mereka akan melangsungkan majlis pernikahan berserta dengan majlis resepsi pada hari yang sama.
  4. Kami siap memasang peralatan kami pada jam 10:20AM dan rombongan pengantin lelaki tiba ke kediaman pengantin pada jam 10: 40AM.
  5. Setelah ketibaan jurunikah, majlis diteruskan dengan bacaan khutbah nikah dan bapa kepada Hairen menjadi wali untuk pernikahan ini.
  6. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Nazran berjaya memiliki Hairen sebagai isterinya yang sah.
  7. Kemudian, majlis diteruskan dengan majlis makan beradab.
  8. Suasana menjadi semakin meriah apabila kami memulakan acara cabutan bertuah dengan memberikan soalan-soalan pengetahuan am kepada tetamu. Hadiah telah disediakan oleh ahli keluarga pengantin telah menjadi idaman tetamu-tetamu.
  9. Hidangan makanan telah disediakan sendiri oleh ahli keluarga pengantin yang juga pengusaha perniagaan katering. Pelbagai juadah yang disajikan termasuk sate, cendol, candy buffet, laksa dan macam-macam lagi. Semuanya enak-enak sekali.
  10. Sambutan untuk sessi karaoke juga sangat meriah dengan disertai oleh petugas-petugas dan ahli keluarga Hairen.
  11. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Hairen di atas kejayaan majlis anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system sri jelok kajang-1 dj pa system sri jelok kajang-2 dj pa system sri jelok kajang-3 dj pa system sri jelok kajang-4 dj pa system sri jelok kajang-5 dj pa system sri jelok kajang-6

Meraikan Ishi Masayu & Nik di Teluk Panglima Garang

Majlis Perkahwinan Ishi Masayu & Nik Muhammad Khairuddin

Tarikh: 1/06/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Jalan Kebun, Teluk Panglima Garang

Bandar: Banting, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Doa)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh kakanda pengantin perempuan iaitu Puan Ishi Lizian melalui borang tempahan online di laman web kami.
  2. Majlis dilangsungkan di kediaman puan Ishi Lizian dan kawasan kediaman ini sangat damai dengan pemandangan serba hijau.
  3. Kami tiba di lokasi sekitar jam 9:30AM dan disambut mesra oleh ahli keluarga pengantin.
  4. Setibanya kami di sini, kami sempat berbincang dengan ahli keluarga dan pengantin berkenaan dengan aturcara majlis dan pengantin juga telah memberikan kami file lagu-lagu yang ingin dimainkan sepanjang majlis ini berlangsung.
  5. Katering telah disediakan oleh Nurin’s Katering dan perkhidmatan fotografi disediakan oleh D’Zull Photoshot.
  6. Rombongan pengantin lelaki tiba ke lokasi majlis pada 12:40PM dan perarakan masuk pengantin diiringi dengan aluan muzik kompang dari sistem kami.
  7. Ahli keluarga pengantin dari Kota Baharu Kelantan ini sangat mesra dan mereka terus menuju ke meja makan beradab.
  8. Bacaan doa telah disampaikan oleh DJ Junx kami dan doa makan ringkas telah disampaikan oleh DJ Lative atas permintaan keluarga pengantin.
  9. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan pengantin terutama dari MAS International School Shah Alam.
  10. Selepas sesi makan beradab, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek, majlis salam restu dan sessi fotografi.
  11. Alhamdulillah, cuaca sangat menyebelahi majlis ini. Cuaca terang sehingga petang dan sedikit mendung.
  12. Kepada Ishi dan Nik serta ahli keluarga yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, kami ucapkan tahniah dan layanan baik anda sekeluarga tidak akan kami lupa.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system teluk panglima garang-1 dj pa system teluk panglima garang-2 dj pa system teluk panglima garang-3 dj pa system teluk panglima garang-4 dj pa system teluk panglima garang-5 dj pa system teluk panglima garang-6

Berkaraoke di Taman Tasik Titiwangsa

Majlis Perkahwinan Nur Mahfuazah & Afiq

Tarikh: 31/05/2014 (PM)

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Laman Tiba, Taman Tasik Titiwangsa

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan saat akhir oleh Mahfuzah telah kami terima melalui telefon dan beliau telah mengisi borang tempahan online setelah kami mengatakan yang kami masih available untuk majlis beliau.
  2. Setelah tugasan di Bandar Tun Razak selesai pada jam 4:30PM kami terus menuju ke Laman Tiba, Tasik Titiwangsa untuk memenuhi tempahan Mahfuzah dan keluarga.
  3. Cuaca pada petang ini sedikit hujan tetapi alhamdulillah, kami telah ditempatkan diruangan yang mempunyai tempat berteduh.
  4. Kehadiran tetamu sangat memberansangkan dan mereka terdiri dari ahli keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat pengantin.
  5. Ketibaan pengantin pada jam 8:00PM diiringi dengan paluan kompang dari Kumpulan Warisan Anak Seni Kuala Lumpur dan pasangan mempelai terus menuju ke pentas pelamin.
  6. Bacaan selawat dan doa disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abd Aziz yang didatangkan khas dari Bahagian Hal Ehwal Islam, Pulapol, Kuala Lumpur.
  7. Selepas selesai bacaan doa majlis diteruskan dengan upaca merenjis dan salam restu.
  8. Kemudian, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab yang disertai oleh kedua-dua kelurga pengantin lelaki dan perempuan.
  9. Acara seterusnya yang ditunggun-tunggu oleh rakan-rakan pengantin adalah acara karaoke. Mereka sangant sporting menyampaikan pelbagai jenis lagu sambil  gelagat mereka dilihat oleh Afiq dan Mahfuzah dari pelamin.
  10. Kepada Afiq dan Mahfuzah, kami doakan hubungan anda akan kekal selamanya dan dikurniakan dengan keluarga yang bahagia serta anak yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system tasik titiwangsa-1 dj pa system tasik titiwangsa-2 dj pa system tasik titiwangsa-3 dj pa system tasik titiwangsa-4 pa system tasik titiwangsa (1 of 8) pa system tasik titiwangsa (2 of 8) pa system tasik titiwangsa (3 of 8) pa system tasik titiwangsa (4 of 8) pa system tasik titiwangsa (5 of 8) pa system tasik titiwangsa (6 of 8) pa system tasik titiwangsa (7 of 8) pa system tasik titiwangsa (8 of 8)

PA System Di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak

Majlis Perkahwinan Muhammad Shafiq & Farah Wahida

Tarikh: 31/05/2014 (AM)

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Kompleks Sukan Bandar Tun Razak

Bandar: Cheras, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Farah Wahida melalui tempahan online di laman web kami.
  2. Majlis ini adalah majlis bersama keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
  3. Dewan ini boleh memuatkan kira-kira 1000 tetamu pada satu masa dan keluasannya adalah kira-kira 4 gelanggang badminton.
  4. Dewan ini dihias indah oleh Dekorasi Inspirasi Hazza Caterer Kuala Lumpur.
  5. Hidangan makanan sangat menyelerakan dan sedap sekali. Paling istimewa sambal sotong yang sangat enak.
  6. Pengantin tiba ke majlis sekitar jam 2:00PM dan mereka duduk bersanding sambil majlis diteruskan dengan bacaan doa dan acara salam restu,
  7. Kemudian upacara makan beradab diadakan dan majlis diserikan pula dengan persembahan Qasidah dari kumpulan Soutol Israk dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
  8. Majlis sangat meriah dengan kehadiran ramai tetamu dan kelihatan mereka sangan gembira sekali bertemu dengan pasangan mempelai ini.
  9. Kami ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan mempelai dan seluruh ahli keluarga pengantin terhadap layanan dan kerjasama yang baik sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
  10. Kepada Shafiq dan Farah, kami doakan hubungan anda akan kekal selamanya dan dikurniakan dengan keluarga yang bahagia serta anak yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system bandar tun razak-1 dj pa system bandar tun razak-2 dj pa system bandar tun razak-3 dj pa system bandar tun razak-4 dj pa system bandar tun razak-5 dj pa system bandar tun razak-6 dj pa system bandar tun razak-7 dj pa system bandar tun razak-8 dj pa system bandar tun razak-9 dj pa system bandar tun razak-10