Monthly Archives: August 2014

PA System Perkahwinan Di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Majlis Perkahwinan Arma Nadia Affandi & Luqman Nurhakkim

Tarikh: 23/08/2014

Majlis Sebelah Pengantin: Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna Kampung Baru, Jalan Hamzah

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh kakak pengantin perempuan iaitu Puan Afizalina sebulan sebelum majlis.
  2. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan pada waktu ini pihak katering telah tiba lebih awal dari ketibaan kami.
  3. Dewan ini sederhana besar, sebesar dua gelanggang badminton dan ini adalah kali pertama kami menjayakan majlis di sini.
  4. Dewan ini agak selesa walaupun tidak berpenghawa dingin tetapi bilangan kipas yang ada di dewan ini cukup membuatkan dewan ini selesa.
  5. Kami selesai memasang peralatan audio kami tepat jam 10:30AM dan pengujian juga selesai dijalankan sepuluh minit kemudian.
  6. Ketibaan ahli keluarga pengantin ke dewan telah disambut mesra oleh kami dan kelihatan semuanya ceria dan telah bersiap sedia untuk menerima ketibaan tetamu.
  7. Makanan untuk tetamu dan pengantin disajikan oleh katerer dari Hj. Mazlan Catering yang berpangkalan di Sg. Buloh.
  8. Pengantin tiba ke dewan pada jam 12:45PM dan kami memainkan paluan kompang dari sistem audio kami. Selepas itu pengantin berarak ke meja makan beradab yang terletak di pentas utama diiringi dengan lagu pilihan pengantin iaitu Dengarlah Bintang Hatiku dari kumpulan Demesis.
  9. Doa disampaikan oleh abang ipar pengantin perempuan iaitu Encik Khairuddin.
  10. Selepas doa dibaca, bermulalah majlis makan beradab untuk menjamu pengantin dan rombongan keluarga pengantin lelaki dari Kuala Terengganu.
  11. Kami juga sempat memutarkan lagu Ganu Kite dari kumpulan Iklim dan ahli rombongan tersenyum sambil memperdengarkan lagu yang dimainkan sepanjang majlis.
  12. Ibu pengantin perempuan iaitu Puan Zaharani juga meminta kami memutarkan lagu raya dan lagu patroatik sempena bulan syawal dan bulan kemerdekaan.
  13. Ternyata terpancar kegembiraan di wajah pengantin perempuan yang juga puteri bongsu kepada Puan Zaharani dan Tuan Affandi dalam menyambut kedatangan tetamu-tetamu dan rakan-rakan beliau yang hadir.
  14. Tugasan kami diakhiri dengan segmen karaoke yang cukup meriah dan gamat dengan penyertaan ahli keluarga dan penglibatan pengantin sendiri.
  15. Majlis berakhir pada jam 4:00PM dan kepada Nadia dan Luqman, kami doakan agar anda akan terus kekal bahagia dan terima kasih di atas kepecayaan anda kepada The Junx.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

dewan serbaguna jalan hamzah -1 dewan serbaguna jalan hamzah -2 dewan serbaguna jalan hamzah -3 dewan serbaguna jalan hamzah -4 dewan serbaguna jalan hamzah -5 dewan serbaguna jalan hamzah -6 dewan serbaguna jalan hamzah -7 dewan serbaguna jalan hamzah -8 dewan serbaguna jalan hamzah -9

Perhimpunan Keluarga Besar Minah & Co. Meriah

Majlis Perkahwinan Wan Faznor & Nur Eliza

Tarikh: 02/08/2014

Majlis Sebelah Pengantin: Lelaki

Lokasi : Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke )

Catatan:

  1. Ini adalah majlis pertama The Junx setelah sebulan berehat di bulan Ramadan.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh kak long pengantin lelaki iaitu Puan Wan Faizah.
  3. Nama manja untuk pasangan pengantin ini adalah Eno (L) & Eli (P). Eno adalah anak bongsu dari 4 beradik, manakala Eli adalah anak sulong dari 3 beradik.
  4. Kami tiba ke lokasi pada jam 9:30AM dan bertemu dengan Puan Wan Faizah untuk perbincangan berkenaan aturcara majlis yang akan berlangsung.
  5. Ini adalah kali kedua kami bertugas di dewan ini. Dewan berhawa dingin berkeluasan 3 gelanggang badminton dan mempunyai dinding menyerap bunyi.
  6. Tepat jam 11:00AM kelihatan ahli keluarga telah mula memenuhkan dewan. Mereka terlebih dahulu menjamu selera dengan hidangan yang menyelerakan dari Nirwana Caterer & Deco.
  7. Rombongan pengantin dari Bagai Serai, Perak tiba ke lokasi majlis kira-kira jam 1:10PM dan mereka disambut meriah dengan paluan kompang.
  8. Pasangan mempelai didandankan dengan pakaian serba hijau terus melangkah ke pentas pelamin.
  9. Bacaan doa disampaikan oleh YBhg Imam Saddik sebaik sahaja pengantin duduk dipentas pelamin.
  10. Upacara merenjis dan sessi taaruf dijalankan dengan meriah sekali dengan didahului oleh ahli keluarga penganti perempuan dan disusuli oleh ahli keluarga pengantin lelaki.
  11. Selepas selesai upacara merenjis, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab.
  12. Kami memainkan beberapa lagu raya bagi memeriahkan suasana syawal yang masih diraikan oleh tetamu.
  13. Kek 3 tingkat menjadi pilihan pengantin dan kek ini dirasmikan selepas mereka selesai menjami selera di meja makan beradab yang terhias cukup indah.
  14. Selepas itu, mereka kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi berama rakan-rakan dan ahli keluarga.
  15. Ahli keluarga besar Eno yang menggelarkan keluarga mereka sebagai Minah & Co berjumlah 100 orang yang hadir dari merata tempat sangat ‘sporting’ dan mereka turut serta dalam menjayakan sessi fotografi. Mereka juga telah memeriahkan sessi karaoke yang diadakan.
  16. Sungguh berbakat kesemuanya menyampaikan lagu-lagu pilihan mereka dan kami sangat gembira dengan sambutan yang telah diberikan.
  17. Kepada Eno & Eli serta seluruh ahli Minah & Co, kami ucapkan tahniah kepada anda dan terima kasih kerana mendapatkan perkhidmatan dari kami. Budi baik kalian dalam sama-sama menjayakan tugasan kami sangat-sangat kami hargai.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-4 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-1 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-2 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-3 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-5 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-6 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-7