Monthly Archives: September 2014

Kami Kembali Ke Lembah Pantai

Majlis Perkahwinan Rosnani & Yen

Tarikh: 21/09/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Komuniti Lembah Pantai

Bandar : Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Ini adalah kali ke lima kami telah bersiaran di sini. Dewan yang cukup cantik untuk meraikan pasangan raja sehari yang dapat memuatkan kira-kira 1000 tetamu dalam satu masa.
  2. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan disebabkan kami telah mengetahui layout dewan ini, jadi proses pemasangan menjadi sangat mudah.
  3. Hiasan pelamin dan dewan serta setup untuk meja tetamu sangat indah dengan hiasan berwarna merah jambu.
  4. Ahli keluarga Nani (pengantin perempuan) juga telah tiba awal bagi memastikan segala persiapan yang di atur dalam keadaan sempurna.
  5. Jamuan makan disajikan oleh Ikhlas Katering dan hidangan yang disajikan sangat enak sekali.
  6. Pasangan pengantin tiba ke dewan tepat jam 1:30PM dengan diiringi oleh paluan kompang dan persembahan silat dari Kumpulan Persembahan Kompang Pancaran Sri Cahaya yang dibawa khas dari Taman Medan, Petaling Jaya.
  7. Pengantin mengenakan pakaian yang sangat indah sekali dengan busana Raja Melayu untuk pengantin lelaki yang dipakai oleh Yen dan busana moden yang digayakan oleh Nani.
  8. Bacaan doa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Salleh dan sebelum memulakan bacaan doa, beliau telah mengajak tetamu untuk bersama-sama berselawat.
  9. Setelah selesai bacaan doa, acara bersalam restu diadakan. Kemudian diteruskan dengan upacara makan beradab.
  10. Upacara memotong kek perkahwinan adalah acara yang paling meriah pada majlis ini kerana tetamu-tetamu yang hadir memenuhi ruangan meja memotong kek tersebut bagi merakamkan gambar mereka berdua.
  11. Kemudian kami menjemput mereka kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  12. Ketika pasangan mempelai sedang bersama-sama keluarga dan rakan-rakan bergambar di atas pentas pelamin, kami telah membuka sessi karaoke yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan pengantin.
  13. Sambutan yang diberikan untuk sessi karaoke ini sangat luar biasa dan semuanya berbakat sekali.
  14. Setelah jam menunjukkan tepat 4PM, kami memberi peluang kepada adik-adik kecil untuk menyampaikan lagu Putih-Putih Melati beramai-ramai dan menjadikan lagu ini sebagai lagu penutup majlis.
  15. Buat pasangan Nani & Yen, kami ucapkan syabas dan selamat menempuhi alam rumah tangga dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

komuniti pantai dalam kahwin-3 komuniti pantai dalam kahwin-2 komuniti pantai dalam kahwin-1 komuniti pantai dalam kahwin-4 komuniti pantai dalam kahwin-5 komuniti pantai dalam kahwin-6 komuniti pantai dalam kahwin-8 komuniti pantai dalam kahwin-9 komuniti pantai dalam kahwin-7 komuniti pantai dalam kahwin-10 komuniti pantai dalam kahwin-12 komuniti pantai dalam kahwin-13 komuniti pantai dalam kahwin-11

Dahulu Raikan Abang, Kini Raikan Adik

Majlis Perkahwinan Nabil Fikri & Nadhirah

Tarikh: 20/09/2014

Majlis Sebelah Pengantin: Lelaki

Lokasi : Dewan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

Bandar: Klang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami kembali semula ke Klang Bandar Diraja setelah lama juga tidak bertugas di bandar ini untuk meraikan pasangan Nabil dan Nadhirah.
  2. Kami tiba ke dewan KISAS seawal jam 9:30AM dan melakukan proses pemasangan sejurus tiba. Dewan ini sangat selesa dengan penghawa dingin di setiap penjuru dewan.
  3. Hiasan dewan dengan warna tema hijau lembut sangat indah dan padan dengan suasana pada pagi itu yang nyaman kerana hujan renyai-renyai.
  4. Tidak berapa lama selepas kami tiba, kami sempat bersalam-salaman dengan ayahanda dan bonda pengantin lelaki iaitu Tuan Zainal Ariffin dan Puan Faridah Hanum. Ini adalah kali ketiga kami bersama keluarga Tuan Zainal Ariffin dan Puan Faridah Hanum untuk meraikan perkahwinan putera dan puteri mereka.
  5. Untuk majlis ini, ahli keluarga pengantin telah menyediakan pengacara majlis iaitu kakak sepupu kepada Nabil iaitu Ziti Akhtar.
  6. Perjalanan majlis sangat lancar dan tetamu mula hadir memenuhkan dewan sekitar jam 12.00 tengahari.
  7. Pengantin dan rombongan pengantin perempuan mula melangkah masuk ke dewan pada jam 12:10 tengahari dan perarakan masuk diiringi dengan bacaan selawat oleh tetamu yang dipimpim oleh abang Nabil iaitu Hazim.
  8. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan sessi bersalam restu. Kemudian pengantin dibawa ke meja makan beradab.
  9. Hidangan makan disajikan oleh Asyura Catering yang sangat enak dan mereka juga menyediakan kambing bakar untuk majlis ini.
  10. Selepas selesai menjamu selera, pengantin dijemput ke meja memotong kek perkahwinan dan disusuli pula dengan sessi fotografi.
  11. Pada sekitar jam 2:45PM, kami telah membuka sessi karaoke untuk tetamu menyampaikan lagu. Di antara yang hebat menyampaikan lagu pada sessi ini adalah Cik Nana dan saudara Anuar.
  12. Di akhir majlis, Nabil dan Nadhirah sempat menjemput kami bergambar bersama dan Tuan Zainal Ariffin juga meminta kami memainkan lagu My Way dan Feeling sebagai lagu penutup.
  13. Ternyata majlis pada hari ini cukup meriah dan diingati oleh kami dan layanan baik tuan rumah seisi keluarga tidak akan kami lupakan.
  14. Kepada Nabil dan Nadhirah, selamat menempuhi cabaran dalam rumah tangga dan kami doakan anda berbahagia buat selamanya. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

kolej islam sultan alam shah klang kahwin-1 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-2 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-3 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-4 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-5 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-6 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-7 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-8 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-9

Dari MRSM Muar Ke Jinjang Pelamin

Majlis Perkahwinan Sharifah Noha Ashikin & Hidzir Hamzah

Tarikh: 30/08/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Cempaka, Kompleks PKNS

Bandar: Bangi, Selangor

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan Sharifah Noha kira-kira dua bulan sebelum majlis.
  2. Beliau telah memilih Combo C yang mempunyai pakej projektor untuk berkongsi gambar mereka kepada tetamu.
  3. Ini adalah kali kedua kami bertugas di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi. Sebelum ini kami pernah ke sini bagi meraikan pasangan Nor Azean & Muhammad Taufik dan kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan selesai pemasangan kira-kira 45 minit selepas itu.
  4. Setibanya kami ke sini, DJ Junx telah berjumpa dengan pasangan pengantin dan berbincang berkenaan aturcara majlis yang telah mereka rancang.
  5. Setelah melakukan sound check dan menguji projecktor kami, kami terus menukar persalinan kami dan memulakan acara.
  6. Rombongan pengantin telah tiba tepat jam 1:30PM dan kami menyembut mereka dengan kata-kata aluan dan kompang audio dari sistem kami. Kehadiran rombongan pengantin lelaki dari Pagoh Muar disambut dengan meriah oleh seluruh ahli keluarga pengantin perempuan.
  7. Bacaan doa telah disampaikan oleh Datuk kesayangan pengantin iaitu YBhg Tuan Syed Hamzah.
  8. Kemudian upacara merenjis dimulakan dan sambutan untuk acara ini sangat mengalakkan. Kami memasangkan lagu intrumental Melayu sepanjang upacara ini.
  9. Pasangan mempelai yang pernah bersama-sama menuntut di MRSM Muar ini sangat ceria melayani tetamu yang hadir sepanjang mereka berada di pentas pelamin.
  10. Selepas itu mereka dijemput untuk menjamu selera di meja makan beradab, dan ketika ini kami memainkan slideshow gambar-gambar kenangan mereka berdua. Terdapat dua slideshow yang mereka sediakan untuk kami paparkan pada white screen projektor. Ternyata pada waktu ini seluruh tetamu memberikan perhatian kepada gambar-gambar kenangan yang dikongsikan oleh pengantin.
  11. Selepas itu, upacara memotong kek perkahwinan mereka dilangsungkan. Pada masa yang sama kami juga menjemput tetamu yang ingin menyampaikan lagu untuk memilih lagu di konti kami.
  12. Pengantin lelaki Hidzir yang bertugas di Miti sebagai perangkawan sempat menyampaikan dua buah lagu untuk isteri tercinta iaitu lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Lady (Kenny Roger).
  13. Juadah makanan yang disajikan sangat enak dan pengantin juga menyediakan pembasah tekak iaitu Cendol Pak Akob yang di bawa khas dari Shah Alam.
  14. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar dan kami dari The Junx mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

dewan cempaka pkns bangi-1 dewan cempaka pkns bangi-2 dewan cempaka pkns bangi-3 dewan cempaka pkns bangi-4 dewan cempaka pkns bangi-5 dewan cempaka pkns bangi-6 dewan cempaka pkns bangi-7 dewan cempaka pkns bangi-8 dewan cempaka pkns bangi-9 dewan cempaka pkns bangi-10 dewan cempaka pkns bangi-11 dewan cempaka pkns bangi-12