Monthly Archives: October 2014

Meraikan Ratu Dan Raja Sehari, Nur Ilyana dan Mohd Shukry Di Putrajaya

Majlis Perkahwinan Nur Ilyana & Mohd Shukry

Tarikh: 25/10/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Sebaguna, KPDNKK,

Bandar : Precint 2, Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay )

Catatan:

  1. Hari ini kami kembali semula ke Putrajaya bagi memberikan perkhidmatan terbaik kami untuk majlis Nur Ilyana Razali dan Mohd Shukry.
  2. Dewan untuk majlis mereka sangat selesa, cantik hiasnya dan berkeluasan sederhana.
  3. Kami tiba seawal jam 9:30AM untuk melakukan tinjauan terhadap struktur dewan ini dan kelihatan segala hiasan dan persiapan dewan telah siap sedia menerima kehadiran tetamu.
  4. Pihak katering juga telah siap menghidangkan makanan seawal jam 10:00AM. Katering untuk majlis ini disediakan oleh Warisan Ibunda.
  5. Setelah kami siap melakukan pemasangan peralatan kami dan menukar pakaian, majlis dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan Qasidah Aulad Mubarak yang dibawakan khas dari Seksyen 32, Shah Alam.
  6. Beberapa persembahan telah dilakukan sehingga ketibaan pengantin dan mereka (Kumpulan Qasidah) menyambut ketibaan pengantin dan rombongan pengantin lelaki dengan bacaan selawat.
  7. Pengantin terus dibawa ke pelamin dan majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil En Asri Musa.
  8. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara salam restu dan sessi taaruf. Untuk upacara ini hanya Ibubapa pengantin sahaja yang dijemput untuk menjayakan upacara ini.
  9. Kemudian, pengantin dijemput ke meja makan berdamai bagi istiadat makan beradab.
  10. Kumpulan qasidah Aulad Mubarak meneruskan persembahan mereka sekali lagi untuk pengisian upacara makan beradab ini.
  11. Selepas selesai acara makan beradab, majlis dikejutkan dengan surprise yang dilakukan oleh pasangan pengantin ke atas ibunda Mohd Shukry iaitu Puan Misleha yang menyambut hari lahir beliau yang ke-57. Kami sempat memainkan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ bagi memeriahkan kejutan yang dirancang oleh Ilyana dan Shukry.
  12. Selepas itu, mereka dijemput ke meja kek perkahwinan mereka bagi menyempurnakan acara memotong kek perkahwinan.
  13. Majlis cukup meriah dengan kehadiran rakan-rakan dan sessi fotografi diadakan bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir.
  14. Majlis diakhiri dengan upacara beramah mersa dan bersalam-salaman dengan tetamu.
  15. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan jayanya. Kami dari The Junx Audio Visual akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Semoga terus bahagia selama-lamanya. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-2 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-1 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-3 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-4 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-6 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-5 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-7 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-11 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-9 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-10 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-12 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-8

Menjayakan Perkahwinan di Dewan Cindai, Institut Kraftangan Negara, Selayang, Rawang

Majlis Perkahwinan Norsaedah Hazimah Redzuan & Asyraf Ghazali

Tarikh: 19/10/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Cindai,  Institut Kraftangan Negara

Bandar : Rawang, Selangor

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector) + Pakej Emcee Rasmi Berbaju Melayu dan Sampin

Catatan:

  1. Setelah berhempas pulas untuk 2 majlis semalam, hari ini kami sekali lagi bersemangat untuk menjayakan majlis perkahwinan puteri tuan Redzuan Jaafar dan puan Rosmawati Jamaludin iaitu Norsaedah Redzuan.
  2. Perjumpaan bersama keluarga pengantin 2 hari sebelum majlis banyak membantu kami dalam mengetahui selok belok majlis terutamanya layout dewan ini.
  3. Dewan ini cukup selesa, dengan penghawa dingin, tandas, surau dan pentas yang besar berserta dengan rostrum.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM, dan melakukan pemasangan projector dan speaker kami. Pengantin telah memilih pakej projector untuk berkongsikan kemeriahan majlis pernikahan mereka yang berlangsung semalam.
  5. Kami telah ditugaskan untuk menjadi Emcee dan Pembaca Doa di majlis ini. DJ Lative dilantik untuk menjadi emcee dan DJ Junx akan menggalas tugas untuk membaca doa.
  6. Keluarga pengantin telah menyediakan floor manager untuk majlis ini iaitu Cik Alia dan ternyata dengan bantuan Cik Alia, tugasan kami pada pagi itu sangat lancar.
  7. Pasukan catering dari Wadishah Rich Catering telah tiba ke lokasi pada jam 9:45AM.
  8. Peralatan PA System siap dipasang pada jam 10:30AM dan kami telah bersiap-siap dengan mengenakan baju melayu, bersongkok dan memakai sampin.
  9. DJ Lative telah memulakan acara dengan menjemput tetamu untuk menjamu selera sambil mengucapkan selamat datang kepada tetamu yang baru tiba.
  10. Apabila paluan kompang dari Kumpulan Gendang Warisan kedengaran, DJ Lative selaku emcee telah memulakan pantun-pantun melayu yang indah dan menjemput rombongan pengantin lelaki untuk masuk ke dewan utama.
  11. Kemudian pengantin terus berarak menuju ke pentas pelamin dan pasukan kompang memulakan persembahan kompang dengan lagu-lagu selawat.
  12. Selepas itu, DJ Junx dijemput untuk membacakan doa. Ternyata doa yang dibacakan oleh DJ Junx sangat menyentuh hati dan tetamu-tetamu memberikan tumpuan sepenuhnya dengan mengaminkan doa yang dibaca oleh beliau.
  13. DJ Lative meneruskan momentum dan semangat DJ Junx dengan meneruskan majlis dengan upacara bersalam restu dan merenjis.
  14. Acara merenjis meriah dan disertai oleh ibu-ibu dan bapa-bapa saudara kedua-dua pengantin. Ayahanda dan bonda Norsaedah dan Asyraf juga turut serta mengetuai tetamu yang lain.
  15. Setelah selesai upacara merenjis, majlis diteruskan dengan majlis makan beradab.
  16. Sebelum upacara makan beradab dimulakan, DJ Lative telah menjemput Tuan Redzuan Jaafar untuk memberikan sepatah dua kata. Kata-kata ringkas dari beliau sangat bermakna untuk mengalu-alukan tetamu yang terdiri dari rakan-rakan dan ahli keluarga yang mungkin lama tidak berjumpa. Semestinya ucapan terima kasih dan rasa terharu beliau terhadap kehadiran tetamu ke majlis ini menjadi mesej utama di dalam ucapan beliau.
  17. Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan tarian warisan. Majlis ini telah menjemput Kumpulan WAKKAM yang berpangkalan di Bandar Tasik Puteri Rawang untuk membuat dua buah persembahan. Joget Langkawi dan Joget Antara Dua Benua telah menyerikan majlis pada hari ini.
  18. Selepas selesai persembahan tarian, kami telah memainkan video montage dan nikah pasangan pengantin. Ternyata pengantin tersipu malu apabila melihat kembali detik pernikahan yang telah berlangsung semalam di Masjid Country Homes.
  19. Selepas selesai persembahan montage dan video nikah, pengantin dijemput untuk kembali ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi memotong kek dan seterusnya menjayakan sessi fotografi.
  20. Sessi fotografi ini berlangsung cukup meriah sekali dengan sambutan dari keluarga pengantin dan rakan-rakan.
  21. Selepas selesai sessi fotografi, DJ Lative menamatkan majlis dengan memberikan ucapan penutup dan terima kasih kepada seluruh tetamu dan seluruh ahli keluarga.
  22. Alhamdulillah, segalanya berjaya dijalankan dengan baik dan teratur. Kerjasama dari ahli keluarga yang sangat mantap menghasilkan majlis yang sangat sempurna.
  23. Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada Tuan Redzuan Jaafar dan isteri serta Norsaedah dan tidak lupa kepada Cik Alia di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-1 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-2 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-3 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-4 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-5 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-6 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-7 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-8 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-9 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-10 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-12 pa system kahwin dewan cindai institut kraf negara rawang-11

Majlis Perkahwinan Juliana Dan Reza di Taman Metropolitan Park Kepong Meriah

Majlis Perkahwinan Nor Juliana Zainal & Mohd Reza

Tarikh: 18/10/2014 (Malam)

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Layang-Layang, Metropolitan Park,

Bandar : Kepong, Selangor

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Setelah selesai menjayakan majlis Maryam dan Faisal di Ampang Hilir, kami terus bergegas ke Kepong bagi meraikan pasangan Nor Juliana dan Mohd Reza.
  2. Pasangan pengantin ini terlebih dahulu berjumpa kami pada waktu pagi ketika kami tiba di majlis Maryam dan Faisal di Ampang Hilir untuk memberikan fail lagu-lagu dan aturcara majlis.
  3. Setibanya kami ke taman ini sekitar jam 5:30PM, hujan telah turun dan kami telah menghubungi pasangan pengantin untuk menentukan dimanakah lokasi yang mereka ingin tempatkan kami.
  4. Mujur pasangan pengantin telah menyediakan sebuah kanopi mudah alih untuk kami dapat berteduh dari cuaca hujan. Terima kasih kami ucapkan kepada ahli keluarga Juliana.
  5. Setelah melakukan pemasangan kanopi, kami mula menurunkan peralatan PA System kami.
  6. Untuk majlis ini, pasangan mempelai telah mengambil pakej projector. Kami telah memainkan gambar-gambar majlis pertunangan dan pernikahan yang telah dijalankan sebelum ini.
  7. Setibanya pasangan mempelai ke majlis ini sekitar jam 8:45PM, kami telah memainkan lagu gamelan (atas pemintaan pengantin) dan letupan mercun telah diletuskan ke udara sebagai tanda sambutan malam bahagia mereka.
  8. Jamuan makan malam disajikan oleh Nurul Izzah Catering, sangat enak sekali sajian yang disediakan.
  9. Selepas pengantin duduk di pelamin, kami menjemput YBhg Al-Fadhil Tuan Haji Wahab untuk menyampaikan doa.
  10. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara salam restu. Ayahanda bonda dan bapa-bapa, ibu-ibu saudara turut menjayakan acara ini.
  11. Selepas itu, kami menjemput Reza dan Juliana ke meja makan beradab untuk upacara makan beradab.
  12. Selepas itu, mereka dijemput ke meja kek perkahwinan mereka bagi menyempurnakan acara memotong kek perkahwinan.
  13. Majlis juga diserikan dengan kehadiran tetamu mirip P Ramlee dan Saloma dan mereka sempat menyampaikan beberapa buah lagu untuk majlis ini.
  14. Selepas selesai upacara memotong kek, majlis dimeriahkan dengan sessi fotografi bersama keluarga dan rakan-rakan.
  15. Alhamdulillah, hujan yang turun sejak petang berhenti sebelum pengantin tiba ke lokasi majlis. Hujan rahmat ini membawa udara yang sangat nyaman sepanjang majlis. Kami doakan agar Juliana dan Reza akan terus bahagia dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-1 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-2 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-3 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-4 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-5 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-6 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-7 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-8 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-9 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-11 pa system kahwin taman metropolitan layang-layang kepong-10

Majlis Kahwin Kakitangan Media Prima Di Ampang Hilir

Majlis Perkahwinan Siti Maryam Sakinah & Mohamad Faisal Rosdi

Tarikh: 18/10/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan MPAJ, Ampang Hilir

Bandar : Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Kami menerima tempahan dari Maryam kira-kira dua bulan sebelum majlis perkahwinan beliau. Alhamdulillah, kami masih mempunyai kekosongan pada tarikh 18 Oktober 2014.
  2. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM, pada waktu ini, DJ Junx telah tiba lebih awal dan mengesahkan kehadiran kami kepada ahli keluarga pengantin.
  3. Majlis ini juga diimarahkan dengan majlis marhaban dan berzanji oleh Kumpulan Marhaban Kesuma.
  4. Selepas tamat upacara Marhaban, sekitar jam 12:00PM kami telah mengambil alih majlis.
  5. Untuk majlis kali ini, pengantin telah menyediakan pengacara majlis iaitu adik Maryam sendiri. Terima kasih Puan Adawiyah kerana telah memberikan persembahan yang menarik sepanjang majlis.
  6. Ketibaan pengantin telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan diselangi dengan selawat syifa.
  7. Apabila pengantin duduk di pentas pelamin, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Kasphi.
  8. Selepas itu upacara salam restu diadakan dan kemudian pengantin berarak ke meja makan beradab.
  9. Setelah selesai upacara makan beradab, pengantin telah menyempurnakan upacara memotong kek perkahwinan mereka.
  10. Selepas selesai memotong kek, seluruh ahli keluarga bersama-sama dengan pasangan pengantin baru ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  11. Juadah yang disajikan pada majlis ini sangat enak dan lazat sekali. Cendol juga disajikan untuk membasahkan tekak.
  12. Photobooth juga menjadi penyeri kepada majlis ini dan mendapat sambutan yang menggalakan dari tetamu.
  13. Alhamdulillah, majlis berjalan cukup lancar dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Maryam dan Faisal di atas perkahwinan ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa system kahwin tasik ampang hilir-2 pa system kahwin tasik ampang hilir-1 pa system kahwin tasik ampang hilir-5 pa system kahwin tasik ampang hilir-3 pa system kahwin tasik ampang hilir-4 pa system kahwin tasik ampang hilir-6 pa system kahwin tasik ampang hilir-7 pa system kahwin tasik ampang hilir-8 pa system kahwin tasik ampang hilir-9 pa system kahwin tasik ampang hilir-10

Bacaan Maulid, Qasidah dan Selawat di Majlis Cukur Jambul

Majlis Cukur Jambul Adik Putra Firman

Tarikh: 12/10/2014

Lokasi : Taman Melawati

Bandar : Gombak, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di Taman Melawati untuk majlis kesyukuran dan cukur jambul seorang bayi comel iaitu adik Putra Firman.
  2. Majlis berlangsung dengan kehadiran kumpulan qasidah dari Tahfiz Luqman Al-Hakim yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mahfuz dan Ustaz Ibrahim.
  3. Mereka tiba ke kediaman Nenda adik Putra Firman sekitar jam 10:00AM. Kami telah menyiapkan 2 unit microfon tanpa wayar untuk digunakan untuk acara ini.
  4. Kata alu-aluan disampaikan oleh pihak kami untuk mengalukan ketibaan adik-adik tahfiz kita dan tetamu-tetamu jemputan.
  5. Sedikit ucapan disampaikan oleh Ustaz Mahfuz dan bacaan maulid dan qasidah dimulakan selepas itu.
  6. Kemudian sessi berselawat beramai-ramai bermula dan hadirin dan tetamu berdiri bersama-sama berselawat dan pada masa yang sama ayahanda serta bonda adik Putra Firman dibawa turun mengelilingi ahli keluarga untuk majlis cukur jambul.
  7. Selepas tamat upacara ini cukur jambul, tetamu diraikan dengan jamuan makan tengah hari dan kemudian diadakah acara keluarga.
  8. Kelihatan beberapa VVIP turut hadir memeriahkan acara ini, termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Wanita UMNO).
  9. Kelihatan terpancar kegembiraan diwajah ahli keluarga di atas majlis ini dan kami semua mensyukuri nikmat dan kegembiraan kehadiran orang baru di dalam keluarga.
  10. Kami doakan agar adik Putra Firman akan menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada keluarga. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa system melawati 20trees-9 pa system melawati 20trees-1 pa system melawati 20trees-6 pa system melawati 20trees-2 pa system melawati 20trees-3 pa system melawati 20trees-8pa system melawati 20trees-7 pa system melawati 20trees-5 pa system melawati 20trees-4

Artis Datuk Hattan dan Datuk DJ Dave di Majlis Pernikahan Hajar Malik & Shariman Rizal

Majlis Perkahwinan Siti Hajar Datuk Malik & Shariman Rizal

Tarikh: 10/10/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Jalan Kuching OFF Jalan Ipoh

Bandar :  Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Kali ini kami bertugas pada hari Jumaat untuk majlis pernikahan pelanggan kami iaitu Hajar Malik.
  2. Pasangan Hajar Malik dan Shariman  telah merancang untuk melangsungkan pernikahan selepas isyak dan kami tiba ke lokasi pada jam 5:00PM untuk pemasangan dan sound check.
  3. Setibanya kami di kediaman pengantin perempuan, kami telah beramah mesra bersama vendor-vendor lain yang menyediakan perkhidmatan untuk majlis ini. Di antaranya adalah Something Sweet To Share, Sweet Motion Production & Chenta Weddings.
  4. Kami telah melakukan sedikit perbincangan dengan kakak Hajar yang membantu kami menentukan tempat yang sesuai untuk menempatkan peralatan kami.
  5. Setelah selesai kerja pemasangan, kami telah melakukan rehearsal ringkas untuk memastikan microfon untuk upacara pernikahan ditempatkan pada kedudukan yang betul. Pada sessi ini, DJ Junx melakonkan watak pengantin dan sepupu Hajar sebagai tuan Kadi.
  6. Kami disajikan oleh tuan rumah dengan minuman dan kuih-muih semasa sessi pengujian. 🙂
  7. Setelah peralatan siap dilakukan, tibalah masanya kami menanti rombongan Shariman tiba ke majlis.
  8. Dulang hantaran dibawa masuk ke majlis dan pengantin lelaki telah bersedia duduk di hadapan kadi bertugas. Seluruh ahli keluarga dan rakan taulan mendengar khutbah nikah yang dijalankan diruang tamu utama kediaman pengantin perempuan.
  9. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja, Hajar Malik sah menjadi milik Shariman. Akad nikah dijalankan sendiri oleh Ayahanda Hajar Malik sendiri iaitu Datuk Abdul Malik.
  10. Kehadiran tetamu-tetamu terkenal seperti Datuk Hattan dan isteri dan Datuk DJ Dave ternyata menambah seri majlis dan mereka cukup mesra pabila disapa oleh kami.
  11. Setelah selesai upacara di dalam rumah, majlis diteruskan dengan upacara makan malam. Jamuan makan malam disajikan oleh Katering Warisan Baiduri. Enak sekali sajian yang mereka hidangan.
  12. Majlis selesai kira-kira jam 11:15PM dan kami telah memohon untuk menamatkan siaran dan lagu-lagu dari sistem kami.
  13. Kesemua vendor telah mula melakukan pengemasan barangan dan kami telah bertemu dengan wakil keluarga untuk mengundur diri. Alhamdulillah, ternyata segalanya dapat diberikan dengan jayanya dengan kualiti bunyi yang mendapat pujian pihak keluarga.
  14. Buat pasangan Hajar Malik dan Shariman, kami ucapkan syabas dan selamat menempuhi alam rumah tangga dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

kahwin rumah jalan jambu-1 kahwin rumah jalan jambu-2 kahwin rumah jalan jambu-3 kahwin rumah jalan jambu-6 kahwin rumah jalan jambu-4 kahwin rumah jalan jambu-5 kahwin rumah jalan jambu-7 kahwin rumah jalan jambu-8 kahwin rumah jalan jambu-9

Perkahwinan Di Dewan Kampung Baru Kuala Lumpur

Majlis Perkahwinan Dila & Faizal

Tarikh: 28/09/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna, Jalam Hamzah

Bandar : Kg Baru, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Faizal telah melakukan tempahan pada bulan Ogos untuk majlis bakal isteri beliau Dila.
  2. Mereka mengimpikan satu majlis yang sempurna dan tenang dan Combo B menjadi pilihan mereka dan meletakkan kebebasan kepada kami dari segi pemilihan lagu.
  3. Kami tiba ke sini lebih kurang jam 9:45AM untuk pemasangan dan sound check.
  4. Ini adalah kali kedua kami telah bertugas di sini. Dewan sederhana besar tetapi dilengkapi dengan soundproof wall, surau dan tandas.
  5. Kami telah bertemu dengan kakak pengantin bagi berbincang berkenaan perjalanan majlis.
  6. Pasangan pengantin tiba ke dewan tepat jam 1:00PM dan mereka telah diarak oleh pasukan kompang Ezhar cawangan Kuala Lumpur yang dipimpin oleh En Saiful.
  7. Pengantin terus menuju ke pentas utama dewan untuk sessi persandingan, dan tetamu mula memenuhi dewan pada waktu tersebut.
  8. Bacaan doa telah disampaikan oleh Abang kepada Dila dan kemudian mereka menjamu selera bersama di meja makan beradab.
  9. Pasangan Dila dan Faizal yang sama cantik dan sama padan ini mempunyai ramai kawan dan mereka hadir sebagai tetamu istemewa bagi meraikan Dila dan Faizal.
  10. Setelah selesai upacara makan beradab, pengantin dijemput untuk ke pentas pelamin semula bagi menjayakan sessi memotong pulut kuning.
  11. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Titiwangsa iaitu Datuk Johari dan YB Nurul Izzah Anwar.
  12. Juadah jamuan tetamu disajikan oleh Katering Restoran Mas Merah Acong Kg Baru.
  13. Majlis diselitan juga dengan sambutan hari lahir yang ke 6 anak sadara Dila. Kami memainkan lagu Allah Selamatkan Kamu pada upacara ini.
  14. Ternyata terpancaran wajah kegembiraan pengantin dengan kejayaan majlis mereka ini.
  15. Buat pasangan Dila dan Faizal, kami ucapkan syabas dan selamat menempuhi alam rumah tangga dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

kahwin dewan serbaguna jalan hamzah-5 kahwin dewan serbaguna jalan hamzah-6 kahwin dewan serbaguna jalan hamzah-3 kahwin dewan serbaguna jalan hamzah-7 kahwin dewan serbaguna jalan hamzah-2 kahwin dewan serbaguna jalan hamzah-8 kahwin dewan serbaguna jalan hamzah-1 kahwin dewan serbaguna jalan hamzah-4

Perkahwinan Marina Dan Jayar Di Kelab Golf Perkhidmatan Awam

Majlis Perkahwinan Marina & Mohammad Jayar 

Tarikh: 27/09/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Kelab Golf Perkhidmatan Awan (KGPA)

Bandar : Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada petang Sabtu ini dilimpahi dengan hujan rahmat dan menjadikan suasana di KGPA ini permai dan nyaman.
  2. Pengantin lelaki iaitu Muhamad Jayar adalah pemuda kelahiran Filipina dan bertugas di Malaysia.
  3. Pengantin perempuan Marina pula berasal dari Malaysia dan telah melakukan tempahan kira-kira 3 bulan sebelum majlis ini bermula.
  4. DJ Lative tiba terlebih dahulu ke lokasi majlis sekitar jam 4:30PM manakala DJ Junx sedikit lewat kerana beliau mempunyai janji temu dengan bakal pelanggan kami yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan November ini.
  5. Majlis perkahwinan ini berkonsepkan perkahwinan di taman dengan pemandangan indah padang golf dan tasik yang terdapat di KGPA.
  6. Setibanya kami di sini, kami terus melakukan pemasangan peralatan PA system dan juga projector. Tujuan projector ini ditempah adalah untuk memaparkan photo slideshow dan video majlis pernikahan Marina dan Jayar untuk dikongsikan kepada tetamu yang hadir.
  7. Pasangan pengantin telah menyediakan 2 orang emcee iaitu Chloe dan Sue. Chloe adalah adik kepada Jayar manakala Sue adalah wakil keluarga Marina.
  8. Ketibaan tetamu bermula pada jam 7:30PM dan majlis serta ketibaan pengantin tepat bermula pada jam 8:00PM.
  9. Ketibaan ahli keluarga dan pengantin disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan diiringi dengan persembahan nyanyian oleh Chloe dengan lagunya A Thousand Years.
  10. Pengantin terus menuju ke pentas pelamin untuk bersanding dan upacara bersalaman, bacaan doa dan ucapan dari kedua-dua ibubapa pengantin diadakan.
  11. Tayangan video nikah dilakukan ketika pengantin sedang bersanding dan kemudian majlis makan beradab dimulakan sambil beberapa tetamu naik ke pentas untuk menyampaikan lagu.
  12. Juadah yang disajikan sangat enak sekali dan ternyata ahli keluarga dari Filipina gembira menikmati makanan orang Malaysia.
  13. Acara tarian juga diadakan dan disertai oleh barisan pengiring pengantin perempuan.
  14. Jayar juga telah mengambil peluang untuk menyampaikan sebuah lagu dan ucapan indah untuk Marina dan keluarga beliau yang hadir untuk meraikan mereka.
  15. Tepat jam 10:30PM acara dan majlis ini tiba ke penghujung. Emcee menutup majlis dengan ucapan terima kasih kepada tetamu.
  16. Buat pasangan Marina dan Jayar, kami ucapkan selamat pengantin baru kepada anda dan semoga anda kekal bahagia selama-lamanya. Insya Allah

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

kahwin kgpa bukit kiara-1 kahwin kgpa bukit kiara-2 kahwin kgpa bukit kiara-3 kahwin kgpa bukit kiara-5 kahwin kgpa bukit kiara-6 kahwin kgpa bukit kiara-7 kahwin kgpa bukit kiara-8 kahwin kgpa bukit kiara-9 kahwin kgpa bukit kiara-10 kahwin kgpa bukit kiara-11 kahwin kgpa bukit kiara-12