Monthly Archives: November 2014

Majlis Bersama Helmi Dan Citra di Kompleks Sukan Dato Keramat

Majlis Perkahwinan Nur Helmi bin Nor Halim dan Citra Amelia binti Juniasdi

Tarikh: 22/11/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Kompleks Sukan Dato Keramat

Bandar : Taman Dato Keramat, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan iaitu Citra Amelia seawal bulan Jun yang lalu melalui borang tempahan online di website kami.
  2. Pasangan pengantin telah menyediakan aturcara yang tersusun kepada kami sebagai panduan untuk tugasan kami di majlis mereka.
  3. Kami tiba ke dewan seawal jam 9:30AM dan telah melakukan pemasangan peralatan sejurus tiba ke dewan.
  4. Dewan di Kompleks Sukan Datuk Keramat ini agak besar dan boleh memuatkan kira-kira 1000 orang dalam sesuatu masa. Dewan ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin, tandas dan surau.
  5. Pemasangan siap dilakukan tepat jam 11:00AM dan ahli keluarga pengantin juga tiba ke dewan sekitar waktu ini.
  6. Pasangan mempelai dinikahkan pada pagi ini juga di Masjid Al-Mutaqim dan meraka dijangkakan akan tiba ke dewan untuk majlis persandingan sekitar jam 1:30PM.
  7. Ketibaan pasangan pengantin diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan diiringi dengan alunan selawat yang disampaikan oleh Ustaz Heyrie yang dibawa khas dari Kor Agama ATM.
  8. Pengantin terus diarak ke pentas pelamin dan Ustaz Heyrie menyampaikan doa dan majlis diteruskan dengan upacara salam restu yang dilakukan oleh ayahanda bonda pengantin serta abang pengantin lelaki.
  9. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab dan kemudian disusuli dengan upacara memotong kek perkahwinan.
  10. Sahabat-sahabat yang hadir ke majlis ini setia menanti sehingga ke sessi fotografi, dan mereka juga sempat berselfie dan bergambar dengan menggunakan hashtag #helmicitra untuk dikongsikan di laman sosial instagram.
  11. Pelbagai juadah yang disediakan di majlis ini, di antaranya adalah teh tarik, kopi o, karipap, nasi minyak, ikan keli, daging masak hitam, cendol dan pelbagai lagi jenis lauk yang disediakan oleh Sri Payung Catering.
  12. Majlis berlangsung sehingga jam 4:00PM dan kami telah melakukan ucapan penutup bagi menamatkan tugasan kami.
  13. Alhamdulillah segalanya berlangsung dengan jayanya dan kami doakan agar pasangan Helmi dan Citra akan bahagia dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-1-2 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-2 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-1 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-3 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-4 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-5 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-6 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-7 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-8 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-10 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-11 emcee-dj-kahwin-Kompleks-Sukan-Dato-Keramat-12

Perkahwinan Di Pusat Komuniti Lembah Pantai Bersama Hakim Dan Mawar

Majlis Perkahwinan Hazwan Hakim Bin Hashim dan Mawar Syazwana Mohd Nasir

Tarikh: 16/11/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Pusat Komuniti Lembah Pantai

Bandar : Jalan Kerinchi, Bangsar, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan iaitu Mawar Syazwana seawal bulan April yang lalu.
  2. Pengantin telah menempah secara online melalui laman web kami dan ini adalah kali ke lima kami telah menjayakan majlis pelanggan kami di dewan ini.
  3. Kami tiba ke dewan seawal jam 9:30AM dan bertemu dengan Mawar dan Hakim yang sedang melakukan persiapan terakhir di dewan ini.
  4. Hiasan dewan sangat indah dengan bertemakan warna hijau dan merah jambu yang lembut sangat menyerikan suasana.
  5. Hiasan dewan ini juga diserikan dengan balang yang diletakan bunga-bungaan segar dan di dalamnya terdapat ikan emas yang sangat cantik.
  6. Pasukan katering dari Amat SJ Catering telah tiba dengan persiapan hiasan meja buffet dan persiapan untuk juadah jamuan pada majlis ini.
  7. Majlis juga menyediakan cendol dari Kak Jamilah Cendol dan kaunter kuih-muih yang sangat menyelerakan.
  8. Keluarga pengantin juga telah menyediakan pengacara majlis. Pak Anjang pengantin lelaki telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majlis.
  9. Ketibaan pengantin yang pernah menuntut bersama di Sekolah Menengah Teknik Sepang yang segak dan berseri telah disambut dengan alunan selawat. Pantun dan kata-kata aluan yang indah dari Pak Anjang telah menjadikan perjalanan majlis sangat teratur dan lancar.
  10. Pengantin telah memilih lagu dari Sabhi Saddi yang bertajuk Cinta Sesungguhnya sebagai lagu ketika mereka berjalan menuju ke pentas pelamin.
  11. Setelah pengantin duduk, bacaan dia disampaikan dan kemudian upacara diteruskan dengan upacara salam restu.
  12. Pengacara majlis telah menjemput ibu bapa pengantin dan ahli keluarga untuk menyertai sessi salam restu ini.
  13. Selepas selesai upada salam restu, pengantin telah dijemput ke meja makan beradab bagi menjayakan upacara santapan diraja.
  14. Rakan-rakan yang hadir telah menggunakan kesempatan yang ada untuk bersalaman dan bergambar ketika pasangan ini menjamu selera.
  15. Selesai menjamu selera Hakim dan Mawar dijemput untuk kembali ke pentas pelamin bagi upacara memotong kek perkahwinan mereka.
  16. Sejurus selepas itu, sessi fotografi dijayakan dengan penyertaan dari rakan-rakan dan seluruh ahli keluarga pengantin.
  17. Majlis yang cukup meriah ini diserikan dengan nyayian karaoke dari salah seorang sepupu Hakim yang datang dari Kajang yang menyampaikan lagu Penawar Rindu.
  18. Tugasan kami ditamatkan kira-kira jam 4:00PM dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.
  19. Ternyata kerjasama erat dari Hakim, Mawar dan seluruh ahli keluarga telah menghasilkan majlis yang sangat teratur dan meriah.
  20. Tahniah kami ucapkan kepada Hakim dan Mawar, semoga hari bahagia yang dilangsungkan ini akan terus menjadi ingatan abadi kedua-dua mempelai.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

2014-11-16 11.33.32 2014-11-16 11.33.43 2014-11-16 13.30.44 2014-11-16 13.30.58 2014-11-16 13.35.42 2014-11-16 13.36.34 2014-11-16 14.07.43-2 2014-11-16 14.55.29

#adhwaazie Menjadi Penyeri Majlis Perkahwinan Di Putrajaya

Majlis Perkahwinan Aziah Binti Abu Bakar Sajak & Khairul Adhwa Md Khalid

Tarikh: 15/11/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Kompleks Kejiranan Presint 16

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin lelaki iaitu Khairul Adhwa seawal bulan September yang lalu.
  2. Beliau bersetuju untuk mengambil combo C yang mempunyai projector untuk berkongsikan gambar-gambar dari instagram yang menggunakan  #adhwaazie.
  3. Hiasan dewan yang sangat cantik dan hidangan makanan yang enak dari DJu Catering menambat hati tetamu untuk menjamu selera dengan penuh gembira.
  4. Pengantin tiba ke dewan sekitar jam 2PM dan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem kami.
  5. Kami sempat berpantun dan mengalu-alukan kehadiran pasangan mempelai dan paluan kompang disusuli oleh alunan selawat.
  6. Adhwa dan Azie yang segak dan menawan melangkah perlahan-lahan ke pentas pelamin dan duduk bersanding.
  7. Bacaan doa kemudiannya dibacakan oleh Tuan Mohd Shukri Abdul Razak. Seluruh tetamu memberikan tumpuan dan mengaminkan doa yang disampaikan oleh beliau.
  8. Sejurus selepas bacaan doa disampaikan. Majlis diteruskan dengan upacara salam restu dan merenjis. Ayahanda bonda kedua-dua pengantin mendahului upacara ini dan disusuli dengan penyertaan ibu-ibu dan bapa-bapa saudara serta adik-beradik.
  9. Majlis diserikan dengan istiadat makan beradab dan pengantin telah memilih lagu Thousand Years dan All Of Me untuk menyerikan upacara ini.
  10. Sewaktu upacara makan beradab, kami telah memaparkan updata-update terkini dari instagram #adhwaazie dan ternyata sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan Adhwa dan Azie sangat mengalakkan. Pengantin hanya tersenyum bila melihat status-status dari gambar-gambar yang dikongsikan itu.
  11. Selepas selesai menjamu selera, dengan dua rangkap pantun, kami telah menjemput pasangan pengantin baru ini ke meja memotong kek perkahwinan bagi upacara memotong kek.
  12. Selesai upacara ini, pasangan mempelai dijemput untuk naik ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan rakan-rakan.
  13. Rakan-rakan yang sporting telah memeriahkan majlis dengan pelbagai aksi ketika bergambar dipentas pelamin.
  14. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sessi beramah mesra dengan tetamu dan pengantin juga telah menjemputkan untuk bergambar bersama di pentas pelamin sebelum kami menamatkan acara.
  15. Ternyata terpancar wajah kegembiraan pada kedua-dua ayahanda bonda pengantin dengan kejayaan majlis pada hari ini.
  16. Kepada Adhwa dan Azie, kami doakan yang terbaik untuk anda berdua. Semoga dengan ikatan suami isteri yang telah terjalin ini akan menambahkan lagi kebahagian cinta yang telah disemai.
  17. Selamat pengantin baru kepada #adhwaazie!

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

2014-11-15 12.41.30 2014-11-15 12.41.58 2014-11-15 12.44.48 2014-11-15 13.13.56 2014-11-15 13.14.33 2014-11-15 13.14.38 2014-11-15 13.14.45 2014-11-15 13.15.53 2014-11-15 13.15.59 2014-11-15 14.20.56 2014-11-15 14.50.12 2014-11-15 14.50.56

Pasukan Kompang Dari Indonesia Di Majlis Nasriah & Shahid

Majlis Perkahwinan Nasriah & Shahid

Tarikh: 09/11/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Dato Ahmad Razali

Bandar : Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Nasriah (pengantin perempuan) melalui laman web kami pada bulan Oktober yang lalu.
  2. Kami tiba ke Dewan Dato’ Ahmad Razali ini seawal jam 9:30AM dan melakukan proses pemasangan sejurus tiba.
  3. Tetamu yang terdiri dari ahli keluarga telah tiba lebih awal untuk melakukan persiapan terakhir dan memastikan segala persiapan siap sedia sebelum menerima ketibaan tetamu.
  4. Dewan ini agak selesa dan mudah dicari kerana terletak bersebelahan jalan utama dan mempunyai kemudahan asas seperti surau dan penyaman udara.
  5. Majlis diserikan dengan persembahan unik pasukan kompang Zainul Ummah yang dibawa khas dari Indonesia. Keunikan pasukan kompang yang dipimpin oleh Ustaz Zainal Abidin ini jarang-jarang dapat dilihat di Malaysia.
  6. Pengantin tiba ke dewan ini tepat jam 1:15PM dan mereka telah diarak oleh pasukan kompang Zainul Ummah.
  7. Pasangan pengantin segak dan menawan dengan mengenakan pakaian berwarna peach (oren) dan mereka terus menuju ke pentas pelamin.
  8. Setibanya pasangan ini di pelamin, mereka duduk bersanding dan bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Zainal Abidin (Pemimpin Kumpulan Zainul Ummah) sebagai pembuka majlis.
  9. Selepas bacaan doa, kami telah menjemput ahli keluarga pengantin untuk ke pentas pelamin bagi upacara salam restu dan merenjis.
  10. Selesai upacara salam restu, pengantin dijemput ke meja makan beradab untuk menjamu selera bersama keluarga dan tetamu.
  11. Sajian makanan untuk majlis ini disajikan oleh Wira Solihin Catering yang berpangkalan di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Sangat enak sekali hidangan yang disajikan.
  12. Selesai menjamu selera Nasriah dan Shahid dijemput kembali ke pentas pelamin bagi menjaya sessi fotografi bersama keluarga dengan persalinan pertama mereka.
  13. Selepas itu, majlis diserikan dengan sessi karaoke bersama keluarga pengantin dan pengantin kembali semula ke bilik persalinan untuk mengayakan busana kedua mereka iaitu pakaian beruniform tentera Shahid.
  14. Acara memotong dimulakan apabila Nasriah dan Shahid memberi que kepada kami, dan kami memutarkan lagu Thousand Years sebagai pengiring kepada momen romantis ini.
  15. Setelah selesai upacara memotong kek, majlis diteruskan dengan kemeriahan sessi karaoke. Bapa Shahid iaitu Tuan Nasir Mansor juga tidak ketinggalan menyampaikan dua buah lagu 60 an.
  16. Ternyata terpancar wajah gembira pada pengantin pabila melihat ahli keluarga mereka menyanyi sehingga ke hujung majlis.
  17. Keluarga yang datang dari jauh (Indonesia) juga kelihatan cukup gembira bertemu dengan keluarga yang mungkin sudah lama tidak berjumpa.
  18. Ternyata majlis perkahwinan Nasriah dan Shahid ini telah mengakrabkan lagi silaturahim sesama keluarga dan kami dari The Junx akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa system kahwin ampang-12 pa system kahwin ampang-11 pa system kahwin ampang-8pa system kahwin ampang-6 pa system kahwin ampang-5 pa system kahwin ampang-15pa system kahwin ampang-14 pa system kahwin ampang-13 pa system kahwin ampang-10pa system kahwin ampang-9 pa system kahwin ampang-7 pa system kahwin ampang-3pa system kahwin ampang-2

 

Meraikan Adik-Adik Dari Tadika Sri Comel Manja (TSCM)

Majlis Konsert dan Graduasi Tadika Sri Comel Manja

Tarikh: 08/11/2014

Lokasi : Kompleks Penyayang Bakti, Bandar Sri Damansara

Bandar : Damansara, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Ini adalah kali pertama kami mengendalikan majlis graduasi dan konsert untuk kanak-kanak pra-sekolah. Tempahan untuk majlis ini telah dilakukan oleh salah seorang guru tadika di sini iaitu Puan Nurmuma Kamarina.
  2. Tempahan yang agak ‘last minute’ ini sangat menyebelahi kami dan pihak tadika kerana kebetulan kami memang mempunyai kekosongan pada tarikh majlis ini diadakan.
  3. Kami telah tiba seawal jam 6:20AM untuk pemasangan peralatan dan majlis dijangkakan bermula pada jam 7:30AM dengan kehadiran pelajar-pelajar dan ibubapa.
  4. Ketibaan tetamu kehormat iaitu Penaung tadika Tuan Haji Adam Bin Mohd Saad dan Pengurusi PIBG Tuan Muhammad Shahril Shahari disambut mesra oleh pihak tadika terutama guru-guru dan ibubapa pelajar.
  5. Pihak tadika telah memberikan kami koleksi lagu-lagu yang perlukan mainkan sepanjang persembahan konsert.
  6. Tadika yang telah berpengalaman selama 20 tahun ini, sangat bijak dalam mengendalikan majlis seumpama ini. Segalanya telah diatur dengan baik. Emcee bertugas iaitu Puan Sarifulasra Binti Rozali juga mengacarakan majlis dengan sangat sempurna.
  7. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dari pengurusi PIBG dan persembahan video montaj. Majlis juga diberkati dengan penyampaian Asmaul Husna dari pelajar-pelajar dan tetamu-tetamu.
  8. Selepas itu, majlis diserikan lagi dengan pelbagai persembahan dari pelajar-pelajar 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Sungguh berbakat adik-adik kecil ini dengan persembahan yang menghiburkan. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang berjaya melatih mereka.
  9. Selepas persembahan, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan anugerah kecemerlangan. Ibubapa sungguh teruja ketika upacara ini dijalankan dan mereka sempat merakamkan foto dan video anak-anak mereka menerima anugerah ini.
  10. Majlis yang bertemakan Flora dan Fauna ini juga dikejutkan dengan kehadiran badut yang datang menghiburkan majlis dengan memberikan replica bunga, haiwan dan pedang yang diperbuat daripada belon.
  11. Alhamdulillah, tepat jam 11:30AM majlis mula bersurai dan ternyata acara ini memberi semangat kepada ibubapa dan adik-adik di tadika ini untuk terus berjaya dalam bidang akademik.
  12. Kami seluruh kru The Junx Audio Visual mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada guru-guru, ibubapa dan pengusaha tadika iaitu Puan Hajah Hasnah Bt Embi. Bantuan seluruh tenaga kerja terutama Encik Jamry yang banyak membantu kami menjalankan tugas kami sepanjang majlis ini akan kami kenang.

Foto Majlis:

konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-1 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-2 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-4 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-5 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-9 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-7 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-6 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-8 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-10 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-11 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-3 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-12 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-14 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-15 konvo graduasi tadika sri comel manja damansara-13

Perkahwinan Ayu & Firdaus (Pen) di Dewan Kastam Di Raja Malaysia, Kelana Jaya

Majlis Perkahwinan Fazlyna Ayu & Firdaus

Tarikh: 01/11/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Sebaguna, Kompleks Kastam Di-Raja Malaysia

Bandar : Kelana Jaya, Selangor

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Projector) + Official Emcee

Catatan:

  1. Untuk majlis hari ini, tempahan telah dilakukan oleh ibu pengantin perempuan iaitu Puan Azlina pada bulan April yang lalu melalui borang tempahan online kami.
  2. Setelah beberapa perbincangan melalui Whatapp dan telefon, Puan Azlina dan suami iaitu Tuan Nazri Shah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan pengacara majlis rasmi dari kami.
  3. Majlis ini juga akan diserikan dengan tanyangan gambar-gambar slideshow dari pengantin yang dipaparkan melalui projector kami.
  4. Kami tiba seawal jam 9:30AM untuk melakukan tinjauan terhadap struktur dewan ini dan kelihatan segala hiasan dan persiapan dewan telah siap sedia menerima kehadiran tetamu.
  5. Pihak katering juga telah siap menghidangkan makanan seawal jam 10:00AM. Katering untuk majlis ini disediakan oleh Amat SJ Catering.
  6. Setelah kami siap melakukan pemasangan peralatan kami dan menukar pakaian, majlis dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan Qasidah dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Darul Sakinah.
  7. Pengantin dan rombongan pengantin lelaki tiba ke majlis sekitar jam 12:30PM dan kehadiran mereka disambut dengan bacaan selawat dari Imam Besar Masjid Tabung Haji.
  8. Pengantin telah memilih lagu dari Sabhi Saddi bertajuk Cinta Sesungguhnya untuk mengiringi perjalanan mereka ke pentas pelamin selepas bacaan selawat dibacakan.
  9. Majlis terus diberkati dengan bacaan doa dan sekaligus emcee rasmi (DJ Junx) menjemput ahli keluarga untuk naik ke pentas pelamin untuk upacara salam restu.
  10. Selepas upacara salam restu, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab. Pengantin bersama ahli keluarga duduk di meja makan beradab dan Ayahanda pengantin perempuan iaitu Tuan Nazri Shah memberikan sepatah dua kata. Selepas ucapan dari Tuan Nazri, ucapan kejutan dari sahabat-sahabat baik Ayu menceriakan lagi suasana pada petang itu.
  11. Selepas sessi makan beradab selesai, pengantin dijemput oleh emcee untuk ke meja memotong kek dan selepas upacara romantis ini selesai, mereka dijemput sekali lagi ke pentas pelamin bagi menyertai sessi fotografi.
  12. Upacara fotografi ini disertai oleh ahli keluarga dan juga kenalan pengantin. Acara ini berjalan cukup meriah sekali.
  13. Kemudian pengantin dijemput untuk sessi beramah mesra dengan tetamu-tetamu, dan pada masa yang sama sessi karaoke dibuka kepada tetamu.
  14. Tuan rumah juga menyediakan pelbagai juadah yang enak-enak, teh tarik, kuih muih, cendol dan juga soft ice cream yang sangat membuka selera.
  15. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan jayanya. Kami dari The Junx Audio Visual akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Semoga terus bahagia selama-lamanya. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-1 (2) pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-2 (2) pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-4 (2) pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-5 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-2 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-3 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-4 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-6 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-3 (2) pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-1 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-7 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-8 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-9 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-11 pa system kahwin dewan serbaguna kastam kelana jaya-101