Monthly Archives: December 2014

Meraikan Wan Fadhlan dan Nurul Izzah di Dewan Dahlia Seksyen 24, Shah Alam

 

emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-12

Majlis Perkahwinan Wan Fadhlan & Nurul Izzah

Tarikh: 28/12/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Dahlia, Seksyen 24,

Bandar : Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan untuk majlis kali ini dilakukan oleh Nurul Izzah pada bulan Oktober yang lepas.
  2. Ini adalah kali kedua kami menjalankan tugas di sini. Pertama kali kami di sini adalah sewaktu kami menjayakan majlis Nur Farahin dan Hazury pada bulan Mei 2014 yang lalu.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:40AM dan melakukan proses pemasangan peralatan kami sejurus kami tiba.
  4. Kami telah bertemu dengan beberapa ahli keluarga pengantin perempuan dan bertemu dengan bapa Nurul Izzah iaitu Abu Hassan untuk berbincang berkenaan dengan beberapa perkara.
  5. Di majlis ini, katering telah disediakan oleh Delirasa Catering & Event Management dan keluarga pengantin juga telah menempah ayam golek yang didatangkan khas dari Taman Sri Andalas Klang.
  6. Pengantin tiba ke dewan sekitar jam 1:45PM dan mereka telah disambut dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang Warisan Budi yang dipangkalan di Seksyen 16 Shah Alam.
  7. Pengantin di arak terus ke pentas pelamin dan mereka diiringi oleh bacaan selawat yang disampaikan oleh Tuan Ahmad bin Lebai Dollah. Tuan Ahmad juga telah membacakan bacaan doa untuk majlis ini.
  8. Setelah selesai bacaan doa dibaca, persembahan kompang diteruskan dengan penampilan 3 buah lagu.
  9. Pada waktu yang sama, kami telah menjemput ahli keluarga untuk naik ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi salam restu.
  10. Pada majlis ini, keluarga pengantin telah memilih untuk melakukan sessi fotografi terlebih dahulu sebelum mereka makan beradab.
  11. Setelah sessi fotografi pertama ini selesai, kami telah menjemput pasangan mempelai untuk turun menjamu selera dengan hidangan yang disajikan di meja makan beradab.
  12. Ahli keluarga juga dijemput untuk bersama-sama memenuhkan meja makan beradab bagi menemani pasangan pengantin menjamu selera.
  13. Selepas selesai menjamu selera, Nurul Izzah dan Wan Fadhlan dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Pada ketika ini, teman-teman dan tetamu berkumpul di hadapan meja memotong kek bagi mendapatkan shot menarik gambar pengantin yang dirai.
  14. Majlis kemudian diteruskan dengan sessi fotografi kedua, di mana kami telah menjemput pengantin untuk bersama-sama bergambar dengan opah mereka dan seterusnya bersama-sama keluarga dan tetamu yang lain.
  15. Kelihatan terpancar wajah kegembiraan pada pasangan pengantin tatkala melihat kehadiran rakan-rakan dan ahli keluarga.
  16. Kami seluruh krew The Junx Audio Visual ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh keluarga pengantin dan tahniah kepada Wan Fadhlan dan Nurul Izzah di atas kejayaan majlis anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-1 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-2 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-3 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-4 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-5 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-6 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-7 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-8 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-9 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-10 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-11 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-12

Meraikan Ratu Bajau Di Dewan Serbaguna Jinjang Utara

Majlis Perkahwinan Norun Julpakar (Dayang) & Muhammad Zakwan Mustafa

Tarikh: 27/12/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna, Jinjang Utara,

Bandar : Jinjang, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Ini  adalah kali ketiga kami bertugas di dewan ini. Sebelum ini kami pernah ke sini bagi meraikan majlis perkahwinan Fahmi Hafis dan Nurul Raifana.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Zakwan sebulan sebelum majlis ini bermula.
  3. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan persiapan siap dilakukan setengah jam selepas itu.
  4. Sekitar jam 10:00AM dewan telah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin perempuan. Keluarga pengantin perempuan berasal dari Sabah dan kebanyakan keluarga yang hadir datang dari Sabah untuk berkongsi kemeriahan majlis ini.
  5. Dayang dan Zakwan tiba ke dewan sekitar jam 12:45PM dan kami telah menyambut pasangan ini dengan paluan kompang dan muzik gamelan dari sistem Audio kami.
  6. Sejurus pasangan mempelai naik ke pentas pelamin, kami telah menjemput Yang Bebahagia Ustaz Hussien untuk menyampaikan doa.
  7. Kemudian, kami memulakan acara merenjis dan salam restu yang dimulakan dengan ibu bapa pengantin lelaki serta adik beradik Zakwan.
  8. Sessi merenjis diteruskan dengan menjemput ahli keluarga Dayang dan selepas ianya selesai, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab.
  9. Semasa sessi makan beradab, kejutan telah dilakukan oleh rakan-rakan Dayang iaitu artis-artis budaya dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan beberapa persembahan tarian. Dayang juga menyertai tarian ini bersama-sama artis budaya.
  10. Selain dari persembahan artis budaya dari JKKN, majlis juga diserikan dengan persembahan dari Adik Mohd Rosham yang membawakan persembahan tarian Sulu.
  11. Selepas itu pasangan mempelai dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan seterusnya menjayakan sessi fotografi bersama keluarga.
  12. Kemeriahan majlis diteruskan dengan sessi karaoke dan sessi ini berlanjutan sehingga majlis tamat sekitar jam 4:00PM.
  13. Majlis yang cukup meriah ini pasti diingati oleh seluruh ahli keluarga dan kami juga gembira apabila melihat setiap tetamu yang diraikan dimajlis ini turut sama tersenyum.
  14. Kami juga telah menyeru kepada seluruh tetamu majlis untuk sama-sama memanjangkan doa kepada mereka yang ditimpa bencana banjir di pantai timur semenanjung, dan mendoakan agar majlis yang penuh barakah akan membawa kebahagian kepada pasangan pengantin yang dirai iaitu Zakwan dan Dayang.
  15. Kepada Dayang dan Zakwan, kami mendoakan anda akan terus dikurniakan dengan kebahagian dan tabah mengharungi segala dugaan dalam kehidupan berumah tangga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:  

emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-1 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-2 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-3 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-4 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-5 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-6 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-7 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-8 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-11 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-10 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-12 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-13 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-14 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-15 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-16 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-17 emcee-dj-kahwin-dewan-serbaguna-jinjang-utara-kl-9

Bersiaran Di Dewan Beringin Taman Sri Gombak

emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-12

Majlis Perkahwinan Nur Asyikin binti Hj Zainuddin & Muhammad Razi bin Azis

Tarikh: 20/12/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Beringin, Taman Sri Gombak

Bandar : Batu Caves, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Ini adalah kali kedua kami bertugas di dewan ini. Dewan Beringin di Taman Sri Gombak ini berkeluasan tiga gelanggang badminton dan boleh memuatkan kira-kira 800 orang tetamu dalam satu masa.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis pada jam 9:30AM dan bertemu dengan Syikin yang pada ketika itu datang untuk melihat persiapan akhir di dewan ini.
  3. Pada waktu ini, pasukan katering dari DJU Catering telah tiba dan melakukan pemasangan alas meja dan peralatan untuk hidangan jamuan.
  4. Ahli keluarga pengantin yang diketuai oleh Tuan Hj Zainuddin Hj Abd Rahman dan Puan Hjh Azamah Hj Abd Aziz tiba di dewan sekitar jam 11:00AM dan mereka memulakan majlis dengan bacaan doa selamat bersama ahli keluarga.
  5. Kami memulakan tugasan kami dengan memainkan lagu-lagu kerohanian seperti yang diminta oleh pengantin dan mengucapkan selamat datang kepada tetamu-tetamu.
  6. Majlis dimeriahkan dengan sajian Wafi Soft Ice Crean dan Candy Buffet serta photo corner yang mendapat sambutan hangat dari tetamu.
  7. Pasangan pengantin dan rombongan pengantin lelaki tiba ke dewan sekitar jam 2:00PM, pada waktu ini jurufoto professional dari Lensofobia telah bersiap sedia menanti ketibaan Syikin dan Razi.
  8. Setelah pasangan mempelai tiba dan bersedia untuk masuk, kami telah mengumumkan ketibaan pasangan mempelai dan memasangkan kompang audio dari sistem kami.
  9. Pasangan mempelai terus masuk dari pintu utama dewan dan terus berjalan sehingga ke pintu gerbang. Kemudian kami memasangkan alunan selawat dan pasangan Syikin dan Razi terus melangkah ke gerbang pelamin.
  10. Seluruh ahli keluarga pengantin perempuan yang diketuai oleh bonda Razi iaitu Puan SuraIni Suhan berarak bersama menuju ke ruang utama dewan.
  11. Sejurus pasangan mempelai duduk di pentas pelamin, kami telah menjemput al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafiz Abd Syukor untuk membacakan doa.
  12. Selepas doa selesai dibaca, majlis diteruskan dengan menjemput seluruh ahli keluarga lelaki dan perempuan untuk menyertai sessi menepung tawa dan sessi bersalam restu.
  13. Selepas sessi menepung tawa selesai dijayakan, kami telah menjemut pasangan mempelai untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  14. Selesai pasangan pengantin baru Syikin dan Razi menjamu selera, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek perkahwinan. Kami memainkan lagu romantis untuk acara ini dan kemudian pengantin dijemput untuk kembali ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi bersama tetamu.
  15. Kami memulakan sessi ini dengan menjemput rakan riadah motor berkuasa besar pengantin yang datang dari Negeri Sembilan untuk memulakan sessi ini.
  16. Kemudian kami menjemput ahli keluarga pengantin lelaki dan kemudian ahli keluarga pengantin perempuan.
  17. Majlis ini terus meriah sehingga jam 4:00PM dan kami menamatkan tugasan kami dengan ucapan penutup dan ucapan terima kasih mewakili keluarga pengantin kepada tetamu jemputan.
  18. Kepada Syikin dan Razi, kami ucapkan jutaan terima kasih kerana berkongsi kegembiraan anda bersama kami. Semoga kebahagian akan terus mekar ke atas pasangan ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-14 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-13 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-12 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-11 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-10 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-9 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-8 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-7 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-6 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-5 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-4 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-3 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-2 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-1 emcee-dj-kahwin-taman-seri-gombak-dewan-beringin-15

Meraikan Nita dan Naim di Taman Gombak

Majlis Perkahwinan Nor Hasnita bin Abu Hasan dan Wan Khairul NazrulNaim bin Wan Mohd Yusop

Tarikh: 13/12/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna MPS, Taman Gombak

Bandar : Batu Caves, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan untuk kali ini dibuat pada bulan Oktober yang lepas dilakukan oleh pengantin perempuan iaitu Nita secara online. Beliau telah memilih combo A untuk majlis ini.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis pada jam 10:00AM dan telah bertemu dengan abang ipar Nita iaitu tuan Faizul Izhan.
  3. Sejurus bersalaman dan beramah mesra dengan tuan Faizul Izhan, kami terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  4. Seluruh ahli keluarga telah tiba ke dewan dan kami menjemput ahli keluarga untuk menjamu selera atas permintaan salah seorang bapa saudara Nita.
  5. Majlis perkahwinan ini dianjurkan dan dihoskan oleh seluruh bapa-bapa dan ibu-ibu saudara Nita iaitu ahli keluarga besar Allahyarham Abdul Rahman Bin Buyung dan Allahyarhamah Halimah Binti Rafiq.
  6. Tetamu jemputan mula memenuhi dewan sekitar jam 12:00PM dan pengantin dikhabarkan akan tiba dalam jam 1:30PM.
  7. Sepanjang majlis berlangsung, kami sempat menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu romantis dan perkahwinan. Nita juga telah meminta kami mainkan beberapa lagu pop yeah-yeah untuk ditujukan kepada bapa-bapa saudara beliau.
  8. Apabila pengantin dikhabarkan tiba ke dewan, kami telah memainkan paluan kompang dan seterusnya diselangi dengan lagu Penghujung Cintaku.
  9. Pengantin terus menuju ke mahligai kasih (pelamin) di pentas utama dewan.
  10. Kemudian kami telah menjemput abang ipar kepada Nita iaitu tuan Faizul Izhan untuk membaca doa.
  11. Pengantin yang segak dan berseri mengaminkan doa tersebut sambil duduk di pelamin
  12. Sejurus bacaan doa, kami menjemput pengantin untuk ke meja makan beradab untuk menjamu selera bersama keluarga dan kemudian mereka dijemput untuk ke upacara memotong kek.
  13. Selesai memotong kek, pengantin dijemput semula ke pentas pelamin bagi menyempurna acara merenjis/salam restu dan seterusnya sessi fotografi bersama keluarga.
  14. Ternyata cukup gembira sekali pasangan mempelai ini ketika sessi fotografi dijalankan.
  15. Pada masa yang sama kami telah membuka sessi karaoke. Sessi ini mendapat sambutan yang sangat mengalakan dari bapa-bapa saudara, sepupu-sepupu dan tetamu yang hadir.
  16. Setelah selesai semua aturcara kami telah diberikan buah tangan yang banyak dari saudara pengantin sebagai tanda penghargaan mereka.
  17. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Nita dan Naim. Ternyata kerjasama dikalangan ahli keluarga membuatkan tugasan kami lebih mudah.
  18. Kepada Nita dan Naim, syabas dan tahniah kami ucapkan. Seluruh krew The Junx Audia Visual akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda berdua dalam menempuhi alam rumah tangga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

SAM_5179-3 SAM_5176-1 SAM_5177-2 SAM_5181-4 SAM_5183-5 SAM_5187-6 SAM_5190-8 SAM_5193-9 SAM_5194-10 SAM_5203-11 SAM_5204-12 SAM_5205-13 SAM_5207-14 SAM_5189-7 SAM_5209-15

Alunan Lagu Islamik Dan Kerohanian di Majlis Perkahwinan Sovya Linda Dan Hafiz

emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-13

Majlis Perkahwinan Sovya Linda dan Mohd Hafiz

Tarikh: 06/12/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Madrasah Al-Mutaqim, Taman Aman Jaya

Bandar : Cheras, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Kami menerima tempahan dari Sovya Linda tiga bulan yang lepas melalui borang tempahan online kami.
  2. Beliau telah memilih combo B kami dan inginkan lagu berunsur kerohanian dan nasyid kerana majlis beliau dilangsungkan di perkarangan Madrasah Al-Mutaqim, Alam Jaya Cheras.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan telah melakukan pemasangan peralatan sejurus tiba dan bertemu dengan pengantin dan bapa kepada Sovya.
  4. Pada pagi ini juga, pasangan pengantin akan diijabkabulkan di dalam surau madrasah dan mereka menggunakan peralatan audio surau tersebut.
  5. Alhamdulillah, upacara ijab kabul dan akad nikah selesai dijalankan sekitar jam 11:00AM dan semua tetamu telah dijemput untuk menjamu selera hasil masakan ahli keluarga pengantin.
  6. Ayahanda dan bonda pengantin iaitu Tuan Edy dan Puan Refnita sangat gembira melihat tetamu telah mula memenuhi kanopi yang diletakkan diluar dewan utama.
  7. Kami memulakan kata-kata aluan dan pembuka majlis dengan ucapan tahniah kepada pengantin yang baru sahaja sah menjadi suami isteri dan kemudian kami mengalu-alukan kehadiran tetamu dan menjemput tetamu untuk menjamu selera.
  8. Pasangan mempelai meninggalkan majlis seketika untuk menukar persalinan untuk upacara persandingan, dan mereka akan tiba kembali ke majlis sekitar jam 2PM.
  9. Sementara menantikan kehadiran pasangan mempelai, majlis diserikan dengan persembahan qasidah oleh kumpulan Baiyiah dari Madrasah Al-Mutaqim.
  10. Apabila pasangan mempelai kembali, kami telah memasang muzik kompang dan kehadiran pasangan mempelai ini disambut dengan bacaan selawat yang disampaikan oleh Tuan Imam madrasah Al-Muttaqim.
  11. Pasangan mempelai terus menuju ke singgahsana pelamin, kami membuka bicara dengan mengalu-alukan kehadiran pasangan mempelai dan kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa.
  12. Seterusnya majlis diteruskan dengan sessi fotografi yang disertai oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan kemudian pengantin dijemput untuk ke meja makan beradab.
  13. Selepas selesai menjamu selera pengantin sekali lagi dijemput untuk ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi seterusnya bersama rakan taulan.
  14. Sewaktu kami menjalankan tugas,  kami telah didatangi oleh pasangan Shafiq dan Farah Wahida iaitu pengantin yang pernah kami raikan dulu di majlis Sovya, rupa-rupanya mereka berdua adalah sahabat kepada Sovya Linda dan Mohd Hafiz.
  15. Selepas selesai bersessi fotografi, kami menjemput pasangan pengantin baru ini ke meja memotong kek.
  16. Dipenghujung majlis kami juga sempat bertemu dengan bakal pengantin iaitu Imrahn yang telah menempah perkhidmatan kami yang hadir untuk berbincang beberapa perkara berkenaan majlis beliau tidak lama lagi.
  17. Tepat jam 4:00PM kami telah memberikan ucapan penutup dan ucapan terima kasih kepada seluruh tetamu dan ahli keluarga yang hadir memeriahkan majlis ini.
  18. Sebelum pulang, kami sempat bersalaman dengan Mohd Hafiz dan bertemu dengan Sovya Linda dan mengucapkan terima kasih di atas layanan mesra seluruh keluarga sepanjang kami menjayakan majlis ini. Jelas kelihatan Sovya Linda dan Mohd Hafiz sangat gembira dengan kemeriahan majlis mereka.
  19. Kepada Sovya dan Hafiz, kami seluruh krew The Junx Audio Visual mengucapkan tahniah dan syabas di atas hari bahagian anda ini. Semoga bahagia selalu.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-1 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-2 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-3 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-4 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-5 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-6 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-13 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-7 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-12 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-8 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-14 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-9 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-11 emcee-dj-kahwin-masjid-cheras-10

Menerima Jemputan Para Doctor Dari Klinik Mediviron Group

Majlis Korporat Mediviron Group

Tarikh: 30/11/2014

Lokasi : Atlanta Ballroom, Armada Hotel

Bandar : Petaling Jaya, Selangor

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projektor)

Catatan:

  1. Kali ini kami bertukar selera pula dengan menyambut baik tempahan dari pihak Klinik Mediviron Group bagi menjayakan majlis makan malam tahunan (annual dinner) mereka.
  2. Ini adalah kali ke 4 berturut-turut kami telah bersama dengan mereka dan tempahan telah dilakukan oleh Puan Liza selaku AJK untuk majlis tahun ini.
  3. Kami tiba ke Armada Hotel pada jam 4:30PM setelah selesai menjayakan majlis perkahwinan Rose dan Along di Selayang.
  4. Majlis yang akan bermula pada jam 6:30PM bakal dihadiri oleh barisan doktor-doktor yang berkhidmat atas jenama Mediviron.
  5. Majlis yang bertemakan Oscar Award ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ms Valerie sebagai mengalu-alukan tetamu dan berkongsikan beberapa gambar anugerah yang dimenangi oleh Mediviron sepanjang tahun 2014.
  6. Pengacara Majlis pada malam ini adalah Mr Chong dan Ms Shikin dari Mediviron HQ yang terletak di Taman Seapark, Petaling Jaya
  7. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dari pengasas Mediviron iaitu Datuk Dr. Lim Heng Huat yang melahirkan rasa terharu dengan pencapaian dan kerja kuat yang telah ditunjukkan oleh semua kakitangan syarikat dan para doktor.
  8. Pada malam ini juga, kesemua 41 cawangan yang baru dibuka di bawah jenama Mediviron telah diberikan sijil penghargaan yang disampaikan sendiri oleh Datuk Dr. Lim Heng Huat.
  9. Kemudian, majlis dikejutkan dengan acara birthday surprise dan pertandingan fashion catwalk yang disertai oleh doktor-doktor dan tetamu di malam itu.
  10. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara makan malam. Sungguh enak sekali makanan di Hotel Armada ini.
  11. Selepas selesai menjamu selera, persembahan live band dari doktor-doktor yang terlibat mengamatkan suasana. Pelbagai lagu-lagu hebat yang dipersembahkan oleh mereka termasuk lagu The Reasons dari Hoobastank, Sampaikan Salam dari Alleycats dan Bruno Mars dengan lagu yang bertajuk Just A Way You Are.
  12. Selepas selesai persembahan live tersebut, majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah. Mereka yang berjaya memenangi acara ini sangat gembira menerima hadiah mereka di pentas.
  13. Selepas itu, tetamu dijemput untuk menyampaikan lagu melalui sistem karaoke kami. Cukup meriah acara ini dengan penyertaan beberapa tetamu yang cukup bersahaja menyanyikan lagu bagi mengamatkan suasana.
  14. Tepat jam 11:00PM majlis diumumkan bersurai dan para tetamu bertemu dengan Datuk Dr. Lim Heng Huat dan isteri untuk mengucapkan rasa penghargaan mereka yang dirai dalam acara gilang gemilang ini.
  15. Kami sangat bertuah kerana sekali lagi berpeluang untuk menyertai keluarga Mediviron pada tahun ini. Diharap semuanya gembira dengan penganjuran yang cukup hebat untuk acara makan malam ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-1 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-2 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-3 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-4 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-5 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-6 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-7 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-8 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-9 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-10 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-11 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-12 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-13 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-14 emcee-dj-kahwin-mediviron-armada-hotel-annual-dinner-15

 

Majlis Perkahwinan Di Ideal Convention Center Selayang Meriah

Majlis Perkahwinan Rosniza Hanis Bt Hj Mohd Radzi dan Mohd Shazlee Bin Rosli

Tarikh: 30/11/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Hall B, Ideal Convention Center

Bandar : Selayang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kami menerima tempahan dari Rosniza Hanis (Rose) seawal bulan May yang lepas melalui borang tempahan online di laman web kami.
  2. Ini adalah kali pertama kami menjayakan majlis perkahwinan di sini. Dewan yang agak besar, mempunyai penghawa dingin, dan kemudahan lain seperti tandas dan lift (Dewan berada di tingkat 3).
  3. Kami tiba ke dewan seawal jam 9:30AM dan telah melakukan pemasangan peralatan sejurus tiba ke dewan.
  4. Kami telah berhubung dengan adik ipar Rose untuk menentukan kedudukan kami dan station untuk kami meletakkan peralatan kami.
  5. Pemasangan peralatan siap dilakukan sepenuhnya kira-kira jam 11:00AM dan kami telah memulakan acara dengan mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga dan tetamu.
  6. Pihak katering disediakan oleh pihak menyedia dewan ini dan makanan yang disajikan sangat sedap dan menyelerakan.
  7. Pengantin juga menyediakan ice-cream booth untuk tetamu. Tetamu-tetamu kecil sangat teruja untuk menikmati ice-cream sambil ditemai oleh ibubapa mereka.
  8. Pengantin tiba ke dewan tepat jam 12:45PM. Seluruh rombongan ahli keluarga pengantin lelaki dari Batang Kali bersama-sama berarak naik ke lokasi dewan.
  9. Lampu dewan dipadamkan, suasana gelap di dewan tersebut dan hanya diterangi dengan lampu ‘spot light’ yang dituju tepat kepada pasangan pengantin menjadikan upacara perarakan masuk pengantin lebih dramatik.
  10. Pada ketika itu, kami memainkan alunan kompang dari sistem audio kami dan pengantin terus melangkah perlahan-lahan dan masuk ke dalam dewan. Mereka berhenti dipertengahan jalan dan DJ Junx telah menjemput bapa saudara pengantin perempuan untuk menyampaikan doa. Tuan Haji Jamaluddin membacakan doa yang ringkas yang penuh semangat. Ketika ini kami telah memberhentikan alunan kompang.
  11. Selepas bacaan doa selesai, kami telah menjemput pengantin terus berarak ke pentas pelamin dan kami memainkan lagu pilihan pengantin iaitu lagu Penghujung Cintaku.
  12. Kelihatan wajah pengantin Rose dan Along yang tenang melangkah mengikut rentak lagu terus duduk di pelamin.
  13. Untuk majlis mereka ini, tiada sessi merenjis dan mereka hanya bersemayam di pelamin seketika dan kemudian kami menjemput mereka untuk menuju ke meja makan beradab.
  14. Selepas selesai menjamu selera bersama keluarga, kami telah menjemput pasangan bahagia ini ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Lagu A Thousand Years menjadi pilihan Rose dan Along untuk acara ini.
  15. Pasangan yang dipertemukan oleh sahabat yang bernama Ruby Shan kemudian menjayakan sessi fotografi bersama dengan ahli keluarga dan tetamu yang terdiri dari rakan-rakan dipentas pelami.
  16. Kemudian Rose dan Along turun dari pelamin dan beramah mersa dengan tetamu-tetamu yang hadir berkongsi kebahagian dengan mereka.
  17. Alhamdulillah, jelas terpancar wajah kegembiraan pada pasangan ini dan kami juga bersyukur kerana berjaya mengalas amanah dengan memberikan yang terbaik untuk majlis ini.
  18. Kepada Rose dan Along, terima kasih kerana memilih kami dan kami akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anda berdua dan semoga terus bahagia.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-1 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-2 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-3 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-4 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-5 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-7 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-8 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-6 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-9 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-10 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-11 emcee-dj-kahwin-ideal-convention-center-selayang-12

Menjayakan Majlis Perkahwinan Inspektor Nur Maziah & Faiz Di Rawang

Majlis Perkahwinan Nur Maziah Binti Mahazir dan Muhamad Faiz Bin Said

Tarikh: 29/11/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Serbaguna, Kampung Melayu Bt 16

Bandar : Rawang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kami menerima tempahan dari Nur Maziah (pengantin perempuan) seawal bulan September yang lepas.
  2. Pengantin telah memilih combo A yang lengkap dengan sistem karaoke untuk ‘belanja’ tetamu dan keluarga berkaraoke.
  3. Kami tiba ke dewan seawal jam 9:30AM dan telah melakukan pemasangan peralatan sejurus tiba ke dewan.
  4. Dewan majlis ini bersaiz sederhana dan boleh memuatkan kira-kira 500 orang dalam satu masa dan pihak keluarga pengantin telah menambah kanopi di luar dewan.
  5. Pihak katering dari Khatijah Katering selesai menyediakan juadah untuk santapan seawal jam 11:00AM.
  6. Setelah pemasangan peralatan kami selesai, kami telah menemui Tuan Mahazir iaitu ayahanda kepada Nur Maziah dan berbincang berkenaan dengan acara majlis.
  7. Kami telah menjemput seluruh ahli keluarga dan tetamu yang telah tiba untuk menjamu selera. Sungguh enak dan lazat lauk-pauk yang disajikan.
  8. Pengantin dikhabarkan tiba pada jam 2:30PM. Setibanya mereka ke dewan, kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami.
  9. Apabila pengantin berarak masuk menuju ke pentas pelamin, kami sempat berpantun dan bermadah mengucapkan selamat datang kepada seluruh rombongan pengantin dan mempelai serta memainkan lagu Selawat yang disampaikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
  10. Pengantin terus menuju ke pelamin bagi istihadat persandingan dan DJ Junx telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Ramli untuk menyampaikan doa.
  11. Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan upacara bersalam restu dan sessi takruf. Ahli keluarga kedua-dua belah pengantin telah dijemput untuk menjayakan acara ini di pentas pelamin.
  12. Selepas itu, majlis makan beradab diadakan di meja makan beradab yang terletak di bawah pentas pelamin. Nur Maziah dan Faiz kelihatan gembira apabila melihat rakan-rakan mereka hadir ketika mereka sedang menjamu selera.
  13. Selepas acara makan beradab, mereka dijemput untuk kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi bersama tetamu. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin lelaki terlebih dahulu, rakan-rakan dan seterusnya ahli keluarga pengantin perempuan.
  14. Selepas selesai sessi fotografi, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek perkahwinan. Acara yang cukup romantis ini memperlihatkan pengantin memotong kek untuk diberikan kepada tetamu dan ahli keluarga. Kami juga diberikan kek yang dipotong oleh mereka. Sangat terharu kami dibuatnya.
  15. Tepat jam 4:00PM, kami meminta kebenaran wakil keluarga untuk menamatkan tugasan kami dan majlis diakhiri dengan ucapan terima kasih dan ucapan penutup dari pihak kami.
  16. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sangat lancar walaupun cuaca sedikit hujan tetapi kemeriahan tetap berterusan.
  17. Kepada Inspektor Nur Maziah dan Mohd Faiz, kami doakan yang terbaik untuk anda berdua. Selamat menempuhi alam berumahtangga dengan penuh kesabaran dan kebahagian.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-1 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-2 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-3 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-4 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-5 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-6 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-7 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-8 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-9 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-10 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-11 emcee-dj-kahwin-batu-16-rawang-12