Monthly Archives: January 2015

Pertama Kali Bertugas di Ulu Yam

emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-8

Majlis Perkahwinan Nurul Ain Hayati Binti Hasnan & Muhamad Ridzuan Bin Ismail

Tarikh: 24/01/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Batang Kali

Bandar : Ulu Yam, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan untuk majlis kali ini dilakukan oleh pengantin perempuan iaitu Nurul Ain Hayati pada bulan Ogos tahun lepas. Beliau bersetuju untuk mendapatkan pakej Combo A kami yang lengkap dengan set karaoke.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:40AM dan disambut mesra oleh ahli keluarga pengantin terutama oleh bapa pengantin iaitu Tuan Hasnan.
  3. Setelah menentukan lokasi stesyen tugas kami, kami mula melakukan pemasangan peralatan.
  4. Setelah pemasangan siap kira-kira pada jam 10:30AM, kami telah memulakan kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga yang telah mula hadir ke kediaman pengantin.
  5. Majlis ini agak besar, 7 buah kanopi didirikan dan pelamin 3 panel dihias di dalam rumah.
  6. Turut menjayakan majlis pada hari ini adalah pasukan Rela  danEkhwan Services & Katering yang menyajikan makanan yang enak.
  7. Keluarga pengantin telah memilih coklat dan kuning sebagai warna tema. Sama seperti warna post mereka di blog kami ini.
  8. Rombongan pengantin lelaki tiba ke majlis pada jam 1:00PM dan kami telah menyambut kehadiran mereka dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  9. Kata-kata aluan dan pantun dimulakan sebagai pembuka kata, pengantin terus melangkah menuju ke pelamin yang berada di ruang tamu kediaman Tuan Hasnan dan Puan Azizah.
  10. Setelah pengantin duduk, majlis diberkati dengan bacaan doa oleh Imam Sharif.
  11. Selepas itu, upacara salam restu dan sessi taaruf atau bersalaman diadakan di pelamin dan kami telah menjemput wakil keluarga kedua-dua belah pihak untuk menyertai upacara ini.
  12. Selepas selesai upacara salam restu tersebut, kami menjemput pasangan mempelai dan seluruh rombongan pengantin lelaki untuk menuju ke meja makan beradab yang berada di kanopi utama. Kami juga menjemput seluruh rombongan pengantin lelaki sama-sama menuju ke meja VIP yang disediakan.
  13. Ketika mereka sedang menjamu selera, kami berkongsikan kronologi pertemuan mereka kepada tetamu-tetamu di majlis ini.
  14. Selepas pengantin selesai menjamu selera, kami menjemput mereka untuk menjayakan upacara yang paling romantis pada hari itu iaitu upacara memotong kek perkahwinan.
  15. Selepas itu, kami telah menjemput tetamu yang ingin menyertai sessi karaoke untuk memilih lagu di dalam katalog kami.
  16. Sambutan yang kami terima untuk sessi karaoke di sini sungguh luar biasa. Ramai sungguh bakat yang dapat kami cungkil sepanjang sessi karaoke ini berlangsung.
  17. Pada masa yang sama, kami menjemput pengantin dan seluruh ahli keluarga untuk ke pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  18. Kami menamatkan tugasan kami apabila jam telah menunjukkan pukul 4:00PM dan kami akhiri tugasan dengan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pasangan pengantin Nurul Ain dan Ridzuan serta ahli keluarga mereka.
  19. Sebagai penutup, kami telah menjemput anak-anak saudara kepada pengantin kita untuk menyampaikan lagu secara beramai-ramai dengan dendangan lagu Putih-putih Melati dari kumpulan ST12 dan Let it Go dari filem Frozen.
  20. Ternyata majlis pada kali ini cukup berjaya dengan kehadiran tetamu yang cukup ceria, cuaca yang baik dan aturcara yang cukup teratur.
  21. Kepada Nurul Ain dan Ridzuan, kami doakan yang terbaik untuk kebahagian anda. Semoga hubungan ini akan terus kekal abadi selamanya. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-1emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-2emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-3emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-4emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-5emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-6emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-7emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-8emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-10emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-9emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-11emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-12emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-13emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-14emcee-dj-kahwin-ulu-yam-batang-kali-15

Terima Kasih Glam Wedding Planner

Majlis Perkahwinan Nur Lini & Mohd Dzulfadzly

Tarikh: 18/01/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Mont Kiara

Bandar : Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan untuk tugasan ini telah dilakukan oleh Bell dan Amy dari syarikat perancang perkahwinan terkemuka iaitu Glam Wedding Planner yang berpusat di Bukit Bintang Kuala Lumpur.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan telah melakukan penelitian untuk menentukan lokasi stesyen kami.
  3. Majlis yang dilakukan di kediaman pengantin perempuan ini dihias cukup cantik dengan 9 buah kanopi dan menghidangkan pelbagai juadah hebat dari MZ Catering, Putu Bambu, Cendol dan beraneka kuih muih.
  4. Kami telah bertemu dengan Amy untuk berbincang berkenaan tugasan dan khidmat yang akan kami berikan bagi melancarkan lagi majlis ini.
  5. Tetamu mula hadir ke majlis seawal jam 11:30AM dan kami telah memulakan majlis dengan memberikan kata-kata ucapan kepada ahli keluarga dan tetamu.
  6. Tepat jam 1:30PM rombongan pengantin lelaki telah tiba, kami menyambut ketibaan mereka dengan memainkan muzik gamelan dan mengalu-alukan rombongan pengantin lelaki untuk memasuki majlis.
  7. Ketiba Dzulfadzly disambut oleh bapa pengantin perempuan iaitu Dato Rahim dan ibu pengantin perempuan Datin Habibah.
  8. Mereka seterusnya menuju ke dalam rumah bagi menjalankan upacara persandingan dan fotografi.
  9. Selepas selesai sessi fotografi, kami menjemput pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki menuju ke meja makan beradab untuk sessi santapan di-raja.
  10. Pada masa sama, kami telah membuka sessi karaoke dan beberapa ahli keluarga dan sahabat-sahabat pengantin memilih lagu yang bakal mereka nyanyikan.
  11. Ternyata semua yang menyertai sessi karaoke ini sungguh berbakat sekali.
  12. Majlis diserikan juga dengan ruangan photobooth yang disediakan oleh Piccabooth yang menghasilkan foto instant untuk para tetamu.
  13. Kehadiran tetamu amat mengalakkan. Sahabat handai dan saudara mara jauh dan dekat juga turut hadir memeriahkan majlis.
  14. Kami memainkan pelbagai jenis lagu sepanjang majlis ini. Kebanyakkannya lagu terkini bagi mengikuti mood majlis.
  15. Apabila jam telah menunjukkan tepat 4:00PM kami telah memohon kebenaran dari Amy Glam Wedding Planner untuk melakukan ucapan penutup tugasan kami.
  16. Buat Lini dan Fadzly, kami ucapakan tahniah kepada anda berdua di atas majlis pertabalan ikatan kasih suami dan isteri.
  17. Kami doakan agar mereka berdua akan terus bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah, Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-1 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-5 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-4 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-3 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-2 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-6 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-7 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-8 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-9 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-11 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-10 emcee-dj-kahwin-kiara-hartamas-12

Pakej Combo D Menyerikan Majlis Perkahwinan Di Ampang Hilir

emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-13

Majlis Perkahwinan Syazni Fauzan & Fatin Izzati

Tarikh: 17/01/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Serbaguna Ampang Hilir

Bandar : Ampang, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo D (PA System – Deejay – Karaoke – 2 Projector)

Catatan:

  1. Tempahan untuk majlis ini dilakukan oleh ibu pengantin perempuan iaitu Puan Roseliza. Beliau mengambil pakej Combo D yang mempunyai 2 buah projector untuk berkongsikan video slideshow pasangan raja sehari.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan telah siap melakukan pemasangan sekitar jam 10:30AM.
  3. Kami pernah beberapa kali bertugas di dewan ini, dewan yang cukup selesa dengan penghawa dingin, tandas, surau, bilik persalinan dan ruangan tempat letak kereta yang selesa.
  4. Pengantin perempuan iaitu Atien dan Puan Roseliza telah bertemu kami untuk berbincang berkenaan aturcara majlis ini.
  5. Pasangan pengantin memasuki dewan sekitar jam 2:00PM dan mereka diiringi dengan paluan kompang dari Kelab Kompang Ampang Mewah.
  6. Kami telah memberikan kata-kata aluan dengan menjemput pasangan pengantin untuk terus menuju ke meja makan beradab untuk upacara santapan diraja sambil diiringi dengan alunan selawat.
  7. Selepas pengantin duduk di meja makan beradab, bacaan doa disampaikan oleh saudara Mohd Razif. Tetamu yang memenuhi setiap ruang di dewan telah memberikan sepenuh perhatian terhadap doa yang dibaca.
  8. Selepas selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan upacara makan beradap dan pasukan kompang meneruskan persembahan dengan menyampaikan dua buah lagu.
  9. Sambil pengantin menjamu selera, kami membacakan kronologi pertemuan pasangan mempelai dan kemudian kami memainkan video slideshow melalui projector kami.
  10. Tumpuan penuh diberikan oleh tetamu terhadap video tersebut yang menunjukkan beberapa gambar pertunangan dan pernikahan pasangan raja dan ratu sehari ini.
  11. Selepas itu, kami menjemput pasangan mempelai untuk menjayakan sessi memotong cake dan seterusnya menjemput pengantin menuju ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  12. Pada waktu ini, kami telah menjemput tetamu yang berhajat untuk menyampaikan lagu karaoke untuk memilih lagu yang terdapat di dalam katalog kami.
  13. Tanpa disangka, Puan Roseliza bersama dengan anak lelakinya telah memulakan sessi karaoke dengan lagu pilihan mereka iaitu lagu Ombak Rindu. Ternyata cukup berbakat mereka berdua.
  14. Tidak ketinggalan pengantin lelaki, Fauzan juga tampil untuk menyampaikan lagu dari kumpulan Slam yang bertajuk Kembali Terjalin selepas sessi fotografi selesai.
  15. Acara diteruskan sehingga jam 4:00PM dan kemeriahan majlis berterusan dengan nanyian mantap dari para peserta karaoke.
  16. Kehadiran tetamu jemputan sangat mengalakan dan hidangan yang disajikan juga sangat enak belaka.
  17. Jelas wajah bonda dan ayahanda pengantin begitu gembira melihat kehadiran tetamu yang terdiri dari kawan-kawan.
  18. Kami menganggap majlis ini cukup berjaya sehingga mengukir senyuman di wajah pengantin Fauzan dan Atien.
  19. Kepada Puan Roseliza sekeluarga, kami ucapkan terima kasih kerana mempercayai kami untuk mengendalikan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-4 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-6 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-2 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-3 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-5 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-1 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-8 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-7 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-9 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-10 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-11 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-15 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-14 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-12 emcee-dj-kahwin-tasik-ampang-hilir-13

Kemeriahan Majlis Perkahwinan Di Taman Pinggiran Putra

Majlis Perkahwinan Norhafiza Ali Hanafiah & Syafazlee Ismail

Tarikh: 10/01/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Pinggiran Putra

Bandar : Seri Kembangan, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kami menerima tempahan dari Nor Hafiza (Pija) melalui borang tempahan online kami pada bulan Ogos 2014.
  2. Pija telah memilih combo A untuk memeriahkan majlis beliau dengan sessi karaoke.
  3. Kami tiba ke kediaman keluarga pengantin perempuan sekitar jam 10:00AM dan bertemu dengan bapa pengantin perempuan iaitu Tuan Ali Hanafiah dan Puan Rohana Talib.
  4. Keluarga pengantin menyambut baik kehadiran kami dan mereka telah menyediakan sebuah kanopi dan meja untuk kami.
  5. Melalui pemerhatian kami, majlis yang dianjurkan ini agak besar, 8 buah kanopi didirikan di sepanjang jalan dihadapan kediaman pengantin.
  6. Di dalam rumah pula, terdapat pelamin yang akan digunakan oleh pengantin untuk sessi persandingan.
  7. Selain dari kami, antara vendor perkahwinan yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini adalah Wafi Soft Ice-Cream, TripleATouch, FingerTouch, Samira Catering dan ES Videographer.
  8. Kami memulakan tugas kami dengan kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada seluruh petugas yang membantu menjayakan majlis ini.
  9. Kami memasangkan beberapa lagu kerohanian, lagu kahwin dan beberapa lagu terkini.
  10. Tepat jam 12:40PM, paluan kompang telah kedengaran menandakan rombongan pengantin lelaki telah tiba.
  11. Pija keluar dari kediaman dan menuju ke rombongan pengantin lelaki untuk menyambut kehadiran mereka.
  12. Pasangan pengantin dan rombongan pengantin lelaki di arak menuju ke kediaman untuk upacara persandingan. Seterusnya majlis dimulakan dengan sessi bersalam restu dan sessi fotografi.
  13. Selepas selesai upacara salam restu, kami menjemput pasangan mempelai untuk menuju ke meja makan beradab dan menyemput Al-Fadhil Ustad Mohammad Firdaus untuk membaca doa.
  14. Selepas selesai menjamu selera, pengantin dijemput untuk menjayakan acara memotong kek.
  15. Kemudian pengantin kembali semula ke pelamin bagi menjayakan sessi fotografi bersama rakan-rakan dan ahli keluarga pengantin perempuan.
  16. Kami juga telah menjemput para tetamu dan ahli keluarga untuk menyertai sessi karaoke.
  17. Sambutan yang diberikan untuk sessi karaoke sangat mengalakan. Pija dan Fazlee juga tidak ketinggalan menyampaikan sebuah lagu untuk acara ini.
  18. Kami menamatkan tugasan kami dengan kata-kata penutup dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami kepada pasangan pengantin dan seluruh keluarga.
  19. Tahniah kami ucapkan kepada Pija dan Fazlee kerana telah memilih kami sebagai penyedia perkhidmatan PA System perkahwinan anda. Semoga hubungan yang yang telah terpatri ini akan terus kekal selamanya dan selamat menempuhi alam berumah-tangga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-1 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-2 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-3 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-4 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-5 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-6 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-7 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-8 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-9 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-10 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-11 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-12 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-13 emcee-dj-kahwin-seri-kembangan-14

Persembahan Akustik Memeriahkan Majlis Imrahn & Nadhirah

emcee-dj-kahwin-sri-petaling-16

Majlis Perkahwinan Mohd Imrahn & Nadhirah

Tarikh: 03/01/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Pusat Komuniti Sri Petaling,

Bandar : Sri Petaling, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Mohd Imrahn pada bulan November yang lepas. Beliau telah memilih combo A kami untuk disesuaikan dengan majlis resepsi keluarga pengantin lelaki.
  2. Imrahn pernah bertemu kami di majlis perkahwinan Sovya Linda dan Hafiz untuk melakukan sedikit perbincangan berkenaan aturcara majlis perkahwinan beliau.
  3. Dewan di Pusat Komuniti Sri Petaling ini sungguh cantik dan moden. Saiznya agak besar dan lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas, bilik persalinan dan surau.
  4. Sejurus kami tiba ke dewan sekitar jam 9:35AM, kami terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  5. Majlis ini akan diserikan dengan persembahan akustik yang akan dibawa oleh adik Mohd Imrahn dan pihak juruvideo juga menyediakan projector untuk tayangan montaj dan video pernikahan pengantin.
  6. Juadah santapan tetamu disediakan oleh Puteri Bongsu Katering dan hidangannya sangat menyelerakan.
  7. Pasangan pengantin dan rombongan pengantin perempuan tiba ke dewan sekitar jam 12:45PM  dan mereka diiringi oleh pasukan Kompang Ezhar Kuala Lumpur. Selepas iringan kompang, kami memainkan alunan selawat dari sistem audio kami.
  8. Pada ketika ini, majlis diambil alih oleh bapa saudara pengantin dan beliau mengendalikan majlis dengan menjemput pembaca doa dan ahli keluarga yang terlibat untuk upacara salam restu.
  9. Kemudian pengantin dijemput ke meja makan beradab untuk sesi santapan di-raja. Kemudian majlis dimeriahkan dengan persembahan akustik 2 buah lagu di pentas utama.
  10. Selepas persembahan akustik, acara diteruskan dengan sessi tayangan video pernikahan dan video majlis resepsi keluarga pengantin perempuan.
  11. Tetamu di majlis ini cukup ramai dan ramah sekali. Mereka saling kunjung-mengunjungi di setiap meja kenalan yang mereka kenali.
  12. Selepas sessi makan beradab, pengantin dijemput untuk menyempurnakan acara memotong pulut kuning.
  13. Selepas itu mereka dijemput untuk menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin bersama dengan ahli keluarga pengantin perempuan, rakan-rakan dan seterusnya bersama dengan ahli keluarga pengantin lelaki.
  14. Sessi fotografi ahli keluarga pengantin lelaki cukup meriah dengan penyertaan sepupu-sepupu pengantin yang ramai.
  15. Acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan kami telah memulakan sessi karaoke dengan menyemput tetamu memilih koleksi lagu karaoke yang terdapat di dalam katalog kami.
  16. Sepanjang majlis ini, terdapat 4 hinggan 5 buah lagi yang disampaikan. Semuanya berbakat sekali.
  17. Selepas semuanya selesai, dan jam hampir menunjukkan pukul 4:00PM, kami telah menjemput ibu-ibu  saudara pengantin untuk mempersembahkan tarian poco-poco dan tarian tersebut telah mengakhiri majlis ini.
  18. Jelas sekali terpancar wajah kegembiraan dan puas pada kedua-dua mempelai. Ahli keluarga juga seronok sepanjang masa dan kami juga gembira kerana diberi layanan yang terbaik sepanjang mengendalikan majlis ini.
  19. Buat Imrahn dan Nadhirah, kami ucapkan syabas dan tahniah. Semoga ikatan perkahwinan ini akan memberikan seribu kebahagian dan selamat menempuhi cabaran dan dugaan berumah tangga dengan penuh ketakwaan.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-sri-petaling-1 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-6 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-4 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-3 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-2 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-5 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-7 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-8 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-9 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-10 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-11 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-12 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-13 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-15 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-14 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-16 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-17 emcee-dj-kahwin-sri-petaling-18

Berhibur Bersama Sepupu Band Di Serendah

Majlis Perkahwinan Nadirah Syaifa Binti Hj Amin (Nady) & Mohd Syahiran Bin Adnan (Syahir)

Tarikh: 01/01/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Sri Serendah,

Bandar : Serendah, Selangor

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, kami akan bertugas pada waktu malam di mana keluarga pengantin telah memilih malam tahun baru sebagai majlis meraikan puteri mereka bersama pasangan pilihan hatinya.
  2. Kami tiba di lokasi majlis sekitar jam 6:00PM dan telah bertemu bapa pengantin perempuan iaitu Tuan Hj Mohd Amin dan berbincang berkenaan lokasi konti tugasan kami.
  3. Kami telah ditempatkan di sebelah rumah pengantin iaitu jiran kepada Tuan Haji Mohd Amin dan siap melakukan pemasangan sekitar jam 7:00PM.
  4. Di majlis ini, pasangan pengantin telah membawa kumpulan kugiran yang terdiri daripada sepupu-sepupu pengantin perempuan.
  5. Kehadiran rombongan pengantin lelaki yang diketuai  oleh Tuan Adnan dan Puan Zaharah iaitu ayahanda bonda pengantin lelaki telah disambut dengan percikan bunga api yang cukup bergemerlapan pada malam itu.
  6. Nady dan wakil keluarga pengantin perempuan telah menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki dan kemudian mereka terus menuju ke pentas pelamin yang berada dihadapan kediaman keluarga pengantin perempuan.
  7. Acara dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Tuan Haji Nordin bagi memberkati majlis pada malam itu dan disusuli dengan upacara salam restu yang disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
  8. Selepas upacara salam restu, kami telah menjemput pasangan mempelai untuk menjamu selera di meja makan beradab di ruangan kanopi utama. Terdapat 7 buah kanopi kesemuanya dan tetamu yang terdiri dari keluarga, jiran dan sahabat mula memenuhkan ruang di kanopi.
  9. Ketika pasangan mempelai sedang menjamu selera di meja makan beradab, sepupu-sepupu Nady memulakan persembahan kugiran mereka dengan beberapa buah lagu.
  10. Ternyata tetamu semua terhibur dan gembira dengan hidangan yang disajikan oleh keluarga pengantin termasuk hidangan dari Sentosa Katering.
  11. Yang menjadikan majlis ini lebih unik, tetamu disajikan dengan hidangan seperti roti canai dan satay. Sungguh enak sekali hidangan orang Serendah ini.
  12. Selepas menjamu selera, Nady dan Syahir dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  13. Selepas itu pasangan bahagia yang baru dinikahkan ini terus kembali ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  14. Semasa sessi fotografi sedang berlangsung, kumpulan kugiran berehat untuk seketika dan kami telah mengambil alih dengan memainkan lagu dari koleksi kami.
  15. Pada masa yang sama, kami telah membuka sessi karaoke dan beberapa penyanyi telah melakukan persembahan. Cukup hebat bakat-bakat yang terdapat di majlis ini.
  16. Selepas itu, kumpulan kugiran mengambil tempat dan mempersembahkan 4 lagu terakhir mereka. Lagu terakhir yang mereka sampaikan adalah lagu Selamat Penganti Baru.
  17. Pabila jam menunjukkan hampir 12:00AM, kami telah melakukan ucapan penutup dan ucapan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang menjayakan majlis ini serta tidak lupa ucapan tahniah kepada Nady dan Syahir di atas ikatan suami isteri yang telah terbina.
  18. Sebelum kami berangkat pulang, ahli keluarga Nady telah membekalkan kami beberapa cenderahati dan makanan untuk dibawa pulang.
  19. Layanan yang baik dari keluarga Nady serta jiran di Taman Sri Serendah ini tidak dapat kami lupakan. Terima kasih

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-9 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-13 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-12 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-11 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-10 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-8 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-7 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-6 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-5 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-4 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-3 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-2 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-1 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-16 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-15 emcee-dj-kahwin-taman-seri-serendah-14