Monthly Archives: February 2015

Meraikan Iqa Dan Ijat Di Taman Cheras Jaya

emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-9

Majlis Perkahwinan Laila Rasyiqah Binti Zainal Abidin & Muhammad Aizzat Bin Falzi

Tarikh: 22/02/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Orang Ramai, Taman Cheras Jaya

Bandar : Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di Taman Cheras Jaya dan ini adalah kali pertama kami berkunjung ke Dewan Orang Ramai, Taman Cheras Jaya. Dewan ini bersaiz sederhana besar, dan boleh menempatkan sekitar 1200 orang dalam satu-satu masa.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan iaitu Iqa di saat akhir pada bulan lepas dan kebetulan kami masih belum ditempah pada tarikh ini. Iqa bersetuju untuk mengambil pakej Combo B kami.
  3. Iqa telah memilih perkhidmatan kami hasil dari cadangan dan recommandation dari rakan ibu beliau iaitu Tuan Hj Zainuddin Hj Abd Rahman dan Puan Hjh Azamah Hj Abd Aziz yang pernah menggunakan perkhidmatan kami sebelum ini. Tuan Hj Zainuddin Hj Abd Rahman dan Puan Hjh Azamah Hj Abd Aziz juga turut hadir di majlis mereka pada hari ini.
  4. Kami tiba ke dewan seawal jam 9:30AM dan telah siap melakukan pemasangan setengah jam selepas itu.
  5. Selepas pemasangan siap dilakukan, kami didatangi oleh ibu pengantin iaitu Puan Noor Fatimah untuk perbincangan berkenaan dengan aturcara majlis.
  6. Kami memainkan lagu-lagu berunsur kerohanian dan romantis atas pemintaan keluarga pengantin.
  7. Pasangan mempelai dijadualkan akan tiba ke dewan sekitar jam 1:00PM dan mereka akan diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  8. Sementara menantikan kehadiran pasangan mempelai Iqa dan Ijat, majlis dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan bapa pengantin perempuan dari STAROBA dan Depoh Lagend JB serta rakan-rakan ibu pengantin perempuan dari TM Pantai Baru.
  9. Apabila pengantin tiba di dewan, kami dengan segera memainkan paluan kompang dan kemudian memberikan kata-kata aluan.
  10. Semasa pengantin berarak masuk menuju ke pentas pelamin, kami memainkan alunan gamelan dan pengantin berjalan perlahan-lahan bersama dengan ahli rombongan pengantin lelaki ke hadapan dewan.
  11. Setelah pengantin duduk di pelamin, majlis diberkati dengan bacaan doa dan seluruh tetamu beragama Islam mengaminkan doa yang disampaikan.
  12. Majlis selepas itu diteruskan dengan upacara salam restu, dan kami telah menjemput ahli keluarga yang nama-namanya telah diberikan kepada kami.
  13. Bapa Ijat iaitu Tuan Fuzli yang menggunakan kerusi roda tidak dapat naik ke pentas untuk sessi bersalaman telah didatangi sendiri oleh Ijat dan Iqa yang turun sendiri bertemu dengan bapa beliau. Ketika ini, perasaan tetamu dan ahli keluarga sedikit tersentuh apabila Tuan Fuzli menitiskan air mata dan mereka saling berpelukan.
  14. Selepas itu majlis diteruskan dengan upacara makan beradab yang dilangsungkan dihadapan pentas pelamin. Juadah yang disediakan oleh D Jalak Lenteng sungguh enak sekali.
  15. Selepas sessi makan beradab selesai, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek perkahwinan.
  16. Selepas selesai memotong kek perkahwinan, pasangan mempelai dan ahli keluarga pengantin lelaki dijemput untuk menyertai sessi fotografi.
  17. Rakan-rakan pengantin juga tidak melepaskan peluang bersama-sama menjayakan sessi fotografi ini. Sessi ini berlanjutan sehingga ke penghujung majlis.
  18. Tepat jam 4:00PM, kami mengambil tempat dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga pengantin serta sempat menyampaikan 2 buah pantun.
  19. Kami telah memohon untuk mengundur diri dan bertemu dengan hos majlis iaitu ibu bapa Iqa dan mereka sempat membungkuskan bekalan makanan kepada kami sebelum kami berangkat pulang.
  20. Buat Iqa dan Ijat, kami seluruh krew The Junx ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas perkahwinan kalian. Doa kami kepada kalian berdua agar terus mencapai kebahagian di dunia dan akhirat dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-cheras-jaya-12

Dua Beradik Berkongsi Pelamin

Majlis Perkahwinan Mohd Hazim Bin Mohd Mustama & Nurizzati  Binti Razali Berserta Mohd Hafiziin Bin Mohd Mustama & Roszawati Binti Zuhudi

Tarikh: 21/02/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Bandar Baru Sg Buaya

Bandar : Rawang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, kami rasa cukup bertuah kerana kami akan mengendalikan sebuah majlis perkahwinan untuk 2 pasang pengantin sekali gus.
  2. Kedua-dua pengantin lelaki  iaitu Ajim dan Piji adalah adik beradik dan ahli keluarga mereka telah mengaturkan agar majlis mereka diadakan serentak.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh kakak mereka iaitu Puan Nor Azlizan beberapa bulan sebelum majlis bermula. Beliau bersetuju untuk memilih Combo A sebagai penyeri majlis mereka.
  4. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:45AM dan telah bertemu dengan ibu dan ayah pengantin. Mereka telah menempatkan kami di rumah jiran sebelah iaitu rumah Tuan Zaini.
  5. Majlis ini agak besar, enam buah kanopi didirikan sepanjang jalan di hadapan kediaman rumah Tuan Mustama dan Puan Zainab.
  6. Kami selesai melakukan pemasangan peralatan kami sekitar jam 10:30AM dan majlis diserikan dengan persembahan marhaban dan berzanji dari penduduk kejiranan di sini.
  7. Juadah makanan disajikan secara bergotong royong oleh jiran-jiran dan ahli keluarga. Sebahagian juadah disediakan oleh pihak katering yang sangat enak sekali.
  8. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi setelah persembahan dari kumpulan marhaban selesai. Kami memainkan lagu berunsurkan kerohanian sebagai pemula majlis.
  9. Pengantin tiba ke majlis sekitar jam 1:10PM dan mereka telah diarak dengan paluan kompang oleh pasukan kompang Genderang Nusantara cawangan Sungai Buaya.
  10. Pabila pasangan-pasangan mempelai duduk di pentas pelamin yang terlekat diluar rumah pengantin persembahan silat dipertontonkan kepada tetamu-tetamu dan dipersembahkan kepada pasangan-pasangan mempelai.
  11. Kami memainkan lagu Gendang Silat Kedah bagi mengiringi acara persembahan silat ini.
  12. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara salam restu yang disempurnakan oleh ahli-ahli keluarga pengantin.
  13. Selepas sessi salam restu, kami berpantun dan menjemput pasangan-pasangan mempelai untuk menuju ke meja makan beradab.
  14. Selepas sessi makan beradab, kami telah menyemput pasangan mempelai untuk menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan tetamu.
  15. Agak luar dari kebiasaan, di sini kami menerima banyak perminataan untuk tuju lagu. Ada di antara tetamu yang memilih lagu untuk ditujukan kepada suami, untuk kawan dan tidak ketinggalan pemilih memilih lagu untuk ditujukan kepada pasangan mempelai.
  16. Apabila jam menunjukkan jam 2:30PM, kami telah membuka sessi karaoke kami dan ternyata sambutan yang kami terima agak luar biasa. Cukup sporting sekali ahli keluarga pengantin mendendangkan lagu-lagu yang dipilih mereka.
  17. Terima kasih kepada, Mior Aman, Awie, Atan, Ekin, Cikgu Zainal, Abang Nizam, Pak Mior Daud dan yang lain-lain kerana menyerikan sessi karaoke kami.
  18. Kemeriahan majlis berterusan sehingga jam 4:00PM dan majlis diakhiri dengan penyampaian dua buah lagu dari anak-anak saudara pengantin dengan lagu Terukir Di bintang.
  19. Layanan yang diberikan oleh keluarga pengantin cukup istimewa, mereka membawakan makanan, buah-buahan dan minuman terus ke konti kami 🙂
  20. Tuan Zaini iaitu jiran kepada Tuan Mustama juga sangat mesra layanannya kepada kami dan kami dapat mersakan seluruh ahli keluarga, jiran tetangga dan juga pengantin sangat terhibur dengan gelagat ahli keluarga mereka yang menyampaikan lagu.
  21. Pengalaman yang cukup manis untuk kami yang diberi tanggungjawab menjayakan majlis disini.
  22. Buat kedua-dua pasangan yang kami raikan, Ajim & Zati serta Piji & Roza kami sentiasa mendoakan kebahagian kepada anda berempat. Agar kalian dikurniakan kehidupan yang lebih sempura di dunia dan di akhirat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-buaya-12

Ekin Dipetik Kumbang Setaman

emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-14

Majlis Perkahwinan Nurul Asyikin Binti Johan & Mohd Hafizal Bin Abdullah

Tarikh: 14/02/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna, Flat Sri Kota

Bandar : Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di kawasan perumahan yang terletak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bagi meraikan pasangan Nurul Asyikin dan Hafizal.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh kakak pengantin iaitu Puan Nurul Ain melalui laman web kami dan memilih combo A sebagai penyeri majlis mereka.
  3. Kami tiba ke dewan serbaguna Flat Sri Kota sekitar jam 9:30AM dan siap melakukan pemasangan sekitar jam 10:15AM.
  4. Pasangan yang kami raikan pada hari ini tinggal tidak jauh dari satu sama lain. Kedua-dua mempelai ini tinggal di Bandar Tun Razak.
  5. Dewan ini bersaiz kecil dan boleh memuatkan kira-kira 150 orang dalam satu masa. Keluarga pengantin juga mendirikan kira-kira 6 buah kanopi di bahagian luar dewan.
  6. Majlis diserikan dengan kumpulan marhaban dan berzanji dari Kumpulan Marhaban Nur Wahdatulnissa.
  7. Marhaban dimulakan sekitar jam 11:00AM dan berakhir sehingga jam 12:30PM.
  8. Juadah makanan untuk majlis ini disajikan oleh Noranom Catering yang didatangkan khas dari Puchong, Selangor. Cukup enak sajian yang disediakan. Teh tarik dan Cendol menjadi pembasah tekak di majlis ini.
  9. Ketibaan pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki disambut dengan paluan kompang dari pasukan kompang yang dipimpin oleh bapa saudara pengantin sendiri.
  10. Pengantin tiba ke dewan pada jam 2:10PM dan mereka diarak terus menuju ke dewan bagi sessi persandingan dan salam restu serta sessi merenjis.
  11. Selepas selesai sessi merenjis, acara diteruskan dengan sessi makan beradab yang terus dijayakan oleh seluruh rombongan pengantin lelaki.
  12. Sessi karaoke diadakan sejurus pasangan mempelai selesai menjamu selera. Adik beradik pengantin perempuan turut serta mendahului sessi ini dengan menyampaikan beberapa buah lagu.
  13. Selepas sessi makan beradab, pengantin telah menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan bersama rakan-rakan beliau.
  14. Pengantin yang cukup berseri dengan pakaian berwarna biru ini sungguh gembira melihat kehadiran rakan-rakan dan tetamu yang cukup ramai menghadiri majlis mereka.
  15. Tepat jam 4:00PM kami telah memohon diri dan menyampaikan pantun dan ucapan penutup bagi mengakhiri ucapan kami.
  16. Ucapan terima kasih kami yang tidak terhingga kepada kekanda penganti perempuan iaitu Puan Nurul Ain yang memberi kepercayaan kepada kami bagi mengendalikan majlis adik perempuan beliau iaitu Ekin.
  17. Kepada Ekin dan Hafizal, kami ucapkan syabas dan semoga bahagia hingga ke jannah. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-sri-kota-13

 

Bandung Menjadi Saksi, Dua Hati Cinta Terpatri

Majlis Perkahwinan Mohd Shahmil Bin Ahmad & Noor Amelia Bt Kamaruzzaman

Tarikh: 7/02/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash Shafie

Bandar : Taman Maluri, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Mohd Shahmil kurang sebulan sebelum majlis bermula. Beliau mendapat no telefon kami melalui sahabat beliau iaitu Siti Maryam Sakinah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan kami.
  2. Setelah beberapa kali bermesej bersama kami, Mohd Shahmil bersetuju untuk mendapatkan pakej Combo B kami.
  3. Majlis dilangsungkan di dalam dewan yang terdapat di bawah Masjid Al-Imam Ash Shafie iaitu Dewan Perkasa. Dewan yang boleh memuatkan kira-kira 800 orang dalam sesuatu masa.
  4. Dewan ini lengkap dengan penghawa dingin, pentas dan kemudahan-kemudahan asas yang lain iaitu tandas dan ruang untuk persiapan katering.
  5. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan siap melakukan pemasangan peralatan sekitar jam 10:30AM. Setelah siap pemasangan, kami masih belum dapat memainkan muzik dari sistem audio kami kerana bersebelahan dewan ini sedang berlangsung kursus bimbangan haji.
  6. Walaubagaimanapun, kami memainkan muzik dari sistem kami dengan kadar suara yang perlahan dan memastikan ianya tidak mengganggu operasi kursus.
  7. Pasangan pengantin baru Shahmil dan Amy dijadualkan tiba tepat jam 12:30PM. Mereka akan diiringi dengan paluan kompang dari pasukan Qasidah Suara Al-Mutmainnah.
  8. Selepas paluan kompang menyambut pasangan pengantin dan ahli rombongan pengantin perempuan dimainkan, kumpulan qasidah Suara Al-Mutmainnah memimpin bacaan selewat sehingga pengantin duduk di meja makan beradab.
  9. Kemudian majlis menjemput Al-Fadhil Tuan Imam Atan Bin Bujal untuk memimpin bacaan doa. Jemputan disampaikan dengan serangkap pantun dan Tuan Imam terus mengendalikan bacaan doa.
  10. Selepas bacaan doa, pengantin dan ahli keluarga pengantin perempuan dijemput untuk menjamu selera.
  11. Hidangan makanan di majlis ini disediakan oleh UBE Global Sdn Bhd, juadah sangat enak sekali dengan petugas yang dedikasi disediakan.
  12. Selepas selesai menjamu selera, pengantin dijemput untuk menyempurnakan upacara memotong kek.
  13. Selepas itu kami menjemput Shahmil dan Amy ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi bersama tetamu dan keluarga.
  14. Selepas selesai acara fotografi, Shahmil dan Amy turun dari pentas pelamin untuk beramah mesra dengan tetamu yang duduk di ruang makan utama dewan.
  15. Tetamu bersalaman, sambil bergurau senda dengan pasangan pengantin ini. Tidak ketinggalan, ada yang menggunakan peluang ini bergambar dengan pasangan pengantin.
  16. Sepanjang majlis ini, kami memainkan lagu-lagu berkonsepkan kerohanian, lagu dari Maher Zain dan beberapa lagu dari kumpulan nasyid popular tanahair iaitu kumpulan Hijjaz, Nowseeheart, Rabbani dan UNIC.
  17. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan kami telah mendapat maklum balas yang baik dari Shahmil sendiri.
  18. Shahmil sungguh mesra dan sering menitikberatkan keselesaan kami sepanjang kami menjalankan tugas di sini.
  19. Kami juga bersyukur kerana dapat memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada beliau dan diharap kami dapat terus mengekalkan prestasi ini untuk menjayakan majlis-majlis yang akan datang.
  20. Kepada Shahmil dan Amy, kami ucapkan tahniah dan doa kami agar kebahagian yang diperolehi hari ini akan kekal selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-15

Dulu Rakan Kolej, Kini Rakan Jiwa & Raga! #theSJWZstory

emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-15

Majlis Perkahwinan Mohd Syawal Bin Jamalus & Nurul Syazwani Binti Md Zaki

Tarikh: 1/02/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Pusat Komuniti Taman Ibu Kota

Bandar : Setapak, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Nurul Syazwani atau Wanie seawal bulan Mei tahun lepas. Wanie telah memilih Combo B kami sebagai pilihan yang dirasakan sesuai untuk majlis mereka.
  2. Seminggu sebelum majlis bermula, Wanie dan Syawal telah bertemu kami untuk berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis mereka.
  3. Kami tiba ke dewan ini seawal jam 9:30AM dan siap melakukan pemasangan pada jam 10:15AM. Sebelum memulakan tugas, kami sempat berbincang dengan pengantin yang kebetulan telah berada di dewan bagi membantu ahli keluarga menyiapkan persiapan terakhir.
  4. Dewan di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota ini cukup terurus dan sangat dijaga. Mempunyai kemudahan asas seperti surau, tandas dan bilik menunggu. Dewan ini juga dilengkapi dengan dinding serap bunyi dan berkeluasan 3 buah gelanggang badminton.
  5. Kami memainkan pelbagai jenis lagu seperti lagu kerohanian, lagu kahwin, lagu terkini dan beberapa lagu minang untuk menepati selera tetamu dan ahli keluarga.
  6. Juadah yang enak disajikan oleh MDN Catering dari Gombak mula dihidang kepada tetamu sekitar jam 11:00AM.
  7. Pengantin tiba ke dewan pada jam 1:15PM tetapi telah memohon untuk memulakan perarakan masuk selepas azan fardhu Zohor yang berkumandang 15 minit selepas itu.
  8. Majlis diserikan dengan menampilkan Al-Fadhil Imam Besar Masjid Al-Mutaqqin untuk menyampaikan selawat sepanjang perarakan masuk pasangan pengantin.
  9. Tetamu semuanya berdiri bersama-sama berselawat dan menyaksikan ketibaan masuk pasangan mempelai.
  10. Kami memulakan ucapan pembuka dan terima kasih kepada tetamu yang bersama-sama berselawat dan menjemput pengantin untuk duduk di pelamin.
  11. Majlis diteruskan dengan upacara bacaan doa yang juga disampaikan oleh tuan Imam.
  12. Selepas selesai upacara bacaan doa, majlis diteruskan dengan upacara salam restu yang dijayakan oleh ahli keluara pengantin.
  13. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara makan beradab dan seterusnya pengantin telah memilih untuk bersama-sama dengan tetamu disessi beramah mesra.
  14. Selain dari juadah enak yang disajikan oleh MDN Catering, majlis juga diceriakan dengan photo booth corner dan Wafi Soft Ice Cream yang tidak ketinggalan memberikan khidmat di majlis ini.
  15. Majlis berlangsung dengan cukup teratur dan upacara memotong kek perkahwinan dan sessi fotografi juga dijalankan dengan cukup meriah.
  16. Terima kasih diucapkan kepada team fotografi yang ditugaskan untuk menjayakan majlis ini iaitu dari Skoodeng Photography yang bertugas sehingga ke petang bersama kami.
  17. Apabila jam hampir menunjukkan pukul 4:00PM, kami telah melakukan sedikit recap dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telibat dalam menjayakan majlis ini.
  18. Kelihatan Syawal dan Wanie tersenyum gembira sepanjang kami mengendalikan majlis beliau dan kehadiran rakan taulan juga membuatkan mereka terharu.
  19. Tahniah, tahniah dan tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini dan terima kasih di atas layan yang kalian serta keluarga berikan kepada kami sepanjang kami berada di majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-ibukota-setapak-15

 

Menjadi Pengacara Majlis di Majlis Resepsi Maisara & Muhaimin

Majlis Perkahwinan Maisara Binti Mustapha & Muhaimin Al Hanani Bin Muhammad Amin 

Tarikh: 31/01/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Perdana Keramat Mall

Bandar : Keramat, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay) + Pakej Emcee Rasmi

Catatan:

  1. Tempahan untuk menjayakan majlis ini dilakukan oleh pengantin perempuan iaitu Maisara. Beliau telah memilih pakej Combo B kami dan kemudian ingin meng-‘upgrade’ tempahan tersebut dengan menambah pakej emcee rasmi.
  2. Kami telah beberapa kali bertugas di Keramat Mall dan kali terakhir kami ke sini adalah ketika meraikan pasangan Farhana dan Hilmi.
  3. Dewan Perdana Keramat Mall sangat cantik dan saiznya cukup besar dan mampu memuatkan kira-kira 1000 tetamu dalam sesuatu masa.
  4. Apabila kami tiba ke dewan untuk pemasangan peralatan kami, kami telah bertemu dengan Muhaimin iaitu pengantin lelaki untuk berbincangan berkenaan perjalanan majlis.
  5. Selepas selesai pemasangan dan pengujian mutu audio kami, kami telah menukar persalinan kami dengan mengenakan pakaian baju Melayu lengkap, bersongkok dan bersampin.
  6. Pasangan mempelai tiba ke dewan sekitar 12:30PM dan rombongan pengantin lelaki dari Kajang yang diketuai oleh Ayahanda Bonda pengantin lelaki iaitu Tuan Muhammad Amin Bin Haji Ahmad dan Puan Rusita Binti Ali disambut oleh pasukan kompang Ezhar Taman Bakti.
  7. Kami memulakan acara dengan menyampaikan beberapa rangkap pantun dan mengucapkan selamat datang kepada pengantin dan rombongan pengantin lelaki.
  8. Pengantin terus menuju ke pentas pelamin dan kami telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Zaki untuk memimpin bacaan doa.
  9. Selepas selesai bacaan doa dibaca, kami memulakan majlis dengan menjemput ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu.
  10. Selepas itu, upacara makan berdamai atau makan beradab dijalankan dengan menjemput ahli keluarga pengantin lelaki untuk memenuhkan meja makan beradab.
  11. Makanan yang disajikan oleh Wahyudi Catering sangat enak sekali dan ternyata pengantin cukup berselera menikmati hidangan yang disajikan kepada mereka.
  12. Selepas selesai upacara makan beradab, kami telah menjemput pengantin untuk kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi terlebih dahulu. Pada asalnya sessi memotong kek perkahwinan akan dijalankan selepas sessi makan beradab. Tetapi disebabkan berlaku sedikit masalah teknikal, kerana kek yang ditempah belum tiba, pengantin bersetuju untuk menjayakan sessi fotografi terlebih dahulu. 😀 Sungguh sporting Muhaimin dan Maisara menangani perkara ini.
  13. Selepas selesai sessi fotografi yang cukup meraih di pentas pelamin, akhirnya kek yang dinanti telah tiba ke meja memotong kek. Kek 3 tingkat yang sangat cantik itu dirasmikan oleh Muhaimin dan Maisara dipertengahan sessi fotografi.
  14. Selepas selesai memotong kek perkahwian, pasangan mempelai kembali semula ke pentas pelamin dan kali ini kami menjemput sahabat-sahabat mereka untuk menyertai sessi fotografi.
  15. Majlis dikejutkan dengan sambutan hari ulang tahun Tuan Mustapha bapa kepada Maisara yang meraikan hari kelahiran yang ke 55 tahun. Kami sempat memasangkan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ yang kebetulan memang berada di dalam koleksi kami. Lagu tersebut dinyanyikan beramai-ramai oleh rakan-rakan Tuan Mustapha terutama sekali kawan-kawan lama dari Jalan Khatib Koyan.
  16. Majlis diakhiri dengan acara beramah mersa dengan pasangan Maisara dan Muhaimin.
  17. Tepat jam 4:00PM kami mengakhiri majlis dengan mengucapkan kata-kata penutup dan ucapan terima kasih.
  18. Kami sempat bersalaman dengan ahli keluarga pengantin dan bertemu dengan Muhaimin dan Maisara untuk memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurang dari pihak kami dalam mengendalikan majlis meraka.
  19. Alhamdulillah, pengantin memberikan maklum balas yang positif dan ternyata maklum balas dan pujian ini akan menjadi pendorong kepada kami untuk memberikan khidmat terbaik kami untuk tugasan akan datang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:  

emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-11