Monthly Archives: March 2015

Menjayakan Majlis Perkahwinan Wani Di Jade Hills

Majlis Perkahwinan Wani &  Ah Bee

Tarikh: 28/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Tea House, Jade Hills,

Bandar : Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan untuk majlis ini telah diterima pada bulan Januari dan ditempah oleh adik pengantin perempuan iaitu Shikin. Shikin pernah melanggan perkhidmatan kami sewaktu majlis beliau dan beliau telah memilih Combo A kami sebagai penyeri majlis Wani.
  2. Keluarga pengantin perempuan telah membuat perancangan rapi untuk menjayakan majlis ini. Mereka telah memilih konsep ‘garden wedding’ bersesuaian dengan lokasi majlis yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan alur sungai.
  3. Pada asalnya, majlis ingin dilakukan secara open air, tetapi keadaan cuaca yang tidak mengizinkan maka majlis dilangsungkan sepenuhnya di dalam ruang utama cafe.
  4. Kami tiba ke lokasi majlis selepas selesai mengalas tugas di Taman Maluri di majlis Hafizul dan Hafiza. Pemanduan selama 30 minit dari Taman Maluri ke Kajang sangat lancar.
  5. Kami tiba di Jade Hills sekitar jam 5:30PM dan bertemu dengan Shikin dan pengantin perempuan iaitu Wani sendiri. Sedikit perbincangan dilakukan oleh kami bersama dengan pengantin dan kami terus memulakan perancangan untuk pemasangan peralatan.
  6. Cuaca di Kajang pada ketika kami tiba sedikit hujan dan kami melakukan pemasangan peralatan kami di dalam ruangan utama setelah diberi persetujuan oleh pengantin.
  7. Pemasangan siap dilakukan sepenuhnya sekitar jam 7:00PM dan kami telah melakukan ujian mutu bunyi sejurus selepas itu.
  8. Rombongan pengantin lelaki tiba ke lokasi majlis sekitar jam 8:00PM. Kami memainkan lagu instrumental dan apabila pengantin bersedia melangkah kami memainkan lagu Gurindam Jiwa.
  9. Majlis diserikan dengan persembahan bunga api yang dibakar di jeti yang terdapat di tepi sungai yang berada di dalam taman ini. Sebanyak 40 das tembakan bunga api menerangi malam perkahwinan Wani dan Ah Bee.
  10. Selepas selesai persembahan bunga api, kami memainkan alunan selawat dan mempersilakan pasangan mempelai dan ahli keluarga pengantin lelaki serta tetamu untuk mengambil tempat yang disediakan.
  11. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari kami dan seterusnya kami menjemput abang ipar Wani untuk memimpin bacaan doa.
  12. Selepas doa dibaca, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab dan tetamu juga dijemput untuk bersama-sama menjamu selera.
  13. Ketika pasangan pengantin dan tetamu menjamu selera, kami telah menjemput wakil keluarga iaitu Pak Ngah kepada pengantin perempuan untuk memberikan ucapan.
  14. Ucapan yang lengkap dengan pantun serta penuh dengan nasihat disampaikan dengan cukup bertenaga oleh Pak Ngah.
  15. Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek perkahwinan. Wani dan Ah Bee dijemput untuk bangun dari meja makan beradab dan mereka terus menuju ke meja kek.
  16. Selepas selesai acara memotong kek, kami telah menjemput ahli keluarga Ah Bee untuk bersama-sama dengan pengantin untuk menjayakan sessi fotografi.
  17. Selepas selesai sessi fotografi keluarga, Ah Bee dan Wani berjalan ke setiap meja bagi menjayakan acara beramah mersa dengan tetamu.
  18. Ketika pasangan pengantin beramah mesra, kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk berkaraoke bagi mengamatkan suasana malam bahagia Wani dan Ah Bee.
  19. Saudara Uzair, Emela, Eba dan saudara mara Wani telah menjayakan sessi karaoke ini dengan menyampaikan beberapa buah lagu.
  20. Majlis berterusan sehingga jam 11:00PM dan kami telah menamatkan tugasan kami dengan memberikan ucapan penutup.
  21. Ternyata majlis malam ini meninggalkan seribu kenangan kepada kami. Diharap Wani dan Ah Bee gembira dengan perkhidmatan yang kami berikan dan kami sentiasa mendoakan agar Wani dan Ah Bee akan terus bahagia sehingga hujung nyawa.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-19 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-18 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-17 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-16 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-jade-hills-10

Majlis H (Heart) H Di Taman Maluri Meriah

emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-11

Majlis Perkahwinan Muhamad Hafizul Azmi Bin Ismail &  Nur Hafiza Binti Mukhtar

Tarikh: 28/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Serbaguna Taman Maluri,

Bandar : Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan disaat akhir oleh Nur Hafiza secara online sangat bernasib baik. Kami mempunyai kekosongan pada tarikh majlis ini pada sebelah siang.
  2. Nur Hafiza telah memilih Combo A sebagai penyeri majlis mereka.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah bertemu dengan pengantin kedua-dua pasang pengantin untuk berbincang mengenai aturcara majlis.
  4. Dewan Serbaguna Taman Maluri ini bersaiz sederhana, dengan keperluan asas seperti tandas dan surau juga disediakan.
  5. Setelah siap melakukan pemasangan peralatan, kami memulakan tugasan rasmi tepat jam 11:00AM. Setelah menukar uniform dan memakai songkok, kami memulakan ucapan kata-kata aluan sebagai pemula kepada majlis ini.
  6. Kami menjemput tetamu dan ahli keluarga menjamu selera setelah mendapat kebenaran dari pihak katering dari Sri Angsana Caterer. Juadah yang disajikan sangat enak belaka.
  7. Pasangan mempelai yang cantik dan segak dengan busana berwarna putih dan merah jambu tiba di dewan sekitar jam 1:15PM. Tetapi mereka memilih untuk masuk berarak ke dewan selepas azan zuhur berkumandang.
  8. Pasangan pengantin diarak dengan paluan kompang oleh pasukan kompang Sinar Kemensah.
  9. Pasangan mempelai Hafizul dan Hafiza diarak sehingga ke pentas pelamin. Setelah mempelai duduk di singahsana diraja, kami memulakan kata-kata pembuka majlis dan seterusnya memulakan bacaan doa.
  10. Selepas bacaan doa selesai disampaikan, kami telah menjemput pasukan kompang untuk mempersembahkan beberapa buah lagu. Sungguh semangat mereka menghiburkan majlis perkahwinan ini dengan pelbagai lagu.
  11. Selepas selesai persembahan kompang, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab. Kami telah menjemput pasangan mempelai turun dari pelamin dan menjemput wakil keluarga untuk bersama-sama menjamu selera di meja makan beradab yang ditempatkan di bawah pentas di hadapan pelamin.
  12. Setelah selesai sessi makan beradab, pasangan Hafiza dan Hafizul menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  13. Sessi fotografi mengambil tempat setelah selesai acara memotong kek dan kami telah menjemput sahabat-sahabat pengantin dan ahli keluarga ke pentas pelamin bagi menjayakan acara ini.
  14. Setelah selesai sessi fotografi, pasangan mempelai telah dijemput untuk menjayakan sessi beramah mesra.
  15. Sepanjang majlis ini, kami mengalu-alukan juga tetamu untuk menulis ucapan mereka di buku tamu yang disediakan. Keluarga pengantin juga menyediakan photo booth yang diletakkan di pintu masuk utama dewan ini.
  16. Kami juga telah menjemput tetamu yang ingin menyampaikan lagu menurusi segmen karaoke untuk memilih lagu.
  17. Apabila jam menunjukkan tepat jam 4:00PM, kami telah memohon kebenaran untuk mengundurkan diri dan menamatkan tugasan kami.
  18. Jelas terpancar wajah ceria pengantin sepanjang kami mengendalikan tugasan kami di majlis ini. Kami mengakhiri tugasan kami dengan menyampaikan beberapa rangkap pantun dan madah.
  19. Kepada Hafizul dan Hafiza, syabas dan tahniah kami ucapkan. Semoga masjid yang telah terbina ini akan sentiasa diimarahkan dengan kesabaran, keharmonian dan kasih sayang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-maluri-1

Meraikan An Dan Ina Di Akademi Hevea Malaysia

Majlis Perkahwinan Nor Haslina Hassin &  Mohamad Farhan Ahmad

Tarikh: 22/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Perdana, Akademi Hevea Malaysia, Pusat Penyelidikan Getah Malaysia

Bandar : Sg Buloh, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di salah sebuah kawasan yang permai dengan kehijauan iaitu di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia, Sungai Buloh.
  2. Pasangan mempelai telah menempah Combo B pada bulan Januari yang lepas dan kami tiba ke dewan ini dengan perasaan teruja kerana ini adalah kali pertama kami bertugas di sini.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah bertemu dengan pengantin perempuan dan keluarga pengantin perempuan iaitu Tuan Hassin Osman dan Puan Sabariah Hamid.
  4. Dewan ini bersaiz sederhana dan boleh memuatkan kira-kira 600 orang pada satu masa dan mempunyai kemudahan asas seperti tandas, penghawa dingin dan tempat letak kereta yang selesa.
  5. Pasangan pengantin dijadualkan akan tiba pada jam 12:30PM dan kami diamanahkan untuk memainkan alunan kompang dan lagu selawat apabila An dan Ina tiba ke lokasi majlis.
  6. Apabila pasangan mempelai tiba, kami mengumumkan ketibaan mereka dan mengalu-alukan seluruh rombongan pengantin lelaki untuk masuk ke dewan dan mengambil tempat yang disediakan khas untuk mereka.
  7. Pasangan mempelai yang cantik dan segak dengan busana berwarna peach terus menuju ke pentas pelamin.
  8. Bacaan doa disampaikan sejurus pasangan mempelai duduk dan seterusnya majlis diteruskan dengan upacara salam restu. Kami menjemput seluruh anggota keluarga sama-sama menjayakan acara ini.
  9. Selepas selesai sessi bersalam restu, pasangan mempelai dijemput oleh kami untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  10. Selepas selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan acara memotong kek perkahwinan. Lagu Penghujung Cintaku menjadi pilihan sebagai latar belakang upacara romantis ini.
  11. Selepas selesai memotong kek perkahwinan, pasangan mempelai sekali lagi dijemput untuk ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  12. Kami menjemput seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin untuk menjayakan sessi ini. Sessi fotografi ini berlangsung meriah.
  13. Selepas selesai sessi fotografi, pasangan mempelai turun dari pentas pelamin dan menjayakan sessi meramah mesra bersama tetamu.
  14. An dan Ina menggunakan kesempatan yang ada ini untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga, tetamu dan sahabat-sahabat yang hadir meraikan mereka.
  15. Sepanjang majlis ini, kami memainkan pelbagai jenis lagu yang bersesuaian dengan tema dan beberapa lagu yang romantis agar menepati mood majlis perkahwinan ini.
  16. Kami menamatkan tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan kami juga telah dijemput oleh An dan Ina untuk bergambar dengan mereka di pentas pelamin.
  17. Nyata sungguh gembira pasangan mempelai dengan kemeriahan yang tercipta dimajlis ini. Layanan yang baik diberikan oleh mereka sepanjang kami menjalankan tugas kami di sini.
  18. Buat pasangan An dan Ina, kami doakan agar anda berdua akan terus bahagia selamanya dan selamat menempuhi alam rumah tangga dengan penuh kesabaran dan ketakwaan.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-16 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-17 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-18

Meraikan Adik Kesayangan Dengan Pelbagai Kejutan

emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-10

Majlis Perkahwinan Dayangku Hafika Nadira Binti Halim & Mohd Kamarul Hasifi Bin Hj Kamarudin

Tarikh: 21/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Serbaguna, Taman Sri Keramat, AU2,

Bandar : Keramat, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (Deejay + PA System + Karaoke + Projector)

Catatan:

  1. Sebelum kami bertugas untuk majlis ini, kami telah bertemu dengan Dayang (pengantin perempuan) dan abang beliau iaitu Encik Megat Hafizi. Encik Megat ingin menempah combo C dan melakukan sedikit perbincangan dengan kami sebelum beliau bersetuju untuk menempah.
  2. Majlis yang diadakan di dewan ini boleh dikatakan besar kerana pihak keluarga pengantin menjayakan majlis ini secara bersama di antara keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
  3. Encik Megat telah memilih combo yang mempunyai projector kerana beliau ingin berkongsikan gambar kenang-kenangan pasangan pengantin kepada tetamu.
  4. Kami tiba ke dewan seawal jam 9:30AM untuk proses pemasangan peralatan kami dan seterusnya menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan memberikan kata-kata aluan kepada seluruh petugas dan ahli keluara yang telah berada di dewan.
  5. Pasangan mempelai dijangka akan tiba pada jam 1:30PM dan sementara menantikan ketibaan beliau, kami telah mengalu-alukan tetamu untuk mengambil gambar dan meng-hastag-kan gambar tersebut dengan tag #boyfika.
  6. Gambar yang telah diupload dipaparkan melalui projector kami dan kami membacakan setiap ucapan dari gambar tersebut. Sungguh meriah sambutan yang kami terima.
  7. Apabila pengantin hampir tiba, kami telah melakukan pengumuman dan seterusnya apabila pengantin telah bersedia untuk melangkah masuk ke dewan, kami mengalu-alukan ketibaan mereka dengan memainkan alunan kompang dari sistem kami dan seterusnya audio selawat.
  8. Pasangan Dayang dan Kamarul terus melangkah perlahan menuju ke pentas pelamin. Mereka telah bersalaman dengan kedua-dua ayahanda dan bonda mereka.
  9. Selepas bersalaman di bawah pentas, pasangan mempelai terus menuju ke pelamin yang tersergam indah di pentas utama dewan.
  10. Bacaan doa disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Mazlan dan diaminkan oleh seluruh tetamu yang beragama Islam yang hadir menyaksikan acara ini.
  11. Sejurus selepas bacaan doa, kami telah menjemput pasangan pengantin untuk turun menuju ke meja makan beradab.
  12. Sessi makan beradab dijayakan bersama ayahanda bonda kedua-dua pengantin yang makan bersama di meja santapan diraja.
  13. Ketika acara makan beradab berlangsung, kami telah memasang dan memainkan video gambar slideshow pasangan mempelai. Senyum terukir diwajah Kamarul dan Dayang melihat video beliau terpampang di layar putih kami.
  14. Kemudian pengantin berehat seketika dan menukar persalinan mereka dengan busana berwarna kuning untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan sessi fotografi.
  15. Sessi memotong kek dijayakan dengan penuh bergaya, lagu A Thousand Years menjadi lagu pengiring upacara ini.
  16. Seterusnya kami menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin untuk menjayakan sessi fotografi.
  17. Selepas sessi fotografi berakhir, majlis diserikan lagi dengan upacara sambutan ulang tahun anak saudara pengantin iaitu adik Mia Imani. Kami memainkan lagu Allah Selamatkan Kamu bagi mengiringi acara istimewa ini.
  18. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, kami telah meminta kebenaran En. Megat untuk menamatkan tugasan kami. Kami telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh petugas, ahli keluarga dan sempat menyumbangkan beberapa rangkap pantun sebagai penutup.
  19. Jelas terpancar wajah keceriaan pada kedua-dua mempelai dan juga seluruh ahli keluarga. Layanan baik yang diberikan oleh keluarga pengantin sangat-sangat kami hargai.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-16 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-17

Berkongsi Kemeriahan Perkahwinan Di Telok Gadong, Klang

Majlis Perkahwinan Mohd Harith & Dr Noorazimah

Tarikh: 15/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Jalan Yadi, Telok Gadong,

Bandar : Klang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini kami bersiaran di Jalan Yadi, Telok Gadong Klang bagi meraikan adik lelaki pelanggan kami. Abang dan Kakak Ipar kepada Harith (Pengantin Lelaki) telah memilih combo B sebagai penghibur di majlis ini.
  2. Kami telah diminta bertugas lebih masa untuk majlis ini dan kami hadir seawal jam 9:00AM bagi menyiapkan peralatan kami yang akan digunakan oleh Kumpulan As-Syukriah bagi upacara marhaban, berzanji dan bacaan tahlil.
  3. Kami disambut mesra oleh keluarga pengantin dan terus melakukan pemasangan dan pengujian sistem siar raya dan memestikan qualiti bunyi menepati piawaian dan standard kami.
  4. Melalui pemerhatian kami, majlis yang dilangsungkan di kediaman ibu bapa pengantin ini boleh dikatakan besar. Lebih kurang 8 buah kanopi didirikan, dan lengkap dengan pelamin serta meja makan beradab.
  5. Pelbagai juadah yang disajikan untuk tetamu. Selain dari sajian utama yang disajikan oleh Mayah Catering, majlis juga disajikan dengan char kuey teow, bihun sup, candy buffet, ABC, teh tarik dan bermacam-macam lagi.
  6. Kami juga melihat majlis ini cukup terurus dengan kerjasama yang erat dan padu dari ahli keluarga yang jauh dan dekat  bersama-sama memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
  7. Setelah selesai acara marhaban, kami mengambil alih acara dengan memberikan kata-kata aluan, mengucapkan terima kasih kepada petugas yang telah hadir dan memperkenalkan diri kami.
  8. Rombongan pengantin perempuan dan Mohd Harith akan tiba ke majlis seawal jam 12:00PM. Mereka diarak dengan paluan kompang dari pasukan kompang tempatan.
  9. Setibanya mereka di pintu gerbang menuju ke ruang utama majlis, rombongan pengantin telah dialu-alukan oleh kami dan disambut dengan sessi berjabat tangan dengan tuan rumah iaitu Tuan Haji Abdul Karim dan Puan Hajah Hamidah serta keluarga.
  10. Pasangan raja dan ratu sehari terus berarak ke pentas pelamin dan kami telah memulakan acara dengan memberikan ucapan pembuka dan mempersilakan rombongan pengantin perempuan untuk duduk ditempat yang telah dikhaskan untuk mereka.
  11. Keunikan di majlis ini adalah Mohd Harith sendiri yang membacakan doa bagi memberkati majlis beliau dan seluruh tetamu mengaminkan doa yang disampaikan. Doa yang padat dan ringkas yang disampaikan oleh beliau diakhiri dengan ucapan penghargaan kepada keluarga dan tetamu yang hadir meraikan beliau dan isteri tersayang.
  12. Selepas selesai sessi bacaan doa dan ucapan, pasukan kompang meneruskan persembahan mereka dan pasangan mempelai terus berarak ke meja makan beradab bagi memulakan sessi santapan di-raja.
  13. Selesai menjamu selera, pasangan mempelai telah dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Kek 3 tingkat yang dipotong oleh mereka telah dibawa kepada kedua-dua ayahanda dan bonda kedua-dua belah keluarga.
  14. Dapat dilihat perasaan terharu pada wajah ayahanda dan bonda pengantin apabila anakanda tersayang menyuapkan sepotong kek untuk mereka sambil kami memainkan lagu Ayah Dan Ibu dari Sudirman.
  15. Selepas selesai acara menyuap kek, Mohd Harith dan Dr Noorazimah telah dijemput untuk menjayakan sessi fotografi. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin perempuan dan seluruh rombongan untuk bersama-sama menjayakan acara ini.
  16. Rakan-rakan dan ahli keluarga pengantin lelaki juga turut tidak ketinggalan menjayakan sessi fotografi ini.
  17. Turut hadir di majlis ini adalah ADUN Selat Klang iaitu YB Dr Halimah Ali dan beliau sempat bergambar bersama pengantin.
  18. Sewaktu kami ingin memberikan ucapan pengakhiran tugasan kami, keluarga pengantin telah meminta agar kami bertugas ‘overtime’ sehingga jam 5:00PM. Setelah melakukan perbincangan dan pihak kami dan keluarga pengantin setuju untuk bertugas hingga jam 5:00PM.
  19. Tepat jam 5:00PM, kami telah memberikan ucapan penutup dengan menyatakan penghargaan kami kepada ahli keluarga yang memberikan layanan yang cukup baik sepanjang kami berada di majlis ini.
  20. Kami juga mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru Mohd Harith dan Dr Noorazimah serta seluruh ahli keluarga kerana telah berjaya mengendalikan majlis ini dengan sempurna.
  21. Memori mengendalikan majlis ini cukup bermakna buat kami. Kami dibekalkan dengan buah tangan dan aiskrim oleh keluarga pengantin sebagai bekalan pulang. 🙂

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-klang-12

Menghirup Bayu Laut Di Majlis Maz Dan Ahmad

emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-13

Majlis Perkahwinan Mazlina Binti Misenan & Ahmad Nasad Bin Selamat

Tarikh: 14/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Bayu Laut, Sg Pelek

Bandar : Bagan Lalang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, kami bersiaran buat pertama kalinya di Bagan Lalang. Perjalanan yang cukup jauh pada kami tetapi cukup menyeronokkan.
  2. Mazlina iaitu pengantin perempuan telah memilih Combo B sebagai penyeri majlis beliau dan tempahan telah dilakukan pada tahun lepas iaitu pada bulan November 2014.
  3. Kami tiba ke kediaman pengantin seawal jam 9:00AM selepas mengharungi perjalanan yang cukup lancar selama kira-kira 1 jam setengah dari lokasi kami.
  4. Kami disambut oleh adik pengantin dan melakukan pemasangan peralatan kami sejurus selepas itu.
  5. Majlis ini boleh dianggap sebagai majlis sederhana besar kerana para jemputan hanya terdiri dari saudara-mara dan rakan-rakan pengantin sahaja. Sebanyak 5 buah kanopi didirikan dihadapan kediaman keluarga pengantin.
  6. Kami memulakan tugasan kami secara rasminya tepat jam 11:00AM dan setelah berbincang dengan ibu pengantin iaitu puan Murni, beliau memberikan kebebasan kepada kami mengendalikan majlis ini agar ianya kelihatan santai.
  7. Rombongan pengantin lelaki yang diketuai oleh ibubapa Ahmad Nasad iaitu Tuan Selamat dan Puan Asmah tiba ke majlis sekitar jam 12:40PM. Kami telah memainkan audio kompang dan diiringi dengan alunan selawat (Selawat Siti Nurhaliza dan Mawi) ketika pasangan mempelai melangkah masuk ke majlis.
  8. Pengantin terus menuju ke meja makan beradab dan majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari pihak kami dan kemudian diteruskan dengan bacaan doa.
  9. Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab.
  10. Pasangan mempelai menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh Lagenda Catering dan kambing golek yang disediakan oleh D’ Tanjung Argofarm. Cukup berselera sekali seluruh tetamu dan pasangan pengantin menjamu selera dengan hidangan yang disajikan kepada mereka.
  11. Setelah selesai menjamu selera, pasangan Maz dan Ahmad dijemput untuk menjayakan sessi fotografi yang diadakan di pelamin yang didirikan di dalam kediaman Tuan Misenan dan Puan Murni.
  12. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin lelaki untuk memulakan sessi fotografi ini dan selepas selesai sessi ini, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi ini bersama dengan rakan-rakan dan ahli keluarga pengantin perempuan pula.
  13. Sepanjang majlis ini, kami telah memainkan lagu-lagu yang dipilih sendiri oleh pengantin. Lagu-lagu yang dipilih oleh mereka ternyata sangat sesuai untuk dimainkan sepanjang majlis ini berlangsung.
  14. Acara memotong pulut kuning diadakan sejurus selepas sessi fotografi pertama selesai dijalankan.
  15. Bagi mengiringi sessi memotong pulut kuning, kami telah memainkan lagu Penghujung Cintaku.
  16. Acara beramah mesra diadakan setelah acara memotong pulut kuning selesai dan pasangan Maz dan Ahmad telah bersama-sama dengan tetamu sambil beramah mesra.
  17. Kelihatan para tetamu cukup mesra dan sangat terhibur sepanjang kami menjalankan tugasan kami di sini. Mungkin udara bayu laut yang dirasai di kawasan majlis telah memberikan mood yang baik.
  18. Apabila jam menunjukan pukul 4:00PM, kami telah meminta izin bagi menamatkan tugasan kami dan memberikan ucapan penutup dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh tetamu dan ahli keluarga serta petugas-petugas yang hadir menjayakan majlis ini.
  19. Kami sempat berbalas-balas pantun sebelum menamatkan acara dan kami doakan agar pasangan Maz dan Ahmad akan terus berkekalan bahagia hingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-bagan-lalang-3

Mempelai Diarak Dengan Cara Tradisi

Majlis Perkahwinan Mohammad Syazwan Shah Bin Mohd Noor & Aishah Farhana Binti Abdul Karim

Tarikh: 07/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Serbaguna Jalan SS 3/14

Bandar : Kelana Jaya, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Perkongsian kami kali ini adalah mengenai tugasan yang kami lakukan di majlis perkahwinan Mohammad Syazwan dan Aishah. Pengantin telah memilih Combo A sebagai penyeri majlis mereka dan mereka telah melakukan tempahan secara online pada bulan November 2014.
  2. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:35AM dan dewan ini mudah dicari kerana ianya terletak bersebelahan jalan utama.
  3. Syazwan telah menghubungi kami pada waktu pagi dalam perjalanan kami ke lokasi majlis dan menyatakan bahawa majlis beliau akan diimarahkan dengan pasukan marhaban.
  4. Setelah tiba kami terus memasang peralatan kami dan pada waktu itu pihak katering dari Norhanom Catering dan Pasukan Marhaban Puchong Intan juga tiba untuk melakukan persiapan.
  5. Selepas selesai pemasangan peralatan, kami telah menyerahkan majlis kepada ketua kumpulan marhaban yang akan memulakan persembahan.
  6. Sekitar jam 10:30AM, kami telah berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis bersama ibu Syazwan iaitu Puan Rossina dan beliau telah memberikan gambaran sebenar perjalanan majlis untuk hari ini.
  7. Tepat jam 11:00AM, juadah makanan telah mula dihidang dan kami telah diberikan penghormatan untuk mengalu-alukan tetamu untuk menjamu selera.
  8. Persembahan marhaban dan berzanji menamatkan persembahan sekitar jam 12:15PM dan mereka sempat bergambar bersama Puan Rossina dan dikhabarkan Puan Rossina juga adalah salah seorang ahli kumpulan ini.
  9. Pasangan mempelai Syazwan dan Aishah tiba ke dewan sekitar jam 1:30PM untuk upacara perarakan masuk. Mereka telah disambut oleh pasukan kompang dari Pasukan Kompang Desa Mentari.
  10. Syazwan dan Aishah juga diarak dengan cara tersendiri di mana mereka didukung oleh keluarga menuju ke dewan. Adat ini dipercayai diamalkan oleh orang Sabah.
  11. Setelah pengantin masuk ke dewan, kami telah mengalu-alukan kehadiran pengantin dan mereka terus menuju ke pentas pelamin bagi istihadat persandingan.
  12. Setelah mereka duduk di pelamin, kami telah menjemput abang sepupu kepada Syazwan iaitu saudara Mohd Hanafi untuk membacakan doa.
  13. Selepas bacaan doa selesai kami menjemput ahli keluaga kedua-dua pihak pengantin untuk menjayakan upacara salam restu sebagai sessi taaruf dan acara ini diiringi dengan paluan kompang.
  14. Selepas selesai acara salam restu ini, kami dengan beberapa rangkap pantun, menjemput pasangan pengantin baru ini menuju ke meja makan beradab untuk sessi makan berdamai.
  15. Kami membacakan doa makan sebelum pasangan Syazwan dan Aishah menjamu selera bersama keluarga.
  16. Setelah seleai menjamu selera, kami telah menjemput mereka untuk menjayakan acara memotong kek perkahwinan. Lagu Ajari Aku dari Anuar Zain telah menjadi pelengkap kepada acara ini.
  17. Selepas itu mereka kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan sahabat handai serta tetamu.
  18. Pada ketika ini, kami telah membuka sessi karaoke dan sambutan yang kami terima sangat baik. Rakan-rakan ibubapa pengantin turut sama memilih lagu yang terdapat di dalam katalog kami, begitu juga ahli keluarga pengantin.
  19. Sungguh berbakat sekali ahli keluarga dan tetamu menyampaikan lagu. Cukup baik persembahan mereka.
  20. Acara karaoke berlanjutan sehingga jam 4:00PM dan sebelum kami menamatkan acara, ibu pengantin iaitu Puan Rossina sempat meminta kami memasangkan lagu poco-poco untuk hiburan terakhir majlis ini. Tarian poco-poco ini mengambil tempat dan menarik minat tetamu untuk bersama-sama menari di hadapan pentas.
  21. Majlis ini cukap meriah dengan kehadiran rakan-rakan ibu bapa pengantin dari SMV Klang batch 82/83, SM Taman Petaling dan rakan-rakan sekerja ibubapa pengantin.
  22. Buat Syazwan dan Aishah, terima kasih di atas peluang yang diberikan kalian kepada kami bagi menjayakan majlis ini. Kami doakan agar hubungan yang telah dibina ini akan terus bahagia sehingga ke akhir hayat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-kelana-jaya-15

Majlis Meriah Muz dan Myra Di Crystal Crown, Klang

emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-15

Majlis Perkahwinan Syd Muzafar Bin Syd Muhabar (Muz) & Fatin Asmira Binti Roseli (Myra)

Tarikh: 01/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Ballroom, Crystal Crown,

Bandar : Klang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Kali ini kami ditugaskan untuk memeriahkan majlis perkahwinan Muz dan Myra di salah sebuah hotel di Klang iaitu, Crystal Crown.
  2. Ballroom ini terletak di tingkat satu dan kami perlu menaiki lift untuk mengangkat peralatan kami.
  3. Ballroom yang disediakan untuk majlis ini cukup selesa, dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik dan kelengkapan yang disediakan seperti meja dan kerusinya juga sangat baik. Boleh memuatkan kira-kira 1000 orang dalam satu-satu masa.
  4. Kami tiba di ballroom ini sekitar jam 9:45AM dan bertemu dengan Muz untuk berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis ini.
  5. Menurut Muz, beliau bermalam dihotel ini untuk memastikan segala persiapan seperti pemasangan pelamin dapat dipantau oleh beliau.
  6. Selepas perbincangan dijalankan, kami terus melakukan persiapan dengan memasang peralatan kami dan memulakan tugasan rasmi kami tepat jam 11:00AM.
  7. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Muazzin Simon.
  8. Pasangan mempelai dijadualkan akan memasuki majlis pada jam 1:40PM. Mereka telah memilih untuk memberi laluan kepada azan fardhu Zuhur terlebih dahulu.
  9. Tepat jam 1:40PM, Muz dan Myra memulakan perarakan masuk dengan diiringi paluan kompang dari system audio kami. Mereka terus melangkah ke pintu utama ballroom dan berhenti seketika untuk sessi fotografi.
  10. Selepas itu mereka terus diarak naik ke pentas pelamin dan majlis diteruskan dengan ucapan selamat datang oleh pihak kami.
  11. Selepas ucapan dan kata alu-aluan disampaikan, pengantin dijemput untuk menjamu selera dimeja makan beradab. Kami menjemput seluruh ahli rombongan pengantin perempuan untuk duduk dimeja yang telah dikhaskan untuk mereka.
  12. Juadah makanan untuk majlis ini disediakan oleh Mazmida Corner. Pelbagai lauk-pauk enak yang disajikan termasuk rojak buah, kuih muih, cendol dan bermacam-macam lagi.
  13. Selepas menjamu selera, kami mempersilakan pasangan Muz dan Myra untuk menjayakan upacara memotong kek perkahwinan. Pengantin telah meminta lagu A Thousand Years sebagai penyeri sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  14. Selepas selesai upacara memotong kek, pengantin kembali semula ke pentas pelamin untuk menjayakan sessi fotografi.
  15. Jurufoto rasmi untuk majlis ini adalah dari Basha Pixcers yang didatangkan khas dari Puchong Selangor.
  16. Rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu menggunakan peluang ini untuk bergambar dengan pasangan mempelai.
  17. Selepas selesai sessi fotografi, pengantin dijemput untuk bersama dengan tetamu di dalam sessi beramah mesra.
  18. Kira-kira jam 4:00PM, kami telah meminta kebenaran untuk menamatkan tugas kami dan menyampaikan ucapan penutup dan terima kasih kepada seluruh petugas, tetamu dan ahli keluarga yang menjayakan majlis ini.
  19. Dengan menyampaikan beberapa rangkap pantun kami mengundurkan diri dan mendoakan agar pasangan yang kami raikan pada hari ini iaitu Muz dan Myra akan terus diiringi dengan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-hotel-crystal-crown-15

Meraikan Bob Dan Amy Di Institute Advanced Islamic Studies (IAIS)

Majlis Perkahwinan Mohd Aizuddin Bin Jamali (Bob) & Emelia Binti Hasim (Amy)

Tarikh: 28/02/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan IAIS, Jalan Ilmu off Jalan Universiti,

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : DJ Sahaja

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran buat kali pertamanya di Institute Advanced Islamic Studies (IAIS) berhampiran Universiti Malaya. Dewan ini sangat cantik, lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas dan surau, mempunyai penghawa dingin di setiap penjuru dewan.
  2. Tugasan kali ini begitu istemewa kerana pasangan pengantin hanya inginkan perkhidmatan Deejay dari kami kerana dewan ini telah dilengkapi dengan peralatan PA System.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 10:00AM dan bertemu dengan penyelia dewan dan saudara Nasriee yang bertanggungjawab mengendalikan sistem audio di dewan ini. Setelah perbincangan dilakukan, kami terus memasang laptop kami untuk memainkan lagu-lagu yang telah disusun untuk pasangan Bob dan Amy.
  4. Kami juga sempat bertemu dengan kedua-dua ibu bapa pengantin dan memperkenalkan diri kami. Juga pengantin sempat bertemu dengan kami untuk memberikan sedikit input berkenaan dengan acara majlis mereka.
  5. Apabila jam menunjukkan tepat 11:00AM, kami memulakan tugasan kami dengan mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu. Kami telah menjemput tetamu yang hadir untuk menikmati juadah yang disajikan oleh Amat SJ Catering.
  6. Puan Dahlia ibu kepada Amy dan Puan Hjh Che Radziah juga mempelawa kami untuk menjamu selera. Sungguh enak sekali hidangan yang disajikan pada hari ini. Tidak ketinggalan majlis juga menghidangkan ais krim dari Embun Aiskrim.
  7. Pasangan mempelai dijadualkan akan tiba ke dewan sekitar jam 1:00PM dan mereka akan diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  8. Apabila pasangan mempelai tiba di pintu utama dewan, kami telah memasangkan lagu selawat bagi mengimarahkan lagi perarakan masuk pasangan mempelai.
  9. Bob dan Amy berjalan menuju ke meja makan beradab. Kemudian saudara Razif Azmal telah dijemput untuk memimpin bacaan doa.
  10. Seluruh tetamu beragama Islam mengaminkan doa yang dibaca. Sungguh puitis doa yang disampaikan oleh suadara Razif.
  11. Selesai bacaan doa, pasangan mempelai bersama dengan ahli keluarga telah dijemput untuk memulakan acara makan beradab.
  12. Selepas selesai, sessi makan beradab. Pengantin dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan seterusnya naik ke pelamin bagi menjayakan sessi salam restu.
  13. Kami telah menjemput ahli keluarga, ayahanda bonda dan adik beradik pengantin untuk memulakan acara salam restu ini.
  14. Kemudian kami membuka laluan kepada ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara untuk mengambil tempat.
  15. Kemudian, acara diteruskan dengan sessi fotografi yang dijayakan oleh ahli keluarga pengantin dan tetamu-tetamu yang terdiri dari rakan-rakan Bob dan Amy.
  16. Sungguh cantik dan berseri sekali pasangan mempelai yang kami raikan ini apabila duduk bersemayam di pelamin yang indah dengan hiasan bunga-bungaan dan lampu yang bergemeralapan
  17. Selepas selesai sessi fotografi, kami telah menjemput pasangan mempelai untuk turun dari pentas pelamin untuk beramah mesra dengan tetamu di ruang utama dewan.
  18. Tepat jam 4:00PM kami telah meminta kebenaran untuk menamatkan tugasan kami dengan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh petugas-petugas yang menjayakan majlis ini.
  19. Alhamdulillah, segala yang telah dirancang dapat dipikul untuk kami berikan yang terbaik pada majlis ini.
  20. Kepada Bob dan Amy, kami ucapkan tahniah di atas kejayaan anda dalam memberikan yang terbaik di majlis ini. Tahniah dan kami doakan hubungan yang terbina ini akan terus berkekalan hingga ke anak cucu.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-iais-intan-um-15