Monthly Archives: April 2015

Bertugas Di Dewan Teratai Shah Alam Sempena Majlis Azizul & Ayuni

emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-12

Majlis Perkahwinan Muhammad Azizul & Nurul Ayuni

Tarikh: 25/04/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19

Bandar : Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Ini adalah kali pertama kami bertugas di dewan ini. Dewan yang luas, dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas, tandas dan surau.
  2. Pengantin lelaki iaitu Azizul telah melakukan tempahan melalui borang tempahan online kami. Sebelum ini, beliau telah bertemu kami di salah sebuah majlis sahabat beliau iaitu Nurul Izzah dan Wan Fadhlan.
  3. Kami tiba di dewan ini sekitar jam 9:30AM, dan terus bertemu dengan Azizul yang kebetulan berada di dewan untuk membantu abang iparnya memasang pelamin.
  4. Kami melakukan pemasangan peralatan kami dan kemudian kami sempat berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis.
  5. Azizul menyerahkan kepada kami untuk membantu beliau untuk mengaturkan perjalanan majlis beliau.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah memberikan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang bagi mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga Azizul.
  7. Katering pada majlis ini disediakan oleh Qis Catering & Canopy yang berpangkalan di Kg. Pandan Dalam Kuala Lumpur.
  8. Pasangan mempelai dan rombongan pengantin perempuan dari Semenyih tiba di dewan pada jam 1:30PM selepas azan Zuhur.
  9. Pasangan mempelai yang segak dengan busana berwarna putih diarak dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Nur Panji Alam.
  10. Pasangan mempelai dibawa masuk ke dewan dan kemudian duduk bersemayam di pentas pelamin.
  11. Kemudian bacaan doa dibaca bagi memberkati majlis pada hari ni dan kemudian acara diteruskan dengan upacara salam restu. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin perempuan untuk memulakan acara kemudian kami telah menjemput rakan-rakan dan kakitangan dari Maybank Bangsar Baru iaitu rakan-rakan kepada Azizul.
  12. Acara makan beradab dimulakan selepas selesai acara salam restu dan merenjis. Kemudian disusuli dengan sessi memotong kek yang dilangsungkan di atas pentas.
  13. Pasangan raja dan ratu sehari kemudiannya dijemput untuk duduk kembali di pelamin dan kami telah menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menjayakan sessi fotografi.
  14. Kelihatan tetamu yang hadir meraikan pasangan mempelai pada hari ini cukup memberangsangkan.
  15. Majlis juga menyediakan photo booth dan backdrop untuk tetamu mengambil gambar dan majlis juga menyajikan condol untuk tetamu. Cendol dari Pak Akob sangat sedap dan enak sekali turut dijamu oleh tetamu.
  16. Majlis diserikan lagi dengan majlis ulangtahun kelahiran kakak pengantin iaitu Puan Zura. Kami telah memainkan lagu Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday To You dan dinyanyikan beramai-ramai oleh ahli keluarga pengantin.
  17. Alhamdulillah, segala tanggungjawab yang diamanahkan telah berjaya dipikul oleh kami sehingga ke petang. Sebelum kami pulang ibu pengantin iaitu Puan Zainon telah memberikan ole-ole kepada kami untuk di bawa pulang.
  18. Kami mengucapkan syabas dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada kami untuk menjayakan dan berkongsi kemeriahan majlis ini bersama kami.
  19. Jelas terpancar wajah kegembiraan pada Azizul dan Ayuni sepanjang majlis ini. Tahniah dan semoga kalian dapat mengharungi alam rumah tangga dengan jayanya dan terus bahagia sehingga kehujung nyawa.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-16

Berkongsi Kemeriahan Di Majlis Akad Nikah Anisah & Mohd Hadri

Majlis Pernikahan Anisah & Mohd Hadri

Tarikh: 17/04/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Bukit Damansara,

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Majlis istimewa Anisah ini berlangsung pada hari Jumaat di mana Anisah akan menerima rombongan pengantin lelaki yang akan dinikahkan di kediaman keluarga Anisah.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 3:30PM dan acara akan bermula secara rasminya pada jam 5:00PM.
  3. Cuaca agak mendung ketika kami tiba dan kami telah memilih tempat yang selamat dan mempunyai teduhan agar peralatan kami tidak ditimpa hujan.
  4. Kanopi didirikan di sekitar kediaman pengantin tetapi acara akan nikah akan dilangsungkan di ruang tamu kediaman keluarga pengantin.
  5. Mini pelamin didirikan di dalam rumah dengan bunga-bungaan segar dan lampu yang bergemerlapan menambahkan lagi seri majlis ini.
  6. Setelah siap melakukan pemasangan peralatan, kami hanya menunggu sahaja masa dan tikanya rombongan pengantin lelaki tiba untuk upacara yang bersejarah ini.
  7. Rombongan pengantin tiba tepat jam 5:30PM dan majlis terus dimulakan dengan ucapan ringkas dari kedua-dua wakil keluarga pengantin.
  8. Juru nikah menyampaikan khutbah nikah yang didengari oleh seluruh tetamu yang berada di dalam kediaman dan juga yang berada diluar.
  9. Speaker yang dipasang di luar dan di dalam rumah membantu tetamu-tetamu untuk menghayati bacaan khutbah yang dibaca.
  10. Upacara akad nikah dilangsungkan sejurus selepas juru nikah selesai berkhutbah. Hadri telah memilih untuk mencuba lafaz nikah terlebih dahulu sebagai percubaan.
  11. Kemudian dengan sekali lafaz sahaja Hadri selamat bergelar suami yang sah kepada Anisah. Lafaz akad nikah ini disampaikan sendiri oleh bapa Anisah.
  12. Selepas selesai acara pernikahan, Hadri telah meninggalkan majlis seketika untuk memanjatkan syukur dengan melakukan solat sunat.
  13. Kemudian acara diteruskan dengan bacaan takliq dan acara menyarung cincin perkahwinan mengambil tempat selepas itu.
  14. Acara fotografi diadakan bersama dengan ahli keluarga dan rakan taulan di mini pelamin dan bapa pengantin telah menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang sangat enak di ruangan kanopi di luar.
  15. Kami memulakan sessi karaoke dan menjemput ahli keluarga dan tetamu menyertai sessi karaoke ini.
  16. Selepas selesai sessi karaoke dan jam menunjukkan tepat 11:00PM kami telah meminta kebenaran untuk menamatkan tugasan kami.
  17. Ternyata cukup meriah acara akad nikah yang diadakan dan kami. Walaupun cuaca sedikit hujan, namun ianya tidak sedikitpun menghalang untuk majlis ini berlangsung dengan jayanya.
  18. Kami ingin mengucapkan syabas kepada Anisah dan Mohd Hadri sekeluarga di atas kejayaan menjayakan majlis ini

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_3426.JPG IMG_3427.JPG IMG_3429.JPG IMG_3430.JPG IMG_3432.JPG IMG_3433.JPG IMG_3436.JPG IMG_3439.JPG IMG_3446.JPG photo17157570170038401 photo17157570170038402 photo17157570170038403 photo17157570170038406 photo17157570170038408

Bertugas Di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Meraikan Azim Dan Dina

photo17157570170038389

Majlis Perkahwinan Abdul Azim & Dina Farhanna

Tarikh: 11/04/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Block C, Jalan Sultan Salahudin

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini kami kembali semula ke Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid di Kementerian Kerja Raya Kuala Lumpur. Ini adalah kali kedua kami bertugas di sini.
  2. Pengantin perempuan Dina telah melakukan tempahan pada bulan Disember tahun lalu dan telah memilih Combo A sebagai peneman majlis perkahwinan beliau.
  3. Dewan ini cukup luas, cantik dan mempunyai penghawa dingin serta dinding serap bunyi.
  4. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan melakukan pemasangan peralatan sejurus selepas itu.
  5. Semasa pemasangan dilakukan, kami telah bertemu dengan ibubapa pengantin lelaki iaitu Tuan Nasir dan Puan Poziah. Sedikit perbincangan dilakukan sewaktu bertemu dengan mereka. Tidak lama selepas itu kami telah diperkenalkan kepada ibubapa Dina iaitu Tuan Ahmad Tajudin dan Puan Azlina.
  6. Hari ini juadah santapan disajikan oleh Pak Tam Catering, Apam Balik Utara dan Bobo Soft Ice Cream.
  7. Pengantin tiba ke dewan sekitar jam 1:45PM dan kehadiran mereka telah diarak dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Ezhar.
  8. Kami telah mengalu-alukan kehadiran pengantin dan memberikan ucapan pembuka bagi memulakan majlis ini.
  9. Pengantin tiba ke dewan dan terus berarak naik ke pentas pelamin. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa dari Al-Fadhil Saudara Romy.
  10. Selepas doa dibaca, kami telah mempersilakan pasukan kompang Ezhar untuk meneruskan persembahan dan sekaligus mempersilakan ibubapa dan ahli keluarga pengantin menyempurnakan acara salam restu.
  11. Selepas acara salam restu, pengantin dijemput untuk turun dari pentas pelamin bagi menjayakan acara makan beradab.
  12. Selepas acara makan berada selesai, kami telah menjemput Azim dan Dina menjayakan sessi memotong kek.
  13. Acara memotong kek yang berlatarbelakangkan lagu Sempura dendangan Andre and The Backbone itu cukup romantis dan mendapat perhatian tetamu yang turut serta merakamkan gambar mereka.
  14. Ada perkara yang sangat menarik berlaku ketika dimajlis ini, di mana kami telah ditemukan dengan seorang ‘potential customer’ yang pernah menghubungi kami bertanyakan berkenaan pakej kami. Tidak disangka akhirnya kita bertemu secara terus dan mereka melihat aksi kami sepanjang majlis ini.
  15. Selepas acara memotong kek, Dina dan Azim kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  16. Kami telah membuka sessi karaoke dan acara ini disambut meriah oleh tetamu jemputan.
  17. Sessi karaoke ini juga disertai oleh Zelmi (Protege Amy Search Mentor Legend) yang hadir sebagai tetamu perkahwinan Azim dan Dina.
  18. Pasangan mempelai yang segak dengan busana berwarna biru ini kelihatan cukup ceria bertemu dengan rakan dan taulan yang hadir ke majlis mereka.
  19. Tidak sempat kami beramah mesra dengan Dina dan Azim kerana mereka kelihatan padat dengan aktiviti di pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi mereka.
  20. Kami doakan agar hubungan yang telah dibina ini akan terus berkekalan sehingga diakhir hayat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038391 photo17157570170038389 photo17157570170038388 photo17157570170038386 photo17157570170038385 photo17157570170038382 photo17157570170038380 photo17157570170038379 photo17157570170038378 photo17157570170038375 photo17157570170038374

Bertandang Di Universiti Putra Malaysia Di Majlis Istimewa Syafiq Dan Erniesa

Majlis Perkahwinan Muhammad Syafiq Bin Jasni &  Erniesa Binti Safri

Tarikh: 04/04/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Jauhari, KOSASS UPM,

Bandar : Serdang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Hari ini kami sekali lagi bertugas di dalam sebuah kampus universiti. Kali terakhir kami bertugas di lokasi seumpama ini adalah di majlis Bob dan Amy di IAIS, Universiti Malaya.
  2. Tempahan dilakukan oleh Syafiq secara online dan beliau telah memilih Combo B sebagai penghibur majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi dewan sekitar jam 9:45AM untuk melakukan pemasangan peralatan kami. Pada pagi ini, keadaan di UPM agak sibuk dengan pelbagai aktiviti riadah dan beberapa jalan ditutup untuk melancarkan perjalanan aktiviti di sini.
  4. Kami telah berjumpa dengan keluarga pengantin lelaki dan melakukan pemasangan sejurus selepas itu.
  5. Dewan untuk majlis ini sungguh selesa, penghawa dingin di setiap sudut dan tandas juga disediakan. Kelihatan dewan ini diurus dan diselenggara dengan baik.
  6. Katering untuk majlis ini disediakan oleh Sri Angsana Caterer dan pasukan katering juga tiba pada waktu yang hampir sama dengan kami.
  7. Setelah pemasangan peralatan selesai, kami telah memberikan ucapan pembuka dan memperkenalkan diri kami kepada ahli keluarga pengantin lelaki yang telah berada di dewan.
  8. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM setelah menukar persalinan dan pakaian kami.
  9. Tetamu mula tiba ke dewan ini sekitar jam 12:00PM dan mereka terus dialukan oleh keluarga pengantin dan menjamu selera.
  10. Kami dimaklumkan rombongan pengantin perempuan akan tiba bersama dengan Syafiq sekitar jam 1:00PM. Kami telah bersiap sedia dengan muzik kompang dan selawat yang akan dimainkan setibanya mereka tiba ke dewan.
  11. Apabila pasangan mempelai tiba, kami memainkan muzik kompang dan seterusnya kami mengalu-alukan kehadiran pasangan mempelai dan mengalukan kehadiran seluruh ahli rombongan.
  12. Keluarga pengantin perempuan datang dari Simpang Pulai, Perak dan mereka terus dijemput untuk duduk dimeja yang dikhaskan untuk mereka.
  13. Pasangan Syafiq dan Erniesa terus menuju ke pentas pelamin dan kami menjemput Al-Fadihl Ustaz Siham untuk menyampaikan doa pembuka majlis.
  14. Selepas doa disampaikan, kami menjemput ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu. Acara ini dimulakan oleh ibubapa Erniesa iaitu Tuan Safri dan Puan Siti Amnah.
  15. Selepas selesai istihadat salam restu, majlis diteruskan dengan acara makan beradab.
  16. Selesai menjamu selera, pasangan mempelai yang segak dan berseri dengan busana berwarna ungu ini dijemput untuk beramah mesra dengan tetamu dan keluarga.
  17. Selepas beramah mesra, kami telah menjemput pasangan pengantin untuk menjayakan acara memotong kek perkahwinan dan seterusnya menjaya sessi fotografi bersama ahli keluarga dan rakan taulan.
  18. Acara yang meriah pada majlis ini berlangsung sehingga ke jam 4:00PM. Apabila jam menunjukkan tepat jam 4:00PM kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami dan memohon untuk mengundur diri.
  19. Dengan beberapa rangkap pantun dan ucapan terima kasih disampaikan kami mengakhiri tugasan kami dengan penuh kepuasan apabila melihat majlis ini berakhir dengan cuku berjaya.
  20. Kami doakan agar pasangan Syafiq dan Erniesa akan sentiasa bahagia dan menempuhi segala cabaran dalam kehidupan berumah tangga dengan jayanya. Terima kasih di atas kepercayaan kalian kepada kami dalam mengendalikan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-upm-serdang-13

 

Menjayakan Perkahwinan Meriah Di Denai Alam

emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-12

Majlis Perkahwinan Azmie Bin Tumin &  Hamimi Rasyiqah Binti Hassan Khalep

Tarikh: 29/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Pudina, Taman Bukit Subang

Bandar : Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Tempahan untuk majlis ini dilakukan oleh Azmie sendiri melalui borang tempahan online kami.
  2. Beliau telah memilih Combo B sebagai peneman dan penghibur tetamu-tetamu jemputan majlis beliau.
  3. Setibanya kami ke dewan ini, kami dapati kawasan dewan ini cukup damai. Pihak katering dari Restoran Man Selera juga telah tiba pada waktu ini.
  4. Dewan Pudina di bawah kendalian MBSA ini bersaiz senderhana dan berkeluasan 2 gelanggang badminton. Ianya juga dilengkapi dengan tandas dan bilik persalinan yang boleh dijadikan sebagai surau.
  5. Kami melakukan pemasangan sejurus selepas tiba dan pemasangan peralatan kami selesai kira-kira 30 minit kemudian.
  6. Tepat jam 11:00AM, kami menukar persalinan dan memutarkan beberapa buah lagu bagi menghiburkan petugas-petugas yang menjayakan majlis ini. Pada waktu ini keluarga pengantin dan tetamu masih belum tiba.
  7. Kehadiran keluarga pengantin ke dewan ini bermula jam 11:45AM dan kami mengalu-alukan kehadiran mereka dan menjemput ahli keluarga untuk menjamu selera.
  8. Kami dikhabarkan bahawa pasangan pengantin Azmie dan Hamimi akan tiba sekitar jam 12:30AM.
  9. Setibanya pesangan pengantin ke dewan bersama dengan rombongan pengantin perempuan, kami memainkan muzik kompang dari sistem audio kami dan seterusnya memasangkan alunan selawat bagi mengiringi perarakan masuk pasangan raja dan ratu sehari Azmie dan Hamimi.
  10. Pasangan mempelai dan ahli keluarga pengantin perempuan dijemput naik ke pentas pelamin bagi upacara makan beradab. Meja makan beradab disediakan di atas pentas.
  11. Kami mengalu-alukan kehadiran pasangan pengantin dan menjemput rombongan pengantin perempuan untuk duduk di meja yang dikhaskan untuk mereka.
  12. Seterusnya majlis diberkati dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Ismail Bin Bidun.
  13. Acara makan beradab dimulakan selepas sessi bacaan doa selesai dan seterusnya pasangan mempelai dijemput untuk menjayakan upacara memotong kek perkahwinan.
  14. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan mempelai dijemput untuk beramah mesra dengan tetamu dan rakan-rakan pengantin yang hadir memeriahkan hari bahagia mereka.
  15. Rakan-rakan dan tetamu menggunakan kesempatan yang ada ini untuk bergambar dengan pasangan pengantin.
  16. Majlis berlangsung dengan meriah sehingga ke petang dan kami memutarkan pelbagai jenis lagu-lagu menarik untuk didengari oleh tetamu.
  17. Tepat jam 4:00PM, kami telah meminta kebenaran untuk menamatkan tugas kami di sini.
  18. Kami sempat menjemput Azmie untuk memberikan ucapan sebelum menamatkan tugasan kami.
  19. Kami doakan Azmie dan Hamimi akan terus bahagia dan semoga hubungan yang telah dibina ini akan terus berkekalan hingga selamanya. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-13  emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-bukit-subang-1