Monthly Archives: May 2015

Bertugas Di Sungai Ramal Meraikan Zurina Dan Sharul

emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-17

Majlis Perkahwinan Zurina Dan Sharulamri

Tarikh: 23/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Sungai Ramal Luar

Bandar : Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, kami bersiaran di Jalan Masjid Sungai Ramal Luar bagi meraikan Zue dan Sharul.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Zue pada bulan Januari yang lepas melalui borang tempahan online kami.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis iaitu di kediaman keluarga pengantin perempuan kira-kira jam 9:40AM dan bertemu dengan pengantin sendiri pada pagi tersebut.
  4. Majlis ini diadakan di halaman rumah pengantin dan terdapat kira-kira 6 buah kanopi didirikan. Pengantin juga menyediakan sebuah kanopi kecil mudah alih untuk dijadikan tempat tugasan kami.
  5. Kami melakukan pemasangan peralatan dan melakukan pengujian peralatan kami sejurus memilih lokasi yang sesuai untuk kami bertugas.
  6. Kami memulakan acara dengan memberikan sedikit kata-kata aluan kepada seluruh ahli keluarga, jiran tetangga, petugas dan tetamu-tetamu yang telah berada di majlis ini.
  7. Majlis turut diserikan dengan penyediaan photobooth, buku tamu atau guestbook dan candy booth.
  8. Rombongan pengantin lelaki iaitu keluarga Sharul bersama dengan Sharul sendiri tiba ke lokasi majlis pada jam 1:30PM selepas selesai menunaikan solat Zuhor di masjid berhampiran majlis.
  9. Rombangan pengantin yang tiba dari Rembau ini disambut dengan paluan kompang dari kumpulan kompang Kelab Belia Remaja Taman Ramal.
  10. Kehadiran rombongan telah disambut dengan ucapan selamat datang dari pihak kami dan kami mengalu-alukan dan menjemput seluruh ahli keluarga pengantin lelaki untuk mengambil tempat yang telah dikhaskan kepada mereka.
  11. Pengantin terus berarak ke pentas pelamin dan kami telah mempersilakan ahli keluarga untuk menjayakan sessi salam restu diiringi dengan paluan kompang.
  12. Sejurus selepas selesai upacara salam restu ini, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab dan bacaan doa dibaca sebelum sessi makan beradab dimulakan.
  13. Selepas selesai menjamu selera, Zue dan Sharul dijemput untuk menjayakan acara memotong kek perkahwinan mereka.
  14. Selepas menjayakan acara memotong kek, pasangan bahagia Zue dan Sharul dijemput untuk kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  15. Majlis telah menjemput dan mempersilakan ahli keluarga Sharul terlebih dahulu untuk memulakan acara ini dan kemudian menjemput rakan-rakan pengantin.
  16. Sessi fotografi ini juga berlangsung dengan santai dan rakan-rakan menggunakan peluang ini untuk beramah mesra dengan Zue dan Sharul.
  17. Kami dapat merasakan keseronokan dan kegembiraan pengantin tatkala bertemu dengan tetamu-tetamu yang hadir meraikan mereka pada hari ini.
  18. Kepada Zue dan Sharul, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami dan kami doakan agar kalian akan memperoleh keberkatan dan kebahagian di dalam hidup berumahtangga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-17 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-16 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-sungai-ramal-luar-kajang-11

Memeriahkan Majlis Perkahwinan Puteri Kepada Tuan Tahir Haris

Majlis Perkahwinan Durrah Syazwani Binti Mohd Tahir & Ahmed Naim Bin Azli

Tarikh: 17/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Auditorium Integriti, Menara Integriti

Bandar : Jalan Duta, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur di sebuah bangunan agensi kerajaan iaitu Institut Integriti Malaysia.
  2. Tuan Tahir iaitu bapa kepada pengantin perempuan telah melakukan tempahan melalui borang tempahan online kami setelah perkhidmatan kami dicadangkan kepada beliau oleh seorang sahabat beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis iaitu di aras dua Menara Integriti sekitar jam 9:20AM dan melakukan tinjauan terhadap susun atur di dalam dewan.
  4. Pemasangan dilakukan selepas sessi tinjauan dan peralatan kami siap dipasang pada jam 10:00AM.
  5. Turut menjayakan majlis ini adalah kumpulan silat dan kumpulan gamelan yang dibawa khas oleh Jalal Kompang Event.
  6. Pasangan mempelai dijadualkan tiba sekitar jam 1:20PM selepas azan Zuhur berkumandang.
  7. Apa yang menarik di majlis ini, pengantin perempuan iaitu Durrah Syazwani dan barisan pengiring beliau yang akan terlebih dahulu menaiki pentas pelamin.
  8. Apabila tiba giliran pengantin lelaki, bacaan selawat dibacakan oleh Cikgu Jalaluddin Masot dan pengantin terus berarak menuju ke ruang utama dewan. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan untuk naik ke pelamin untuk sessi persandingan, acara dimeriahkan dengan adat membayar tol. Pengantin perlu memenuhkan hajat ahli keluarga perempuan sebelum pengantin lelaki dibenarkan menaiki takhta.
  9. Apabila tiba dipentas pelamin, Naim dan Durrah Syazwani disatukan dan acara diteruskan dengan persembahan silat.
  10. Selepas persembahan silat selesai, acara diberkati dengan bacaan doa yang sekali lagi dipimpin oleh Cikgu Jalaluddin Haji Masot.
  11. Selepas doa dibaca, acara merenjis dan salam restu diadakan dan kemudian majlis diteruskan dengan upacara makan beradab.
  12. Enak sekali juadah yang disajikan. Selain dari menu utama yang lazat, majlis juga dihiasi dengan sajian lain  seperti, cendol, kuih-muih, aiskrim dan minuman panas serta bubur kacang.
  13. Sejurus selepas sessi makan beradab, acara diserikan dan dimeriahkan lagi dengan sessi memotong kek perkahwinan.
  14. Pasangan mempelai telah bersetuju untuk memilih lagu All Of Me nyanyian John Legend sebagai muzik latar bagi acara memotong kek perkahwinan mereka.
  15. Selepas selesai acara memotong kek, pasangan pengantin baru ini berkenan untuk menjayakan sessi fotografi.
  16. Seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mempelai dijemput untuk menjayakan sessi bergambar bersama Naim dan Durrah Syazwani.
  17. Acara berlangsung meriah sehingga jam 4:00PM. Kami telah memberikan ucapan penutup bagi mengakhiri tugasan kami dan bertemu dengan pasangan mempelai dan Tuan Mohd Tahir untuk menyampaikan penghargaan kerana memilih kami untuk berkongsi kemeriahan di majlis ini.
  18. Kepada Naim dan Durrah Syazwani, tahniah kami ucapkan di atas majlis yang cukup meriah ini. Semoga kalian akan terus bahagia dan dikurniakan dengan kehidupan yang terbaik selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-24 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-23 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-22 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-21 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-20 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-19 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-18 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-17 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-16 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-1

 

The Junx Videos Playlist

Assalamualaikum dan salam kedamaian,

Lama betul DJ Junx tak menulis blog memandangkan kepakaran menulis dan mengolah ayat-ayat indah ni ada pada DJ Lative. Dj Junx cuba membantu menambah sedikit seri blog ini dengan memuat naik gambar-gambar majlis dan acara yang The Junx Audio Visual and the Crews sertai sepanjang minggu.

Okay, apapun perkongsian kali ini lebih kepada memenuhi permintaan daripada pelanggan-pelanggan serta bakal-bakal ratu dan raja sehari yang ada ketikanya berhajat untuk melihat rakaman-rakaman video yang pernah kami rekodkan sebelum ini semasa beraksi di majlis-majlis yang The Junx AV sertai.

Jadi, kami akan berikan playlist youtube kami dalam post ini untuk perkongsian bersama. Walaubagaimanapun, dek kerana kesibukan semasa mengendalikan majlis, kami jarang dapat membuat rakaman video terbaharu. Tapi, lain masa kelak kami akan cuba perbanyakkan lagi ya!

Saksikan.. The Junx Video Playlist!

Menjayakan Majlis Resepsi Sya & Wan Di Taman Bukit Cheras

emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-16

Majlis Perkahwinan Nur Syahidah Nafisah Binti Abd Gahapar & Mohd Ridhwan Bin Noor Razi

Tarikh: 16/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Komuniti Bukit Cheras

Bandar : Cheras, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (Deejay + PA System + Karaoke + Projector)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di sebuah lokasi yang biasa kami bertugas di Taman Bukit Cheras. Dewan yang selesa dengan penghawa dingin, tandas dan surau yang bersih.
  2. Untuk majlis ini, pasangan mempelai telah melakukan tempahan seawal bulan Januari dan mereka telah memilih Combo B pada permulaannya dan menukar kepada Combo C kerana mereka ingin berkongsikan kemeriahan majlis pernikahan mereka melalui tayangan video.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:40AM dan terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  4. Pihak katering dari Paksu D’Utara juga tiba pada waktu yang sama. Mereka adalah penyedia sajian makanan untuk majlis ini.
  5. Kami sempat bertemu Sya yang berada di dewan pada waktu tersebut dan telah melakukan sedikit perbincangan.
  6. Setelah pemasangan peralatan siap dilakukan, kami telah melakukan beberapa fasa pengujian dan bertemu dengan penyedia video untuk mendapatkan fail video yang akan dimainkan melalui projector kami.
  7. Pasangan mempelai dijadualkan tiba ke dewan pada jam 1:00PM dan apabila mereka tiba, kami memainkan paluan kompang dan alunan selawat melalui sistem audio kami.
  8. Pengantin berarak masuk dengan rombongan pengantin lelaki dan mereka terus naik ke pentas pelamin dan ahli keluarga Wan terus duduk di meja yang dikhaskan kepada mereka.
  9. Majlis diteruskan dengan acara salam restu dan ianya dimulakan dengan menjemput ahli keluarga pengantin lelaki dan kemudiannya ahli keluarga pengantin perempuan.
  10. Kemudian kami telah menjemput pasangan mempelai untuk turun dari pentas pelamin untuk menjayakan sessi makan beradab.
  11. Bacaan doa disampaikan apabila pengantin telah duduk dimeja makan beradab. Seluruh tetamu yang beragama Islam menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh abang sepupu Sya.
  12. Semasa pengantin sedang enak menjamu selera, kami telah memainkan video pernikahan yang berlangsung semalam. Pengantin dan seluruh tetamu memberikan tumpuan penuh dengan menyaksikan video tersebut yang ditayangkan di layar putih kami.
  13. Selepas selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan menjemput Wan dan Sya menjayakan acara memotong kek. Sejurus selesai acara memotong kek, kami mempersilakan seluruh ahli keluarga dan sahabat handai untuk menjayakan sessi fotografi.
  14. Sepanjang sessi fotografi ini, kami dapat merasakan pasangan mempelai cukup terharu dengan kehadiran rakan-rakan mereka bagi meraikan hari bahagia mereka.
  15. Pelbagai sajian yang dihidangkan di majlis ini, termasuk tapai pulut, teh tarik, pelbagai kuih muih dan bermacam-macam lagi.
  16. Tugasan kami berlanjutan sehingga jam 4:00PM dan kami menamatkan tugasan kami dengan memberikan kata-kata dan ucapan yang terindah buat pasangan Sya dan Wan.
  17. Terpancar wajah gembira di kalangan keluarga dan pengantin yang kami raikan pada hari ini. Semoga majlis yang meriah dan penuh keberkatan ini akan sentiasa tersemat disanubari. Tahniah Sya dan Wan!

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-17 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-16 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-komuniti-bukit-cheras-1

 

Menjayakan Majlis Dua Pasangan Pengantin Abang Dan Adik

Majlis Perkahwinan Md Nazri  & Nurwahidah  Bersama Md Amin  & Nur Dalilah

Tarikh: 10/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Tasik Kesuma,

Bandar : Beranang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Kali ini kami ditugaskan untuk menjayakan sebuah majlis yang dilangsungkan di kediaman keluarga pengantin bagi meraikan 2 pasangan mempelai di Beranang, Selangor.
  2. Abang dan Adik iaitu Nazri dan Amin telah memilih untuk melangsungkan majlis resepi mereka bersama.
  3. Melalui rekod kami, ini adalah kali kedua kami menjayakan majlis perkahwinan untuk keluarga Tuan Hj Sharifudin dan Puan Hjh Fatimah. Kami pernah bertugas di sini bagi meraikan majlis adik perempuan pengantin.
  4. Tempahan telah dilakukan oleh kakak mereka iaitu Cik Siti Shahida pada bulan April yang lepas. Alhamdulillah, walaupun tempahan tersebut agak lewat tetap rezeki menyebelahi kami kerana tarikh ini kami masih mempunyai kekosongan slot.
  5. Kami tiba ke lokasi majlis sedikit lewat kerana terdapat kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan kami menuju ke lokasi. Kami tiba sekitar jam 9:55AM dan terus melakukan pemasangan.
  6. Majlis ini diimarahkan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran oleh anak-anak dari Maahad Tarbiyah Islam Assafa Pangsun Hulu Langat.
  7. Kami telah memasangkan wireless mic untuk kumpulan Maahad agar bacaan mereka didengari oleh tetamu-tetamu yang berada di luar.
  8. Melalui pemerhatian kami, majlis ini agak besar, 10 buah kanopi didirikan di jalan utama hadapan kediaman pengantin iaitu kediaman Tuan Hj Sharifudin dan Puan Hjh Fatimah.
  9. Selepas selesai bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari adik-adik Maahad, majlis diteruskan di acara menjamu selera. Kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk menjamu selera dengan sajian yang disediakan oleh Sajian Nawal Catering.
  10. Majlis juga dimeriahkan dengan hidangan char kuey teow, kambing golek, tapai pulut, rojak buah, candy buffet dan yang paling istemewa sekali adalah soft ice-cream.
  11. Ahli keluarga pengantin perempuan tiba ke majlis sekitar jam 12:40AM dan majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan qasidah dari adik-adik maahad.
  12. Kemudian kami telah menjemput pasangan mempelai untuk turun menuju ke pentas pelamin yang didirikan di dalam kediaman di ruang tamu rumah. Seterusnya kami telah menjemput ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin.
  13. Setelah sessi fotografi selesai, majlis diteruskan dengan menjemput pengantin menjamu selera di meja makan beradab.
  14. Setelah selesai upacara makan beradab majlis diteruskan dengan mempersilakan pengantin beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang terdiri dari sahabat-sahabat mereka.
  15. Majlis terus meriah sehingga ke petang. Kami memainkan pelbagai lagu-lagu kerohanian (atas permintaan keluarga) yang terdapat di dalam koleksi kami.
  16. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, kami telah meminta izin untuk mengundurkan diri dengan memberikan ucapan penutup.
  17. Jelas terpancar wajah kegembiraan apabila berhadapan dengan pasangan mempelai yang diraikan pada hari ini.
  18. Semoga majlis yang meriah ini dapat menjadi sokongan kepada hubungan yang telah terbina ini untuk lebih bahagia untuk selamanya. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-beranang-bandar-tasik-kesuma-1

Mendekatkan Diri Dengan Alam Di Majlis Resepsi Shahrul Aizat & Ungku Shema

emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-9

Majlis Perkahwinan Shahrul Aizat Bin Nor Rashid & Ungku Noor Shema Binti Ungku Ibrahim

Tarikh: 09/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Villa Aromatica, FRIM

Bandar : Kepong, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Tugasan untuk majlis hari ini telah ditempah oleh ibu saudara pengantin lelaki iaitu Puan Hayati. Beliau telah memilih Combo B kami sebagai peneman dan penceria majlis perkahwinan anak saudara beliau.
  2. Majlis ini sangat istimewa pada pengalaman kami kerana ianya dilangsungkan di dalam sebuah kawasan hijau penuh dengan flora di bawah kendalian FRIM.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:40AM dan terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  4. Terdapat 7 buah kanopi didirikan di sebelah villa yang disewa khas oleh ahli keluarga pengantin.
  5. Kami dapat menikmati kicauan ungas dan kelihatan seekor arnab yang bebas bermain-main di kawasan majlis.
  6. Apabila pemasangan siap dilakukan, kami telah memulakan tugasan kami dengan memberikan kata-kata aluan dan telah menjemput ahli keluarga untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah dihidangkan oleh Sajian Dapur Mama yang berpangkalan di Sungai Buloh.
  7. Pasangan mempelai dijadualkan tiba sekitar jam 1:30PM. Mereka telah diarak oleh paluan kompang yang diundang khas dari Taman Beringin.
  8. Shahrul dan Shema yang segak dan berseri diiringi oleh dayang-dayang kecil dan mereka berjalan terus menuju ke pentas pelamin. Sebelum mereka tiba dipentas pelamin, pasukan kompang telah memberhentikan paluan dan kami meneruskan acara dengan memainkan alunan selawat dari sistem audio kami.
  9. Bacaan doa disampaikan apabila pengantin telah duduk. Seluruh tetamu yang beragama Islam menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca.
  10. Selepas bacaan doa disampaikan, kami telah menjemput pasangan mempelai dan ahli keluarga pengantin untuk bersama-sama memenuhkan ruangan di meja makan beradab.
  11. Selepas selesai acara makan beradab, kami telah menjemput pasangan pengantin baru ini untuk menjayakan acara memotong kek perkahwinan mereka.
  12. Sejurus selesai acara memotong kek, kami mempersilakan seluruh ahli keluarga dan sahabat handai untuk menjayakan sessi fotografi.
  13. Sepanjang sessi fotografi ini, kami dapat merasakan pasangan mempelai cukup terharu dengan kehadiran rakan-rakan mereka bagi meraikan hari bahagia mereka.
  14. Tugasan kami berlanjutan sehingga jam 4:00PM dan kami sangat berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga terutama bonda pengantin lelaki iaitu Puan Fauziah serta ibu-ibu dan bapa-bapa suadara pengantin yang memberikan layanan yang terbaik kepada kami.
  15. Jelas kelihatan kepuasan pada wajah tetamu dan juga keluarga yang meraikan raja dan ratu sehari pada hari ini.
  16. Kami sentiasa akan mendoakan yang terbaik untuk hubungan yanng telah terbina dan semoga Shahrul dan Shema sentiasa bahagia untuk selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-frim-villa-aromatica-14

Meraikan Natasha & Fazlan Di Presint 9, Putrajaya

Majlis Perkahwinan Natasha & Fazlan

Tarikh: 03/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Kejiranan Presint 9

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan untuk majlis ini telah dilakukan oleh salah seorang ahli keluarga pengantin yang hadir di majlis Maz dan Ahmad di Bagan Lalang pada bulan Mac yang lalu.
  2. Kami telah beberapa kali menjalankan tugas dilokasi ini. Dewan yang cukup selesa lengkap dengan kemudahan asas seperti surau dan tandas.
  3. Kami tiba seawal jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan dan bertemu dengan ahli keluarga pengantin yang juga penyedia kelengkapan perkahwinan di majlis tersebut.
  4. Pemasangan siap dilakukan sekitar jam 10:30AM dan kami telah bertemu Natasha dan Fazlan untuk berbincang mengenai perjalanan majlis dan mereka turut membekalkan lagu dari thumbdrive mereka untuk kami putarkan.
  5. Pengantin dijadualkan tiba sekitar jam 1:00PM tetapi sedikit kelewatan telah berlaku dan mereka memilih untuk berarak masuk ke dewan selepas azan Zuhur berkumandang.
  6. Kami memainkan paluan kompang dari sistem audio kami sebagai menandakan pengantin telah bersedia untuk berarak masuk dan memainkan lagu pilihan pengantin iaitu My Baby You dari Marc Anthony.
  7. Kami menyampaikan pantun pembukaan dan menjemput pasangan mempelai Natasha dan Fazlan bersama rombongan pengantin lelaki untuk berarak masuk ke ruang utama dewan.
  8. Sebelum mereka naik ke pentas pelamin, persembahan silat dilakukan di hadapan raja dan ratu sehari dengan muzik silat yang kami mainkan dari sistem kami.
  9. Kemudian pasangan mempelai dijemput untuk duduk bersemayam di pelaminan dan kami menjemput Al-Fadhil Saudara Zamarul untuk memimpin bacaan doa.
  10. Selepas selesai bacaan doa, kami memulakan istiadat bersalam restu dan merenjis dengan menjemput ahli keluarga pengantin lelaki dan kemudian kami menjemput pula ahli keluarga dari pihak pengantin perempuan.
  11. Selepas selesai acara salam restu, majlis diteruskan dengan menjemput pengantin dan wakil keluarga pengantin lelaki untuk duduk di meja makan berada bagi menyempurnakan sessi santapan di-raja.
  12. Ketika mempelai sedang menjamu selera, majlis diserikan dengan persembahan video nikah yang dibawakan oleh Flensa Production untuk tontonan tetamu melalui projector yang disediakan sendiri oleh bapa Natasha.
  13. Acara memotong kek dilakukan di pentas pelamin dan lagu Dealova menjadi pilihan Natasha dan Fazlan.
  14. Kemudian pasangan pengantin berkenan menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan juga rakan-rakan mereka.
  15. Majlis diteruskan dengan acara beramah mesra di mana Natasha dan Fazlan turun dari pentas pelamin dan menemui setiap tetamu yang hadir meraikan majlis mereka.
  16. Pada masa yang sama, kami telah menjemput tetamu untuk menyertai kami di dalam segmen karaoke santai.
  17. Sambutan yang hangat diterima oleh pihak kami dan melalui pemerhatian kami mereka yang menyertai sessi ini sungguh berbakat sekali.
  18. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga yang pertungkus lumus memastikan majlis pada hari ini berjalan dengan jaya sekali.
  19. Kami doakan Natasha dan Fazlan akan terus bahagia buat selamanya dan cekal dalam menempuhi alam rumah tangga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038459 photo17157570170038454 photo17157570170038452 photo17157570170038437 photo17157570170038434 photo17157570170038432 photo17157570170038430 photo17157570170038429 photo17157570170038428 photo17157570170038427 photo17157570170038426 photo17157570170038425 photo17157570170038423 photo17157570170038422 photo17157570170038421

Suasana Damai Di Casa Ombak Menjayakan Majlis Nadia & Azlan

photo17157570170038500

Majlis Perkahwinan Mohd Azlan & Nur Nadia

Tarikh: 02/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Casa Ombak, Jalan Damai

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (Deejay + PA System + Karaoke + Projector)

Catatan:

  1. Ini adalah kali pertama kami bertugas di Casa Ombak iaitu sebuah venue yang menyediakan kemudahan ruangan untuk majlis perkahwinan.
  2. Nadia menerusi Floor Manager beliau iaitu Encik Yusrul telah melakukan tempahan melalui borang tempahan online kami kira-kira dua bulan yang lalu.
  3. Untuk majlis ini, beliau telah menyediakan seorang emcee professional iaitu DJ terkenal di konti KLFM, iaitu DJ ND.
  4. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan live band dari Elle (Penyanyi) dan Amirul (Guitarist/Keyboardist)
  5. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:15AM untuk melakukan pesiapan dan pemasangan peralatan kami.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah memberikan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang bagi mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga pengantin. Pada waktu ini juga, kami melakukan sound check untuk persembahan live band.
  7. Kami juga memainkan photo slideshow yang dipaparkan melalui layar putih yang disertakan melalui combo C kami.
  8. Apabila jam menunjukkan tepat jam 11:00AM, DJ ND tiba ke lokasi dan memulakan acara dengan beberapa rangkap pantun dan memperkenalkan diri beliau kepada tetamu yang telah tiba ke majlis ini.
  9. Majlis ini dimeriahkan juga dengan penyediaan photo booth dan candy buffet yang mendapat perhatian para tetamu.
  10. Pengantin tiba ke lokasi majlis sekitar jam 1:40PM dan kami memainkan alunan paluan kompang melalui sistem audio kami dan seterusnya alunan selawat.
  11. Apabila pasangan Azlan dan Nadia telah tiba ke pintu masuk utama, Elle dan Amirul mula mempersembahkan lagu dengan menyampaikan lagu dari Shania Twain iaitu lagu yang bertajuk From This Moment.
  12. Azlan dan Nadia melangkah perlahan sambil berpimpin tangan menuju ke pentas pelamin.
  13. DJ ND memainkan peranan utama dengan memberikan kata-kata aluan bagi memulakan acara rasmi pada hari tersebut.
  14. Rabbani Ramzi telah dijemput untuk membacakan doa bagi memberkati majlis pada hari ini.
  15. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara merenjis dan salam restu. Kedua-dua ayahanda bonda pengantin memulakan acara, kemudian ianya diteruskan dengan menjemput ibu-ibu dan bapa-bapa saudara pengantin.
  16. Selepas acara merenjis, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab. Ketika majlis makan beradab sedang berlangsung, majlis dihiburkan lagi dengan persembahan live dari Elle dan Amirul. Kemudian kami memainkan video montage pasangan yang diraikan ini melalui projector kami.
  17. Selepas selesai acara makan beradab, majlis dimeriahkan dengan acara yang paling romantis sekali pada hari ini iaitu acara memotong kek perkahwinan.
  18. Selepas selesai acara memotong kek, pengantin dijemput untuk kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  19. Kami membuka sessi karaoke setelah emcee rasmi iaitu DJ ND menyerahkan tugas beliau kepada kami.
  20. Sambutan yang diberikan untuk sessi karaoke ini sangat membanggakan walaupun pada waktu tersebut cuaca telah mula hujan.
  21. Alhamdulillah, amanah yang dipikul untuk menjayakan majlis ini berjaya dilaksanakan. Tahniah kami ucapkan kepada Nadia dan Azlan.
  22. Kami akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Nadia dan Azlan berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana memilih kami dan berkongsi kemeriahan majlis kalian bersama kami.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038463 photo17157570170038465 photo17157570170038467 photo17157570170038469 photo17157570170038474 photo17157570170038484 photo17157570170038485 photo17157570170038491 photo17157570170038495 photo17157570170038500

Memeriahkan Majlis Ijab & Qabul Lila Dan Ali Di Hari Pekerja

Majlis Pernikahan Dalila Binti Datuk Abu Bakar & Mohd Ali Binti Che Murad

Tarikh: 01/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Bukit Damansara,

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Majlis ini dilangsungkan pada hari Jumaat pada cuti umum Hari Pekerja. Lila telah memilih combo A bagi memeriahkan majlis pernikahan beliau yang dilangsungkan sebelah pagi.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 7:15AM untuk melakukan pemasangan peralatan kami.
  3. Kami memastikan wireless microphone kami dalam keadaan yang cukup bersedia untuk upacara akad nikah yang dijadualkan pada jam 10:00AM.
  4. Rombongan pengantin lelaki mula tiba ke lokasi majlis tepat jam 10:00AM dan jurunikah terus memulakan upacara dengan kata-kata pembuka dan menyampaikan khutbah pernikahan kepada pengantin dan juga tetamu.
  5. Pengantin lelaki dinikahkan sendiri oleh bapa tersayang pengantin perempuan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja Dila sah menjadi milik Ali.
  6. Setelah upacara akad nikah selesai, tetamu dijemput untuk menjayakan sessi fotografi bersama dengan pasangan pengantin baru.
  7. Tetamu juga telah dijemput untuk menjamu selera dengan juadah yang disajikan oleh pihak katering.
  8. Sewaktu jamuan makan sedang berlangsung, kami memainkan pelbagai lagu-lagu romantis sebagai penyeri majlis ini.
  9. Apabila jam menunjukkan tepat 12:30PM, kami telah memohon untuk memberhentikan siaran untuk ke masjid terdekat bagi mendirikan solat Jumaat. Kami akan kembali bertugas pada sessi petang selepas solat Jumaat bagi menjayakan sessi karaoke santai bersama dengan keluarga besar pengantin perempuan.
  10. Kami melakukan pemasangan peralatan untuk sessi karaoke di ruang utama kediaman pengantin.
  11. Ternyata anak-anak saudara Dila sungguh gembira kerana mereka diberikan keutamaan bagi menyanyikan lagu pilihan mereka.
  12. Pengantin dan adik beradik pengantin juga tidak ketinggalan untuk menyumbangkan beberapa buah lagu. Ternyata mereka sangat berbakat.
  13. Kami cukup gembira sekali mengendalikan tugasan di majlis ini dan ianya berlanjutan sehingga jam 6:00PM bagi memenuhi permintaan keluarga pengantin.
  14. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Dila dan Mohd Ali di atas majlis yang cukup berseri dan meriah sekali. Budi baik dan layanan mesra kalian tidak sekali kami lupakan.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038514 photo17157570170038515 photo17157570170038516 photo17157570170038517 photo17157570170038518 photo17157570170038519 photo17157570170038520 photo17157570170038521 photo17157570170038522 photo17157570170038523 photo17157570170038524 photo17157570170038525 photo17157570170038526 photo17157570170038527