Monthly Archives: June 2015

Meraikan Dua Jiwa di Kementerian Kerja Raya

emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-7

Majlis Perkahwinan Muhd Syafiq dan Nurul Aesyah

Tarikh: 07/06/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya

Bandar :  Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Emcee Sahaja

Catatan:

  1. The Junx kembali bersiaran di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid cuma hari ini DJ Junx berseorangan memandangkan ada dua tugasan yang berlangsung pada hari ini melibatkan The Junx Audio Visual.
  2. Ayahanda dan bonda Syafiq telah membuat tempahan secara terus dengan kami pada majlis Azim dan Dina tempoh hari dan kami menerima tempahan dengan hati yang terbuka.
  3. DJ Junx tiba di dewan ini pada jam 9.45 pagi dan telah bertemu dengan ayahanda dan bonda mempelai iaitu Tuan Suhami dan Puan Salomah.
  4. Mereka berdua bermurah hati membawa DJ Junx bertemu dengan pengurus teknikal dewan dan membuat perbincangan awal berkenaan aturcara majlis.
  5. Penyedia perkhidmatan katering majlis ini adalah Sri Pandan Katering dan turut serta memeriahkan majlis ini adalah penyedia Apam Balik Utara dari Pandan Indah.
  6. Dewan ini  mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti, tandas, tempat letak kereta yang lapang dan penghawa dingin yang nyaman.
  7. Rombongan pengantin perempuan yang dipimpin oleh Tuan Mohd Shah dan Puan Sahrul Banon tiba ke lokasi majlis sekitar jam 1:00PM dan dialu-alukan ketibaannya oleh DJ Junx yang bertugas sebagai Emcee Rasmi pada hari ini.
  8. Rombongan pengantin dan pasangan pengantin diarak masuk dimulakan dengan Selawat Taslim dan berarak diiringi dengan alunan selawat dari sistem audio dewan.
  9. Pasangan mempelai bersama rombongan dijemput duduk di meja makan beradab dan doa turut dibacakan selepas itu oleh DJ Junx.
  10. Majlis dimeriahkan dengan upacara makan beradab bersama dengan ahli keluarga pengantin perempuan diselangi azan zohor dari sistem audio bagi menghormati waktu solat.
  11. Selepas selesai upacara makan beradab, Emcee DJ Junx telah menjemput pasangan raja dan ratu sehari untuk menyempurnakan acara memotong kek perkahwinan mereka.
  12. Selepas selesai upacara memotong kek, majlis diteruskan dengan menjemput ahli keluarga pengantin untuk bergambar bersama pasangan mempelai di pentas pelamin.
  13. Emcee juga telah menjemput rakan-rakan pengantin yang hadir untuk bersama-sama menjayakan sessi bergambar ini.
  14. Selesai sesi fotografi, pengantin turun dari pentas pelamin bagi bertemu dengan tetamu untuk menjayakan sesi beramah mesra.
  15. Tugasan DJ Junx sebagai Emcee berakhir pada jam 4:00PM. Dengan ucapan terima kasih dan kemaafan, DJ Junx menyudahkan tugasan beliau pada hari itu.
  16. Sebelum berangkat pulang, DJ Junx bertemu dengan ayahanda bonda pengantin lelaki dan mereka menyatakan rasa penghargaan dan kegembiraan mereka dengan tugasan yang telah dilaksanakan oleh pihak Emcee.
  17. Kepada Syafiq dan Aesyah, kami doakan agar hubungan yang telah dibina ini akan mendapat keberkatan yang akan  terus disemai agar segar dan bahagia selalu.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-mahfoz-khalid-1

Meraikan Ahmad Zuraidi & Farhatul Di Marina Putrajaya

Majlis Perkahwinan Ahmad Zuraidi Bin Hj Jumat & Farhatul Musfirah Binti Johari

Tarikh: 06/06/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Armada, Marina Putrajaya

Bandar : Presint 1, Putrajaya

Combo Pilihan : Combo C (Deejay + PA System + Karaoke + Projector)

Catatan:

  1. Kali ini kami diamanahkan oleh Tuan Fahmi Zainal iaitu salah seorang ahli keluarga pengantin yang telah diamanahkan untuk mengemudi majlis Zuraidi dan Farhatul.
  2. Tuan Fahmi telah melakukan tempahan secara online dan bersetuju untuk mengambil pakej combo C kami.
  3. Kami tiba ke lokasi lebih awal seperti biasa iaitu pada jam 9:00AM dan telah berjumpa dengan Tuan Fahmi sendiri pada pagi tersebut.
  4. Setelah melakukan perbincangan, kami segera melakukan pemasangan dan pemasangan siap dilakukan seawal jam 10:00AM.
  5. Seluruh ahli keluarga telah tiba ke lokasi majlis pada jam 10:30AM dan sedikit ucapan ringkas ahli keluarga telah dimulakan bagi memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan perjalanan majlis.
  6. Pada majlis ini, katering telah disediakan oleh UBE Catering dan majlis ini juga digahkan dengan perkhidmatan live feed dari OMM’S Entertainment.
  7. Pengantin dijadualkan tiba ke lokasi majlis pada jam 1:15PM dan pasangan mempelai didatangkan khas dengan menaiki bot merentasi tasik Putrajaya.
  8. Kehadiran pengantin dan tetamu rombongan pengantin perempuan disambut dengan paluan kompang dari Jalal Kompang Event.
  9. Setelah pengantin tiba di pintu utama dewan, bacaan selawat taslim dilakukan dan seterusnya pengantin terus berarak ke pentas pelamin bagi memulakan acara persandingan.
  10. Bacaan doa disampaikan oleh Tuan Ismail iaitu bapa saudara pengantin lelaki dan diaminkan oleh seluruh tetamu di majlis ini.
  11. Selepas doa dibaca, acara diteruskan dengan acara merenjis dan sessi salam restu.
  12. Selepas selesai upacara salam restu, majlis diteruskan dengan mempersilakan pengantin dan seluruh ahli keluarga untuk menjamu selera.
  13. Selepas selesai pengantin menjamu selera, mereka dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek dan seterusnya majlis mempersilakan mereka untuk menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan rakan taulan.
  14. Dapat dilihat kehadiran rakan-rakan pengantin cukup untuk membuatkan Zuraidi dan Farhatul tersenyum.
  15. Majlis yang serba indah ini berlanjutan sehingga ke petang dan kami menamatkan tugasan kami pada jam 4:00PM .
  16. Sebelum menamatkan tugas, kami telah memberikan ucapan penutup dan ucapan penghargaan kami seluruh ahli keluarga dan petugas-petugas yang menjayakan majlis pada hari ini.
  17. Terima kasih diucapkan kapada Tuan Fahmi Zainal yang telah memberi kepercayaan kepada kami dalam menjayakan majlis pada hari ini.
  18. Kepada Zuraidi dan Farhatul, tahniah kami ucapkan dan semoga hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-18 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-17 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-16 emcee-dj-kahwin-pa-system-marina-putrajaya-15

Kembali Ke Keramat Mall Meraikan Chyryl & Liyana

emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-13

Majlis Perkahwinan Mohamed Chyryl Zaris & Nurliyana 

Tarikh: 31/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Keramat Mall

Bandar : Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Kami kembali semula ke Keramat Mall setelah kali terakhir kami bertugas di sini pada bulan Januari yang lepas bagi meraikan pasangan Muhaimin dan Maisara.
  2. Chyryl telah memilih Combo A kami untuk majlis beliau dan beliau telah menempah perkhidmatan kami melalui borang tempahan online kami.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan telah meninjau keadaan di dalam dewan ini sambil membawa peralatan kami.
  4. Kami melakukan pemasangan peralatan dan telah bertemu dengan ahli keluarga pengantin bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan perjalanan majlis.
  5. Kami telah berbincang dengan bapa Chyryl sendiri iaitu tuan Mohammad Habib untuk mendapat gambaran yang jelas berkenaan dengan aturcara yang telah dirancang.
  6. Seperti biasa, Dewan Perdana Keramat Mall menjanjikan keselesaan kepada tetamu. Mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti, tandas, surau, tempat letak kereta yang cukup dan lift.
  7. Penyedia katering untuk majlis ini adalah dari Alya Jaya Catering dan majlis juga dihidangkan dengan hidangan Cendol Madu Glenmarie.
  8. Rombongan pengantin perempuan yang dipimpin oleh Tuan Zolkapli dan Puan Zalila tiba ke lokasi majlis sekitar jam 1:30PM.
  9. Rombongan pengantin dan pasangan pengantin diarak masuk berlatar-belakangkan lagu Endless Love dan diiringi oleh adik-adik dari kumpulan Artis Cilik yang juga akan membuat persembahan tarian sepanjang majlis ini.
  10. Pasangan mempelai dijemput duduk di pentas pelamin dan doa dibacakan selepas itu.
  11. Selepas selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan pertunjukan tarian dan seterusnya kami menjemput ahli keluarga untuk menjayakan sessi merenjis dan salam restu di pentas pelamin.
  12. Majlis dimeriahkan dengan upacara makan beradab bersama dengan ahli keluarga pengantin perempuan.
  13. Semasa pengantin sedang menjamu selera, persembahan tarian sekali lagi dipertontonkan kepada tetamu.
  14. Selepas selesai upacara makan beradab, kami telah mempersilakan Chyryl dan Liyana untuk menyempurnakan acara memotong kek perkahwinan mereka.
  15. Selepas selesai upacara memotong kek, majlis diteruskan dengan menjemput ahli keluarga pengantin untuk bergambar bersama pasangan mempelai di pentas pelamin.
  16. Kami juga telah menjemput rakan-rakan pengantin yang hadir untuk bersama-sama menjayakan sessi bergambar ini.
  17. Selesai sessi fotografi, pengantin turun dari pentas pelamin bagi bertemu dengan tetamu untuk menjayakan sessi beramah mesra.
  18. Tugasan kami berakhir pada jam 4:00PM dan kami sempat mendapatkan maklum balas dari bapa pengantin iaitu Tuan Mohammad Habib yang juga menjalankan perkhidmatan PA System. Alhamdulillah kami mendapat respon yang baik dari beliau dan kelihatan Chyryl dan Liyana juga gembira pada hari tersebut tatkala melihat kehadiran rakan-rakan dan saudara mara yang datang bertandang ke majlis mereka.
  19. Kepada Chyryl dan Liyana, kami doakan agar hubungan yang telah dibina ini akan mendapat keberkatan yang akan  terus disemai agar segar dan bahagia selalu.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-keramat-mall-perdana-10

Menyambut Menantu Di Kediaman Tuan Darsham

Majlis Perkahwinan Aizat Dailami Bin Darsham Dan Nor Azimah Bt Abdul Rahman

Tarikh: 30/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Saujana Damai,

Bandar : Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini, kami kembali bertugas di Kajang. Minggu lepas kami bertugas di Sungai Ramal Luar dan hari ini kami meraikan majlis menyambut menantu tuan Darsham di Taman Saujana Damai.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Tuan Darsham melalui borang tempahan online kami pada bulan April yang lepas.
  3. Beliau telah memilih Combo A kami yang didatangkan dengan set karaoke bagi memeriahkan majlis ini.
  4. Majlis ini diadakan di hadapan rumah pengantin dan terdapat kira-kira 6 buah kanopi didirikan.
  5. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:15AM dan kami telah ditempatkan di ‘porch’ bersebelahan meja makan beradab pengantin.
  6. Ketika ketibaan kami ke lokasi majlis, kami telah disambut oleh ahli kelurga tuan Darsham dan kelihatan pihak katering dari DJU Catering juga telah tiba bagi memberikan perkhidmatan mereka.
  7. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah berbincang bersama dengan pengantin lelaki iaitu Aizat berkenaan dengan perjalanan majlis. Kami juga sempat mendapatkan maklumat berkenaan nama ahli keluarga pengantin.
  8. Rombongan pengantin perempuan iaitu keluarga Azimah tiba ke lokasi majlis pada jam 1:30PM. Kehadiran mereka disambut mersa oleh Tuan Darsham, isteri dan seluruh ahli keluarga.
  9. Majlis juga dihadiri oleh dif-dif kehormat seperti Tan Sri Johan Jaafar dan beberapa rakan tuan Darsham sewaktu beliau berkhidmat di dalam jabatan kerajaan.
  10. Kehadiran rombongan ahli keluarga pengantin perempuan disambut dengan alunan selawat dan mereka terus dijemput untuk duduk di meja makan beradab.
  11. Majlis ringkas ini tiada sessi persandingan dan juga tiada upacara memotong kek. Ianya lebih kepada upacara meraikan pengantin yang telah selamat diijab-kabulkan dan tanda kesyukuran atas ikatan suami isteri yang dimeterai oleh Aizat dan Azimah.
  12. Selepas sessi makan beradab selesai, majlis diteruskan dengan acara bersantai dan kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk bersama kami di dalam sessi karaoke.
  13. Ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan pengantin sendiri tidak ketinggalan dalam menyampaikan lagu.
  14. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami menamatkan tugasan kami sekitar jam 4:00PM.
  15. Tuan Darsham kelihatan begitu terharu melihat tetamu yang hadir meraikan majlis ini dan di dalam kesibukan beliau melayani tetamu, beliau sempat beramah-mersa dengan kami sebelum kami berangkat mengundur diri.
  16. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Tuan Darsham dan tahniah diucapkan kepada Aizat dan juga Azimah di atas ikatan ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-1