Monthly Archives: August 2015

Ke Subang Jaya Meraikan Sherry Dan Asyraf

Majlis Perkahwinan Nor Sharifah Azzlina dan Mohd Asyraf

Tarikh: 22/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : SS14, Subang Jaya

Bandar :  Subang Jaya, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di kawasan yang jarang sekali kami bertugas iaitu Subang Jaya. Kali terakhir kami bertugas di sini adalah ketika meraikan Azzah Mohd Yusoff & Normann Rashid pada tahun 2014 yang lalu.
  2. Kami tiba ke kediaman pengantin perempuan seawal jam 9:30AM, kemudian kami telah mengesahkan lokasi majlis dengan bertemu dengan keluarga pengantin.
  3. Setibanya kami di lokasi ini, pasukan katering sedang bersiap-siap menghias meja di ruangan kanopi utama. Kelihatan 7 buah kanopi didirikan di sepanjang jalan kejiranan ini.
  4. Kanopi yang disediakan sangat kemas hiasannya, begitu juga dengan pelamin yang bakal menyaksikan Asyraf dan Sherry bersemayam. Pelamin dihias dengan berkonsepkan tradisional dengan ukiran kemas menjadi latar belakang pelaminan.
  5. Setelah mengenalpasti lokasi dan ruang untuk kami bertugas, kami memulakan proses pemasangan peralatan kami.
  6. Pada pagi ini juga kami telah bertemu dengan Sherry, Asyraf dan tuan rumah iaitu bonda dan ayahanda kepada kedua-dua pasangan mempelai.
  7. Rombongan pengantin lelaki dari utara (Alor Setar) telah berada di kediaman ini dan  mereka telah bermalam di sini kerana menghadiri upacara akad nikah yang berlangsung semalam di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.
  8. Setelah pemasangan peralatan siap, kami telah menukar persalinan kami dan memulakan tugasan dengan memberikan kata-kata aluan.
  9. Kami memainkan pelbagai koleksi lagu-lagu menarik sebagai pembuka majlis dan mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga yang telah tiba untuk membantu persiapan terakhir majlis.
  10. Kemudian, kelihatan ahli keluarga pengantin lelaki mula bergerak menuju ke lokasi yang lain. Mereka akan bersiap untuk upacara perarakan dan ketibaan pengantin dan akan datang semula ke majlis ini pada jam 1:45PM.
  11. Kelihatan tetamu telah mula tiba. Rakan-rakan Sherry dan Asyraf serta rakan-rakan keluarga pengantin juga telah memenuhkan ruang majlis.
  12. Tepat jam 1:19PM, kami menghentikan siaran bagi memberi laluan kepada azan fardhu Zuhur.
  13. Kemudian, sekitar jam 1:45PM rombongan pengantin lelaki tiba ke majlis. Apa yang menarik pada ketika ini, Asyraf tiba bersama kumpulan motor berkuasa besar.
  14. Kehadiran mereka telah disambut dengan alunan gamelan dan seterusnya paluan kompang dari sistem audio kami.
  15. Pasangan mempelai telah dijemput untuk bersemayam di pentas pelamin dan kami telah menjemput rombongan pengantin untuk memenuhkan meja VIP yang telah dikhaskan untuk mereka.
  16. Bagi memulakan acara, majlis diberkati dengan upacara bacaan doa yang disampaikan oleh bapa saudara Sherry sendiri iaitu Al-Fadhil Cikgu Razman.
  17. Selepas selesai sessi bacaan doa, majlis diteruskan dengan upacara salam restu kemudian majlis diteruskan dengan sessi makan beradab.
  18. Juadah yang sangat enak dijamu oleh Sherry dan Asyraf bersama dengan seluruh ahli keluarga rombongan. Selain dari menu utama, majlis juga dihidangkan dengan kuih muih dan juga minuman panas (teh tarik) yang enak dan sedap sekali.
  19. Sessi makan beradab menyaksikan rakan-rakan pengantin mula bertemu dengan Sherry dan Asyraf dan mereka bersalam-salaman.
  20. Kemudian mereka telah dijemput untuk menyempurnakan sessi memotong kek perkahwinan dan sejurus selepas ini mereka menjayakan sessi fotografi.
  21. Rakan-rakan, ahli keluarga kedua-dua belah pihak tidak ketinggalan untuk menjayakan sessi fotografi ini. Acara ini berlangsung meriah sehingga ke petang.
  22. Kami mengakhiri tugasan kami tepat jam 4:00PM dan telah memberikan ucapan penutup tugasan dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga pengantin yang memberikan layanan yang sangat baik sepanjang kami bertugas di sini.
  23. Kepada Sherry dan Asyraf, tahniah dan terima kasih kerana telah memilih kami untuk berkongsi keceriaan di majlis kalian.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0550 IMG_0552 IMG_0556 IMG_0564 IMG_0573 IMG_0591IMG_0588 IMG_0658 IMG_0561

Meraikan Masturah & Hafizh Di Bukit Cheras

IMG_0480

Majlis Perkahwinan Nur Masturah Binti Kamarul Zaman dan Mohd Hafizh Bin Mohd Salleh

Tarikh: 16/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Pusat Komuniti Bukit Cheras

Bandar :  Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Pusat Komuniti Taman Bukit Cheras Kuala Lumpur. Kami telah beberapa kali bertugas di sini.
  2. Kami tiba di dewan ini seawal jam 9:15AM dan apabila tiba, secara kebetulan Masturah adalah adik kepada kenalan kami.
  3. Setelah melakukan sedikit perbincangan bersama dengan ahli keluarga pengantin, kami terus melakukan pemasangan peralatan.
  4. Pemasangan siap dilakukan lebih kurang setengah jam selepas itu. Selepas melakukan sessi pengujian kualiti bunyi, kami terus menukar persalinan kami dan bersedia untuk melakukan tugas.
  5. Pada ketika ini pasukan katering sedang sibuk melakukan persiapan terakhir. Makanan dan minuman sedang dihidangkan di buffet table yang ditempatkan di kiri dan kanan dewan.
  6. Pelamin yang diletakkan di pentas utama dewan terhias dengan indah sekali. Ianya disediakan oleh Butik Pengantin Afeer, Kajang.
  7. Tepat jam 11:00AM kami memulakan tugasan kami dengan memberikan kata-kata aluan dengan mengucapkan selamat datang kepada seluruh ahli keluarga yang telah pun tiba ke dewan ini.
  8. Kami memainkan lagu-lagu yang berkonsepkan kerohanian pada pagi ini dan berceloteh sedikit dan berkongsikan aturcara majlis kepada ahli keluarga dan petugas di majlis ini
  9. Kami berhenti bersiaran sekitar jam 1:21PM bagi memberi laluan kepada azan fardhu Zuhur dan kemudian kami menantikan kehadiran rombongan pengantin lelaki yang datang dari Klang, Selangor.
  10. Kami memainkan alunan kompang dari sistem audio kami dan kelihatan Masturah, Hafizh dan seluruh keluarga rombongan berarak memasuki dewan.
  11. Pengantin berhenti seketika apabila tiba di pintu gerbang dan kami memainkan alunan selawat taslim dan kemudian menyambut mereka dengan ucapan selamat datang dan mempersilakan mereka untuk berarak menuju ke pentas pelamin.
  12. Dipelamin, mereka terus bersemayam dan kelihatan indah serta cantik sekali busana yang dikenakan oleh pasangan raja dan ratu sehari ini.
  13. Bacaan doa dibaca, pasangan mempelai tunduk menadah tangan. Tanda bersyukur dan mengaminkan keberkatan doa yang disampaikan.
  14. Selepas selesai bacaan doa, ahli keluarga kedua-dua belah pihak dijemput untuk meraikan pengantin dengan upacara salam restu.
  15. Selepas selesai sessi salam restu, kami mempersilakan pengantin untuk menjayakan sessi makan beradab.
  16. Juadah enak yang disajikan dijamu kepada pasangan Masturah dan Hafizh serta ahli keluarga rombongan pengantin. Kami telah bersama-sama menjemput ahli keluarga dan pengantin untuk menjamu selera dengan didahului dengan bacaan doa.
  17. Selepas selesai sessi menjamu selera, majlis diteruskan dengan sessi fotografi dan kami telah mempersilakan seluruh ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu untuk bersama-sama dengan pasangan mempelai untuk menjaya sessi istimewa ini.
  18. Sessi memotong kek berlangsung selepas selesainya sessi fotografi dan kami telah memainkan lagu Penghujung Cintaku yang dipopularkan oleh Pasha dan Adelia.
  19. Majlis berlarutan meriah sehingga ke petang. Kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami setelah jam menunjukan tepat pukul 4:00PM.
  20. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Masturah dan Hafizh di atas peluang yang kalian berikan kepada kami untuk bertugas dimajlis anda pada kali ini.
  21. Jelas terpancar wajah kegembiraan pada pasangan ini dengan kejayaan menganjurkan majlis pada hari ini. Kami doakan agar Masturah dan Hafizh terus bahagia.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0452 IMG_0454 IMG_0455 IMG_0459 IMG_0470 IMG_0473 IMG_0480 IMG_0448 IMG_0445

Majlis Resepsi Aqidah Menyambut Rombongan Nazir

photo17157570170038690

Majlis Perkahwinan Noor Aqidah Binti Zainal Abidin dan Mohammad Nazir Bin Abdul Latif

Tarikh: 08/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan MPAJ, Taman Cempaka,

Bandar :  Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Kami kembali semula ke dewan ini setelah beberapa kali pernah bertugas di Dewan MPAJ Taman Cempaka sebelum ini.
  2. Dewan yang sangat selesa dan dapat memuatkan kira-kira 800 tetamu dalam satu masa.
  3. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan sejurus selepas itu.
  4. Selepas pemasangan dilakukan, kami bertemu dengan abang Aqidah iaitu Encik Suhaimi dan berbincang berkenaan perjalanan majlis.
  5. Setelah pemasangan dilakukan, kami terus memulakan tugasan dengan memberi ucapan alu-aluan dan mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga yang telah hadir ke majlis ini.
  6. Pihak katering dari Sri Payung Katering telah tiba dan melakukan kerja-kerja menghidangkan juadah yang bakal dijamu oleh tetamu jemputan.
  7. Pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki dijadualkan tiba pada jam 12:50AM. Dengan busana berwarna putih dan suit berwarna kelabu, Aqidah dan Nazir berarak bersama keluarga rombongan pengantin lelaki berjalan memasuki dewan.
  8. Mereka diarak diiringi dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan terus menuju ke gerbang pelamin dengan lagu dari Sabhi Saddi, Cinta Sesungguhnya.
  9. Apabila mereka duduk di pentas pelamin, kami telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Haji Abdullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa.
  10. Selepas doa dibaca, kami telah menjemput ahli keluarga pengantin lelaki yang dipimpin oleh ayahanda dan bonda Nazir, adik beradik dan ahli keluarga untuk bersama-sama menjayakan sessi salam restu.
  11. Selepas selesai sessi salam restu, kami telah menjemput pasangan mempelai untuk turun dari pentas pelamin bagi menjayakan sessi makan beradab.
  12. Juadah enak yang disajikan oleh Sri Payung, mula dijamu oleh pengantin dan ahli keluarga mereka.
  13. Selepas sessi makan beradab, kami telah menjemput Aqidah dan Nazir menjayakan sessi memotong kek dengan memainkan lagu dari Anuar Zain iaitu lagu Sedetik Lebih.
  14. Kemudian, mereka berdua dijemput pula untuk menjayakan sessi bergambar yang dijayakan di pentas pelamin.
  15. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin lelaki yang diketuai oleh Tuan Abdul Latif dan Puan Sabariah untuk menjayakan sessi fotografi ini dan seterusnya mempersilakan kawan-kawan Aqidah dan Nazir untuk bersama di pentas pelamin.
  16. Setelah selesai sessi fotografi bersama ahli keluarga pengantin lelaki, kami menjemput ahli keluarga pengantin perempuan pula untuk bersama menjayakan sessi fotografi seterusnya. Kami telah menjemput seluruh ahli keluarga Yang Berbahagia Tuan Zainal Abidin dan Puan Jamilah untuk menjayakan sessi ini.
  17. Selepas selesai sessi fotografi, pasangan mempelai turun dari pelamin dan menjayakan sessi beramah mesra bersama tetamu yang sedang menjamu selera.
  18. Majlis terus meriah sehingga ke petang dan kami menamatkan tugasan kami pada jam 4:00PM dan telah bertemu dengan ahli keluarga pengantin untuk memohon diri.
  19. Kami juga sempat berbual dengan Aqidah dan Nazir dan mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kejayaan penganjuran majlis resepsi  yang meriah ini.
  20. Doa kami untuk anda, semoga hubungan yang terbina ini akan terus berkekalan selamanya. Syabas dan tahniah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038681 photo17157570170038682 photo17157570170038684 photo17157570170038685 photo17157570170038686 photo17157570170038688 photo17157570170038689 photo17157570170038690 photo17157570170038691

Menerima Pelawaan Yaya Dan Iqbal Untuk Meraikan Hari Bahagia Mereka

Majlis Perkahwinan Nor Fatin Athira Binti Abu Bakar dan Iqbal Zahil Bin Rosli

Tarikh: 02/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Gombak Permai, Gombak

Bandar :  Batu Caves, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Semalam kami bertugas di Bukit Jalil, dan hari ini kami bersiaran di Taman Gombak Permai di kediaman pengantin perempuan iaitu Yaya.
  2. Yaya telah melakukan tempahan secara online beberapa bulan lepas dan baliau bersetuju untuk memilih Combo A bagi memeriahkan majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis iaitu di kediaman Tuan Abu Bakar dan Puan Rosnah sekitar jam 9:30AM.
  4. Kami disambut mesra oleh Yaya dan tuan rumah dan telah berbincang berkenaan dengan lokasi tugas kami.
  5. Kami ditempatkan di hadapan rumah dan ianya cukup selesa dan peralatan kami juga selamat dari keadaan kemungkinan cuaca yang mungkin hujan pada petang ini.
  6. Melalui pemerhatian kami sebanyak 7 buah kanopi didirikan dan pelamin yang indah didirikan di salah satu kanopi yang didirikan di sepanjang jalan.
  7. Bertemakan warna merah jambu, menimbulkan suasana yang permai dan tenang di majlis ini.
  8. Peralatan kami siap dipasang sekitar jam 10:30AM dan pasukan katering dari Sri Mutiara Katering juga telah memulakan tugas dengan persiapan menjamu juadah untuk tetamu.
  9. Kami memulakan tugas kami dengan memberikan kata-kata aluan dan telah memasang beberapa buah lagu sebagai lagu pembuka.
  10. Kami menyelitkan beberapa buah lagu raya bagi menyemarakan lagi majlis yang disambut pada 18 Syawal 1436H.
  11. Rombongan pengantin lelaki tiba ke majlis sekitar jam 1:30PM dan mereka telah disambut oleh Yaya dan keluarga. Pada masa yang sama kami telah memainkan alunan kompang dari sistem audio kami.
  12. Selepas Yaya dan Iqbal bertemu, mereka terus berarak menuju ke pentas pelamin untuk sessi persandingan. Sessi persandingan singkat ini dimeriahkan dengan lagu Kompang Dipalu oleh Waheeda dan kemudian kami mempersilakan pasangan mempelai untuk duduk di meja makan beradab.
  13. Seluruh ahli keluarga pengantin lelaki yang khabarnya datang dari Pekan Pahang, telah duduk di meja VIP yang disediakan.
  14. Pasangan mempelai menjamu selera dengan hidangan yang dihidangkan kemudian mereka terus bersama-sama dengan ahli keluarga pengantin untuk bergambar di pentas pelamin.
  15. Kami juga menjemput rakan-rakan Yaya dan Iqbal untuk bersama-sama menjayakan sessi fotografi.
  16. Sessi beramah mesra juga diadakan selepas sessi fotografi. Pada masa yang sama kami juga telah menyemput tetamu untuk memeriahkan majlis dengan sessi karaoke.
  17. Juadah yang disajikan oleh Sri Mutiara Katering sangat enak sekali dan membuatkan tetamu tersenyum menjamu selera.
  18. Jelas kelihatan Yaya dan Iqbal begitu gembira sekali menerima kehadiran tetamu terutama sekali dengan kehadiran rakan-rakan beliau.
  19. Kepada Yaya dan Iqbal, kami dari The Junx Audio Visual mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan majlis pada hari ini. Layanan yang baik keluarga anda sepanjang kami bertugas di sini sangat di hargai.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038653 photo17157570170038655 photo17157570170038656 photo17157570170038658 photo17157570170038660 photo17157570170038662 photo17157570170038664 photo17157570170038667 photo17157570170038674 photo17157570170038676

Meraikan Khairul Dan Nadira Di Dewan Komanwel, Bukit Jalil

photo17157570170038640

Majlis Perkahwinan Khairul Anuar Bin Mohd Jamil dan Nadirathul Aziellah Binti Anuar

Tarikh: 01/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Komanwel, Bukit Jalil

Bandar :  Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (Deejay + PA System + Karaoke + Projector)

Catatan:

  1. Ini adalah kali pertama The Junx Audio Visual menjalankan tugas di dewan ini. Dewan yang cukup selesa dengan dilengkapi penghawa dingin yang berfungsi baik, mempunyai tempat letak kereta yang banyak, dan kemudahan-kemudahan asas lain yang diselenggara dengan baik.
  2. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu dengan pengantin lelaki iaitu Khairul Anuar untuk melakukan sedikit perbincangan.
  3. Setelah menentukan lokasi dan tempat untuk kami beroperasi, kami terus melakukan pemasangan peralatan.
  4. Pemasangan siap dilakukan sekitar jam 10:30AM dan untuk majlis pada hari ini pengantin telah memilih pakej combo C yang mempunyai projector sebagai penyeri majlis mereka.
  5. Kelihatan ahli keluarga yang mengenakan pakaian berwarna merah jambu telah tiba untuk melakukan persiapan terakhir.
  6. Majlis ini turut dihiasi dengan backdrop photobooth dan meja buku tamu. Pelbagai prop-prop yang kreatif yang disediakan untuk diguna.
  7. Katering yang menyediakan makanan untuk majlis Khairul dan Nadira ini adalah dari Mutiara Services.
  8. Pasangan mempelai tiba ke dewan ini sekitar jam 1:30PM dan mereka telah diarak dengan paluan kompang dari Kumpulan Kompang Sri Merali, Batu 4, Gombak.
  9. Mereka diarak memasuki dewan dan terus duduk di pentas pelamin. Setelah Khairul dan Nadira duduk di pelamin, kami telah menjemput Al-Fadhil Tuan Muhammad Thaqif bin Mustafa Kamal untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis ini.
  10. Selapas bacaan doa, kami telah menjemput ahli keluarga untuk bersama-sama menjayakan sessi merenjis.
  11. Sessi merenjis yang berlangsung meriah ini berakhir sehingga jam 2:30PM dan seterusnya mereka dijemput untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  12. Semasa pasangan mempelai sedang menjamu selera, kami telah memainkan tayangan multimedia yang menghimpunkan koleksi gambar-gambar istimewa pengantin.
  13. Selepas pasangan mempelai selesai menjamu selera, mereka telah dijemput untuk kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  14. Azim Photography telah ditugaskan untuk memberi perkhidmatan dan servis fotografi di majlis ini.
  15. Sessi fotografi berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami telah membuka sessi karaoke kami untuk menghangatkan lagi majlis ini.
  16. Acara memotong kek perkahwinan diadakan selepas sessi fotografi dan kelihatan ahli keluarga dan rakan-rakan menggunakan peluang ini untuk merakamkan saat-saat romantis ketika pasangan mempelai bersama-sama memotong kek perkahwinan.
  17. Kami mengakhiri tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan kami dapat merasakan kemeriahan majlis pada hari ini yang dianjurkan oleh kedua-dua keluarga begitu meriah.
  18. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Khairul dan Nadira di atas kejayaan majlis ini. Kami doakan agar hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan dan bahagia serta dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038612 photo17157570170038613 photo17157570170038614 photo17157570170038615 photo17157570170038616 photo17157570170038618 photo17157570170038619 photo17157570170038621 photo17157570170038623 photo17157570170038624 photo17157570170038627 photo17157570170038629 photo17157570170038632 photo17157570170038634 photo17157570170038640