Monthly Archives: September 2015

Kembali Semula Ke Dewan Perkasa Masjid Al-Imam Ash Shafie

thumb_IMG_1092_1024

Majlis Perkahwinan Mohd Shahrul Azril Bin Habeebrahmatullahan & Rosmaliza Binti Abdul Razak

Tarikh:27/09/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash Shafie

Bandar : Taman Maluri, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami datang kembali ke lokasi yang pernah kami bertugas pada bulan Februari yang lepas iaitu Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash Shafie bagi meraikan Shahrul dan Liza. Pertama kali kami bertugas di sini adalah ketika meraikan pasangan Shahmil dan Amelia.
  2. Majlis yang dianjurkan secara bersama ini diadakan di dalam dewan di perkarangan masjid.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Liza dan beliau telah memilih Combo B bagi memeriahkan dan menceriakan majlis mereka.
  4. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan melakukan sedikit pemantauan dan menentukan lokasi untuk kami membuat pemasangan peralatan utama kami.
  5. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah bertemu dengan ibu saudara kepada Shahrul iaitu Puan Khatijah Bee untuk berbincang berkenaan dengan aturcara majlis.
  6. Ketika itu, pasukan katering dari Shanas Katering sedang bersiap-siap untuk melakukan persiapan.
  7. Ahli keluarga pengantin mula tiba ke dewan sekitar jam 11:20AM dan mereka telah dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
  8. Ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan telah berada di dewan bagi menyambut ketibaan para tetamu yang hadir.
  9. Shahrul dan Liza mula bergerak masuk ke dalam dewan sekitar jam 1:00PM dan mereka diiring dengan paluan kompang dari pasukan kompang.
  10. Pasangan pengantin terus menuju ke pentas pelamin dan kami memberikan ucapan alu-aluan dan meminta pengantin untuk duduk di singgahsana pengantin.
  11. Upacara dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada azan fardu Zuhur yang berkumandang. Setelah selesai, bacaan doa disampaikan dan majlis diteruskan dengan istiadat bersalaman dengan ahli keluarga pengantin sebagai simbolik restu.
  12. Selepas sessi salam restu selesai, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab. Kami berjaya menjemput wakil keluarga kedua-dua belah pihak untuk bersama-sama menikmati hidangan di meja makan beradab.
  13. Selepas menjayakan sessi makan beradab, majlis diteruskan dengan sessi fotografi. Pengantin kembali semula ke pentas pelamin dan kami telah menjemput ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu yang ingin bersama menjayakan sessi fotografi ini.
  14. Untuk menjayakan sessi memotong kek, pengantin telah memohon untuk menukar persalinan mereka. Selepas selesai menukar persalinan, mereka kembali semula untuk mejayakan sessi romantis pada petang itu.
  15. Selepas selesai memotong kek, pengantin meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu-tetamu di ruang utama dewan.
  16. Kehadiran tetamu sangat memberangsangkan dan cukup meriah sekali. Walaupun tetamu yang hadir memenuhkan setiap ruang dewan, tetapi majlis tetap berjalan lancar dan jayanya sehingga ke petang.
  17. Kami memohon untuk menamatkan tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan kami telah melakukan ucapan penutup dengan mengucapkan rasa teruja dan penghargaan kami terhadap peluang yang diberikan oleh Shahrul dan Liza bagi menjayakan majlis mereka.
  18. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Shahrul dan Liza, majlis meriah anda pasti akan kami kenang selamanya. Semoga kalian akan terus bahagia disamping orang tersayang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1088_1024 thumb_IMG_1089_1024 thumb_IMG_1090_1024 thumb_IMG_1092_1024 thumb_IMG_1094_1024 thumb_IMG_1096_1024 thumb_IMG_1097_1024 thumb_IMG_1104_1024 thumb_IMG_1106_1024 thumb_IMG_1108_1024 thumb_IMG_1109_1024 thumb_IMG_1112_1024

Kembali Semula Ke IAIS Meraikan Anwar & Zuhailah

Majlis Perkahwinan Anwar Bin Hasim & Zuhailah Binti Mohd Nasir

Tarikh: 26/09/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Institute Of Advanced Islamic Studies (IAIS)

Bandar :  Jalan Elmu, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di dalam kampus IPT pada minggu lepas, minggu ini, kami sekali lagi menuju ke dewan kampus IPT. Tetapi hari ini kami bersiaran dan bertugas di IAIS.
  2. Ini adalah kali kedua kami kami berada dan bertugas di sini. Tugasan sebelum ini kami meraikan pasangan Bob dan Amy dan kali ini kami meraikan adik kepada Amy iaitu Anwar dan pasangannya Zue.
  3. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian terhadap susun atur dewan sebelum melakukan pemasangan.
  4. Kami sangat selesa dengan dewan ini kerana ianya dijaga dengan baik dan selesa dengan penghawa dingin serta dinding serap bunyi.
  5. Kami telah bertemu dengan pegawai teknikal dewan ini iaitu abang Nasraie dan berbincang berkenaan beberapa perkara sebelum melakukan pemasangan.
  6. Pemasangan dilakukan sejurus selepas perbincangan selesai. Sewaktu kami melakukan pemasangan kami telah berjumpa bonda kepada pengantin lelaki iaitu Puan Dahlia dan Anwar sendiri untuk melakukan perbincangan lanjut terhadap aturcara majlis.
  7. Lagu yang diminta untuk dimainkan adalah bebas. Kami memilih lagu-lagu yang bersesuaian dengan keadaan majlis dan tetamu.
  8. Kami juga sempat bertemu dengan Amy dan Bob, iaitu kakak dan abang ipar kepada Anwar yang pernah menggunakan perkhidmatan kami.
  9. Pihak katering dari Amat SJ Catering mula melakukan persiapan dengan menghidangkan lauk pauk untuk dijamu.
  10. Kami dimaklumkan pasangan pengantin akan tiba dan masuk ke dalam dewan pada jam 1:30PM. Mereka tiba dengan alunan paluan kompang dari sistem audio kami.
  11. Pasangan pengantin memasuki dewan sambil diiringi oleh barisan keluarga pengantin perempuan yang datang dari selatan tanah air.
  12. Kami memberikan kata-kata ucapan dan mengalu-alukan ketibaan pengantin dan meminta pengantin dan ahli keluarga pengantin perempuan untuk mengambil tempat.
  13. Bacaan doa disampaikan dan majlis diteruskan dengan sessi bersalam restu.
  14. Pasangan yang bersama-sama pernah menuntut di Universiti Kuala Lumpur ini kemudiannya dijemput untuk menjamu selera di meja makan beradab bersama dengan wakil keluarga pengantin.
  15. Selepas menjamu selera, pasangan pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Kami memainkan lagu romantis ketika mereka sedang menjayakan sessi memotong kek dan selepas itu mereka berjalan menuju ke ruangan utama dewan untuk bertemu dengan rakan-rakan dan saudara-mara untuk menjayakan sessi beramah mesra.
  17. Selepas beramah mesra dengan para tetamu, Anwar dan Zu dijemput untuk kembali semula ke pentas pelamin. Kali ini mereka akan bersessi fotografi bersama keluarga dan rakan taulan.
  18. Sessi fotografi berlangsung meriah dan kami dapat mengabungkan kedua keluarga untuk bersama-sama merakamkan foto.
  19. Tugasan kami berakhir pada jam 4:00PM dan kami melakukan ucapan penutup dan mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh ahli keluarga yang membantu kami dalam melancarkan majlis ini.
  20. Tahniah dan syabas buat Anwar dan Zu, kami doakan hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan selama-lamanya dan terus bahagia.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1055_1024 thumb_IMG_1058_1024 thumb_IMG_1059_1024 thumb_IMG_1063_1024 thumb_IMG_1064_1024 thumb_IMG_1065_1024 thumb_IMG_1074_1024 thumb_IMG_1075_1024 thumb_IMG_1078_1024 thumb_IMG_1084_1024 thumb_IMG_1085_1024 thumb_IMG_1086_1024 thumb_IMG_1087_1024

Pertama Kali Di Dewan Ikram, IUKL Bangi

IMG_1024

Majlis Perkahwinan Alshaymaa Mohd Ghazali & Suhaimee Haron

Tarikh: 20/09/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Ikram, Infrastructure University Kuala Lumpur

Bandar :  Bangi

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Selepas bertugas di Jinjang semalam, hari ini kami menerima pelawaan Emma dan Amy untuk memeriahkan majlis mereka di Bangi.
  2. Emma telah memilih combo B dan telah melakukan tempahan secara online melalui laman web kami.
  3. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian terhadap susun atur dewan sebelum melakukan pemasangan.
  4. Dewan di IUKL ini sangat selesa dengan kemudahan penghawa dingin, tandas dan lapangan tempat meletakkan kenderaan yang banyak.
  5. Kami melakukan pemasangan dan pengujian mutu bunyi peralatan kami setelah menentukan lokasi stesyen dan pamasangan siap dilakukan sekitar jam 10:30AM.
  6. Kami memainkan aluanan muzik instrumental dan memberikan sedikit ucapan selamat datang kepada ahli keluarga dan petugas yang telah hadir ke dewan.
  7. Pihak katering dari Tarbus Katering yang berpangkalan di Sg Tangkas, Kajang telah siap melakukan persiapan dan juadah telah tersiap sedia untuk dijamu.
  8. Terdapat photobooth, meja buku tamu, aiskrim dari Aiskrim Embum Pak Jamel dan warung laksa disediakan di majlis ini.
  9. Pasangan mempelai dan seluruh rombongan pengantin lelaki tiba ke dewan sekitar jam 12:45PM dan kami telah memainkan paluan kompang dan mengalu-alukan rombongan pengantin untuk memasuki dewan.
  10. Mereka terus menuju ke pentas pelamin dan ahli keluarga pengantin mengambil tempat di meja-meja VIP yang dikhaskan untuk mereka.
  11. Upacara dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya pengantin dijemput untuk menjayakan upacara makan beradab.
  12. Selepas sessi makan beradab, pengantin dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Upacara ringkas tersebut mendapat sambutan dari rakan-rakan yang merakamkan foto dan video pada acara yang romantis pada petang itu.
  13. Kemudian, pasangan mempelai dijemput untuk kembali semula ke pentas pelamin bagi menyempurnakan sessi salam restu dan fotografi.
  14. Sessi salam restu ini dimulakan dengan menjemput rombongan pengantin lelaki dan dimulakan oleh Tuan Haron dan Puan Saayah iaitu ayahanda dan bonda kepada Amy.
  15. Selepas itu, kami menjemput ahli keluarga pengantin perempuan untuk meneruskan acara. Tuan Hj Ghazali dan Puan Radziah juga turut menjayakan acara ini walaupun mereka sibuk melayani tetamu yang hadir di majlis ini.
  16. Sessi fotografi dimulakan dengan menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk berada di pentas pelamin untuk bersama dengan Emma dan Amy. Sessi ini berlangsung sehingga ke penghujung majlis dan dikendalikan oleh En Khalid dari Jemari Infiniti yang ditugaskan sebagai jurugambar di majlis ini.
  17. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan kehadiran tetamu sangat memberansangkan sekali.
  18. Tahniah Emma dan Amy di atas kejayaan majlis ini dan kami doakan kalian akan mendapat keberkatan di dalam perhubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_1006 IMG_1007 IMG_1008 IMG_1009 IMG_1010 IMG_1011 IMG_1013 IMG_1014 IMG_1015 IMG_1018 IMG_1020 IMG_1024

Meraikan Anggota PDRM Di Kompleks Sukan Seri Delima

Majlis Perkahwinan Norhafizatul Hasnida Binti Jommri & Muhd Rusli Bin Seman

Tarikh: 19/09/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Kompleks Sukan DBKL, Seri Delima, Jinjang

Bandar :  Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, tempahan telah dilakukan oleh abang Hasnida iaitu Abang Faidzal. Beliau telah memilih combo A dan tempahan telah dilakukan secara online.
  2. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:35AM dan kami telah bertemu dengan Abang Faidzal untuk berbincang berkenaan aturcara majlis.
  3. Kami melakukan pemasangan dan melakukan pengujian mutu bunyi sistem audio kami sejurus selepas berbincang berkenaan aturcara.
  4. Melalui pemerhatian kami, dewan ini sangat selesa sekali. Lengkap dengan penghawa dingin dan tandas.
  5. Selepas pemasangan dilakukan, kami memainkan koleksi lagu-lagu rock 90an atas pemintaan Abang Faidzal.
  6. Pasangan pengantin dijadualkan tiba ke dewan pada jam 1:30PM. Mereka tiba ke dewan bersama dengan rombongan pengantin lelaki dan diiringi dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang Ezhar Sri Kedah.
  7. Ketibaan pasangan mempelai yang segak dan berseri dengan busana berwarna biru warna kebanggaan pasukan polis mendapat perhatian dari setiap hadirin yang hadir.
  8. Pasangan mempelai terus menaiki pentas pelamin dan bersanding. Majlis dimulakan sejurus selepas itu dengan ucapan pembuka dari pihak kami.
  9. Bacaan doa disampaikan dan kemudian majlis menjemput ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu sambil majlis dimeriahkan dengan paluan kompang.
  10. Acara diteruskan dengan menjemput Rusli dan Hasnida untuk menjamu selera dimeja makan beradab. Sessi ini turut disertai oleh ahli keluarga pengantin.
  11. Selepas acara makan beradab selesai, majlis diteruskan dengan menjayakan sessi fotografi.
  12. Sessi fotografi berlangsung meriah dengan penyertaan rakan-rakan dari IPD Dang Wangi dan ahli keluarga.
  13. Sewaktu sessi fotografi sedang berlangsung, kami telah membuka sessi karaoke dan menerima sambutan yang hangat dari tetamu.
  14. Sessi memotong kek perkahwinan mengambil tempat selepas sessi fotografi bersama tetamu dan keluarga tamat.
  15. Pasangan mempelai memilih untuk mengenakan uniform polis bagi menyempurnakan acara memotong kek ini.
  16. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan Rusli dan Hasnida beramah mesra dengan tetamu di bawah pentas dan bersalam-salaman dengan mereka dari meja ke meja.
  17. Kami menamatkan tugasan kami tepat jam 4:00PM dan telah memberikan ucapan penutup berakhirnya tugasan kami pada hari ini.
  18. Alhamdulillah, segala tugasan yang diamanahkan oleh Abang Faidzal kepada kami dapat digalas dengan jayanya. Doa kami kepada Rusli dan Hasnida agar mereka akan mengecapi kehidupan yang bahagia dan saling cinta mencintai sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0953 IMG_0954 IMG_0956 IMG_0957 IMG_0958 IMG_0960 IMG_0979 IMG_0990 IMG_0994 IMG_1001 IMG_1002 IMG_1005

Kembali Ke Kompleks Sukan Dato’ Keramat Meraikan Faiz Dan Ieda

IMG_0918

Majlis Perkahwinan Mohd Faiz Bin Mohd Rozlan & Nor Faridah Binti Kaslan

Tarikh: 13/09/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Kompleks Sukan Dato’ Keramat

Bandar :  Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami telah ditugaskan untuk menjayakan majlis yang dianjurkan bersama oleh kedua-dua belah keluarga pengantin.
  2. Nor Faridah atau Ieda telah memilih Combo A sebagai penyeri majlis mereka dan mengharapkan majlis mereka lebih teratur dan lancar dengan mendapatkan perkhidmatan kami.
  3. Ini adalah kali yang ke-4 kami bertugas di dewan ini. Dewan yang cukup selesa dengan kemudahan asas seperti tandas dan surau serta lapangan tempat letak kerata yang agak luas.
  4. Kami tiba ke dewan seawal jam 9:15AM dan telah melakukan pemasangan sejurus tiba ke dewan.
  5. Kehadiran kami disambut oleh bapa saudara kepada Faiz iaitu Encik Jefri yang datang untuk melakukan tinjauan.
  6. Setelah melakukan perbincangan, kami terus memainkan beberapa buah lagu percubaan sebagai pengujian dan memberikan kata-kata pembukaan bagi mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga yang telah tiba ke dewan.
  7. Pasukan katering dari ahli keluarga pengantin lelaki telah melakukan persiapan terakhir dan menghidangkan juadah kepada tetamu.
  8. Pengantin dijangkakan tiba ke dewan pada jam 1:00PM. Kami dikhabarkan pasangan mempelai akan diarak oleh pasukan kompang.
  9. Tepat jam 1:00PM pengantin mula diarak menuju ke pentas pelamin. Kami memberikan kata-kata ucapan selamat datang dan mengumumkan ketiba mereka kepada seluruh tetamu yang telah berada di dalam dewan.
  10. Apabila pengantin duduk di pentas pelamin, kami telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim iaitu Imam Masjid Al-Akram Kg Dato Keramat untuk memimpin bacaan doa.
  11. Selepas doa dibaca, kami telah mempersilakan pasukan kompang untuk meneruskan persembahan mereka dengan beberapa buah nyanyian dan selawat taslim.
  12. Kemudian pasangan mempelai dirai dengan upacara salam restu. Kami telah menjemput ahli keluarga termasuk ayahanda dan bonda kedua-dua mempelai iaitu Tuan Mohd Rozlan Bin Daud serta isteri Puan Ruziah Binti Abd Kadir dan Tuan Kaslan Bin Ahmad serta Puan Timah Binti Abdul Rahman untuk menyempurnakan acara ini.
  13. Kehadiran VIP seperti Dato Ahmad Idham sekelurga juga menyerikan majlis ini dan beliau turut serta menjayakan sessi bersalam restu dengan pengantin di pentas pelamin.
  14. Selepas selesai sessi bersalam restu, pengantin telah diminta untuk menjamu selera di meja makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  15. Selesai acara makan beradab, pengantin berkenan untuk menyempurnakan acara memotong kek perkahwinan. Acara yang romantis itu disusuli dengan sessi fotografi bersama keluarga di pentas pelamin.
  16. Semasa sessi fotografi sedang berlangsung, kami telah membuka sessi karaoke kami. Sambutan yang diterima sangat membanggakan.
  17. Pada ketika melayani jemputan dan ahli keluarga berkaraoke, Faiz dan Ieda kelihatan sedang beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang juga terdiri dari rakan-rakan mereka.
  18. Tepat jam 4:00PM, kelihatan tetamu telah mula meninggalkan majlis dan bersalam-salaman dengan ayahanda dan bonda pengantin.
  19. Kami telah memberikan ucapan penutup tugasan kami dan mengucapkan terima kasih kepada Faiz dan Ieda kerana memberi kepercayaan kepada kami bertugas di majlis mereka. Tidak lupa ucapan terima kasih ditujukan kepada Encik Jefri yang membantu kami dan bertindak sebagai floor manager pada majlis ini.
  20. Buat Ieda dan Faiz, tahniah kami ucapakan dan kami doakan yang terbaik untuk kalian berdua. Syabas di atas kejayaan majlis kalian.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0901 IMG_0902 IMG_0903 IMG_0904 IMG_0910 IMG_0911 IMG_0912 IMG_0917 IMG_0918 IMG_0919 IMG_0920 IMG_0922 IMG_0923 IMG_0915

Meraikan Kakak Dan Adik Di Setia Alam

Majlis Perkahwinan Norfarhana Bt Mohd Fahrozi  dan Syamsul Rahimi Bin Salleh Bersama Norfarseha Bt Mohd Fahrozi dan Mohd Haikal Bin Hj Izhab

Tarikh: 05/09/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Setia Alam, U13

Bandar :  Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo C (Deejay + PA System + Karaoke + Projector)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di Setia Alam untuk meraikan pasangan adik beradik yang diraikan di majlis yang sama.
  2. Norfarhana dan Norfaseha adalah adik beradik dan mereka telah memilih tarikh yang sama untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.
  3. Mereka telah memilih combo C sebagai penyeri majlis mereka dengan set lengkap PA System dan juga projector.
  4. Kami tiba di perkarangan dewan sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemasangan sejurus tiba ke lokasi majlis.
  5. Kelihatan penyedia hiasan dewan dan pasukan katering juga telah tiba untuk melakukan kerja-kerja mereka.
  6. Apabila pemasangan siap dilakukan kami terus menukar persalinan dan memulakan ucapan pembukaan kami dengan mengalu-alukan kehadiran para petugas dan juga mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga yang telah tiba di dewan.
  7. Dewan tempat berlangsungnya majlis ini agak besar dan selesa. Mempunyai penghawa dingin dan kelengkapan asas seperti tandas.
  8. Pasangan mempelai dijangka tiba pada jam 1:45PM dan mereka diarak dengan paluan kompang dari pasukan kompang Wak Topon.
  9. Pengantin terus berarak menuju ke meja makan beradab dan kami telah menjemput ahli keluarga untuk memenuhkan meja makan beradab.
  10. Apabila pengantin duduk, pihak katering dari Kak Ani Katering mula menghidangkan juadah kepada pasangan mempelai dan ahli keluarga pengantin.
  11. Setelah selesai menjamu selera, pengantin dijemput pula untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  12. Pada sessi memotong kek perkahwinan, rakan-rakan dan keluarga juga turut sama berada di sekitar meja memotong kek bagi merakamkan gambar pada upacara tersebut.
  13. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan mempelai telah dijemput untuk menjayakan sessi beramah mesra bersama tetamu.
  14. Kelihatan rakan-rakan dan tetamu menggunakan backdrop yang disediakan sebagai photobooth untuk bergambar.
  15. Pasangan-pasangan mempelai yang diraikan pada hari ini kelihatan sangat gembira bila melihat rakan-rakan yang hadir ke majlis mereka bergambar bersama.
  16. Majlis terus meriah sehingga jam 4:00PM dan kami memohon untuk mengundur diri setelah memberikan ucapan penutup dan penghargaan kami kepada seluruh ahli keluarga dan pengantin terutama sekali Norfarhana dan Norfaseha yang menggunakan perkhidmatan kami.
  17. Buat Norfarhana dan Syamsul serta Norfaseha dan Haikal, kami doakan agar anda terus bahagia di samping mendapat keberkatan daripada hubungan yang terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038734 photo17157570170038735 photo17157570170038736 photo17157570170038737 photo17157570170038738 photo17157570170038739 photo17157570170038740 photo17157570170038741 photo17157570170038744 photo17157570170038745 photo17157570170038750 photo17157570170038751

Meraikan Eyja Dan Dir Di Hari Kebangsaan

 

IMG_0842

Majlis Perkahwinan Nor Faezah Binti Shaari dan Dir Kheizrullah Bin Kamaruddin

Tarikh: 31/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Villa Ukhwan, Persiaran Titiwangsa

Bandar :  Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah dua hari berturut-turut bertugas, hari ini adalah hari yang ketiga untuk kami melengkapkan tugasan kami. Cuti di hari kebangsaan ini dijadikan sebagai hari besar untuk pasangan pengantin Eyja dan Dir.
  2. Pasangan pengantin telah mengambil combo A sebagai penyeri majlis mereka dan mereka telah menempah perkhidmatan kami melalui borang tempahan online di laman web kami.
  3. Kami tiba di lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu dengan Eyja dan Dir yang telah berada di Villa Ukhwah ini.
  4. Villa Ukhwah adalah venue perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan untuk pasangan pengantin menjalankan upacara seperti majlis resepsi.
  5. Terdapat taman dan kolam renang yang disediakan di villa ini.
  6. Kami melakukan pemasangan peralatan kami selepas perbincangan dilakukan bersama dengan pasangan pengantin.
  7. Kelihatan majlis ini turut meraikan hari kebangsaan dengan terdapatnya bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan di sekitar majlis.
  8. Kami memainkan beberapa buah lagu untuk menghangatkan suasana pagi di majlis ini. Kelihatan ahli keluarga telah mula bersiap-siap untuk menjalankan tugas. Begitu juga barisan petugas dari pihak katering yang giat membuat persiapa terakhir.
  9. Pasangan pengantin tiba ke lokasi majlis pada jam 1:40PM. Mereka disambut dan diarak masuk oleh Pasukan Kompang Sinar 30  dari Sentul.
  10. Setelah tiba di pintu gerbang, paluan kompang diberhentikan dan disambung dengan ucapan alu-aluan dari pihak kami dan kemudian kami telah memainkan lagu You’ll Never Walk Alone (pilihan Eyja dan Dir) sebagai lagu pengiring pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki bergerak menuju ke ruang utama villa.
  11. Di dalam ruang utama, terdapat pelamin yang disediakan untuk upacara persandingan, Apabila pengantin duduk di singahsana pelaminan, majlis diberkati dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Baharuddin.
  12. Selepas bacaan doa, majlis menjemput ahli keluarga untuk menjayakan sessi salam restu. Selain dari ahli keluarga, turut menjayakan acara adalah rakan-rakan kepada pengantin.
  13. Pasangan mempelai menjayakan sessi makan beradab sejurus selepas itu. Dir dan Eyja menjamu selera bersama dengan ahli keluarga dan kemudian mereka beramah mesra dengan tetamu.
  14. Selesai beramah mesra, mereka kembali semula bersama kelaurga di meja makan beradab bagi menyempurnakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Selepas selesai menjayakan sessi memotong kek perkahwinan, pasangan mempelai kembali semula ke ruang utama villa dan mereka kembali duduk di pelamin dan memulakan sessi fotografi.
  16. Kami memulakan sessi karaoke semasa pengantin menjalankan sessi fotografi. Beberapa tetamu mula memilih lagu untuk disampaikan. Sessi ini berlangsung meriah sehingga ke petang.
  17. Kami mengakhiri tugasan kami setelah waktu bertugas kami telah tamat. Kami telah memberikan ucapan penutup dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang memberikan layanan yang terbaik sepanjang kami bertugas di majlis ini.
  18. Kepada Dir dan Eyja, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk beraksi di majlis anda. Kami doakan agar kalian berdua dikurniakan dengan kehidupan yang bahagia dan lebih baik serta dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0804 IMG_0807 IMG_0810 IMG_0821 IMG_0822 IMG_0824 IMG_0826 IMG_0831 IMG_0833 IMG_0835 IMG_0840 IMG_0842 IMG_0844 IMG_0847 IMG_0848

Menjayakan Hari Meraikan Cinta Sai Dan Azeri

Majlis Perkahwinan Saidatul Syakiera Binti Mohammad Idrus dan Azeri

Tarikh: 30/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Banquet, Lembaga Getah Asli Malaysia,

Bandar :  Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Restoran Nelayan Titiwangsa semalam, hari ini kami menuju pula ke Jalan Ampang bagi meraikan Sai dan Azeri.
  2. Majlis dianjurkan di sebuah dewan di dalam bangunan Lembaga Getah Asli Malaysia. Dewan ini sederhana besar dilengkapi dengan penghawa dingin dan keperluan asas yang lain seperti tandas dan surau.
  3. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan setelah mendapatkan pengesahan lokasi dan tempat untuk kami bertugas.
  4. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami melakukan sessi pengujian bunyi dari sistem kami.
  5. Pada ketika ini, kami lihat pasukan katering dari Sri Payung Katering telah memulakan persiapan dengan memastikan persediaan untuk menjamu selera tersedia.
  6. Kelihatan teh tarik dan pelbagai kuih muih juga disajikan untuk para tetamu.
  7. Kami berkesempatan untuk bertemu dengan ayahanda dan bonda kepada Sai iaitu Tuan Mohammad Idrus dan Puan Khatijah. Kami telah berbincang berkenaan dengan aturcara majlis yang telah dirangka oleh pasangan mempelai untuk majlis ini.
  8. Pengantin dijangka tiba sekitar jam 1:45PM. Mereka disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan seterusnya mereka berarak menuju ke pentas pelamin dengan diiringi alunan selawat yang disampaikan oleh kemerduan suara Lah Ahmad (Salam)
  9. Ketibaan pengantin juga diiringi dengan kumpulan tarian dari Kumpulan Seni Tari Seri Permas.
  10. Kumpulan tari oleh adik-adik cili ini mempersembahan tarian pembukaan sejurus pengantin duduk di pentas pelamin.
  11. Selepas selesai persembahan tersebut, doa disampaikan bagi memberkati majlis ini.
  12. Selepas bacaan doa, majlis menjemput ahli keluarga untuk menjayakan sessi salam restu. Selain dari ahli keluarga, kami juga telah menjemput rakan-rakan setugas serta rakan-rakan ibu pengantin Puan Khatijah untuk bersama-sama menjayakan acara ini.
  13. Selepas selesai acara atau sessi salam restu, kami telah menjemput pasangan pengantin baru untuk menjamu selera dimeja makan beradab.
  14. Selepas selesai menjamu selera, Sai dan Azeri berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan mereka telah menjayakan acara romantis itu sambil aksi mereka dirakam oleh rakan-rakan.
  15. Selesai acara memotong kek, pasangan mempelai menjayakan sessi beramah mesra. Mereka berjalan dari satu meja ke meja yang lain untuk bersalaman dengan tetamu yang hadir meraikan mereka.
  16. Mereka menjayakan sessi fotografi selepas selesai menjayakan sessi beramah mesra. Rakan-rakan dan ahli keluarga dijemput untuk menjayakan acara ini.
  17. Kami bertugas di majlis ini sehingga jam 4:00PM dan majlis berlangsung meriah sehingga ke saat akhir tugasan kami.
  18. Tepat jam 4:00PM kami telah memohon diri untuk menamatkan tugas kami. Kelihatan Sai dan Azeri cukup gembira di atas kejayaan penganjuran majlis ini dengan kehadiran rakan dan taulan yang hadir meraikan mereka.
  19. Buat Sai dan Azeri, terima kasih kami ucapkan kerana memberikan peluang untuk kami memeriahkan majlis anda. Semoga hubungan yang telah terbina anda berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

IMG_0803 IMG_0798 IMG_0775 IMG_0773 IMG_0771 IMG_0769 IMG_0768 IMG_0766 IMG_0764

Meraikan Zaneq Dan Hiera Di Restoran Nelayan

IMG_0754

Majlis Perkahwinan Mohd Irzani bin Ibrahim dan Nur Zahiera binti Mohd Zuslaini

Tarikh: 29/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Restoran Nelayan Titiwangsa,

Bandar :  Gombak, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, pasangan pengantin telah memilih Combo B untuk memeriahkan majlis mereka.
  2. Tempahan dilakukan secara online oleh pengantin dan alhamdulillah tarikh 30 Ogos 2015 kami masih mempunyai kekosongan untuk hadir meraikan majlis Zaneq dan Hiera.
  3. Majlis yang dilangsungkan pada malam hari ini diadakan di sebuah restoran terkemuka iaitu Restoran Nelayan Titiwangsa cawangan Gombak.
  4. Kami pernah bertugas di restoran nelayan sebelum ini, tetapi sebelum ini kami bertugas di cawangan Taman Tasik Perdana.
  5. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 4:30PM, kemudian kami bertemu dengan Zaneq yang telah berada di lokasi.
  6. Setelah melakukan sedikit perbincangan, kami terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  7. Di restoran ini terdapat dewan yang disediakan untuk penganjuran majlis. Dewan yang selesa dengan penghawa dingin dan kelengkapan banquet yang sangat baik.
  8. Dewan ini boleh memuatkan kira-kira 800 orang pada satu-satu masa, dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang sangat baik.
  9. Setelah pemasangan dilakukan, kami terus menukar persalinan dan bersiap sedia untuk memulakan tugasan.
  10. Sekitar jam 7:30PM, ahli keluarga pengantin kedua-dua belah pihak mula tiba dengan melakukan persiapan terakhir.
  11. Jam 8:00PM, juadah makanan mula dijamu dan kami telah menjemput semua tetamu yang telah berada di majlis untuk menikmati juadah yang disajikan oleh Restoran Nelayan.
  12. Pengantin tiba di dewan sekitar jam 9:00PM dan kami telah memainkan lagu berarak yang dipilih sindiri oleh pasangan mempelai iaitu lagu Sempurna Waktu dari Ir Radzi.
  13. Pengantin berarak masuk ke dewan dan terus menuju ke pentas pelamin. Mereka terus bersanding dan bacaan doa dimulakan dan disampaikan oleh adik Zaneq iaitu Didi.
  14. Setelah doa dibaca, acara diteruskan dengan menjemput ahli keluarga menjayakan acara salam restu.
  15. Setelah selesai acara, pengantin menjayakan pula acara makan beradab atau makan berdamai.
  16. Selepas selesai acara makan beradab, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan acara memotong kek perkahwinan mereka. Mereka telah memilih lagu Sedetik Lebih dari Anuar Zain untuk menjayakan acara ini.
  17. Selepas menjayakan acara memotong kek perkahwinan, pengantin kembali semula ke pentas pelamin untuk menjayakan sessi fotografi.
  18. Sessi fotografi diadakan dengan cukup meriah. Rakan-rakan dan sanak saudara menggunakan peluang ini untuk bergambar bersama Zaneq dan Hiera.
  19. Kelihatan pasangan mempelai yang diraikan pada malam ini cukup gembira sekali dengan kehadiran rakan-rakan yang saudara-mara yang hadir meraikan majlis mereka.
  20. Majlis berlanjutan sehingga jam 11:00PM, tetamu telah mula meninggalkan majlis dan kami telah mengucapkan ucapan penghargaan kepada seluruh tetamu dan ahli keluarga yang hadir menjayakan majlis indah Zaneq dan Hiera.
  21. Tahniah diucapkan kepada Zaneq dan Hiera. Layanan yang sangat baik diberikan oleh mereka berdua kepada kami sangat-sangat kami hargai.
  22. Kami doakan kalian akan terus bahagia dan saling mencintai selamanya. Terima kasih kerana memilih kami untuk menjayakan majlis kalian.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0731 IMG_0732 IMG_0733 IMG_0734 IMG_0736 IMG_0738 IMG_0743 IMG_0747 IMG_0749 IMG_0754 IMG_0756 IMG_0760