Monthly Archives: October 2015

Berhujung Minggu Bersama Adik-Adik Dari Smart Khalifah

thumb_IMG_1437_1024

Pesta Sukan Tahunan Smart Khalifah

Tarikh: 25/10/2015

Lokasi : Taman Tema Wet World, Seksyen 14

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tugasan pada minggu ini sangat berbeza dari tugasan yang lepas.
  2. Kami telah dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada Smart Khalifah iaitu pusat didikan pra-sekolah yang berpusat di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Tuan Zulkifle iaitu tenaga pengajar di Smart Khalifah dan beliau telah memilih Combo A sebagai penyeri acara sukan Smart Khalifah yang julung-julung kali diadakan pada setiap tahun.
  4. Kami tiba ke lokasi iaitu Taman Tema Wet World Shah Alam seawal jam 8:45AM. Lebih awal dari kebiasaan kami menjayakan majlis perkahwinan. Kami telah berjumpa dengan Tuan Zulkifle dan melakukan pemasangan di pentas utama Wet World tersebut.
  5. Setelah pemasangan siap dilakukan, ibu bapa dan pelajar-pelajar mula memenuhkan ruangan yang dikhaskan untuk mereka.
  6. Acara dimulakan dengan menjemput seluruh tetamu yang terdiri dari ibubapa dan pelajar-pelajar untuk melakukan senaman ringkas.
  7. Kami telah memainkan beberapa buah lagu yang bersesuaian dengan acara ini seperti Chicken Dance dan Gummy Bears.
  8. Selepas selesai acara senaman ringan tersebut, acara diteruskan dengan acara sukaneka untuk pelajar-pelajar.
  9. Acara berjalan dengan cukup baik dan pelbagai gelagat lucu dapat disaksikan pada acara tersebut.
  10. Ibubapa juga tidak ketinggalan dalam menyertai acara yang dikhaskan untuk mereka. Dapat dilihat hubungan ibubapa dan guru-guru sangat mesra sekali sepanjang acara ini berlangsung.
  11. Walaupun cuaca baru pulih dari masalah jerebu, ianya langsung tidak menjejaskan acara ini untuk berlangsung dengan meriah.
  12. Acara ini juga diserikan dengan acara pertandingan karaoke yang melibatkan ibubapa.
  13. Ternyata acara ini cuba meriah dengan nyanyian bersahaja yang disampaikan oleh para peserta.
  14. Setelah selesai semua acara sukaneka, acara penyampaian hadiah pula mengambil tempat. Nama pemenang telah dipanggil oleh kami untuk menjemput mereka mengambil hadiah dan piala yang dimenangi.
  15. Seronok sekali kami menyaksikan adik-adik kecil ini meraikan kemenangan mereka. Diharap mereka akan menjadi insan yang cemerlang dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
  16. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Smart Khalifah kerana memberikan ruang dan peluang untuk kami bertugas di acara ini. Kepercayaan barisan guru-guru dan pihak pengurusan Smart Khalifah kepada kami sangat kami hargai.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Acara: 

thumb_IMG_1419_1024 thumb_IMG_1420_1024 thumb_IMG_1425_1024 thumb_IMG_1426_1024 thumb_IMG_1427_1024 thumb_IMG_1430_1024 thumb_IMG_1431_1024 thumb_IMG_1432_1024 thumb_IMG_1436_1024 thumb_IMG_1437_1024 thumb_IMG_1441_1024

Dulu Meraikan Abang, Kini Meraikan Adik

Majlis Perkahwinan Qaiyim Nabil Bin Ahmad Azuan & Noor Asyufa Bt Ahmad

Tarikh: 18/10/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Kota Seriemas

Bandar : Nilai, Negeri Sembilan

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di sebuah lokasi di luar kawasan liputan kami iaitu Nilai.
  2. Tugasan hari ini dianggap sebagai istimewa bagi kami kerana ini adalah kali kedua kami menjayakan majlis Tuan Ahmad Azuan dan Puan Ruzaini. Sebelum ini kami menjayakan majlis abang kepada Qaiyim Nabil iaitu Qaiyim Naim bersama pasangan Sakinah.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan terus bertemu dengan Qaiyim Naim untuk pengesahan lokasi tugasan kami.
  4. Beliau telah menyambut baik kehadiran kami dan telah memberikan kami maklumat berkenaan dengan aturcara majlis.
  5. Sebanyak 9 buah kanopi didirikan di hadapan kediaman pengantin dan terdapat meja makan beradab yang didirikan di bahagian kanopi.
  6. Di dalam rumah pula, terdapa pelamin yang didirikan untuk sessi fotografi dan salam barakah.
  7. Setelah pemasangan dilakukan, kami telah memberikan kata-kata aluan dan mengucapkan penghargaan kami kepada seluruh keluarga pengantin yang mengalu-alukan ketibaan kami.
  8. Kelihatan pihak katering dari SFS Caterer & Wedding Planner sibuk menjalankan persiapan terakhir bagi memastikan hidangan dapat disediakan dengan baik.
  9. Tepat jam 11:00AM, hidangan telah tersedia untuk dijamu. Kami telah diberikan ‘Q’ untuk menjemput seluruh ahli keluarga menjamu selera terlebih dahulu. Pelbagai lauk yang disajikan, semuanya enak belaka.
  10. Keluarga pengantin juga menyediakan aiskrim untuk tetamu membasahkan tekak. Terima kasih diucapkan kepada Warx Soft Ice Cream kerana memberikan perkhidmatan terbaik menyajikan aiskrim.
  11. Pasangan pengantin dan seluruh keluarga rombongan pengantin perempuan yang datang dari Balakong tiba ke majlis tepat jam 1:30PM. Mereka diarak dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Kg Melayu Ampang.
  12. Sejurus mereka tiba, kami telah memberikan kata-kata aluan dan menjemput pengantin untuk duduk di meja makan beradab. Kami juga mempersilakan pasukan kompang untuk meneruskan pesembahan disamping seni silat dipersembahkan kepada pengantin.
  13. Bacaan doa disampaikan oleh Ybhg Saudara Muadz Dzulkefly dan kemudian ucapan dari wakil keluarga pengantin pula mengambil tempat. Ucapan yang ringkas dan padat disampaikan oleh Ybhg Tuan Haji Dzulkefly Ahmad diberikan tumpuan penuh oleh para jemputan.
  14. Majlis diterus dengan menjemput pengantin dan rombongan keluarga pengantin perempuan untuk menjamu selera.
  15. Selepas selesai menjamu selera, mereka telah dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek.
  16. Setelah selesai sessi tersebut, Qaiyim Nabil dan Asyufa telah dijemput untuk menjayakan sessi salam barakah dan fotografi di dalam ruang tamu rumah.
  17. Kami telah menjemput seluruh ahli keluarga pengantin dan rakan-rakan untuk menjayakan sessi ini.
  18. Selepas selesai sessi ini, pengantin mengiringi perarakan pulang rombongan pengantin perempuan yang diketuai oleh Tuan Ahmad dan Puan Salbiah.
  19. Sessi beramah mesra berlangsung setelah selesainya sessi fotografi bersama rakan-rakan dan tetamu jemputan.
  20. Qaiyim Nabil dan Asyufa menggunakan kesempatan yang ada untuk bersalaman dan bermesra dengan tetamu di ruangan kanopi.
  21. Jelas kelihatan kegembiraan terpancar di wajah pasangan mempelai ini. Majlis yang berlangsung meriah ini berterusan sehingga jam 4:00PM dan kami memberikan ucapan penutup dan memohon untuk menamatkan tugasan kami.
  22. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan cukup baik dan teratur sekali. Kami doakan agar Qaiyim Nabil dan isteri tersayang akan terus bahagia dan sentiasa dirahmati oleh-Nya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1259_1024 thumb_IMG_1280_1024 thumb_IMG_1278_1024 thumb_IMG_1277_1024 thumb_IMG_1276_1024 thumb_IMG_1275_1024 thumb_IMG_1274_1024 thumb_IMG_1273_1024 thumb_IMG_1272_1024 thumb_IMG_1271_1024 thumb_IMG_1270_1024 thumb_IMG_1269_1024 thumb_IMG_1268_1024 thumb_IMG_1267_1024 thumb_IMG_1266_1024 thumb_IMG_1262_1024 thumb_IMG_1261_1024 thumb_IMG_1260_1024

Menjayakan Majlis Putera Puan Norwalena Dan Tuan Nazam

normala

Majlis Perkahwinan Muhamad Azam & Puteri Nurul Nabila

Tarikh: 11/10/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Kompleks Kejiranan Precint 16

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Untuk majlis kali ini, tempahan telah dilakukan oleh Puan Norwalena iaitu ibunda kepada pengantin lelaki. Beliau telah memilih Combo C sebagai pelangkap majlis putera kesayangan iaitu Azam.
  2. Tempahan telah dilakukan awal bulan September yang lepas dan beliau sendiri telah bertemu dengan kami untuk melakukan tempahan.
  3. Kami telah beberapa kali bertugas di dewan ini. Dewan yang sangat selesa lengkap dengan tempat letak kereta yang luas, kemudahan surau, tandas dan bilik menunggu serta bilik persalinan juga turut disediakan.
  4. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM. Kami terus melakukan pemasangan sejurus tiba.
  5. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah bertemu dengan penyedia video dan photo slide show yang inginkan bahan-bahan tersebut dipaparkan pada projector.
  6. Kami juga telah melakukan perbincangan dengan wakil keluarga pengantin yang terdiri daripada rakan-rakan kepada ibubapa Azam berkenaan dengan perjalanan majlis.
  7. Kelihatan pasukan katering dari Nirwana Caterer & Deco telah selesai menyediakan juadah untuk dijamu.
  8. Tepat jam 11:00AM kami telah menukar persalinan kami dan memulakan majlis dengan memberikan ucapan pembukaan. Kami juga telah menjemput seluruh anggota keluarga dan seluruh tetamu yang telah hadir untuk menjamu selera.
  9. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak-Anak Yatim Al-Kausar. Mereka diraikan sebagai tetamu kehormat pada majlis ini.
  10. Pasangan mempelai dan rombongan keluarga pengantin perempuan dari Senawang dijadualkan tiba pada jam 1:00PM. Apabila mereka tiba, mereka telah disembut oleh alunan kompang dari sistem kami.
  11. Mereka melangkah masuk menuju ke dalam dewan dan mereka telah disambut dengan bacaan selawat taslim yang disampaikan oleh Al-Fadhil Al Imam Imran. Bacaan selawat yang cukup mantap dan diberikan perhatian sepenuhnya oleh tetamu jemputan.
  12. Pasangan Azam dan Puteri seterusnya berjalan menuju ke meja makan beradab dan majlis diteruskan pula bacaan doa.
  13. Setelah bacaan doa selesai dibaca, pasangan pengantin telah dipersembahkan dengan persembahan seni silat yang dipimpin oleh Cikgu Misai.
  14. Setelah persembahan silat selesai dipersembahkan, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan Azam dan Puteri untuk menikmati hidangan bersama seluruh tetamu dan ahli keluarga.
  15. Kami juga telah mempersembahkan video pernikahan pasangan mempelai kepada tetamu melalui projector kami. Video yang berurasi 4 minit ini ditontoni oleh tetamu dengan penuh perhatian.
  16. Selepas selesai menjamu selera, Azam dan Puteri berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Kami telah memilih lagu Tercipta Untukku sebagai lagu latar untuk acara ini.
  17. Selepas sessi memotong kek, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjayakan sessi bergambar di pentas pelamin.
  18. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin perempuan dan sahabat handai pengantin untuk menjayakan sessi fotografi ini.
  19. Majlis juga telah diserikan dengan penampilan istimewa dari Muaz HippTV TV9 yang sempat menghiburkan majlis dengan beberapa buah lagu. Tidak ketinggalan Dr Anne finalis Kilauan Emas musim ke-5 juga turut sama memeriahkan sessi karaoke kami.
  20. Beberapa tetamu kehormat turut hadir di majlis ini termasuk Yang Berbahagia Tan Sri Azmi Khalid dan Puan Seri Normala Shamsudin serta lagenda bola sepak negara iaitu Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh juga turut hadir.
  21. Majlis berterusan meriah sehingga ke petang. Sessi karaoke menjadi hiburan rakan-rakan dan ahli keluarga pengantin untuk meraikan kejayaan majlis ini.
  22. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dan telah memberikan ucapan penutup kepada seluruh ahli keluarga pengantin dan petugas-petugas.
  23. Alhamdulillah, tugasan pada hari ini cukup lancar dan segala yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
  24. Kepada Azam dan Puteri, kami doakan agar kehidupan kalian akan menemui kebahagiaan dan dapat menempuhi cabaran hidup dalam berumahtangga. Tahniah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1226_1024 thumb_IMG_1223_1024 thumb_IMG_1222_1024 thumb_IMG_1220_1024 thumb_IMG_1218_1024 thumb_IMG_1217_1024 thumb_IMG_1216_1024 thumb_IMG_1215_1024 thumb_IMG_1214_1024 thumb_IMG_1213_1024 thumb_IMG_1212_1024 thumb_IMG_1211_1024 thumb_IMG_1206_1024 thumb_IMG_1205_1024

Menjayakan Majlis Menyambut Menantu Puan Rosla Dan Tuan Azmi

Majlis Perkahwinan Muhammad Hazeeq Bin Azmi & Munirah Binti Madznan

Tarikh: 10/10/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Kompleks Sukan Dato Keramat

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Pada minggu lepas, kami telah bertugas di Taman Keramat dan Kg Dato Keramat pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari ini pula, kami sekali lagi bertugas di Keramat tetapi kali ini kami bertugas di dalam dewan di Kompleks Sukan Dato Keramat.
  2. Tugasan kali ini, kami telah diamanahkan untuk menjayakan majlis menyambut menantu Tuan Azmi dan Puan Rosla iaitu Hazeeq dan pasangannya Munirah.
  3. Kami tiba ke dewan ini tepat jam 9:30AM dan telah melakukan pemantauan susun atur dewan untuk memulakan proses pemasangan peralatan kami.
  4. Kami telah beberapa kali bertugas di dewan ini, dewan yang cukup selesa dengan keluasan tempat letak kereta, dilengkapi berpenghawa dingin, tandas dan surau.
  5. Setibanya kami ke lokasi ini, kami telah bertemu dengan penyedia kambing golek yang sedang melakukan persiapan. Kami juga telah bertemu dengan Puan Rosla dan Tuan Azmi yang telah berada di bilik menunggu dewan.
  6. Kami sempat berbincang berkenaan perjalanan majlis yang akan dilangsungkan bersama ahli keluarga pengantin.
  7. Tanpa berlengah, kami terus melakukan pemasangan peralatan kami. Setelah selesai melakukan pemasangan peralatan kami telah diberi beberapa CD oleh tuan Azmi yang inginkan koleksi lagu beliau turut dimainkan sepanjang majlis.
  8. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dan kami telah memberikan kata-kata aluan sebagai pembuka.
  9. Kami telah menjemput ahli keluarga dan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Kami juga turut sama telah dijemput oleh Puan Rosla dan Tuan Azmi untuk menikmati kambing bakar yang disediakan oleh D’ xpert Kambing Bakar.
  10. Kami dimaklumkan pasangan mempelai dan rombongan pengantin perempuan akan tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM.
  11. Sekitar jam 12:30PM, telah kedengaran bunyi paluan kompang dari Pasukan Kompang Nurul Anwar yang membawa pasangan mempelai dan ahli keluarga pengantin perempuan yang datang dari Kuala Lipis Pahang berarak masuk ke dalam dewan.
  12. Pasangan pengantin terus duduk di pentas pelamin dan kami telah memberikan kata-kata aluan sebelum majlis diteruskan dengan bacaan doa.
  13. Bacaan doa telah disampaikan oleh Tuan Hj Hashim Harun iaitu bapa saudara pengantin lelaki.
  14. Setelah bacaan doa selesai, majlis diteruskan dengan persembahan kompang dengan dendangan 2 buah lagu..
  15. Majlis diteruskan lagi dengan sessi bersalam restu dengan menjemput ahli keluarga kedua-dua belah pihak untuk naik ke pentas pelamin.
  16. Setelah selesai istiadat salam restu tersebut, majlis diserikan dengan sessi makan beradab dan kami telah mempersilakan pasangan pengantin untuk turun dari pentas pelamin bagi menjayakan sessi ini.
  17. Pada ketika ini juga Tuan Azmi telah meminta kami menjemput beberapa ahli keluarga dari Singapura untuk menujukan lagu karaoke bagi mengamatkan suasana.
  18. Selesai menjamu selera, kami telah memberikan serangkap pantun untuk menjemput pengantin berjalan menuju ke meja memotong kek untuk merasmikan kek perkahwinan mereka.
  19. Pengantin telah dijemput kembali untuk berada di pentas pelamin bagi menjayakan sessi bergambar.
  20. Sessi bergambar berlangsung meriah dan diselangi dengan nyanyian dari ahli keluarga dan tetamu yang sangat gembira untuk menceriakan majlis dengan beberapa lagu karaoke.
  21. Tepat jam 4:00PM, kami telah berada dipenghujung tugasan kami. Kami telah memberikan ucapan penutup dan memohon untuk mengundur diri. Pada ketika ini juga, tetamu telah mula beransur pulang dan petugas-petugas telah mula melakukan kerja-kerja pengamasan.
  22. Dapat dilihat wajah kegembiraan pada pasangan Hazeeq dan Munirah yang cukup terharu dengan kejayaan majlis ini.
  23. Kepada Hazeeq dan Munirah, kami ucapkan tahniah kepada anda dan semoga hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Barakallahu Lakuma.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1178_1024 thumb_IMG_1179_1024 thumb_IMG_1180_1024 thumb_IMG_1181_1024 thumb_IMG_1182_1024 thumb_IMG_1183_1024 thumb_IMG_1184_1024 thumb_IMG_1186_1024 thumb_IMG_1188_1024 thumb_IMG_1191_1024 thumb_IMG_1192_1024 thumb_IMG_1194_1024 thumb_IMG_1195_1024 thumb_IMG_1196_1024 thumb_IMG_1199_1024 thumb_IMG_1200_1024 thumb_IMG_1201_1024 thumb_IMG_1203_1024

Meraikan Mulidah & Shamsudin Di Kg Dato Keramat

thumb_IMG_1163_1024

Majlis Perkahwinan Mulidah Binti Muyassir & Shamsudin Bin Md Imron

Tarikh: 4/10/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Kg Dato Keramat

Bandar : Keramat, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Projector)

Catatan:

  1. Semalam kami bertugas di Taman Keramat dan hari ini kami bersiaran di Kg Dato Keramat. Dua kawasan yang hampir antara satu sama lain.
  2. Untuk majlis ini, tempahan telah dilakukan oleh bapa saudara kepada pengantin perempuan iaitu Encik Junaidi.
  3. Beliau telah menempah menggunakan borang tempahan online di dalam laman web kami dengan memilih Combo C.
  4. Majlis ini dijalankan di kawasan perumahan pengantin perempuan iaitu kediaman tuan Muyassir Bin Shafik dan Puan Samaniyah. Sebanyak 5 buah kanopi didirikan.
  5. Pelamin disediakan di perkarangan kanopi dan kami dimaklumkan bahawa Shamsudin baru kehilangan bapanya yang telah pergi mengadap Illahi dan mereka tidak menjalankan upacara makan beradab untuk majlis tersebut.
  6. Kami tiba di lokasi majlis sekitar jam 9:45AM dan kami telah melakukan pemantauan berkenaan lokasi yang sesuai untuk kami berteduh.
  7. Setelah melakukan perbincangan dengan tuan Muyassir, kami telah ditempatkan dihadapan rumah jiran beliau.
  8. Setelah pemasangan dilakukan dan perbincangan dilakukan, kami telah diberikan beberapa keping CD lagu untuk dimainkan. Lagu-lagu untuk dimainkan adalah mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh ayah pengantin sendiri.
  9. Kami menukar persalinan kami dan kami memulakan kata-kata aluan kami dengan mengucapkan selamat datang kepada seluruh tetamu yang telah tiba di majlis ini.
  10. Hidangan jamuan makan telah dihidangkan, juadah enak dari Dapur Gulai Kawah Utara Dan Nasi Ambeng sangat menyelerakan. Kami turut sama telah dijemput untuk menikmati hidangan tersebut.
  11. Rombongan pengantin lelaki dijadualkan tiba pada jam 12:30PM. Sejurus mereka tiba, mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Pasukan Warisan Kompang Kerisukma.
  12. Ketibaan pengantin lelaki disambut oleh pengantin perempuan dan seluruh ahli keluarga. Pengantin terus mengambil tempat di pentas pelamin dan bersanding.
  13. Kami telah memberikan kata-kata selamat datang dan terus menjemput Tuan Hj Mat iaitu pemimpin pasukan kompang untuk memimpin bacaan doa.
  14. Seterusnya majlis diteruskan dengan sessi persandingan dan pengantin telah bersama-sama dengan jurufoto dan juruvideo untuk merakamkan gambar mereka.
  15. Ahli keluarga rombongan pengantin lelaki dijemput menjamu selera dengan hidangan yang disajikan.
  16. Majlis berlangsung meriah dengan ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin mengambil peluang untuk bergambar dengan pasangan pengantin baru.
  17. Pihak kami telah menjemput ahli keluarga dan tetamu untuk memeriahkan majlis dengan membuka sessi karaoke. Sessi karaoke disambut meriah dengan nyanyian rakan dan taulan.
  18. Pada waktu yang sama, pengantin telah menukar beberapa jenis salinan yang indah untuk menjayakan sessi fotografi.
  19. Tugasan kami ditamatkan pada jam 4:00PM dan kami telah memberikan kata-kata penutup bagi mengakhiri tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, tugasan telah dilakukan dengan cukup cemerlang dan kami telah memohon untuk mengundur diri dengan kata-kata penghargaan pihak kami kepada pasangan pengantin dan ahli keluarga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1143_1024 thumb_IMG_1144_1024 thumb_IMG_1145_1024 thumb_IMG_1146_1024 thumb_IMG_1147_1024 thumb_IMG_1149_1024 thumb_IMG_1152_1024 thumb_IMG_1154_1024 thumb_IMG_1155_1024 thumb_IMG_1158_1024 thumb_IMG_1161_1024 thumb_IMG_1163_1024 thumb_IMG_1164_1024

Meraikan Aman Dan Shakirah Di Taman Keramat

Majlis Perkahwinan Jazman Muhamad Bin Jamaludin & Nor Shakirah Bintin Nor Hassan

Tarikh: 03/10/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan ADUN Hulu Kelang,

Bandar : Taman Keramat, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Kali ini kami ditugaskan untuk menjayakan majlis perkahwinan Aman dan Shakirah di Taman Keramat.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Aman sendiri melalui borang tempahan online kami dan beliau telah memilih combo B untuk menceriakan majlis perkahwinan mereka.
  3. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:40AM dan telah melakukan pemasangan sejurus selepas mengenal pasti lokasi pemasangan peralatan kami.
  4. Setibanya kami ke dewan, pasukan katering dari SJ Catering telah melakukan persiapan penyediaan makanan.
  5. Kami juga melakukan pemasangan dan pengujian peralatan kami dan telah bertemu dengan bonda kepada Jazman. Kami sempat melakukan perbincangan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan majlis ini.
  6. Pasangan mempelai dikhabarkan akan tiba pada jam 12:30PM, mereka akan tiba bersama dengan rombongan pengantin perempuan.
  7. Jam 11:00AM, makanan telah siap disajikan dan kami telah mempersilakan tetamu yang terdiri dari keluarga pengantin untuk menikmati makanan yang telah dihidangkan.
  8. Kami memainkan lagu-lagu yang berkonsepkan kerohanian sesuai dengan espektasi Jazman yang inginkan lagu-lagu tersebut.
  9. Dimajlis ini, pasangan mempelai memilih untuk tidak bersanding. Mereka hanya akan diraikan di sessi makan beradab dan terdapat photo booth yang disediakan untuk mereka bergambar dengan rakan-rakan dan tetamu.
  10. Tepat jam 12:30PM, kami dikhabarkan bahawa rombongan pengantin perempuan iaitu keluarga Shakirah telah tiba ke majlis.
  11. Sewaktu ketibaan mereka, kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami. Pengantin terus melangkah menuju memasuki majlis.
  12. Pengantin sempat bersalaman dengan tetamu dan mereka terus mengambil tempat di meja makan beradab.
  13. Seluruh ahli keluarga dari rombongan pengantin perempuan duduk di meja yang telah dikhaskan kepada mereka.
  14. Selepas menjamu selera, pengantin dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Selepas selesai sessi memotong kek, pengantin telah menjayakan sessi beramah mesra dengan tetamu jemputan dan mereka menggunakan peluang ini untuk bergambar bersama.
  16. Sessi beramah mesra ini berakhir sehingga ke petang dan kehadiran rakan-rakan Aman dan Shakirah cukup untuk membuatkan majlis ini berlangsung meriah dan ceria.
  17. Kami bertugas sehingga ke petang sehingga jam 4:00PM dan kami telah memberikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang membantu kami melancarkan tugasan kami sepanjang hari ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1118_1024 thumb_IMG_1119_1024 thumb_IMG_1120_1024 thumb_IMG_1121_1024 thumb_IMG_1122_1024 thumb_IMG_1123_1024 thumb_IMG_1124_1024 thumb_IMG_1125_1024 thumb_IMG_1126_1024 thumb_IMG_1127_1024 thumb_IMG_1128_1024 thumb_IMG_1129_1024 thumb_IMG_1130_1024 thumb_IMG_1131_1024 thumb_IMG_1133_1024