Monthly Archives: November 2015

Bertugas Di Puchong Meraikan Rose Dan Rozaimi

thumb_IMG_1897_1024

Majlis Perkahwinan Rosmarizan Zainuddin & Muhamad Rozaimi

Tarikh: 29/11/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Puchong Utama Court, Puchong Utama

Bandar : Puchong, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Bangi semalam, hari ini kami diamanahkan untuk menjayakan majlis pasanagn Rozaimi dan Rose.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Rose, dan Rose telah memilih pakej Combo A kami sebagai peneman majlis mereka.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan terus bertemu dengan pengantin untuk pengesah lokasi tempat tugasan kami.
  4. Kami telah ditempatkan dihadapan rumah Tuan Rahim iaitu jiran rapat kepada keluarga pengantin.
  5. Majlis yang diadakan di kawasan perumahan ini kelihatan cukup meriah dengan binaan 7 kanopi utama untuk tetamu dan beberapa buah kanopi didirikan untuk kerja-kerja rewang.
  6. Setelah pemasangan peralatan siap dilakukan, kami terus menguji mutu bunyi dari sistem kami dan kemudian kami telah menukar persalinan kami.
  7. Tepat jam 11:00AM kami telah kembali ke lokasi tugasan kami untuk memberikan kata-kata muqadimah dan ucapan pembukaan.
  8. Tepat jam 11:30AM, juadah masakan telah dihidangkan dan kami telah menjemput para petugas untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan.
  9. Kehadiran tetamu sangat mengalakan dan cukup meriah sekali. Kami juga telah dimaklumkan bahawa rombongan pengantin lelaki akan tiba sekitar jam 12:30PM.
  10. Ketibaan rombongan pengantin lelaki telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami. Setelah paluan kompang kedengaran, Rose melangkah perlahan bertemu dengan Rozaimi dan mereka kemudian berjalan berpimpinan tangan memasuki ruangan utama majlis.
  11. Mereka terus melangkah dan kami telah mengalu-alukan kehadiran mereka dengan beberapa rangkap pantun. Kemudian kami telah menukar muzik paluan kompang tersebut dengan alunan selawat.
  12. Rose dan Rozaimi terus menuju ke pentas pelamin yang terletak di kanopi utama. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh bapa saudara kepada Rose iaitu Tuan Rosulan Bin Abu.
  13. Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan upacara bersalam restu. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin lelaki terlebih dahulu dan kemudian kami telah menjemput ahli keluarga pengantin perempuan untuk bersama menjayakan acara ini.
  14. Selepas itu, pengantin telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama bersama dengan ahli keluarga dan tetamu.
  15. Setelah selesai menjamu selera, pengantin telah dijemput untuk beramah mesra dan bersessi fotografi dengan tetamu dan ahli keluarga.
  16. Pengantin juga dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  17. Kelihatan rakan-rakan kepada Rose dan Rozaimi turut hadir dan menggunakan peluang ini untuk bergambar bersama.
  18. Kami juga telah membuka sessi karaoke dan menjemput tetamu untuk menyampaikan lagu bagi memeriahkan majlis.
  19. Sambutan yang kami terima sangat memberansangkan. Adik-adik kecil juga turut bersama kami memeriahkan acara. Rose dan rakan-rakan juga tidak ketinggalan menjayakan sessi karaoke kami.
  20. Sessi karaoke berlangsung sehingga penghujung tugasan kami. Tepat jam 4:00PM kami telah memohon untuk mengundur diri dan menamatkan tugasan kami.
  21. Kami sangat berpuas hati dengan tugasan yang kami jalankan di majlis ini. Diharap Rose, Rozaimi dan keluarga juga begitu.
  22. Diharap hubungan yang telah terbina di antara Rose dan Rozaimi akan terus berkekalan selamanya dan akan disemai dengan rasa bahagia juga dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1878_1024 thumb_IMG_1879_1024 thumb_IMG_1880_1024 thumb_IMG_1881_1024 thumb_IMG_1882_1024 thumb_IMG_1883_1024 thumb_IMG_1884_1024 thumb_IMG_1886_1024 thumb_IMG_1888_1024 thumb_IMG_1889_1024 thumb_IMG_1891_1024 thumb_IMG_1894_1024 thumb_IMG_1895_1024 thumb_IMG_1896_1024 thumb_IMG_1897_1024

Kami Ke Bangi Meraikan Syafiq Dan Nina Di Majlis Meriah Mereka

Majlis Perkahwinan Muhammad Syafiq Bin Zamani & Maizurina Binti Azmir

Tarikh: 28/11/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Bandar Baru Bangi bagi meraikan adik lelaki Puan Syafini yang telah menempah perkhidmatan kami.
  2. Cuaca pada pagi ini cukup cerah dan sangat terang dan kami telah tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:45AM.
  3. Kami telah disambut oleh ahli keluarga pengantin dan sejurus selepas itu kami terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  4. Sewaktu kami tiba, pasukan katering dari Noreen Katering juga sedang dalam persiapan untuk menyajikan hidangan.
  5. Majlis yang dilangsungkan di kediaman pengantin lelaki bertemakan warna biru. Sebanyak 9 buah kanopi telah didirikan di hadapan kediaman pengantin.
  6. Selepas pemasangan peralatan siap dilakukan, kami memainkan beberapa buah lagu dan memberikan ucapan bagi menguji mutu bunyi yang kami hasilkan dari sistem audio kami.
  7. Tepat jam 11:00AM, kami menukar persalinan kami dan kami telah dihidangkan dengan nasik lemak dan air kopi o oleh tuan rumah iaitu Tuan Zamani dan Puan Esah.
  8. Kami mula menjalankan tugasan rasmi kami dengan mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang mula hadir.
  9. Kelihatan jurufoto dan penyedia aiskrim juga tiba untuk memberikan khidmat di majlis ini.
  10. Rombongan pengantin perempuan dijadualkan tiba sekitar jam 1:10PM dan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan kehadiran mereka juga diserikan dengan persembahan silat dari Perguruan Silat Nusantara dan persembahan tarian dari Kumpulan Tarian ISDA Creative.
  11. Pasangan pengantin dan ahli keluarga telah dijemput untuk menjamu selera di meja makan beradab dan majlis juga diberkati dengan bacaan doa.
  12. Kelihatan kehadiran pada majlis ini cukup memeransangkan. Tidak disangka, kami juga telah bertemu dengan Puan Maria iaitu pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kami pada dua minggu lepas di Putrajaya.
  13. Selepas menjamu selera, pengantin telah dijemput untuk menjayakan acara memotong kek perkahwinan.
  14. Selesai acara memotong kek, mereka telah dijemput untuk memasuki kediaman untuk bersessi salam restu dan bergambar bersama keluarga. Terdapat pelamin yang telah disediakan bagi menyempurnakan acara ini.
  15. Acara terus meriah sehingga ke petang dan kami telah memutarkan beberapa lagu kerohanian, lagu-lagu kahwin dan juga lagu-lagu yang berbentuk islamik.
  16. Setelah selesai bersessi fotografi, pasangan mempelai kembali semula ke bahagian kanopi dan beramah mesra dengan sahabat-sahabat dan tetamu.
  17. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami sangat gembira melihat perjalanan majlis ini yang cukup teratur.
  18. Kami menamatkan tugasan kami tepat jam 4:00PM dan kami memohon untuk mengundurkan diri selepas memberikan ucapan penutup tugasan.
  19. Kelihatan Syafiq dan Nina cukup gembira sekali melihat tetamu yang hadir meraikan mereka pada hari ini.
  20. Buat pasangan Syafiq dan Nina, kami ucapkan syabas dan tahniah kepada anda di atas pertabalan sebagai suami dan isteri. Semoga kalian berdua hidup bahagia buat selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1853_1024 thumb_IMG_1854_1024 thumb_IMG_1855_1024 thumb_IMG_1856_1024 thumb_IMG_1857_1024 thumb_IMG_1858_1024 thumb_IMG_1859_1024 thumb_IMG_1860_1024 thumb_IMG_1861_1024 thumb_IMG_1863_1024 thumb_IMG_1864_1024 thumb_IMG_1865_1024 thumb_IMG_1866_1024 thumb_IMG_1867_1024 thumb_IMG_1868_1024 thumb_IMG_1870_1024 thumb_IMG_1871_1024 thumb_IMG_1875_1024

Memeriahkan Majlis Makan Malam & Hari Keluarga Jabatan Audit KPDNKK Putrajaya

thumb_IMG_1799_1024

Majlis Korporat Jabatan Audit KPDNKK

Tarikh: 14/11/2015

Lokasi : Dewan Serbaguna, Aras G, Lot 2G4, Precint 2

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas menjayakan majlis Azira dan Syam di Dato Keramat, kami terpaksa bergegas ke Putrajaya.
  2. Disebelah petang, kami telah diamanahkan untuk menjayakan majlis korporat anjuran Jabatan Audit KPDNKK di Putrajaya.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Puan Maria iaitu urusetia yang mengendalikan acara ini.
  4. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 5:30PM dan telah bertemu dengan Puan Maria sendiri untuk berbincang berkenaan tugasan kami pada majlis ini.
  5. Kami telah disambut mersa oleh beliau dan setelah penerangan dilakukan, kami terus melakukan pemasangan dan memulakan tugasan kami.
  6. Dapat dilihat rakan-rakan puan Maria sedang melakukan persiapan terakhir untuk menghias dewan. Juadah makanan dan minuman juga sedang disajikan.
  7. Acara ini akan dimulakan secara rasminya pada jam 8:00PM dan ianya akan dimeriahkan dengan aktiviti sukaneka oleh warga kerja jabatan audit ini dan keluarga mereka.
  8. Tepat jam 8:10AM, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian disusuli dengan ucapan dari Penolong Timbalan Pengarah Audit mewakili Mr Chiew Koh Chon.
  9. Selepas ucapan tersebut, majlis diteruskan dengan ucap tama dari jemputan VVIP itu Pn. Hajjah Saadatul Nafisah Bt Bashir Ahmad, Pengarah Audit Persekutuan II.
  10. Majlis diteruskan dengan acara menjamu selera yang dihidangkan secara buffet. Sementara tetamu mengambil juadah, majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan karaoke.
  11. Kemudian majlis digamatkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka yang disertai oleh semua tetamu.
  12. Sukaneka ini tidak ketinggalan turut disertai oleh keluarga, anak-anak dan VVIP yang hadir pada malam ini.
  13. Selain dari sukaneka, malam ini juga diselitan dengan kuiz meneka bilangan kacang di dalam balang dan juga cabutan nombor bertuah.
  14. Pelbagai hadiah menarik dan hamper yang ditawarkan kepada pemenang pada malam ini.
  15. Acara meriah ini berlangsung sehingga 11:00PM dan majlis ini sangat berjaya dengan penglibatan seluruh tetamu yang hadir.
  16. Kami cukup bertuah kerana telah diberikan peluang untuk bersama menjayakan majlis ini. Diharap dengan perkhidmatan yang telah kami berikan para hadirin gembira dan terhibur.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1790_1024 thumb_IMG_1791_1024 thumb_IMG_1792_1024 thumb_IMG_1793_1024 thumb_IMG_1795_1024 thumb_IMG_1798_1024 thumb_IMG_1799_1024 thumb_IMG_1800_1024 thumb_IMG_1801_1024 thumb_IMG_1802_1024 thumb_IMG_1803_1024

Menjayakan Majlis Perkahwinan Azira & Cikgu Syam Di Dato Keramat

Majlis Perkahwinan Noor Azira Binti Mohamed Yusop & Hisham

Tarikh: 14/11/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Dato Keramat

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, kami telah ditugaskan untuk memeriahkan majlis pasangan Azira dan Syam.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Azira dan beliau telah memilih Combo B sebagai peneman majlis resepsi beliau.
  3. Kami tiba ke dewan ini sedikit lewat iaitu pada jam 10:15AM kerana pengantin ingin kami bertugas bermula dari jam 11:30AM sehingga 4:00PM.
  4. Kami telah beberapa kali bertugas di dewan ini dan kami suka bertugas di sini kerana dewan ini diselenggara dengan baik.
  5. Kami juga telah dibekalkan dengan koleksi lagu yang dipilih oleh pengantin dan beberapa maklumat penting yang akan kami gunakan ketika mengacara majlis ini.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami melakukan pengujian mutu bunyi yang dihasilkan melalui sistem audio kami.
  7. Tepat jam 11:30AM, setelah menukar persalinan dan lengkap bersongkok, kami terus melakukan ucapan pembukaan dan mengucapkan selamat datang kepada seluruh ahli keluarga dan tetamu yang telah berada di dewan ini.
  8. Pihak katering dari Z&Z Catering yang berpangkalan di Taman Cahaya Ampang pada ketika itu sedang melakukan persiapan terakhir.
  9. Juadah dihidangkan tepat pada jam 11:30AM dan hidangan yang disediakan sangat menyelerakan. Terdapat teh tarik, cendol dan kuih muih yang dihidangkan. Majlis juga diserikan dengan pemanis tekak iaitu soft ice-cream dari Wafi dan aiskrim goyang serta apam balik.
  10. Pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki tiba ke dewan pada jam 1:10PM. Mereka telah diarak oleh pasukan kompang Nur Iman yang berpangkalan di Taman Cahaya.
  11. Pasangan pengantin cukup berseri sekali dengan busana berwarna kuning dan mereka memasuki dengan dengan penuh bergaya dan terus menuju ke pentas pelamin.
  12. Di pentas pelamin, pasangan diberkati dengan bacaan doa dan majlis diteruskan dengan persembahan kompang dan sessi merenjis.
  13. Selepas sessi merenjis selesai, majlis diteruskan dengan mempersilakan pasangan pengantin untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  14. Selesai menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan acara memotong kek. Kami telah menjemput mereka dan tetamu jumputan untuk bersama-sama bagi merakamkan foto pada acara yang romantis ini.
  15. Selepas sessi memotong kek selesai dijalankan, kami mempersilakan Azira dan Syam untuk kembali semula ke pelamin untuk menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan teman.
  16. Sessi fotografi dan videografi berlangsung meriah. Acara ini dijayakan oleh pasukan fotografi dari Lamargraphy.
  17. Selepas selesai sessi fotografi, pasangan mempelai turun dari pelamin dan beramah mesra dengan tetamu dan keluarga di ruang utama dewan.
  18. Tepat jam 4:30PM, kami telah memohon mengundur diri dan kami telah memberikan ucapan penutup tugasan kami dengan pantun-pantun bersahaja.
  19. Kepada Azira dan Syam, kami doakan agar hubungan yang telah terbina ini akan memberikan sinar bahagia yang berkekalan selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1762_1024 thumb_IMG_1763_1024 thumb_IMG_1764_1024 thumb_IMG_1766_1024 thumb_IMG_1767_1024 thumb_IMG_1768_1024 thumb_IMG_1770_1024 thumb_IMG_1772_1024 thumb_IMG_1774_1024 thumb_IMG_1775_1024 thumb_IMG_1777_1024 thumb_IMG_1778_1024 thumb_IMG_1781_1024 thumb_IMG_1784_1024

Menjayakan Majlis Resepsi Shafie & Farra Di Fraser Place Kuala Lumpur

thumb_IMG_1707_1024

Majlis Perkahwinan Mohd Shafie Datuk Mahmud & Farra Agung

Tarikh: 7/11/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Fraser Place, Jalan Perak

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Setelah kami menjayakan majlis resepsi Nadzirah dan Akmal di Putrajaya, kami terus bergegas ke Kuala Lumpur.
  2. Kali ini, kami akan meraikan pasangan Shafie dan Farra di salah sebuah hotel iaitu Fraser Place, Kuala Lumpur.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh adik kembar kepada pengantin lelaki iaitu Puan Sakinah dan beliau bersetuju untuk memilih Combo C sebagai penyeri majlis mereka.
  4. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 5:15PM dan terus melakukan pemasangan setelah bertemu sebentar dengan ahli keluarga pengantin.
  5. Majlis ini sungguh istimewa kerana ianya akan mengabungkan 2 keluarga dari Malaysia dan Indonesia.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami melakukan pengujian mutu bunyi yang dihasilkan melalui sistem audio kami.
  7. Kami memulakan kata-kata ucapan pembukaan sekitar jam 7:45PM dan tetamu mula memenuhkan ruang utama sekitar jam 8:00PM.
  8. Pengantin yang diraikan iaitu Shafie dan Farra tiba ke dewan pada jam 8:00PM. Kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan memulakan majlis secara rasminya.
  9. Majlis dimulakan dengan mempersilakan pengapit kedua-dua mempelai untuk memberikan kata-kata ucapan.
  10. Selepas ucapan dari pengapit disampaikan, majlis diteruskan dengan memberikan peluang kepada Shafie dan Farra menyampaikan ucapan mereka.
  11. Sebelum upacara makan bermula, bacaan doa disampaikan dan sessi makan malam diteruskan selepas bacaan doa selesai.
  12. Pelbagai lauk dan menu menarik yang dihidangkan dan seluruh tetapi mula menjamu selera.
  13. Ketika pasangan mempelai menjamu selera, kami telah memulakan sessi tayangan video pernikahan yang dilangsungkan pada petang hari.
  14. Selepas itu, kami membuka sessi karaoke kami dan ianya mendapat sambutan yang hangat dari kedua-dua belah keluarga.
  15. Beberapa buah lagu disampaikan. Lagu dari Indonesia dan Malaysia menjadi pilihan para tetamu.
  16. Selepas kemeriahan karaoke berakhir, acara diteruskan dengan sessi tarian yang diserikan dengan penyertaan pengantin dan ahli keluarga.
  17. Sessi tari menari merupakan acara terakhir yang dilangsungkan pada malam tersebut.
  18. Kelihatan seluruh tetamu yang hadir cukup gembira sekali dengan majlis pada malam tersebut.
  19. Alhamdulillah, kelihatan Shafie dan Farra sangat gembira melihat majlis ini berjaya dan kami ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1694_1024 thumb_IMG_1698_1024 thumb_IMG_1699_1024 thumb_IMG_1700_1024 thumb_IMG_1702_1024 thumb_IMG_1704_1024 thumb_IMG_1705_1024 thumb_IMG_1707_1024 thumb_IMG_1708_1024 thumb_IMG_1710_1024 thumb_IMG_1712_1024 thumb_IMG_1714_1024 thumb_IMG_1716_1024 thumb_IMG_1717_1024

Kembali Bersiaran Di Dewan Serbaguna Presint 16, Putrajaya

Majlis Perkahwinan Nadzirah Binti Mohamad Yusop & Mohd Nur Akmal Bin Mustaffa Kamal

Tarikh: 07/11/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 16

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tugasan kali ini telah dilakukan di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya untuk meraikan pasangan Nadzirah dan Akmal.
  2. Kami telah beberapa kali bertugas di dewan ini. Dewan yang cukup selesa dengan kemudahan yang serba lengkap.
  3. Pengantin perempuan iaitu Nadzirah telah melakukan tempahan seawal bulan Mei yang lepas  dan beliau telah memilih pakej Combo B kami sebagai penyeri majlis ini.
  4. Kami tiba di dewan seawal jam 9:30AM dan telah bertemu dengan Nadzirah sendiri bagi perbincangan ringkas sebelum pamasangan dilakukan.
  5. Kami juga telah dibekalkan dengan koleksi lagu yang dipilih oleh pengantin dan beberapa maklumat penting yang akan kami gunakan ketika mengacara majlis ini.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami melakukan pengujian mutu bunyi yang dihasilkan melalui sistem audio kami.
  7. Tepat jam 11:00AM, setelah menukar persalinan dan lengkap bersongkok, kami terus melakukan ucapan pembukaan dan mengucapkan selamat datang kepada seluruh ahli keluarga dan tetamu yang telah berada di dewan ini.
  8. Pihak katering dari Sri Jelok Alimah Catering yang berpangkalan di Kajang pada ketika itu sedang melakukan persiapan terakhir.
  9. Juadah dihidangkan tepat pada jam 11:15AM dan hidangan yang disediakan sangat menyelerakan. Terdapat teh tarik, cendol dan kuih muih yang dihidangkan.
  10. Diluar dewan, terdapat photobooth yang disediakan untuk memberi ruang kepada tetamu yang ingin bergambar.
  11. Tepat jam 12:30PM, majlis mula dipenuhi dengan kehadiran tetamu jemputan.
  12. Pasangan pengantin tiba ke dewan bersama dengan rombongan pengantin lelaki sekitar jam 1:45PM. Nad dan Akmal telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  13. Mereka terus berjalan menuju ke dalam dewan dan mereka telah disambut dengan lagu dari Kau lah Segalanya.
  14. Mereka terus menuju ke pentas pelamin dan duduk di singahsana pelaminan. Kami telah mengalu-alukan kehadiran pasangan mempelai dan seluruh rombongan pengantin lelaki.
  15. Seterusnya doa disampaikan dan majlis diteruskan dengan sessi makan beradab.
  16. Pasangan mempelai menuruni pentas pelamin dan terus menuju ke meja makan beradab. Sessi makan beradab ini disertai oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan.
  17. Selepas selesai sessi makan beradab, pasangan mempelai dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  18. Sejurus selepas itu, mereka sekali lagi dijemput untuk naik ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  19. Sessi fotografi dijayakan bersama ahli keluarga dan rakan taulan. Sessi ini berlangsung meriah sehingga ke petang.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami menamatkan tugasan kami dengan ucapan penutup dan ucapan terima kasih kami kepada pasangan mempelai yang telah memberikan peluang kepada kami untuk berkongsi kemeriahan majlis ini.
  21. Syabas diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan pasangan pengantin yang berjaya menganjurkan majlis yang cukup berjaya pada hari ini.
  22. Buat Nad dan Akmal, kami doakan agar kalian berdua akan senantiasa diberikan kebahagian di dunia dan di akhirat dan mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

thumb_IMG_1689_1024 thumb_IMG_1687_1024 thumb_IMG_1685_1024 thumb_IMG_1684_1024 thumb_IMG_1683_1024 thumb_IMG_1682_1024 thumb_IMG_1681_1024 thumb_IMG_1680_1024 thumb_IMG_1679_1024 thumb_IMG_1678_1024 thumb_IMG_1676_1024 thumb_IMG_1675_1024 thumb_IMG_1674_1024

Meraikan Syafeeq Dan Siti Aishah Di Ampang Hilir

thumb_IMG_1655_1024

Majlis Perkahwinan Muhammad Syafeeq Bin Mohd Arifin & Siti Aishah Binti Mohamed Salleh

Tarikh: 1/11/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan MPAJ, Tasik Ampang Hilir, Ampang

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kami sekali lagi hadir ke Dewan MPAJ Ampang Hilir bagi menjayakan tugasan kami untuk majlis perkahwinan.
  2. Kali ini kami ditugaskan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kami untuk Muhammad Syafeeq dan pasangannya Siti Aishah.
  3. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan. Kami sempat bertemu dengan Tuan Ariffin iaitu bapa kepada Syafeeq untuk melakukan perbincangan.
  4. Kami telah dimaklumkan bahawa untuk majlis ini pengacara majlis adalah bapa saudara kepada pengantin sendiri iaitu Encik Rahim.
  5. Kami telah bertemu dengan Encik Rahim dan beliau telah mengaturkan segala perjalanan majlis sepanjang hari tersebut.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami melakukan pengujian mutu bunyi yang dihasilkan melalui sistem audio kami.
  7. Tepat jam 11:00AM, majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dari pihak kami dan seterusnya majlis diteruskan dan diacarakan oleh Encik Rahim.
  8. Pengantin dijadualkan tiba sekitar jam 1:30PM dan mereka diarak dengan paluan kompang oleh pasukan kompang yang mengiringi kemasukkan mereka.
  9. Pengantin terus menuju ke pentas pelamin dan persembahan silat dipersembahkan kehadapan pengantin.
  10. Syafeeq dan Aishah kelihatan cukup gembira melihat kehadiran tetamu yang hadir meraikan mereka sambil sessi salam restu diadakan dipentas pelamin.
  11. Selepas selesai sessi salam restu, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjamu selera dimeja makan beradab.
  12. Pengantin menjamu selera bersama dan persembahan tarian diadakan sejurus selepas itu.
  13. Selepas sessi makan beradab selesai, acara diteruskan dengan sessi memotong kek perkahwinan. Syafeeq dan Aishah sekali lagi dijemput menjayakan sessi ini.
  14. Selepas sessi memotong kek, pengantin telah dijemput untuk mejayakan sessi fotografi bersama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  15. Sessi fotografi berlangsung cukup meriah dan ceria sekali. Pada masa yang sama, kami telah menjemput tetamu untuk berkaraoke.
  16. Acara berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami terpaksa menamatkan tugasan kami apabila jam menunjukkan tepat pukul 4:00PM.
  17. Alhamdulillah, segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami doakan Syafeeq dan Aishah akan terus bahagia disamping orang tersayang dan dapat menghadapi dugaan dalam kehidupan berumah tangga dengan jayanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

thumb_IMG_1642_1024 thumb_IMG_1643_1024 thumb_IMG_1644_1024 thumb_IMG_1645_1024 thumb_IMG_1646_1024 thumb_IMG_1647_1024 thumb_IMG_1648_1024 thumb_IMG_1650_1024 thumb_IMG_1651_1024 thumb_IMG_1652_1024 thumb_IMG_1653_1024 thumb_IMG_1654_1024 thumb_IMG_1655_1024 thumb_IMG_1657_1024

Upacara Akad Nikah Akmal & Mint Di Batu Muda, Kuala Lumpur

Majlis Perkahwinan Muhamad Akmal Bin Abd Majid & Siti Aminah Binti Jam Mohd

Tarikh: 31/10/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Komuniti Batu Muda

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Ini adalah kali pertama kami bertugas di Dewan Komuniti Batu Muda Kuala Lumpur.
  2. Dewan yang luas dan bersaiz 3 gelanggang badminton ini mempunyai kelengkapan asas yang baik seperti tandas, surau dan bilik persalinan.
  3. Kami tiba lokasi lebih awal dari biasa kerana pengantin menambah masa operasi perkhidmatan kami kepada 1 jam masa tambahan kerana mereka ingin melangsungkan upacara akad nikah di sebelah pagi.
  4. Kami tiba sekitar jam 8:30AM dan telah melakukan pemantauan dan pemasangan.
  5. Kami adalah petugas yang pertama tiba. Waktu ini tiada sesiapa di dewan.
  6. Kami telah melakukan pemasangan dan telah melakukan pengujian mutu suara sistem audio kami.
  7. Ahli keluarga pengantin lelaki dan ahli keluarga pengantin perempuan mula tiba sekitar jam 10:00AM. Kami telah memainkan beberapa buah lagu kerohanian dan memberikan ucapan alu-aluan.
  8. Upacara akad nikah akan dilangsungkan di pentas utama dewan. Terdapat pelamin dan permaidani yang dibentangkan di atas pentas.
  9. Jurunikah yang akan melaksanakan upacara akad nikah ini adalah Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Abdul Hamid Bin Haji Abdul Ghani. Beliau telah dijemput naik ke pentas untuk memulakan tugasan.
  10. Kami telah mengalu-alukan kedatangan jurunikah dan menjemput pengantin dan seluruh ahli keluarga untuk bersama-sama berkumpul di pentas.
  11. Khutbah dibaca dan doa juga disampaikan oleh jurunikah. Alhamdulillah semasa akda dijalankan, hanya dengan sekali lafaz sahaja Akmal telah memiliki Mint dan mereka sah bergelar suami isteri.
  12. Selepas selesai acara akad nikah, majlis diteruskan dengan jamuan ringan.
  13. Kemudian pentas utama diambil alih oleh kumpulan  marhaban dari Al-Siqaf. Mereka menyampaikan marhaban dengan penuh bersemangat sekali. Persembahan marhaban berakhir kira-kira jam 12:20PM.
  14. Tepat jam 1:45PM pengantin telah bersiap sedia untuk memasuki dewan. Kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan telah menjemput pengantin untuk memasuki dewan.
  15. Bacaan selawat dan doa disampaikan apabila pengantin berhenti seketika dipertengahan dewan. Doa dan selawat disampaikan sendiri oleh Imam Jam Mohd iaitu bapa kepada Mint.
  16. Pengantin terus menuju ke meja makan beradab selepas doa selesai dibaca.
  17. Kami telah mengalu-alukan ketiba pengantin dan menjemput mereka untuk menjamu selera. Kami juga telah menjemput ahli keluarga dan wakil keluarga untuk turut serta menjamu selera.
  18. Selepas selesai menjamu selera, mereka dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek dan kemudian Akmal dan Mint telah dijemput untuk menjayakan sessi fotografi.
  19. Semasa sessi fotografi, kami telah menjemput seluruh ahli keluarga dan sahabat handai pengantin untuk bersama merakamkan foto kenangan bersama pasangan mempelai.
  20. Selepas sessi fotografi berakhir, majlis diteruskan dengan sessi beramah mersa bersama dengan tetamu jemputan.
  21. Tepat jam 4:00PM, kami telah memberikan kata-kata dan ucapan penutup kami bagi mengakhiri tugasan kami di majlis meriah Mint dan Akmal.
  22. Alhamdulillah, segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami doakan Mint dan Akmal akan terus bahagia disamping orang tersayang dan dapat menghadapi dugaan dalam kehidupan berumah tangga dengan jayanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1620_1024 thumb_IMG_1622_1024 thumb_IMG_1623_1024 thumb_IMG_1624_1024 thumb_IMG_1625_1024 thumb_IMG_1626_1024 thumb_IMG_1627_1024 thumb_IMG_1628_1024 thumb_IMG_1630_1024 thumb_IMG_1632_1024 thumb_IMG_1633_1024 thumb_IMG_1635_1024 thumb_IMG_1636_1024 thumb_IMG_1637_1024 thumb_IMG_1638_1024 thumb_IMG_1639_1024 thumb_IMG_1640_1024