Monthly Archives: December 2015

Sekali Lagi Di Shah Alam Meraikan Ika Dan Riz

thumb_IMG_2264_1024

Majlis Perkahwinan Mohamed Rizal Bin Jaafar & Nor Atikah Binti Ismail Marjan

Tarikh: 20/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi :  Dewan Warisan Warga Emas, Seksyen 24

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah meraikan Azwan Dan Artina di Seksyen 18, hari ini kami bertugas pula di Seksyen 24 Shah Alam bagi meraikan Ika dan Riz.
  2. Combo A menjadi pilihan Ika dan Riz dan mereka telah menempah kami melalui borang tempahan online kami.
  3. Menurut rekod, ini adalah kali ketiga kami bertugas di dewan ini. Dewan yang cukup baik lengkap dengan penghawa dingin, kipas dan keperluan asas yang lain.
  4. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:40AM dan terus memasuki dewan bagi melihat dan meninjau layout dan susun atur di dalamnya.
  5. Rakan-rakan Riz yang akan membuat persembahan secara live band telah mula tiba untuk tujuan pemasangan peralatan.
  6. Kami juga terus membawa peralatan kami ke dalam dewan untuk pamasangan. Setelah pemasangan siap dilakukan kami terus melakukan pengujian suara dan bunyi.
  7. Kami dimaklumkan bahawa majlis akad nikah sedang dilangsungkan pada pagi ini dan pengantin akan tiba ke dewan bagi menjayakan upacara persandingan sekitar jam 1:30PM.
  8. Kami telah melakukan perbincangan dengan anggota kumpulan band untuk memastikan kami berada dalam keadaan selari dengan aturcara yang telah diberikan oleh pengantin.
  9. Band yang digelar Mawar And The Gentlemen memainkan beberapa buah lagu pada pagi tersebut dan kami juga telah mendapat isyarat bahawa makanan telah dihidangkan dan tersedia untuk dijamu.
  10. Pelbagai juadah yang disajikan termasuk aiskrim goyang dan juga kehadiran badut dan mascot mickey mouse cukup menggembirakan tetamu kecil di majlis ini.
  11. Bacaan doa selamat disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Hassan Bin Ismail bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Pengantin tiba tepat jam 1:30PM dan kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan diselangi dengan aluanan selawat.
  13. Riz dan Ika terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan apabila mereka duduk di pelaminan, kami telah memberikan kata-kata aluan.
  14. Kami telah menjemput keluarga kedua-dua belah pihak untuk menjayakan sessi bersalam restu dan merenjis.
  15. Selesai sessi bersalam restu, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab dan seterusnya pengantin berkenana untuk menjayakan sessi memotong kek.
  16. Semasa sessi memotong kek, kami telah memainkan lagu dari MLTR iaitu You Took My Heart Away di atas permintaan Riz.
  17. Selesai sessi memotong, majlis diteruskan dengan sessi fotografi yang turut dijayakan oleh rakan-rakan dan ahli keluarga.
  18. Majlis meriah sehingga ke petang dan kerancakan persembahan dari Mawar And The Gentlemen cukup memeriahkan majlis.
  19. Kehadiran tetamu yang memeransangkan juga membuatkan Ika dan Riz gembira.
  20. Setelah jam menunjukkan 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dan memberikan ucapan penutup bagi mengakhiri tugasan kami.
  21. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan cukup meriah. Tahniah kami ucapakan kepada Riz dan Ika di atas kejayaan majlis ini. Semoga hubungan kalian akan bahagia selamanya dan dikurniakan kehidupan yang lebih baik dan penuh diberkati.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2255_1024 thumb_IMG_2259_1024 thumb_IMG_2260_1024 thumb_IMG_2261_1024 thumb_IMG_2262_1024 thumb_IMG_2263_1024 thumb_IMG_2264_1024 thumb_IMG_2266_1024 thumb_IMG_2269_1024 thumb_IMG_2270_1024

 

Menjayakan Majlis Noor Azwan Dan Nur Artina Di Bandar Anggerik, Shah Alam

Majlis Perkahwinan Noor Azwan Bin Dollah & Nur Artina Binti Abdul Rahman

Tarikh: 19/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi :  Seksyen 18

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Shah Alam, sebuah bandaraya yang permai dan aman bagi menerima jemputan Noor Azwan iaitu pengantin lelaki.
  2. Azwan telah memilih Combo A kami sebagai penyeri majlis perkahwinan beliau dan telah melakukan tempahan secara online.
  3. Kami tiba ke kediaman beliau sekitar jam 9:35AM dan telah disambut mesra oleh keluarga Azwan.
  4. Setelah menentukan tempat untuk kami bertugas, kami terus melakukan pemasangan dan melakukan pengujian terhadap mutu dan kualiti bunyi yang dihasilkan.
  5. Melalui pemerhatian kami, terdapat 7 buah kanopi didirikan dihadapan kediaman pengantin.
  6. Pada ketika itu, pasukan katering dari Mirazy Catering juga telah mula melakukan kerja-kerja persiapan.
  7. Tepat jam 11:00AM kami telah memberikan kata-kata aluan dan memperkenalkan diri kami kepada tetamu-tetamu yang telah hadir ke majlis ini.
  8. Kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
  9. Rombongan pengantin dimaklumkan akan tiba sekitar jam 12:30PM. Ketibaan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Kumpulan Kompang Melayu Shah Alam.
  10. Pengantin berarak terus menuju ke pentas pelamin yang terletak di dalam kediaman sejurus mereka tiba ke rumah.
  11. Acara persandingan diadakan dan bacaan doa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Imam Zainuddin.
  12. Setelah bacaan doa selesai dibaca, majlis diteruskan dengan sessi salam restu dan merenjis.
  13. Selepas selesai acara merenjis di pentas pelamin, Azwan dan Artina telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab.
  14. Pasangan mempelai menjamu selera bersama dengan ahli keluarga dan sejurus selepas itu mereka menukar persalinan mereka untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Sessi karaoke juga diadakan tatkala menantikan Azwan dan Artina bersiap.  Bapa iaitu Tuan Haji Dollah dan ibu Puan Hajjah Siti Salwiah juga menjemput beberapa rakan-rakan mereka untuk menyampaikan lagu. Ternyata gembira sekali mereka berdua melihat rakan-rakan lama hadir meraikan majlis ini.
  16. Setelah Azwan dan Artina selesai bersiap, mereka telah menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  17. Azwan dan Artina juga berkenan untuk menjayakan sessi beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir dan mereka juga turut menjayakan sessi fotografi.
  18. Cuaca cukup baik sekali sehingga ke petang dan majlis berjaya dijalankan dengan jayanya.
  19. Kami mengakhiri tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan telah memberikan ucapan penutup kepada seluruh tetamu dan ahli keluarga yang masih bersama sehingga ke petang.
  20. Kepada Azwan dan Artina serta sessi keluarga, tahniah kami ucapkan diatas kejayaan majlis ini. Kami doakan agar Azwan dan Artina diberi keberkatan di dalam hubungan yang telah terjalin ini dan dilimpahi rahmat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2122_1024 thumb_IMG_2124_1024 thumb_IMG_2140_1024 thumb_IMG_2137_1024 thumb_IMG_2133_1024 thumb_IMG_2132_1024 thumb_IMG_2131_1024 thumb_IMG_2130_1024 thumb_IMG_2127_1024 thumb_IMG_2126_1024 thumb_IMG_2125_1024

Kembali Ke Jade Hills Meraikan Nissa & Fikri

thumb_IMG_2041_1024

Majlis Perkahwinan Nur Khairunnisa Binti Leman & Muhammad Azzulfikri Bin Mohd Hanif

Tarikh: 13/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Club House, Jade Hills

Bandar : Kajang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini merupakan hari yang paling bermakna untuk kami kerana ini adalah kali ke-3 kami menjayakan majlis untuk puteri Yang Berbahagia Puan Patimah.
  2. Sebelum ini kami telah 2 kali menjayakan majlis untuk kakak-kakak kepada Nissa.
  3. Selain berlangsungnya majlis resepsi, majlis pada hari ini merupakan majlis pertunangan dan juga pernikahan yang diadakan secara serentak di lokasi ini.
  4. Nissa telah memilih combo A untuk acara ini dan beliau telah melakukan tempahan secara online dari borang tempahan online kami.
  5. Tambahan masa selama sejam telah dilakukan oleh Nissa untuk kami melakukan kerja lebih awal untuk persiapan majlis tunang dan nikah.
  6. Majlis diadakan di sebuah cafe yang terletak di club house. Pelamin didirikan di dalam cafe dan terdapat beberapa buah kanopi yang didirikan di kawasan lapang di luar cafe.
  7. Upacara pertunangan dan pernikahan selesai dijalankan dengan ringkas. Majlis diacarakan oleh bapa saudara pengantin perempuan.
  8. Sejurus selepas itu, acara diteruskan dengan sessi fotografi yang diadakan bersama busana pernikahan pengantin.
  9. Selepas selesai sessi fotografi, kami terus menjalankan tugasan kami dengan memeriahkan majlis dengan sessi karaoke yang sedang ditunggu-tunggu oleh ahli keluarga pengantin.
  10. Kami dikhabarkan bahawa rombongan pengantin dan pasukan kompang akan tiba ke desitinasi sekitar jam 12:30PM.
  11. Majlis juga diserikan dengan kehadiran isteri timbalan perdana menteri Malaysia iaitu YBhg Datuk Datin Seri Di-Raja Hjh Hamidah Binti Hj Khamis.
  12. Apabila pengantin berarak masuk, kami telah mengalu-alukan kehadiran mereka dan pasukan kompang terus memalukan paluan mereka dan terus berarak menuju ke ruang utama majlis untuk sessi persandingan.
  13. Tuan Haji Mahfuz mengambil tempat dengan berselawat dan juga memimpin bacaan doa.
  14. Sessi bersalam restu dan merenjis diadakan di pelamin kemudian majlis diteruskan dengan sessi makan beradab.
  15. Selepas sessi makan beradab, pengantin menyempurnakan sessi memotong kek perkahwinan dan Fikri menggunakan kesempatan ini untuk memberikan ucapan ‘Happy Anniversary’ kepada ayahanda dan bonda beliau.
  16. Kelihatan cukup ramai tetamu yang hadir memeriahkan acara ini. Sessi karaoke mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Begitu juga penyedia photobooth dari Waghih Photobooth yang sibuk melayani tetamu.
  17. Walaupun sebelah petang sedikit hujan, tetapi semuanya terkawal berkat kerjasama sepasukan dari ahli keluarga.
  18. Kami mengakhiri tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan telah memberikan ucapan penutup kepada seluruh tetamu dan ahli keluarga yang masih bersama sehingga ke petang.
  19. Buat Nissa dan Fikri, tahniah kami ucapkan tahniah ke atas kejayaan majlis anda dan terima kasih kerana memilih kami sekali lagi bagi menjayakan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2027_1024 thumb_IMG_2030_1024 thumb_IMG_2036_1024 thumb_IMG_2041_1024 thumb_IMG_2046_1024 thumb_IMG_2047_1024 thumb_IMG_2048_1024 thumb_IMG_2050_1024 thumb_IMG_2052_1024 thumb_IMG_2053_1024 thumb_IMG_2054_1024 thumb_IMG_2055_1024

Memberikan Perkhidmatan Terbaik Kami Di Majlis Hafiza Dan Akmal

Majlis Perkahwinan Nor Hafiza Binti Baharudin & Muhammad Akmal Bin A’zam Bin Surani

Tarikh: 12/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan SMK Bandar Sunway

Bandar : Subang Jaya

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Projector)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di SMK Bandar Sunway, Subang Jaya di sebuah dewan yang yang cukup selesa dan bersaiz agak besar.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan mendapati pihak katering dari NC Caterer & Canopy juga telah berada di dewan bagi melakukan persiapan.
  3. Setelah melakukan pemerhatian dewan, kami terus memulakan pemasangan peralatan kami.
  4. Hafiza telah melakukan tempahan melalui borang tempahan online yang terdapat di laman web kami. Beliau telah memilih pakej Combo C yang lengkap dengan projector.
  5. Setelah pemasangan siap dilakukan kami, terus melakukan sessi pengujian mutu audio. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik sekali.
  6. Kami memulakan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan pembukaan dan telah menjemput ahli keluarga untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah mula disajikan.
  7. Sewaktu kami memulakan tugasan, ibu saudara kepada Fiza, telah memberikan bahan untuk tayang multimedia atau ‘photo slideshow’ yang akan ditayangkan sewaktu pengantin menjamu selera nanti.
  8. Rombongan pengantin lelaki dan pasangan pengantin telah tiba ke lokasi majlis pada jam 2:00PM dan ketibaan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari pasukan kompang Al-Husna.
  9. Mereka terus diarak ke dalam dewan dan kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan menjemput Fiza dan Amal untuk terus menuju ke pentas pelamin.
  10. Sejurus mereka duduk di pentas pelamin, kami telah memberi ucapan pembukaan dan telah menjemput bapa saudara kepada Fiza iaitu Tuan Ismadi Ismail untuk memimpin bacaan doa.
  11. Selepas selesai bacaan doa disampaikan, majlis diteruskan dengan acara salam restu dan merenjis. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin dan rakan-rakan pengantin untuk menyertai sessi ini.
  12. Acara makan beradab dimulakan selepas sessi merenjis dan sementara pasangan mempelai menjamu selera, kami telah berkongsikan kronologi percintaan mereka berdua sambil diiring dengan lagu Cinta Muka Buku iaitu lagu percintaan mereka.
  13. Kami juga telah menayangkan video montaj yang disediakan oleh Fiza dan Amal untuk mengisi ruang pada sessi makan beradab.
  14. Selepas sessi makan beradab selesai, kami telah menjemput Fiza dan Amal untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Sessi fotografi turut dijayakan, dan kami telah mempersilakan ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan untuk bergambar bersama.
  16. Acara berlangsung meriah sehingga ke petang dan dapat dilihat tetamu cukup gembira sekali melihat dan bertemu Fiza dan Akmal di sessi beramah mesra.
  17. Kami menamatkan tugasan kami apabila masanya telah tiba dan kebetulan pada waktu itu tetamu telah mula beransur pulang.
  18. Kami telah memberikan ucapan penutup dengan memberikan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga dan petugas-petugas yang menjaya majlis ini.
  19. Kami doakan agar Fiza dan Amal akan terus bahagia dan dikurniakan dengan kehidupan yang lebih baik bersama orang tersayang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1989_1024 thumb_IMG_1991_1024 thumb_IMG_1992_1024 thumb_IMG_1993_1024 thumb_IMG_1995_1024 thumb_IMG_1997_1024 thumb_IMG_1999_1024 thumb_IMG_2001_1024 thumb_IMG_2006_1024 thumb_IMG_2009_1024 thumb_IMG_2012_1024 thumb_IMG_2014_1024 thumb_IMG_2017_1024

Karaoke Sehingga Ke Petang Di Majlis Tuan Rossam

thumb_IMG_1965_1024

Majlis Perkahwinan Noor Asykin & Muhamad Sufri Bersama Noor Asyidah & Jairi

Tarikh: 6/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Cahaya

Bandar : Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Ampang bagi memberikan perkhidmatan kami kepada Tuan Rossam iaitu bapa kepada pengantin perempuan.
  2. Kedua-dua puteri Tuan Rossam disatukan pada majlis resepsi yang diadakan di kediaman beliau dan Tuan Rossam telah memilih Combo A sebagai penyeri majlis beliau.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Noor Asyikin melalui laman web kami.
  4. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:40AM dan telah bertemu dengan Syikin dan tuan Rossam sendiri.
  5. Setelah perbincangan dilakukan, kami terus melakukan pemasangan peralatan dan membuat sessi pengujian.
  6. Hari ini kami rasa cukup bertuah kerana bakal menyaksikan dua pasang mempelai yang akan duduk bersanding di pentas pelamin. Pentas pelamin telah didirikan di bahagian kanopi.
  7. Tepat jam 11:00AM kami telah kembali ke lokasi tugasan kami untuk memberikan kata-kata muqadimah dan ucapan pembukaan.
  8. Tepat jam 11:30AM, juadah masakan telah dihidangkan dan kami telah menjemput para petugas untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan. Teh tarik dan kuih muih juga turut dijamu.
  9. Kami dimaklumkan bahawa rombongan pengantin lelaki akan tiba sekitar jam 12:30PM. Kami juga telah menerima wakil keluarga yang ingin menyampaikan persembahan mereka melalui sistem karaoke kami.
  10. Sambutan untuk berkaraoke sangat menggalakkan, tetapi kami terpaksa merehatkan sessi ini untuk memberi laluan kepada acara kemuncak yang akan berlangsung.
  11. Hujan renyai-renyai turun merahmati majlis ini dan rombongan pengantin lelaki tiba dengan disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  12. Syikin dan Noor berjalan menuju ke pasangan masing-masing dan menyambut ketibaan tetamu jemputan.
  13. Pasangan-pasangan pengantin terus menuju ke pentas pelamin dan mereka disandingkan.
  14. Acara diteruskan dengan bacaan doa dan sessi merenjis juga turut diadakan selepas itu.
  15. Selepas selesai sessi merenjis, pengantin telah dijemput untuk menjamu selera di meja makan beradab. Tetapi sebelum mereka menjamu selera, mereka telah menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Kehadiran tetamu pada majlis ini cukup memberangsangkan dan meriah sekali.
  17. Sessi karaoke bersambung semula tatkala pasangan mempelai menjamu selera.
  18. Kemudian pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi fotografi dan mereka juga turut serta menyampaikan lagu pada sessi karaoke.
  19. Kemeriahan majlis berakhir pada jam 4:00PM dan kami juga menamatkan tugasan kami pada waktu itu.
  20. Ucapan terima kasih telah kami sampaikan kepada seluruh tetamu terutama sekali kepada ayahanda dan bonda pengantin perempuan iaitu Tuan Rossam dan Puan Ismi kerana memberi layanan yang cukup baik sepanjang kami bertugas di majlis ini.
  21. Kami doakan pasangan-pasangan mempelai yang kami raikan pada hari ini akan mendapat barakah di dalam perhubungan mereka dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1948_1024 thumb_IMG_1950_1024 thumb_IMG_1951_1024 thumb_IMG_1954_1024 thumb_IMG_1955_1024 thumb_IMG_1957_1024 thumb_IMG_1960_1024 thumb_IMG_1963_1024 thumb_IMG_1965_1024 thumb_IMG_1968_1024 thumb_IMG_1970_1024

Memeriahkan Majlis Resepsi Azzizi Dan Naz Di Sungai Buloh

Majlis Perkahwinan Norazzizi Bin Nordin & Nazirah Binti Ahmad

Tarikh: 5/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Perdana, Akademi Hevea Malaysia, RRIM

Bandar : Sg Buloh, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Ini adalah kali kedua kami bertugas di lokasi ini. Kali pertama kami beraksi di Akademi Hevea ini adalah ketika meraikan An dan Ina pada bulan Mac yang lepas.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Azzizi iaitu pengantin lelaki melalui laman web kami dan beliau telah berkenan untuk memilih pakej combo B yang kami tawarkan.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan terus bertemu dengan pengantin untuk pengesah lokasi tempat tugasan kami.
  4. Kami melakukan pemasangan peralatan kami sejurus selepas itu dan pada masa yang sama, kelihatan pasukan katering dari MB Catering tiba untuk melakukan persiapan penyediaan juadah.
  5. Selepas pemasangan peralatan kami selesai, kami telah bertemu dengan Azzizi untuk melakukan sedikit perbincangan berkenaan dengan perjalanan majlis.
  6. Kelihatan ahli keluarga Azzizi juga telah mula tiba dengan pakaian berwarna merah jambu.
  7. Tepat jam 11:00AM kami telah kembali ke lokasi tugasan kami untuk memberikan kata-kata muqadimah dan ucapan pembukaan.
  8. Tepat jam 11:30AM, juadah masakan telah dihidangkan dan kami telah menjemput para petugas untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan.
  9. Kehadiran tetamu sangat mengalakan dan cukup meriah sekali. Kami juga telah dimaklumkan bahawa rombongan pengantin lelaki akan tiba sekitar jam 1:00PM.
  10. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan gamelan dari Kumpulan Gamelan Slendro UKM Bangi.
  11. Ketibaan rombongan pengantin perempuan telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami. Setelah paluan kompang kedengaran, Azzizi dan Naz melangkah perlahan menuju ke dewan.
  12. Pasangan pengantin terus memasuki dewan dan mereka terus melangkah ke pentas pelamin.
  13. Kami telah mengalu-alukan ketibaan rombongan pengantin perempuan dan telah menjemput ahli keluarga pengantin untuk mengambil tempat yang telah dikhaskan untuk mereka.
  14. Majlis diberkati dengan bacaan doa dan kemudian majlis diteruskan dengan upacara salam restu dan merenjis.
  15. Kami telah menjemput nama-nama yang telah diberikan kepada kami untuk menjayakan sessi ini.
  16. Selepas itu, pengantin telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama bersama dengan ahli keluarga dan tetamu.
  17. Setelah selesai menjamu selera, pengantin telah dijemput untuk beramah mesra dan bersessi fotografi dengan tetamu dan ahli keluarga.
  18. Pengantin juga dijemput untuk menjayakan sessi memotong pulut kuning mereka.
  19. Selepas sessi memotong pulut kuning selesai, kami telah menjemput ahli keluarga pengantin dan rakan-rakan untuk menjayakan sessi fotografi. Sambutan yang diterima sangat memberansangkan sekali.
  20. Pelbagai celoteh yang kami kongsikan kepada tetami yang hadir di majlis ini. Walaupun cuaca pada petang hari hujan, tetapi iainya tidak menghalang majlis ini berlangsung dengan meriah.
  21. Kami menamatkan tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan telah memberikan ucapan penutup dan ucapan terima kasih kepada seluruh keluarga dan para tetamu yang masih berada di dewan.
  22. Kepada Azzizi dan Naz, kami ucapkan tahniah di atas kejayaan majlis resepsi ini. Kami juga doakan agar hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan selama-lamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1900_1024 thumb_IMG_1901_1024 thumb_IMG_1902_1024 thumb_IMG_1903_1024 thumb_IMG_1906_1024 thumb_IMG_1907_1024 thumb_IMG_1909_1024 thumb_IMG_1910_1024  thumb_IMG_1912_1024 thumb_IMG_1918_1024 thumb_IMG_1919_1024 thumb_IMG_1922_1024 thumb_IMG_1928_1024 thumb_IMG_1937_1024 thumb_IMG_1940_1024