Monthly Archives: January 2016

Menjayakan Majlis Perasmian Jonkers Fabrik

Majlis Perasmian Jonkers Fabrik

Tarikh: 16/01/2016

Majlis : Korporat

Lokasi :  Wangsa 118, Wangsa Maju

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Untuk tugasan hari ini, kami telah ditugaskan untuk menjayakan majlis perasmian gudung fabrik iaitu Jonkers Fabrik yang terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju.
  2. Pemilik Jonkers Fabrik iaitu Tuan Putera Hang Jebat Bin Tan Sri Dato Dr Jin Samsudin bersama rakan niaganya iaitu Cuwie telah melakukan tempahan menerusi telefon.
  3. Cuwie adalah pelanggan kami satu ketika dulu dan kami pernah meraikan majlis perkahwinan beliau di Bangsar.
  4. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 12:00PM untuk melakukan pemasangan. Kami telah bertemu Cuwie untuk menentukan lokasi konti kami.
  5. Pemasangan mudah dilakukan kerana akses kepada lokasi majlis tidak berapa jauh dari tempat kami meletakkan kenderaan.
  6. Dalam masa kurang dari 20 minit, pemasangan siap dilakukan dan kami terus melakukan pengujian mutu bunyi kami.
  7. Untuk majlis ini, kami telah memilih untuk memainkan lagu-lagu instrumental Jazz dan moden agar majlis ini nampak lebih segar dan formal.
  8. Kehadiran tetamu mula kelihatan dari jam 3:00PM dan pasukan katering dari Kidz & Creme yang dimiliki oleh aktor Aaron Aziz juga telah hadir untuk melakukan hidangan juadah.
  9. Dapat kelihatan barisan wartawan dan rakan-rakan artis hadir memeriahkan majlis ini.
  10. Pengacara majlis yang akan mengendalikan acara ini adalah saudara Azrul (Raja Lawak) dan beliau telah bertemu kami untuk melakukan sedikit penerangan dan perbincangan.
  11. Tepat jam 4:00PM, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari tuan Putera Hang Jebat.
  12. Seterusnya saudara Azrul telah mempersilakan Tan Sri Jins Samsudin dan isteri untuk ke hadapan pentas utama bagi menyempurnakan perasmian Jonkers Fabrik.
  13. Para jurugambar dan wartawan merakamkan gambar dan momen bersejarah tersebut.
  14. Selepas selesai upacara memotong ribon perasmian, para jemputan dan tetamu telah dipelawa untuk melawat showrook Jonkers Fabrik yang terletak dilokasi yang sama.
  15. Majlis berakhir sekitar jam 6:00PM dan kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah warga kerja Jonkers Fabrik di atas kejayaan majlis perasmian ini.
  16. Terima kasih  kami ucapkan  kepada Cuwie, Tuan Putera Hang Jebat dan seluruh warga kerja Jonkers Fabrik kerana telah memilih kami untuk berkongsi kemeriahan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2426_1024 thumb_IMG_2427_1024 thumb_IMG_2428_1024 thumb_IMG_2429_1024 thumb_IMG_2430_1024 thumb_IMG_2431_1024  thumb_IMG_2456_1024 thumb_IMG_2457_1024 thumb_IMG_2458_1024

Bersiaran Di Puchong Indah Meraikan Nabil & Dilla

thumb_IMG_2376_1024

Majlis Perkahwinan Nabil Zhafri bin Yahaya & Nur Adilla binti Hashim

Tarikh: 03/01/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi :  Dewan Serbaguna MPSJ, Puchong Indah

Bandar : Puchong, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Puchong Indah bagi meraikan majlis perkahwinan Nabil dan Dilla.
  2. Nabil telah menempah perkhidmatan kami pada saat-saat akhir dan memilih combo B bagi melengkapkan majlis perkahwinan beliau. Mujur pada tarikh ini kami masih ‘available’.
  3. Kami tiba ke dewan ini tepat jam 10:00AM, sedikit lewat dari biasa atas permintaan Nabil sendiri.
  4. Majlis pada hari ini cukup istimewa kerana Nabil telah menyediakan seorang emcee yang akan mengendalikan majlis ini. Oleh itu, kami berperanan deejay yang akan mengendalikan seleksi lagu.
  5. Setibanya kami ke dewan ini, telah kelihatan pasukan rewang dari 3K2P iaitu Kumpulan Kerja Kahwin Puchong Perdana sedang melakukan persiapan penyediaan makan.
  6. Dewan ini juga kelihatan cukup sempurna dengan kemudahan asas yang lengkap dan agak luas.
  7. Emcee Nash tiba dan telah bertemu dengan kami untuk perbincangan berkenaan dengan perjalanan majlis.
  8. Nabil dan Dilla bersama-sama rombongan pengantin perempuan tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM, ketibaan mereka telah disambut dengan aluanan selawat dari sistem audio kami.
  9. Nabil dan Dilla terus menuju ke pentas pelamin dan mereka terus duduk di singahsana sambil di sertai dengan bacaan doa oleh salah seorang ahli 3K2P.
  10. Setelah bacaan doa selesai di baca, majlis diteruskan dengan upacara salam restu dan seterusnya pengantin dijemput untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  11. Sessi makan beradab disertai oleh ahli keluarga pengantin dan kelihatan pengantin cukup gembira sekali tatkala melihat teman-teman dan sahabat hadir menemui mereka.
  12. Ketika pengantin sedang menjamu selera, wakil keluarga pengantin lelaki telah memberikan ucapan dan ucapan terima kasih disampaikan kepada tetamu yang hadir.
  13. Selepas menjamu selera, emcee Nash mempersilakan pengantin menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  14. Selepas selesai sessi memotong kek perkahwinan, mempelai telah diminta untuk menjayakan sessi fotografi bersama dengan keluarga dan juga kawan-kawan.
  15. Acara berlangsung meriah sehingga ke petang, dan kami dapat melihat kegembiraan terpancar diwajah Nabil dan Dilla sepanjang majlis ini.
  16. Sebelum majlis berakhir, emcee Nash telah meminta kanak-kanak untuk berkumpul dihadapan pentas untuk pemberian gula-gula dan coklat.
  17. Kami menamatkan tugasan kami setelah waktu yang ditetapkan tiba dan kami telah memohon untuk mengundur diri dari Nabil.
  18. Alhamdulillah, segala yang berlangsung di majlis ini dapat dijalankan dengan cukup baik sekali.
  19. Kepada Nabil dan Dilla, tahniah kami ucapkan dan semoga kehidupan kalian akan lebih bahagia dan saling cinta mencintai.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2360_1024 thumb_IMG_2361_1024 thumb_IMG_2362_1024 thumb_IMG_2363_1024 thumb_IMG_2364_1024 thumb_IMG_2365_1024 thumb_IMG_2366_1024 thumb_IMG_2368_1024 thumb_IMG_2369_1024 thumb_IMG_2370_1024 thumb_IMG_2372_1024 thumb_IMG_2374_1024  thumb_IMG_2376_1024 thumb_IMG_2377_1024 thumb_IMG_2378_1024

Menerima Jemputan Kak Rashidah Bagi Meraikan Majlis Bertandang Amin

Majlis Perkahwinan Hairul Amin Bin Abd Jalil & Aimuni Atheerah Binti Ahmad Zaidee

Tarikh: 02/01/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi :  Taman Ampang Indah

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Bermulalah episod baru tahun 2016 untuk kami The Junx Audio Visual. Kali ini kami akan beraksi di kawasan perumahan di Taman Ampang Indah.
  2. Kakak kepada pengantin telah melakukan tempahan secara online dan bersetuju untuk mengambil Combo B kami bagi memeriahkan majlis menyambut menantu.
  3. Kami tiba ke kediaman pengantin dan telah bertemu dengan Kak Rashidah serta suami untuk mengesahkan lokasi tugasan kami.
  4. Sewaktu kami tiba, kami lihat pasukan katering juga telah tiba untuk menyediakan juadah. AG Caterer menjadi pilihan keluarga pengantin untuk menyediakan santapan.
  5. Kami melakukan pemasangan dan setelah pemasangan dilakukan kami terus melakukan pengujian mutu suara yang dihasilkan.
  6. Kami telah memberikan kata-kata pembukaan dan mengucapkan selamat datang kepada kumpulan marhaban Al-Ehsaniah yang hadir untuk bermarhaban di dalam kediaman pengantin.
  7. Dapat dilihat selain dari juadah yang disajikan oleh pihak katering, ahli keluarga pengantin juga turut menghidangkan sarapan pagi dan beberapa kudap-kudapan untuk tetamu.
  8. Pengantin dijadualkan tiba selepas azan zuhur, dan pasukan kompang Ezhar Lembah Jaya juga akan turut bersama mengiringi perarakan masuk pengantin.
  9. Ahli keluarga Ierah iaitu pengantin perempuan tiba bersama-sama pasukan kompang dan mereka diarak terus menuju ke pentas pelamin yang terletak di hadapan kediaman pengantin.
  10. Semasa pengantin sedang bersanding, majlis diberkati dengan bacaan doa yang disampaikan oleh ahli keluarga pengantin.
  11. Acara sessi bersalam restu juga turut diadakan dan kami menjemput ahli keluarga pengantin perempuan terlebih dahulu dan sejurus selepas itu, ahli keluarga pengantin lelaki pula mengambil tempat. Ibu Amin iaitu Puan Hajjah Rasiah juga tidak melepaskan peluang menjayakan acara ini.
  12. Acara diteruskan dengan sessi santapan diraja dan kami telah menjemput seluruh ahli keluarga rombongan pengantin perempuan untuk sama-sama menjamu selera.
  13. Selesai menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  14. Selepas selesai sessi memotong kek, pengantin menjayakan sessi fotografi bersama ahli keluarga di pentas pelamin.
  15. Rakan-rakan pengantin juga turut serta menjayakan sessi fotografi ini. Sessi ini berlangsung dengan cukup meriah sekali.
  16. Selepas selesai sessi fotografi, pengantin beramah mesra dengan rakan-rakan dan tetamu.
  17. Dapat dilihat Amin dan Ierah sangat gembira berjumpa dengan rakan-rakan yang hadir ke majlis mereka.
  18. Rakan-rakan mengambil peluang untuk bergambar di photobooth dan menulis ucapan mereka di buku tamu yang disediakan.
  19. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan meriah dan jayanya sehingga ke petang.
  20. Setelah jam menunjukkan 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dan memberikan ucapan penutup bagi mengakhiri tugasan kami.
  21. Kepada Amin dan Ierah, tahniah dan terima kasih kamu ucapakan di atas peluang yang telah diberikan kepada kami bagi menjayakan majlis kalian. Kami doakan hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan dan menjadikan kalian insan yang lebih berjaya di dunia dan di akhirat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2354_1024 thumb_IMG_2352_1024 thumb_IMG_2351_1024 thumb_IMG_2350_1024 thumb_IMG_2349_1024 thumb_IMG_2348_1024 thumb_IMG_2346_1024 thumb_IMG_2347_1024 thumb_IMG_2344_1024 thumb_IMG_2341_1024 thumb_IMG_2343_1024 thumb_IMG_2340_1024

Meraikan Majlis Resepsi Tommy & Ekyn Di Kuala Lumpur

thumb_IMG_2315_1024

Majlis Perkahwinan Tommy Saputra Bin Suhirman & Norasyikin Bintin Muhamad Puad

Tarikh: 27/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi :  Dewan Serbaguna, Jalan Hamzah

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Semalam kami meraikan majlis untuk Cikgu Mokhtar di Titiwangsa dan hari ini kami meraikan majlis Tommy dan Ekyn di Kampung Bahru pula.
  2. Tommy telah memilih combo A untuk menceriakan majlis beliau dan tempahan telah dilakukan secara online.
  3. Kami tiba ke destinasi majlis ini sekitar jam 9:40AM dan telah bertemu dengan abang pengantin yang juga penyedia hidangan makanan untuk adik beliau Tommy.
  4. Setelah menentukan lokasi untuk kami menjalankan tugas, kami terus melakukan pemasangan dan melakukan pengujian mutu dan kualiti bunyi yang dihasilkan.
  5. Tepat jam 10:15AM, pemasangan siap dilakukan dan kami telah bersedia untuk memberikan kata-kata ucapan sebelum tetamu tiba.
  6. Tepat jam 11:00AM, kami telah bersiap-siap dengan uniform rasmi kami dan kelihatan Tommy dan Ekyn telah berada di lokasi majlis.
  7. Majlis bertandang yang dianjurkan pada hari ini sangat istimewa kerana pengantin telah berada di lokasi dengan menyambut sendiri kehadiran tetamu.
  8. Tiada pelamin untuk bersanding, tetapi pengantin akan bersama-sama dengan keluarga untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  9. Kelihatan tetamu mula tiba sekitar jam 11:45AM dan kami telah mengalu-alukan kehadiran tetamu dan menjemput mereka untuk menjamu selera.
  10. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran beberapa VVIP termasuk Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Johari Ghani.
  11. Keluarga pengantin perempuan tiba di majlis sekitar jam 12:30PM, kami telah memberikan ucapan selamat datang dan telah memainkan alunan selawat dari sistem audio kami.
  12. Tommy dan Ekyn bersama-sama wakil keluarga menuju ke meja makan beradab yang diletakkan di pentas utama dewan.
  13. Kamudian bacaan doa disampaikan oleh abang ipar Tommy iaitu Al-Fadhil Ustaz Syrisffudin bagi memberkati majlis ini.
  14. Setelah menjamu selera, Tommy dan Ekyn terus menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Sessi beramah mesra dengan tetamu dan bergambar menyusul selepas itu dan dapat dilihat Tommy dan Ekyn cukup mesra sekali melayan tetamu yang hadir meraikan mereka.
  16. Majlis juga turut dimeriahkan dengan nyanyian karaoke dari ahli keluarga dan tetamu yang hadir.
  17. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami telah menamatkan tugasan kami sekitar jam 4:00PM.
  18. Kami telah memberikan ucapan penutup dan mengucapkan terima kasih kepada Tommy dan Ekyn yang telah memilih perkhidmatan kami untuk menjayakan majlis ini.
  19. Kepada Tommy dan Ekyn, kami doakan agar hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan dan dikurniakan dengan rahmat dan barakah yang berpanjangan.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2311_1024 thumb_IMG_2312_1024 thumb_IMG_2313_1024 thumb_IMG_2315_1024 thumb_IMG_2317_1024 thumb_IMG_2318_1024 thumb_IMG_2320_1024 thumb_IMG_2322_1024 thumb_IMG_2339_1024

Menerima Jemputan Cikgu Mokhtar Di Titiwangsa

Majlis Perkahwinan Mohd Shahir Bin Mokhtar & Sry Nuryanis Binti Safian

Tarikh: 26/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi :  Villa Pengantin, Persiaran Titiwangsa

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Minggu ini adalah minggu ibukota di mana hari ini kami bersiaran di Titiwangsa dan esok kami akan ke Kampung Baru.
  2. Di sini kami meraikan majlis Tuan Mokhtar bersama Tuan Safian yang dianjurkan sekali bagi meraikan putera dan puteri mereka.
  3. Ini adalah kali kedua kami bertugas di sini. Pertama kali kami di sini adalah ketika kami meraikan Dir dan Eyja. Tempat yang cukup selesa dan lengkap dengan kemudahan asas.
  4. Tuan Mokhtar telah melakukan tempahan melalui telefon dan beliau telah memilih Combo A sebagai menyeri majlis ini.
  5. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:35AM dan terus bertemu dengan tuan Mohktar untuk memperkenalkan diri sekaligus melakukan pemasangan.
  6. Selepas pemasangan siap dilakukan, kami melakukan pengujian mutu suara dan kualiti bunyi yang kami hasilkan.
  7. Kelihatan pasukan katering dari Pokde Catering dan Dania Butik Pengantin dalam proses persiapan terakhir mereka.
  8. Kami telah bertemu dengan tuan Mokhtar untuk berbincang berkenaan dengan aturcara majlis dan perjalanan majlis.
  9. Selepas perbincangan selesai dijalankan, kami terus menukar persalinan kami dan terus memberikan kata-kata aluan.
  10. Kami memainkan pelbagai lagu sebagai pemulaan tugasan kami. Selawat dan lagu-lagu berbentuk kerohanian menjadi lagu permulaan di dalam senarai kami.
  11. Kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin akan tiba pada jam 12:30PM. Mereka akan turun dari bilik di dalam villa dan terus berarak menuju ke pentas pelamin.
  12. Apabila mereka turun dari villa, kami telah memainkan paluan kompang dan diselangi dengan selawat. Sebelum mereka tiba di pentas pelamin, pasangan mempelai bersalaman dengan ayahanda dan bonda mereka.
  13. Kami telah memberikan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang kepada pengantin dan kami mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaki untuk memimpin bacaan doa pada majlis sini.
  14. Pasangan mempelai diraikan dengan upacara salam restu dan merenjis. Kami telah mempersilakan dan menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menjayakan acara ini.
  15. Kemudian pasangan mempelai telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab. Lauk pauk yang disajikan oleh pihak katering sangan enak sekali.
  16. Selepas sessi makan beradab selesai, kami telah mempersilakan pasangan mempelai menjayakan sessi memotong kek.
  17. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan mempelai menjayakan sessi beramah-mesra dengan tetamu dan menjayakan sessi fotografi bersama rakan dan keluarga di pentas pelamin.
  18. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang dijayakan oleh ahli keluarga pengantin.
  19. Dapat dilihat wajah ayahanda dan bonda kedua-dua belah pihak sangat teruja dan gembira melihat kehadiran tetamu yang hadir meraikan majlis ini. Sungguh memberangsangkan.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dan memberikan ucapakan penutup bagi menamatkan tugasan kami.
  21. Kami doakan agar Shahir dan Sry akan terus bahagia disamping orang tersayang dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2309_1024 thumb_IMG_2305_1024 thumb_IMG_2303_1024 thumb_IMG_2300_1024 thumb_IMG_2299_1024 thumb_IMG_2298_1024 thumb_IMG_2296_1024 thumb_IMG_2295_1024 thumb_IMG_2293_1024