Monthly Archives: March 2016

Menjayakan Majlis Menyambut Menantu Nain & Eira

Majlis Perkahwinan Muhammad Zulkarnain Bin Abd Kadir & Nur Syahirah Binti Rashdi 

Tarikh: 27/03/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18

Bandar : Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di perkarangan Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 Shah Alam sempena memenuhi tempahan dari Deena’s Catering & Wedding Planner.
  2. Tempahan pada hari ini adalah bagi menjayakan majlis perkahwinan Nain dan Eira.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis dan telah bertemu dengan Nain sendiri bagi menentukan lokasi tugasan kami.
  4. Kami telah ditempatkan di sebelah meja makan beradab dan terus melakukan pemasangan setelah perbincangan dengan Nain selesai.
  5. Kelihatan majlis yang dianjurkan pada hari ini cukup besar. Sebanyak kira-kira 10 buah kanopi didirikan dengan warna tema merah dan kuning.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami segera melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem kami.
  7. Kami juga sempat bertemu dengan ayahanda dan bonda kepada Nain iaitu YBhg Tuan Haji Abdul Kadir dan Puan Hajjah Intan Fatimah.
  8. Kami memainkan lagu-lagu yang berunsurkan kerohanian dan nasyeed bersesuaian dengan lokasi majlis ini diadakan.
  9. Kelihatan pasukan katering telahpun siap melakukan persiapan terakhir mereka. Selain dari menu utama, majlis juga dihidangkan dengan char kuey teow, putu mayam, kambing golek dan soft ice-cream.
  10. Pasangan pengantin dan rombongan pengantin perempuan dijadualkan tiba pada jam 12:30PM. Sejurus mereka tiba, kami terus menyambut mereka dengan paluan kompang dan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang.
  11. Pasangan mempelai Nain dan Eira terus menuju ke meja makan beradab dan kami telah menjemput seluruh rombongan pengantin perempuan untuk memenuhkan ruangan dan meja yang dikhaskan untuk mereka.
  12. Sebelum sessi menjamu selera dimulakan, kami telah memberikan kata-kata aluan dan mempersilakan abang sulung Nain iaitu Tuan Mohd Firdaus Afdzal Bin Abd Kadir untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas bacaan doa disampaikan, majlis diteruskan dengan sessi menjamu selera dan kami memainkan beberapa buah lagu perkahwinan.
  14. Tugasan kami dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada azan fardu Zuhur yang berkumandang di masjid ini dan kami turut serta mendirikan solat secara berjemaah di dewan solat.
  15. Selepas tugasan kami bersambung semula, pasangan mempelai Nain dan Eira menjayakan sessi fotografi bersama rakan-rakan dan tetamu di sudut photo booth.
  16. Tetamu yang hadir di majlis ini cukup ramai dan menyebabkan majlis ini berlangsung cukup meriah.
  17. Selepas sessi fotografi dan sessi beramah mesra bersama rakan-rakan selesai dijalankan, majlis diteruskan dengan menjemput Nain dan Eira menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  18. Kemudian majlis diteruskan dengan menjemput ahli keluarga pengantin bergambar bersama dengan pasangan pengantin baru di sudut photo booth.
  19. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kelihatan wajah gembira terpancang di wajah Nain dan Eira sepanjang majlis sehingga ke penghujung majlis.
  20. Kami telah memberikan ucapan penutup sebelum menamatkan tugasan kami dan memohon mengundur diri dari pihak keluarga pengantin.
  21. Tahniah kami ucapkan kepada Nain dan Eira di atas kejayaan majlis ini dan kami doakan agar hubungan kalian akan sentiasa diberkati dan bahagian selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3088_1024 thumb_IMG_3087_1024 thumb_IMG_3086_1024 thumb_IMG_3085_1024 thumb_IMG_3084_1024 thumb_IMG_3083_1024 thumb_IMG_3082_1024 thumb_IMG_3081_1024 thumb_IMG_3080_1024 thumb_IMG_3079_1024 thumb_IMG_3078_1024 thumb_IMG_3077_1024

Menjayakan Majlis Resepsi Zaqquan & Asha

thumb_IMG_3051_1024

Majlis Perkahwinan Muhammad Zaqquan Bin Zulkepli & Noraisah Bte Che Hussin

Tarikh: 26/03/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Ampang Jaya, Taman Ampang Jaya

Bandar : Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setelah bersiaran di Kampung Sungai Sering pada minggu lepas, hari ini kami menerima pelawaan Noraisah untuk menjayakan majlis resepsi beliau di Taman Ampang Jaya.
  2. Asha dan Zaqquan bersetuju untuk mengambil combo B bagi memeriahkan majlis yang dianjurkan secara bersama oleh kedua-dua belah keluarga.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:45AM untuk melakukan pemasangan peralatan kami.
  4. Kami juga telah bertemu dengan abang kepada Asha untuk melakukan sedikit perbincangan dan menentukan lokasi tugasan kami.
  5. Dewan ini kelihatan cukup selesa dengan kemudahan asas yang baik seperti tandas dan surau. Saiznya sederhana besar dan boleh memuatkan lebih kurang 450 tetamu dalam sesuatu masa.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami terus melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem kami.
  7. Kelihatan pasukan katering dan penyedia aiskrim goyang juga sedang sibuk membuat persiapan terakhir mereka.
  8. Kami telah memulakan tugasan kami dengan memberi kata-kata aluan dan mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga dan tetamu yang hadir.
  9. Pasangan pengantin dijadualkan tiba pada jam 12:15PM. Sejurus ketibaan mereka, kami memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan mempelai berjalan menuju ke pentas pelamin.
  10. Setelah pengantin duduk di pentas pelamin, kami sekali lagi memberikan ucapan selamat datang dan mempersilakan pembaca doa untuk memulakan bacaan doa.
  11. Setelah doa selesai dibaca, majlis mempersilakan Zaqquan dan Asha untuk berjalan menuju ke meja makan beradab.
  12. Sessi makan beradab dijayakan bersama dengan ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan yang menjamu selera bersama dengan pengantin.
  13. Selepas selesai menjamu selera, acara diteruskan dengan mempersilakan pasangan pengantin baru untuk menjayakan sessi memotong kek.
  14. Sejurus selepas kek perkahwinan dirasmikan, acara diteruskan dengan sessi bersalam restu dan sessi fotografi bersama keluarga dan rakan-rakan.
  15. Kelihatan kehadiran tetamu cukup memberangsangkan dan makanan yang sangat sedap menyebabkan tetamu sangat gembira sambil meraikan Zaqquan dan Asha.
  16. Sessi beramah mesra dijayakan selepas sessi fotografi selesai dan acara ini berlangsung sehingga ke petang.
  17. Kelihatan Zaqquan dan Asha cukup ceria sekali melihat dan bertemu dengan tetamu.
  18. Sambil bersalaman dan bergambar, Zaqquan dan Asha sesekali kelihatan tersenyum riang bergurau dengan rakan-rakan mereka.
  19. Setelah jam menunjukkan pukul 4:00PM, kami telah memohon untuk melabuhkan tirai tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini kelihatan lancar dengan cuaca yang sangat baik dan tetamu yang hadir cukup memberangsangkan.
  21. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Zaqquan dan Asha di atas perkahwinan anda dan kejayaan majlis ini. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3075_1024 thumb_IMG_3068_1024 thumb_IMG_3055_1024 thumb_IMG_3051_1024 thumb_IMG_3049_1024 thumb_IMG_3048_1024  thumb_IMG_3045_1024 thumb_IMG_3044_1024 thumb_IMG_3043_1024

Meraikan Khairul Anuar & Norezaty Di Dataran Sungai Sering

Majlis Perkahwinan Khairul Anuar Bin Haji Kosrin & Norezaty Syuhada Binti Haji Jamil

Tarikh: 20/03/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi :  Dataran Sg Sering

Bandar : Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di Dataran Sungai Sering bagi memenuhi tempahan yang telah dilakukan oleh Puan Noridayu iaitu kakak kepada Khairul Anuar, pengantin lelaki.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu ahli keluarga pengantin lelaki untuk berbincang berkenaan dengan pemasangan dan lokasi tugasan kami.
  3. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami terus melakukan sessi pengujian mutu suara yang dihasilkan.
  4. Melalui pemerhatian kami, sebanyak 7 buah kanopi didirikan dan terdapat pelamin yang ditempatkan di dalam kediaman rumah keluarga pengantin lelaki.
  5. Kakak ipar kepada Khairul Anuar iaitu Puan Linda telah bertemu dengan kami dan beliau akan memainkan peranan sebagai perantara dan pengacara majlis.
  6. Khairul Anuar dan Ezaty telah berada di lokasi majlis dan mereka menantikan kehadiran rombongan pengantin perempuan yang akan tiba pada jam 12:45PM.
  7. Ketibaan rombongan pengantin perempuan telah disambut oleh letupan mercun dan paluan kompang.
  8. Rombongan pengantin perempuan telah disambut juga dengan ucapan kata-kata aluan dan pantun-pantun indah.
  9. Pengantin telah dijemput masuk ke kediaman dan bagi memberkati majlis, kami telah mempersilakan yang berbahagian Tuan Haji Sulaiman untuk memimpin bacaan doa.
  10. Khairul Anuar dan Ezaty telah dijemput untuk bersanding dan sessi bersalaman serta sessi fotografi juga diadakan sejurus selepas itu.
  11. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Dato’ Bandar Kuala Lumpur iaitu Dato Seri Hj Amin Nordin Abdul Aziz sekeluarga.
  12. Selepas bersanding, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab dan kami telah menjemput wakil keluarga dari rombongan pengantin perempuan untuk bersama-sama memenuhkan meja-meja VIP dan meja makan beradab.
  13. Selepas menjamu selera, pengantin telah dijemput untuk menyempurnakan acara memotong kek perkahwinan.
  14. Selepas selesai sessi memotong kek perkahwinan, pengantin telah dijemput untuk beramah mesra dengan tetamu, rakan-rakan dan saudara mara yang hadir ke majlis mereka.
  15. Kami juga telah menjemput tetamu untuk memeriahkan majlis dengan sessi karaoke.
  16. Sambutan yang kami terima untuk sessi karaoke ini sangat memberangsangkan dan semuanya berbakat.
  17. Setelah jam menunjukkan pukul 4:00PM, kami telah memohon untuk melabuhkan tirai tugasan kami.
  18. Alhamdulillah, majlis ini kelihatan lancar dengan cuaca yang sangat baik dan tetamu yang hadir cukup memberangsangkan.
  19. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Khairul Anuar dan Ezaty di atas perkahwinan anda dan kejayaan majlis ini
  20. Kami doakan agar Khairul Anuar dan Ezaty akan terus bahagia di samping keluarga baru dan dapat menempuhi alam berumah tangga dengan penuh sabar.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3035_1024 thumb_IMG_3025_1024 thumb_IMG_3024_1024 thumb_IMG_3023_1024 thumb_IMG_3020_1024 thumb_IMG_3014_1024 thumb_IMG_3013_1024 thumb_IMG_3012_1024 thumb_IMG_3011_1024

Ke Puncak Taman Desa Gemilang Meraikan Ramizah & Redzuan

Majlis Perkahwinan Ramizah & Wan Redzuan

Tarikh: 12/03/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Taman Desa Gemilang

Bandar : Gombak, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Damansara Utama pada tugasan yang lepas, hari ini kami bertugas di Taman Desa Gemilang Gombak bagi meraikan pasangan Ramizah dan Redzuan.
  2. Ramizah telah melakukan tempahan secara online melalui laman web kami dan beliau telah memilih combo B sebagai penyeri majlis mereka.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis yang terletak di Gombak sekitar jam 9:30AM dan terus bertemu dengan ahli keluarga pengantin bagi mengenalpasti lokasi tugasan kami.
  4. Kami melakukan pemasangan peralatan dan sejurus selepas itu kami terus melakukan pengujian mutu suara.
  5. Majlis yang diadakan di kawasan kejiranan ini bertemakan warna kuning. Terapat 6 buah kanopi yang didirikan dan pelamin yang cukup indah juga terdapat diruangan kanopi.
  6. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dan kami memutarkan lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis dan beberapa lagu islamik sebagai pembuka tugasan.
  7. Pihak katering dari Al-Ameen Katering telah memulakan tugasan menghidangkan jamuan untuk dijamu oleh tetamu. Mereka juga menyajikan cendol untuk majlis ini.
  8. Rombongan pengantin lelaki tiba ke lokasi majlis sekitar jam 12:45PM. Mereka telah diarak dengan alunan paluan kompang dari sistem audio kami.
  9. Apabila rombongan pengantin melalui pintu gerbang, kami telah memainkan alunan selawat dan pasangan Ramizah dan Redzuan terus menuju ke pentas pelamin.
  10. Ramizah dan Redzuan bersama rombongan pengantin lelaki melangkah perlahan menuju ke ruang menjamu selera rombongan pengantin.
  11. Ramizah dan Redzuan dialu-alukan sekali lagi untuk menuju ke pentas pelamin dan mereka dijemput duduk untuk bersanding.
  12. Acara diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia Tuan Mohd Rashdan itu abang ipar kepada Ramizah untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas bacaan doa selesai dibaca, majlis diteruskan dengan acara salam restu dan pada ketika ini juga ahli keluarga pengantin dijemput bersama menjayakan sessi fotografi bersama dengan pasangan mempelai.
  14. Acara makan beradab diteruskan dengan menjemput wakil-wakil keluarga kedua-dua belah pihak untuk duduk bersama mengiringi pasangan mempelai untuk menjamu selera.
  15. Selepas selesai sessi makan beradab, pengantin dijemput untuk menjayakan sessi istimewa mereka itu menikmati manisan tradisi kesultanan Terengganu.
  16. Selepas selesai acara ini, pengantin dijemput untuk beramah mersa dengan tetamu dan saudara mara yang hadir meraikan mereka.
  17. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami memohon untuk mengundur diri apabila waktu menunjukkan jam 4:00PM.
  18. Jelas kelihatan wajah kegembiraan pengantin Ramizah dan Radzuan pada hari ini. Kami doakan agar kebahagian terus dikecapi oleh mereka berdua dan dikurniakan kehidupan yang penuh dengan warna-warni.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2959_1024 thumb_IMG_2960_1024 thumb_IMG_2961_1024 thumb_IMG_2962_1024 thumb_IMG_2964_1024 thumb_IMG_2968_1024 thumb_IMG_2970_1024 thumb_IMG_2972_1024 thumb_IMG_2978_1024

Meraikan Ezan & Jenol Di Damansara Utama

thumb_IMG_2887_1024

Majlis Perkahwinan Norizan Binti Amri & Zainol D’zul Hafifie Bin Haji Zainal

Tarikh: 27/02/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Dewan Serbaguna,

Bandar : Damansara Utama, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bertugas di Damansara Utama bagi meraikan pasangan mempelai Ezan dan Zainul.
  2. Majlis yang dilangsungkan di dewan serbaguna yang terletak di Damansara Utama, Petaling Jaya.
  3. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan melakukan pemasangan serta bertemu dengan abang kepada pengantin perempuan untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum pemasangan dilakukan.
  4. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah melakukan pengujian berkena dengan mutu suara dari sistem kami.
  5. Dewan ini agak luas dan selesa, sebuah kanopi didirikan diluar dewan untuk tetamu yang ingin duduk diluar.
  6. Kami memulakan tugasan rasmi kami tepat jam 11:00AM dan kami telah memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk suasana pagi.
  7. Ahli keluarga pengantin perempuan mula kelihatan tiba ke dewan ini. Mereka tiba dari Masjid Al-Makmurian Kayu Ara di mana berlangsungnya majlis akad dan nikah untuk pasangan Ezan dan Jenol.
  8. Jamuan makanan telah mula disajikan dan kami telah mendapat kebenaran untuk menjemput ahli keluarga pengantin dan tetamu yang telah hadir untuk menjamu selera dengan hidangan yang disajikan.
  9. Rombongan pengantin tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM, dan kami telah menyambut kehadiran pengantin dengan paluan kompang.
  10. Ucapan kata-kata aluan telah disampaikan oleh pihak kami dan pasangan pengantin terus dipelawa untuk menaiki pentas pelamin bagi menyempurnakan upacara persandingan.
  11. Kami mengalu-alukan ketibaan pengantin dan pengantin dijemput duduk di singgahsana pelamin dan seterusnya doa di baca sebagai pemula acara.
  12. Selepas doa di baca dan diaminkan oleh para tetamu, majlis diteruskan dengan acara bersalam restu.
  13. Upacara salam restu telah diselangi dengan sessi fotografi ringkas yang dirakamkan oleh pasukan fotografi.
  14. Selepas sessi bersalam restu selesai, acara diteruskan pula dengan acara makan beradab di meja santapan diraja.
  15. Hidangan yang cukup enak disajikan oleh petugas-petugas rewang di majlis ini menyebabkan wajah tetamu cukup ceria menikmati hidangan.
  16. Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek perkahwin. Sessi ini telah disempurnakan oleh Ezan dan Jenol dan mereka kelihatan cukup gembira sekali ketika menjayakan sessi ini.
  17. Pasangan mempelai sekali lagi telah dijemput bagi menyempurnakan sessi fotografi, tetapi kali ini kami telah menjemput seluruh ahli keluarga pengantin untuk menjayakan acara ini secara beramai-ramai.
  18. Sessi beramah mesra diadakah sejurus selepas itu dan rakan-rakan serta sahabat pengantin bertemu dengan mereka sambil berjabat tangan.
  19. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang, dan tepat jam 4:00PM kami telah memohon untuk mengundur diri dan telah memberikan ucapan penutup.
  20. Alhamudulillah, majlis berlangsung cukup meriah dan dapat dilihat wajah kedua-dua ratu dan raja sehari cukup ceria melihat kehadiran tetapi yang sangat memberangsangkan.
  21. Kepada Ezan dan Jenol, tahniah kami ucapkan dan semoga hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2869_1024 thumb_IMG_2870_1024 thumb_IMG_2872_1024 thumb_IMG_2873_1024 thumb_IMG_2875_1024 thumb_IMG_2877_1024 thumb_IMG_2881_1024 thumb_IMG_2887_1024 thumb_IMG_2889_1024