Monthly Archives: May 2016

Memeriahkan Sport Day Smart Reader Kids

Majlis Sukan Tahunan

Tarikh: 14/05/2016

Lokasi : VIP Hall

Bandar : Rawang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami tidak bertugas di majlis perkahwinan. Tetapi kami akan menjayakan sebuah acara sukan yang di anjurkan oleh Smart Reader Kids cawangan Rawang.
  2. Smart Reader Kids adalah pusat perkembangan minda dan menyediakan program pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.
  3. Kami tiba ke lokasi sukan dan melakukan pemasangan untuk memeriahkan acara dengan alunan lagu kanak-kanak.
  4. Kami tiba seawal jam 7:45AM dan kemudian kelihatan ibubapa dan pelajar juga telah tiba.
  5. Selepas pemasangan dilakukan, majlis dimulakan dengan acara nyanyian lagu Negaraku, lagu Smart Reader Kids dan ikrar pelajar yang dipimpin oleh pengetua sekolah.
  6. Majlis diteruskan dengan acara sukan, dan kemeriahan mula dirasai apabila ibubapa mula bersorak kepada pasukan yang diwakili oleh anak-anak mereka.
  7. Sebanyak 8 acara dilangsungkan termasuk 2 acara yang boleh disertai oleh ibubapa.
  8. Selepas selesai acara sukan, majlis penyampaian hadiah dan pingat kepada pemenang diadakan.
  9. Begitu gembira sekali pelajar-pelajar menerima hadiah di atas usaha keras mereka dalam acara yang mereka sertai.
  10. Selepas selesai acara penyampaian hadiah, jamuan makan dihidangkan untuk sessi menjamu selera.
  11. Selepas selesai menjamu selera, pelajar-pelajar melakukan acara bebas dan mereka beramah mesra dengan ahli keluarga dan bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang lain.
  12. Kami memainkan pelbagai koleksi lagu kanak-kanak dan ianya terbukti membuatkan pelajar-pelajar di sini terhibur.
  13. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada semua barisan guru-guru, ibubapa dan pelajar yang telah menjayakan acara ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3359_1024 thumb_IMG_3355_1024 thumb_IMG_3353_1024 thumb_IMG_3354_1024 thumb_IMG_3360_1024 thumb_IMG_3352_1024 thumb_IMG_3351_1024

Mejayakan Majlis Resepsi Anakanda Tuan Azhar Di Rawang

thumb_IMG_3322_1024

Majlis Perkahwinan Ezman Hairil Bin Azhar & Nursyamim Amalina Binti Mohamad Zahimi

Tarikh: 08/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Bandar Tasik Puteri

Bandar : Kundang, Rawang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Ampang semalam, hari ini kami bersiaran di Kudang sebagai menerima jemputan Tuan Azhar yang telah menempah perkhidmatan kami untuk menjayakan majlis resepsi anakanda belia iaitu Ezman bersama Syamim.
  2. Tempahan telah dilakukan secara online melalui laman web kami dan Tuan Azhar telah memilih Combo B sebagai penyeri majlis pada hari ini.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan kami telah disambut mesra oleh ahli keluarga pengantin.
  4. Kami terus melakukan pemasangan peralatan kami sejurus mengenalpasti lokasi stesyen tugasan kami.
  5. Kelihatan pihak katering juga baru tiba untuk melakukan persiapan.
  6. Majlis yang diadakan di kediaman rumah pengantin lelaki ini kelihatan cukup teratur dengan kemasan meja makan berada dan meja untuk tetamu VIP yang diletakkan diperkarangan rumah.
  7. Pelamin juga didirikan di halaman rumah berkonsepkan ‘garden’ dan ianya telah didirikan secara ‘DIY’ oleh keluarga pengantin. Cantik dan cukup kemas sekali.
  8. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami memutarkan beberapa buah lagu untuk menceriakan suasana majlis ini.
  9. Tuan Azhar telah meminta kami memainkan lagu-lagu berunsurkan islamik dan kerohanian.
  10. Rombongan pengantin dari Putrajaya tiba ke lokasi majlis tepat jam 1:30PM dan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan diiringi dengan dedangan selawat.
  11. Kami telah memberikan kata-kata aluan bagi menyambut kehadiran rombongan pengantin perempuan.
  12. Kemudian bacaan doa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Ibrahim Ismail iaitu bapa saudara Ezman bagi memulakan acara.
  13. Selepas bacaan doa disampaikan majlis dimulakan dengan sessi makan beradab dan makan berdamai bersama pengantin dan ahli keluarga pengantin.
  14. Selepas selesai menjamu selera Ezman dan Syamim telah dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Tetamu yang hadir cukup ramai sekali dan cukup memberangsangkan. Tuan Azhar dan isteri Puan Maimum sangat gembira bertemu dengan rakan taulan dan saudara mara yang lama tidak bertemu.
  16. Setelah sessi memotong kek selesai, acara diteruskan dengan menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin.
  17. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin perempuan terlebih dahulu untuk menjayakan sessi ini, seterusnya rakan-rakan dan ahli keluarga pengantin lelaki.
  18. Cuaca pada hari ini cukup baik sekali sehingga ke petang dan apabila majlis hampir tamat hujan rahmat mula turun membasahi bumi.
  19. Alhamdulillah, majlis selesai dengan cukup berjaya sekali dan kami dapat melihat kerjasama yang baik dikalangan petugas dan ahli keluarga yang sangat jitu.
  20. Tepat jam 4:00PM, tetamu yang hadir mula berangkat pulang dan kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami pada hari ini.
  21. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan cukup lancar dan berjaya. Tahniah kami ucapkan kepada Ezman dan Syamim di atas kejayaan majlis pada hari ini. Semoga kalian terus berbahagia sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3318_1024 thumb_IMG_3319_1024 thumb_IMG_3320_1024 thumb_IMG_3321_1024 thumb_IMG_3322_1024 thumb_IMG_3323_1024 thumb_IMG_3329_1024 thumb_IMG_3332_1024

Meraikan Pasangan Fairuz & Izzati Di Dewan Dato’ Ahmad Razali

Majlis Perkahwinan Mohamed Fairuz bin Hj. Mohamed Yusop & Nur Izzati Bin Haji Marlis

Tarikh: 07/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Dato’ Ahmad Razali

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Ampang bagi meraikan Mohammed Fairuz dan Izzati.
  2. Ini adalah kali kedua kami menjayakan majlis yang dianjurkan oleh keluarga tuan Haji Mohamed Yusof. Sebelum ini kami pernah menjayakan majlis kakanda kepada Fairuz iaitu Puan Azira di Keramat tahun lepas.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh puan Azira sendiri melalui laman web kami.
  4. Beliau telah memilih pakej combo B kami sebagai penyeria majlis pada hari ini.
  5. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh ahli keluarga pengantin yang telah berada di dewan ini. Kami tiba seawal jam 9:30AM.
  6. Dewan yang bersaiz besar, lengkap dengan penghawa dingin dan kemudahan asas yang baik ini cukup memberikan keselesaan kepada kami untuk menjalankan tugas.
  7. Setelah melakukan pemasangan peralatan kami telah melakukan sessi pengujian mutu suara kami.
  8. Kami memainkan beberapa buah lagu sebagai permulaan sambil-sambil kami melakukan persiapan akhir sebelum menjalankan tugas secara rasminya pada jam 11:00AM.
  9. Pihak katering, juga telah siap melakukan persiapan terakhir mereka dengan menghidangkan lauk pauk untuk dijamu oleh para jemputan.
  10. Pengantin tiba ke dewan dengan diarak oleh pasukan kompang sekitar jam 1:30PM. Pengantin terus diarak ke pentas pelamin untuk sessi persandingan.
  11. Kemudian bacaan doa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syafiq bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Selepas bacaan doa selesai dibaca, majlis diteruskan dengan mempersilakan ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu sebagai sessi taaruf bagi memperkenalkan ahli keluarga kepada pengantin.
  13. Selesai sessi bersalam restu, acara diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai dan wakil-wakil keluarga untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  14. Pada masa yang sama, kelihatan tetamu-tetamu yang hadir di majlis ini cukup memberangsangkan.
  15. Selepas sessi menjamu selera selesai, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Lagu Jodoh Berdua dendangan Hafiz Hamidun menjadi lagu latar acara memotong kek perkahwinan ini.
  17. Selepas selesai sessi memotong kek, majlis diteruskan dengan sessi fotografi yang dijayakan bersama ahli keluarga pengantin.
  18. Rakan-rakan juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan sessi fotografi yang diadakan di pentas pelamin.
  19. Sejurus selepas sessi fotografi selesai dijalankan. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan pengantin baru Fairuz dan Adira untuk beramah mesra dengan tetamu.
  20. Tepat jam 4:00PM, tetamu yang hadir mula berangkat pulang dan kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami pada hari ini.
  21. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan cukup lancar dan berjaya. Tahniah kami ucapkan kepada Fairuz dan Adira di atas kejayaan majlis pada hari ini. Semoga kalian terus berbahagia sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3305_1024 thumb_IMG_3309_1024 thumb_IMG_3308_1024 thumb_IMG_3307_1024 thumb_IMG_3306_1024 thumb_IMG_3310_1024 thumb_IMG_3317_1024 thumb_IMG_3316_1024 thumb_IMG_3315_1024 thumb_IMG_3314_1024 thumb_IMG_3311_1024

Bertugas Di Jalan Jejaka Meraikan Acit & Chaa

thumb_IMG_3285_1024

Majlis Perkahwinan Mohammad Noor Rasyid Bin Roslan & Siti Nor Aisyah Binti Johari

Tarikh: 01/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Pudu Ulu, Jalan Jejaka

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Putrajaya semalam, hari ini kami diamanahkan untuk memberi perkhidmatan terbaik kami di Pudu Ulu, Kuala Lumpur.
  2. Tugasan pada hari ini adalah bagi meraikan majlis bersama keluarga pengantin lelaki dan perempuan.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Acit melalui borang tempahan online kami dan beliau bersetuju untuk mendapatkan pakej Combo A kami bersama dengan set karaoke.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:40AM bagi melakukan pemasangan. Majlis yang diadakan di sebuah taman kawasan kejiranan rumah pengantin ini mempunyai 7 buah kanopi.
  5. Hidangan juadah makanan disediakan oleh pasukan rewang. Pelamin dan photobooth juga didirikan bagi menceriakan lagi majlis ini.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami bertemu dengan Acit bagi berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis.
  7. Setelah perbincangan selesai, kami terus menukar persalinan kami dan memulakan tugasan kami secara rasmi.
  8. Kami telah memberikan kata-kata ucapan selamat datang dan mengalu-alukan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah terhidang.
  9. Keluarga pengantin juga menempah sajian tambahan seperti kuih muih dan juga aiskrim.
  10. Pengantin tiba ke lokasi majlis dengan pakaian songket berwarna keemasan dan mereka diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  11. Kemudian mereka telah dialu-alukan untuk menuju ke pentas pelamin dan sejurus selepas itu, bacaan doa disampaikan bagi memberkati majlis.
  12. Selepas doa dibaca, majlis diteruskan dengan sessi bersalam restu dan merenjis. Ayahanda dan Bonda pengantin dialu-alukan untuk memulakan acara.
  13. Selepas selesai acara di pelamin. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjamu selera dimeja makan beradab.
  14. Selesai menjamu selera, pengantin telah dijemput untuk menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan rakan-rakan.
  15. Pada masa yang sama, kami telah membuka sessi karaoke kami dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
  16. Ramai dan meriah sungguh majlis ini. Rakan-rakan dan jiran tetangga turut sama hadir bagi meraikan Acit dan Chaa.
  17. Cuaca pada hari ini cukup baik sekali. Makanan yang disediakan juga sangat menyelerakan dan sungguh enak sekali.
  18. Sessi memotong kek perkahwinan pengantin diadakan di penghujung tugasan kami. Acit telah meminta lagu dari kumpulan In-Team iaitu Kasih Kekasih sebagai lagu latar acara memotong kek perkahwinan mereka.
  19. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan cukup baik sekali dan dapat dilihat wajah kegembiraan terpancar di kalangan seluruh ahli keluarga dan tetamu.
  20. Syabas Acit dan tahniah Chaa, terima kasih kerana mendapatkan perkhidmatan kami untuk majlis anda. Layanan yang baik dari pihak anda dan keluarga pasti akan dikenang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3302_1024 thumb_IMG_3284_1024 thumb_IMG_3285_1024 thumb_IMG_3279_1024 thumb_IMG_3272_1024 thumb_IMG_3274_1024 thumb_IMG_3271_1024 thumb_IMG_3269_1024 thumb_IMG_3270_1024 thumb_IMG_3268_1024 thumb_IMG_3267_1024

Menjayakan Majlis Syam Dan Renna Di Putrajaya

Majlis Perkahwinan Mohd Syamuzzaman Bin Jasmi & Renna Rashedah Binti Roslan

Tarikh: 30/04/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Pusat Komuniti Presint 16

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Kali ini kami kembali semula ke Putrajaya bagi menjayakan tugasan yang telah diamanahkan oleh Syam iaitu pengantin lelaki.
  2. Syam telah bersetuju untuk mendapatkan Combo B bagi menceriakan majlis sambut menantu yang diadakan oleh keluarga beliau.
  3. Majlis yang dilangsungkan di Kompleks Komuniti Presint 16 dihoskan oleh keluarga pengantin lelaki iaitu Tuan Jasmi dan Puan Safiah.
  4. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu dengan Syam untuk melakukan perbincangan terakhir sebelum tugasan kami dimulakan.
  5. Kelihatan pihak katering dari Nurul Izzah Catering juga sedang melakukan persiapan untuk memastikan juadah siap disediakan.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah melakukan pengujian sistem bunyi kami dan memainkan beberapa buah lagu instrumental.
  7. Pengantin tiba ke dewan bersama dengan rombongan pengantin perempuan sekitar jam 12:45PM.
  8. Kehadiran mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  9. Sejurus mereka tiba di pintu gerbang majlis, Syam dan Renna telah disambut oleh alunan selawat.
  10. Mereka berdua bersanding di atas pelamin seketika sambil mengaminkan bacaan doa yang disampaikan.
  11. Selepas bacaan doa dibaca, pengantin dialu-alukan untuk mengambil tempat di meja makan beradab untuk menjamu selera bersama dengan keluarga.
  12. Sejurus selepas menjamu selera, sessi memotong kek perkahwinan menjadi penyeri majlis ini.
  13. Lagu dari Hafiz Hamidun iaitu Jodoh Berdua menjadi pilihan Syam untuk ditujukan kepada Renna dalam acara memotong kek perkahwinan ini.
  14. Selepas selesai sessi memotong kek, majlis diteruskan dengan menyaksikan sessi bersalam restu diadakan dan sejurus selepas itu sessi fotografi bersama ahli keluarga turut diadakan.
  15. Pengantin berkenan menjayakan sessi beramah mesra dengan tetamu selepas selesai sessi fotografi.
  16. Acara dan majlis berlangsung dengan meriah sekali sehingga ke petang dan ramai sekali tetamu yang telah hadir pada hari ini bagi meraikan Syam dan Renna.
  17. Jamuan makan dan minum petang disediakan oleh pihak katering. Sate, nasi minyak dan kuih muih dihidangkan kepada para tetamu.
  18. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri bagi menamatkan tugasan kami. Pada waktu ini Syam dan Renna juga telah selesai bertemu dengan tetamu.
  19. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan cukup baik sekali dan dapat dilihat wajah kegembiraan terpancar di kalangan seluruh ahli keluarga dan tetamu.
  20. Syabas Syam dan Renna, terima kasih kerana mendapatkan perkhidmatan kami untuk majlis anda. Layanan yang baik dari pihak anda dan keluarga pasti akan dikenang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3264_1024 thumb_IMG_3263_1024 thumb_IMG_3262_1024thumb_IMG_3259_1024 thumb_IMG_3258_1024 thumb_IMG_3254_1024thumb_IMG_3253_1024 thumb_IMG_3252_1024 thumb_IMG_3251_1024

Meraikan Hari Bersejarah Nor Nadirah & Omar Di Segambut

thumb_IMG_3230_1024

Majlis Perkahwinan Nor Nadirah Bt Mohd Adam & Omar Bin Bahari

Tarikh: 22/04/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Bukit Segambut

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini merupakan hari yang agak istemewa buat kami kerana kami bertugas pada hari Jumaat untuk memberikan perkhidmatan kepada upacara khatam Quran dan akad nikah pasangan mempelai.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh abang kepada pengantin perempuan iaitu Tuan Firdaus dan setelah melakukan beberapa perbincangan, Tuan Firdaus bersetuju untuk mendapatkan pakej Combo B kami dan sedikit tambahan masa.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:00AM untuk melakukan pemasangan. Acara khatam Quran dan berzanji akan dimulakan sekitar jam 10:30AM.
  4. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami melakukan pengujian mutu bunyi yang dihasilkan.
  5. Setelah melakukan pengujian, sessi khatam Quran dan berzanji terus dimulakan.
  6. Majlis yang diadakan di dalam kediaman ini turut dihadiri dan disertai oleh keluarga pengantin dan kumpulan marhaban dan berzanji yang dijemput khas oleh keluarga pengantin.
  7. Nadirah membaca beberapa surah dari ayat suci al-Quran sepanjang majlis ini berlangsung.
  8. Acara khatam Quran ini juga turut dirakamkan oleh pasukan videografer yang turut sama menjayakan tugasan bersama kami.
  9. Tepat jam 12:15PM, sessi khatam Quran dan berzanji tamat. Kami juga menamatkan tugasan kami pada sessi ini dan berehat serta memohon untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.
  10. Di sebelah petang, kami kembali semula untuk menjayakan majlis akad nikah yang dilangsungkan selepas Asar. Rombongan pengantin lelaki tiba tepat jam 5:00PM.
  11. Imam dan Tuan Kadi yang akan menikahkan Omar dan Nadirah juga telah tiba untuk menjalankan tugas.
  12. Khutbah disampaikan dengan cukup bertenaga dan majlis akad nikah dilangsungkan sejurus selepas khutbah disampaikan.
  13. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan sekali lafaz sahaja Nadirah telah menjadi milik Omar dan sah bergelar sebagai pasangan suami isteri.
  14. Selepas selesai acara akad nikah, pasangan mempelai bersalam-salaman dengan tetamu dan sanak saudara.
  15. Acara fotografi juga diadakan di pelamin yang terdapat di dalam kediaman rumah pengantin.
  16. Jamuan makan dan minum petang disediakan oleh pihak katering. Sate, nasi minyak dan kuih muih dihidangkan kepada para tetamu.
  17. Selepas selesai acara akad nikah, selepas solat maghrib, majlis diteruskan dengan acara tahlil dan bacaan Yassin.
  18. Selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin selesai, maka selesailah tugasan kami di majlis yang penuh barakah di sini.
  19. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan cukup sempurna. Layanan yang baik dari keluarga pengantin terutama Tuan Firdaus (abang pengantin) sangat-sangat kami hargai.
  20. Kepada Omar dan Nadirah. Tahniah kami ucapkan. Semoga hubungan yang tercipta ini akan sentiasa membawa barakah dan diredhai. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3220_1024 thumb_IMG_3222_1024 thumb_IMG_3232_1024 thumb_IMG_3230_1024 thumb_IMG_3228_1024 thumb_IMG_3227_1024 thumb_IMG_3225_1024 thumb_IMG_3224_1024 thumb_IMG_3223_1024