Monthly Archives: June 2016

Menjayakan Majlis Kerol & Anie Di Bandar Diraja Klang

Majlis Perkahwinan Khairul Anwar Bin Shafie & Rohani Binti Abdul Rahim

Tarikh: 29/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Seri Sentosa

Bandar : Klang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah menjayakan majlis di Putrajaya semalam, hari ini kami bertugas di Klang untuk menerima jemputan Khairul Anwar iaitu pengantin lelaki.
  2. Kami tiba ke majlis ini sekitar jam 9:35AM dan telah bertemu dengan Khairul untuk melakukan perbincangan sebelum pemasangan dilakukan.
  3. Terdapat beberapa buah kanopi yang didirikan dihadapan kediaman pengantin bertemakan warna kuning dan merah.
  4. Sewaktu kami tiba, kelihatan ahli keluarga dan beberapa jiran sedang membantu melakukan persiapan terakhir untuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
  5. Kami telah ditempatkan di rumah jiran Khairul Anwar dan pemasangan dilakukan sejurus selepas kami mengesahkan lokasi tugasan kami.
  6. Terdapat pelamin yang ditempatkan di dalam kediaman rumah pengantin. Cukup cantik dan berseri sekali pengantin yang dihias.
  7. Setelah pemasangan dilakukan, kami terus melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan melalui sistem audio kami.
  8. Tepat jam 11:00AM, kami menukar persalinan kami dan terus melakukan tugasan rasmi.
  9. Kami memberikan ucapan selamat kepada tetamu yang telah pun berada di lokasi majlis. Kelihatan pasukan katering juga telah menyediakan hidangan dan tersedia untuk dijamu.
  10. Kami memainkan pelbagai koleksi untuk menceriakan suasana majlis. Kami telah berceloteh sebagai tanda beramah mesra dengan tetamu.
  11. Pasangan pengantin tiba ke lokasi majlis tepat jam 2:00PM dan mereka telah di arak dengan paluan kompang audio dari sistem audio kami.
  12. Pasangan mempelai dan seluruh rombongan pengantin tiba ke majlis dengan di sambut meriah oleh ahli keluarga pengantin lelaki.
  13. Pasangan mempelai terus menuju ke dalam kediaman untuk sessi persandingan.
  14. Kami telah menjemput Al-Fadhil Imam Besar Masjid Seksyen 7 untuk menyampaikan doa bagi memberkati majlis pada hari ini.
  15. Setelah doa disampaikan, majlis diteruskan dengan sessi bersalam restu dan sessi bergambar di pelamin.
  16. Majlis diteruskan dengan menjemput pengantin untuk beramah mesra di ruangan kanopi diluar.
  17. Kami juga membuka sessi karaoke dan menjemput tetamu untuk memilih lagu yang ingin disampaikan.
  18. Sambutan yang diterima pasa sessi karaoke ini cukup hangat. Ahli keluarga dan jiran tetangga tidak melepaskan peluang untuk turut berhibur.
  19. Cuaca yang baik sepanjang hari menyebabkan majlis ini berlangsung dengan lancar sekali.
  20. Kami bertugas sehingga jam 4:00PM dan memohon untuk mengundur diri dengan ucapan dan pantun-pantun perpisahan.
  21. Alhamdulillah, hari ini kami sekali lagi berjaya menjayakan tugasan yang telah diamanahkan.
  22. Ini adalah tugasan terakhir kami sebelum kami berehat selama sebulan di bulan Ramadan.
  23. Terima kasih Khairul dan Rohani kerana menggunakan perkhidmatan kami. Semoga hubungan yang telah terbina akan terus kekal selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3577_1024 thumb_IMG_3575_1024 thumb_IMG_3571_1024 thumb_IMG_3570_1024 thumb_IMG_3565_1024 thumb_IMG_3568_1024 thumb_IMG_3563_1024 thumb_IMG_3562_1024 thumb_IMG_3561_1024

Sekali Lagi Menjayakan Majlis Tuan Azlan Di Putrajaya

thumb_IMG_3558_1024

Majlis Perkahwinan Atiqah Binti Azlan & Mohammad Idris Bin Mahad

Tarikh: 28/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Prima, Presint 11

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Petaling Jaya minggu lepas, hari ini kami meneruskan tugasan kami di Putrajaya.
  2. Majlis yang dianjurkan oleh Tuan Azlan dan isteri iaitu Puan Rozita diadakan di sebuah dewan di kawasan perumahan baru iaitu Dewan Prima.
  3. Ini adalah kali kedua kami menjayakan tugasan yang dianjurkan oleh Tuan Azlan dan isteri.
  4. Kami tiba di dewan seawal jam 9:30AM dan kami telah bertemu dengan Tuan Azlan dan ahli keluarga pengantin untuk melakukan sedikit perbincangan.
  5. Kami memulakan pemasangan peralatan kami dan selepas itu kami terus melakukan sessi pengujian bunyi yang dihasilkan.
  6. Hiasan dewan dan pentas pelamin cukup cantik sekali. Keadaan dewan yang masih baru cukup menjadikan suasana majlis ini sempurna.
  7. Kami menukar persalinan dan bertugas secara rasminya tepat jam 11:00AM. Kami memainkan beberapa lagu instrumental dan perkahwinan agar majlis tampak berseri.
  8. Kami mengucapkan selamat datang kepada tetamu yang telah pun tiba ke dewan ini.
  9. Pihak katering yang menyediakan hidangan pada hari ini menyajikan hidangan yang sungguh menyelerakan. Termasuk gulai kawah yang menarik perhatian tetamu.
  10. Tepat jam 1:30PM, kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin telah tiba ke dewan.
  11. Kami memainkan kompang audio dari sistem audio kami dan mengalu-alukan pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki untuk masuk ke dewan.
  12. Pasangan mempelai Atiqah dan Idris berjalan terus menuju ke pentas pelamin dan duduk di singgahsana pengantin.
  13. Kami memberikan ucapan pembukaan dan menjemput tetamu jemputan duduk di meja yang telah dikhaskan untuk mereka.
  14. Doa disampaikan dan seterusnya kami mempersilakan ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu sekali gus sessi fotografi ringkas.
  15. Selepas selesai upacara salam restu, majlis dijayakan dengan menjemput Atiqah dan Idris untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  16. Selepas menjamu selera, mereka menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan seterusnya sessi bergambar dengan ahli keluarga dan teman-teman mereka yang hadir meraikan mereka.
  17. Pelbagai koleksi lagu yang kami mainkan pada majlis ini. Lagu moden, lagu joget, lagu perkahwinan dan lagu berunsurkan kerohanian (nasyid) turut kedengaran sepanjang majlis ini.
  18. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang. Atiqah dan Idris sempat beramah mesra dengan para tetamu dan ahli keluarga yang datang dari jauh dan dekat.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami memohon dari Tuan Azlan dan Puan Rozita untuk menamatkan tugasan kami. Pada waktu ini, tetamu juga telah mula bersurai dan bersalam-salaman dengan Tuan Azlan dan Puan Rozita.
  20. Alhamdulillah, segala yang diamanahkan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada Tuan Azlan dan Puan Rozita di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami.
  21. Kepada Atiqah dan Idris, barakallah hulakuma. Semoga hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan selamanya. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3558_1024 thumb_IMG_3555_1024 thumb_IMG_3554_1024 thumb_IMG_3546_1024 thumb_IMG_3545_1024 thumb_IMG_3540_1024 thumb_IMG_3539_1024 thumb_IMG_3537_1024 thumb_IMG_3534_1024

Meraikan Adira & Amir Di Desa Sepakat, Petaling Jaya

Majlis Perkahwinan Nurul Adira Shahida Binti Arman & Mohammad Amiruddin Bin Nursin

Tarikh: 22/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pangsapuri Desa Sepakat

Bandar : Petaling Jaya

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Bukit Ekspo UPM semalam, hari ini kami memberikan perkhidmatan terbaik kami di Petaling Jaya.
  2. Tugasan hari ini bagi memenuhi tempahan Adira iaitu pengantin perempuan yang melangsungkan majlis di kediaman beliau.
  3. Adira telah menempah kami melalui laman web dan hari ini adalah hari pertama kami bersua muka dengan beliau.
  4. Sebanyak 7 buah kanopi didirikan di majlis ini dan terdapat pelamin yang dihias cukup indah dengan bunga-bungaan dan lampu yang penuh gemerlapan.
  5. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu dengan jiran tetangga yang sedang membantu persiapan majlis ini.
  6. Setelah melakukan perbincangan dengan salah seorang penduduk di sini, kami terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  7. Setelah melakukan pemasangan, kami telah melakukan pengujian bunyi yang dikeluarkan dari sistem audio kami.
  8. Apabila waktu tugasan rasmi kami tiba, kami telah memberikan ucapan pembuka dan telah memperkenalkan diri kami kepada tetamu.
  9. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh salah seorang tetamu yang berada di majlis ini.
  10. Kami memainkan pelbagai jenis lagu yang bersesuaian dan kelihatan tetamu telah mula memenuhkan ruangan di bahagia kanopi.
  11. Kelihatan ayahanda dan bonda kepada Adira tersenyum melihat rakan taulan yang hadir meraikan majlis ini.
  12. Rombongan pengantin lelaki dijadualkan tiba pada jam 2:00PM, tetapi terdapat sedikit penangguhan masa kerana pengantin ingin menantikan ahli keluarga yang lain.
  13. Apabila pengantin lelaki dan rombongan pengantin telah bersiap sedia, kami memainkan paluan kompang dari sistem audio kami sebagai tanda pengantin telah bersedia untuk disambut.
  14. Adira dengan cukup menawan sekali menyambut ketibaan Amir yang segak dan cukup bergaya. Mereka sempat bersalaman dengan Ayahanda dan Bonda sebelum mereka bersemayam disinggahsana pelamin.
  15. Acara diteruskan dengan menjemput ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu dan merenjis.
  16. Kemudian pengantin dialu-alukan untuk berarak ke meja makan beradab bagi menjayakan sessi makan berdamai.
  17. Kami telah membuka sessi karaoke sewaktu pengantin menjamu selera. Pengantin dan tetamu cukup terhibur tatkala menyaksikan rakan-rakan dan tetamu menyanyikan lagu.
  18. Cukup meriah sekali acara karaoke ini berlangsung dan kelihatan pengantin beramah mesra bersama keluarga dan teman-teman yang hadir ke majlis meraikan mereka.
  19. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang. Alhamdulillah kelihatan semuanya gembira dengan koleksi lagu-lagu karaoke yang baru dikemaskini.
  20. Kepada Adira dan Amir, terima kasih kerana memilih kami sebagai penyedia PA system di majlis anda. Semoga kalian berdua terus bahagia selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3504_1024 thumb_IMG_3503_1024 thumb_IMG_3500_1024 thumb_IMG_3499_1024 thumb_IMG_3497_1024 thumb_IMG_3496_1024 thumb_IMG_3495_1024 thumb_IMG_3494_1024 thumb_IMG_3492_1024

Menerima Jemputan Puan Zaiton Bagi Memeriahkan Majlis Perkahwinan Puteri Beliau

thumb_IMG_3446_1024

Majlis Perkahwinan Fazilah Binti Selamat & Mohd Husaini Bin Othman

Tarikh: 21/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Bukit Expo UPM

Bandar : Serdang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami memenuhi jemputan Puan Zaiton iaitu bonda pengantin perempuan untuk menjayakan majlis perkahwinan anakanda beliau di Bukit Expo UPM.
  2. Puan Zaiton telah menempah perkhidmatan kami secara online dan beliau telah memilih Combo A bagi memeriahkan majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:45AM dan terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  4. Setibanya kami ke lokasi ini, kami dapati persiapan penyediaan makanan sedang dijalankan oleh kumpulan rewang yang terdiri dari jirang tetangga dan ahli keluarga pengantin.
  5. Majlis ini diadakan diperkarangan tapak ekspo yang mempunyai ruangan berbumbung untuk penganjuran ekspo. Keluasan tempat ini juga sangat luas dan dikelilingi oleh pokok-pokok rendang.
  6. Setelah pemasangan dilakukan, kami telah melakukan sessi uji suara dengan memainkan beberapa lagu instrumental.
  7. Tepat jam 11:00AM kami telah memulakan tugasan kami secara rasmi. Kami juga sempat bertemu dengan Puan Zaiton buat pertama kalinya di majlis ini.
  8. Rombongan pengantin lelaki dijadualkan tiba pada jam 1:30PM dan mereka akan tiba bersama dengan pasangan mempelai.
  9. Setibanya pasangan mempelai dan rombongan keluarga pengantin lelaki ke lokasi majlis, kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami.
  10. Pasangan mempelai diarak terus menuju ke pentas pelamin yang dihias serba indah.
  11. Apabila pasangan pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dengan ucapan selamat datang dan diselangi dengan pantun-pantun indah.
  12. Bacaan doa disampaikan bagi memberkati majlis pada hari ini. Seluruh tetamu bersama menadah tangan bagi mengaminkan doa yang disampaikan.
  13. Selepas bacaan doa, sessi bersalam restu diadakan di pentas pelamin. Kami telah menjemput ahli keluarga untuk sama-sama menjayakan sessi ini.
  14. Selepas selesai sessi bersalam restu, kami telah menjemput pengantin dan wakil-wakil keluarga untuk bersama menjayakan sessi makan beradab.
  15. Selepas sessi makan beradab, mereka menjayakan sessi memotong pulut kuning.
  16. Kami membuka sessi karaoke untuk hiburan para jemputan. Ternyata sessi ini menceriakan lagi majlis.
  17. Sangat berbakat sekali rakan-rakan Fazilah dan Husaini menyampaikan lagu di dalam segmen karaoke ini.
  18. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan cukup ceria sekali pasangan pengantin melihat rakan-rakan dan ahli keluarga yang hadir bagi memeriahkan majlis mereka.
  19. Tepat jam 4:00PM kami telah memohon untuk mengundurkan diri. Kami telah memberikan ucapan penutup tugasan kami diselangi dengan pantun-pantun indah.
  20. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Puan Zaiton dan pasangan pengantin baru Fazilah dan Husaini. Diharap hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan sehingga selamanya. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3446_1024 thumb_IMG_3445_1024 thumb_IMG_3443_1024 thumb_IMG_3442_1024 thumb_IMG_3441_1024 thumb_IMG_3440_1024 thumb_IMG_3439_1024