Monthly Archives: August 2016

Kami Ke Selayang Meraikan Firdawati & Asyraf

thumb_IMG_3974_1024

Majlis Perkahwinan Firdawati Binti Roslan dan Muhammad Asyraf Bin Saharzam

Tarikh: 23/07/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Perkahwinan Chef Halim, Selayang Capitol

Bandar : Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Selayang bagi memenuhi jemputan Wati iaitu pengantin perempuan yang memilih kami untuk mengemudi sistem siar raya majlis beliau.
  2. Wati telah melakukan tempahan secara online dan beliau telah memilih combo A bagi menceriakan majlis beliau.
  3. Dewan Perkahwinan Chef Halim terletak di salah sebuah gedung membeli belah di Selayang. Dewan yang cukup selesa dan mempunyai tempat letak kereta berbumbung.
  4. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan melakukan pemasangan sejurus selepas itu.
  5. Kami juga sempat bertemu Wati dan bebincang berkenaan perjalanan majlis dan mengesahkan aturcara untuk hari ini.
  6. Selepas pemasangan siap dilakukan, kami terus melakukan sessi pengujian bunyi.
  7. Kelihatan pasukan katering sedang melakukan persiapan akhir untuk memastikan sajian makanan telah terhidang.
  8. Kelihatan booth yang menyediakan cendol dan aiskrim juga didirikan untuk sajian pada hari ini.
  9. Kami memulakan tugasan rasmi kami sekitar jam 11:00AM. Kami telah memberikan kata-kata aluan dan mengucapkan selamat datang kepada tetamu yang telah mula tiba ke lokasi majlis.
  10. Tepat jam 1:00PM, kami mendapat isyarat bahawa pasangan pengantin dan rombongan pengantin lelaki telah bersedia untuk berarak masuk ke dewan.
  11. Kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan kemudian di selangi dengan alunan selawat yang disampaikan oleh adik-adik dari Maahad Tahfiz As-Safa Hulu Langat.
  12. Wati dan Asyraf terus diarak menuju ke pentas pelamin dan acara diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Saudara Miswan Bin Samri.
  13. Selepas bacaan doa disampaikan. Adik-adik dari Maahad Tahfiz As-Safa menerukan persembahan mereka dengan beberapa buah lagu nasyid dan qasidah.
  14. Selepas persembahan, majlis diteruskan dengan upacara salam restu. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin untuk bersama-sama menjayakan sessi ini.
  15. Selepas sessi bersalam restu selesai, kami menjemput Wati dan Asyraf untuk ke meja makan beradab sambil menjemput ahli keluarga pengantin untuk turut serta menjayakan adat ini.
  16. Selepas selesai sessi menjamu selera, majlis diteruskan dengan mempersilakan pasangan pengantin baru untuk menjayakan sessi memotong kek dan beramah mesra dengan ahli keluarga dan tetamu.
  17. Sessi fotografi bersama keluarga juga diadakan dan kami juga telah membuka sessi karaoke bagi mengisi aturcara dan memeriahkan suasana.
  18. Sessi karaoke telah mendapat sambutan yang hangat dan ahli keluarga turut sama menyampaikan lagu-lagu terkini dan lagu-lagu klasik.
  19. Alhamdulillah, kami bertugas sehingga jam 4:00PM di majlis ini seperti yang telah diamanahkan oleh pengantin. Segalanya berjalan dengan lancar dan cukup meriah sekali.
  20. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Wati dan Asyraf di atas kejayaan majlis pada hari ini. Semoga kalian terus bahagia selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3980_1024 thumb_IMG_3978_1024 thumb_IMG_3976_1024 thumb_IMG_3974_1024 thumb_IMG_3973_1024 thumb_IMG_3971_1024 thumb_IMG_3970_1024 thumb_IMG_3968_1024 thumb_IMG_3969_1024

Meraikan Syafiq & Wani Di Bandar Manjalara

Majlis Perkahwinan Muhammad Syafiq Bin Abdullah dan Nurhazwani Binti Iskandar 

Tarikh: 17/07/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Komuniti Pusat Bandar Manjalara

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Semalam kami bertugas di Bangi dan hari ini kami bertugas di Bandar Manjalara.
  2. Hari ini kami memenuhi jemputan Wani dan Syafiq bagi menjayakan majlis mereka di sebuah dewan di Bandar Manjalara. Dewan yang cukup selesa dan luas.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Wani secara online memlalui laman web kami. Beliau telah memilih combo A yang mempunyai sistem karaoke sebagai penyeri majlis mereka.
  4. Kami tiba ke dewan ini tepat jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan peralatan kami. Kelihatan pasukan katering dari D’Ara Catering juga baru tiba untuk bertugas di majlis ini.
  5. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami terus melakukan sessi pengujian bunyi. Kami juga telah memperkenalkan diri kami dan berinteraksi dengan ahli keluarga pengantin yang telah berada di dewan.
  6. Terdapat sudut buku tamu dan photo booth yang disediakan di majlis ini.
  7. Tepat jam 11:00AM, kami telah menukar persalinan kami dan bertugas secara rasmi. Kami telah mempersilakan ahli keluarga dan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah terhidang.
  8. Pasangan mempelai tiba ke dewan dengan busana indah berwarna hijau sekitar jam 1:30PM. Mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Keris Sukma.
  9. Kami telah mengalu-alukan ketibaan pasangan mempelai yang melangkah masuk ke dalam dewan dan mempersilakan pasangan Syafiq dan Wani untuk bersemayam di pentas pelamin.
  10. Sejurus selepas itu, kami telah menjemput Al-Fadhil Imam Haji Halim untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati lagi majlis ini.
  11. Selepas doa selesai disampaikan, pasukan kompang Keris Sukma sekali lagi menyampaikan persembahan mereka dengan beberapa buah lagu dan selawat.
  12. Majlis diteruskan dengan menjemput keluarga pengantin untuk menyempurnakan sessi salam restu.
  13. Selepas selesai sessi bersalam restu dan merenjis, acara seterusnya diteruskan dengan menjemput pasangan pengantin untuk menjamu selera dimeja makan beradab.
  14. Selesai menjamu selera, pasangan pengantin dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Kemudian, sessi fotografi diadakan, dan kami telah menjemput ahli keluarga dan sahabat-sahabat pengantin untuk bersama-sama menjayakan sessi ini.
  16. Ketika sessi fotografi sedang berlangsung, kami telah membuka sessi karaoke dan menjemput rakan-rakan dan tetamu untuk menyampaikan lagi bagi menceriakan suasana.
  17. Cukup meriah sessi karaoke yang berlangsung. Sabahat dan rakan-rakan pengantin cukup bersemangat sekali menyampaikan lagu mereka.
  18. Acara berlangsung dengan meriah sekali sehingga ke petang. Pengantin juga sempat beramah mersa dengan tetami dan bergambar bersama.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk melabuhkan tirai tugasan kami dan telah memberikan ucapan penutup dan ucapan terima kasih kami kepada pengantin, keluarga pengantin dan tetamu-tetamu.
  20. Alhamdulillah, majlis yang berlangsung pada hari ni cukup lancar dan berjaya. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Syafiq dan Wani kerana memilih kami untuk bersama-sama memeriahkan majlis kalian. Kami doakan yang terbaik untuk hubungan kalian.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3883_1024 thumb_IMG_3885_1024 thumb_IMG_3887_1024thumb_IMG_3888_1024 thumb_IMG_3891_1024 thumb_IMG_3893_1024thumb_IMG_3904_1024 thumb_IMG_3900_1024 thumb_IMG_3897_1024

Menjayakan Majlis Farah & Sani Di Komplek PKNS Bangi

thumb_IMG_3873_1024

Majlis Perkahwinan Farah Binti Yunos & Mohd Sani Bin Abd Hamid

Tarikh: 16/07/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Cempaka, Kompleks PKNS

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setelah berehat lama di bulan Ramadan, hari ini kami kembali bertugas bagi meraikan majlis resepsi Farah dan Sani.
  2. Farah telah melakukan tempahan secara online di laman web kami dan beliau bersetuju untuk memilih combo B bagi menyerikan majlis mereka.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan sejurus kami tiba kami terus membawa peralatan kami naik ke tingkat 3 kompleks ini.
  4. Ini adalah kali ke 4 kami bertugas di sini dan tiada masalah kepada kami untuk melakukan pemasangan.
  5. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah berjumpa dengan ahli keluarga pengantin untuk berbincang berkenaan aturcara yang telah diberikan kepada kami oleh Farah melalui email.
  6. Sessi pengujian bunyi juga dilakukan dan kami memberikan ucapan alu-aluan untuk mengalukan ahli keluarga yang telah pun tiba ke lokasi majlis.
  7. Tepat jam 11:00AM, kami menukar persalinan kami dan terus melakukan tugasan rasmi.
  8. Pihak katering juga telah selesai menyajikan hidangan untuk para tetamu. Krew-krew dari pihak katering HJ Catering & Canopy telah bersiap sedia untuk bertugas secara rasmi.
  9. Tetamu mula memenuhi dewan dan kehadiran tetamu telah disambut oleh Tuan Yunos dan Puan Harison iaitu ayahanda dan bonda pengantin perempuan.
  10. Tepat jam 12:30PM, kami dimaklumkan bahawa rombongan pengantin lelaki dan pasangan mempelai telah bersedia untuk diarak masuk ke dewan.
  11. Kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan telah melakukan pengumuman dan ucapan selamat datang.
  12. Kami mengalu-alukan Farah dan Sani untuk menuju ke pentas pelamin dan mempersilakan ahli keluarga pengantin lelaki untuk mengambil tempat yang telah dikhaskan untuk mereka.
  13. Doa disampaikan pasangan pengantin Farah dan Sani serta para tetamu memanjatkan doa agar pasangan ini terus bahagia selamanya.
  14. Selepas bacaan doa dibaca, acara diteruskan dengan menjemput Farah dan Sani untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  15. Kami telah menjemput wakil-wakil keluarga untuk bersama-sama menjamu selera dengan hidangan yang disajikan dan memainkan beberapa lagu pilihan pasangan pengantin.
  16. Selepas menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek. Kek yang cantik dirasmikan oleh Farah dan Sani berlatar belakangkan lagu Endless Love nyanyian Lionel Ritchie dan Diana Ross.
  17. Selepas sesi memotong kek, acara diteruskan dengan menjemput ahli keluarga untuk menjayakan sessi fotografi.
  18. Kawan-kawan juga tidak ketinggalan menjayakan sessi ini dan kami juga telah menjemput tetamu untuk memberikan ucapan mereka di buku tamu yang disediakan.
  19. Acara berlangsung meriah sehingga ke petang dan kelihatan Farah dan Sani begitu gembira sekali bertemu dengan teman-teman dan saudara-mara yang datang meraikan majlis mereka.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dan memberikan ucapan penutup.
  21. Alhamdulillah, walaupun telah sebulan kami berehat dari tugasan ini sempena Ramadan, kami mampu memberikan khidmat terbaik kepada Farah dan Sani.
  22. Terima kasih diucapkan kepada pasangan pengantin kerana memberi ruang dan peluang kepada kami untuk bertugas di majlis ini. Semoga hubungan kalian berdua terus bahagia selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3875_1024 thumb_IMG_3873_1024 thumb_IMG_3872_1024 thumb_IMG_3865_1024 thumb_IMG_3871_1024 thumb_IMG_3864_1024 thumb_IMG_3863_1024 thumb_IMG_3861_1024 thumb_IMG_3860_1024 thumb_IMG_3859_1024 thumb_IMG_3858_1024 thumb_IMG_3857_1024