Monthly Archives: September 2016

Bertugas Di Majlis Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh

thumb_img_4536_1024

Majlis Perkahwinan Abdul ‘Azim Bin Edelfitri & Nurul Syahida Binti Mohd Shohaimi

Tarikh: 17/09/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Ini adalah kali pertama kami bertugas secara rasminya sebagai penyedia perkhidmatan PA system rasmi di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh di UKM Bangi.
  2. Tempahan untuk tugasan ini telah dilakukan oleh Tuan Edelfitri sendiri iaitu bapa kepada pengantin lelaki secara online.
  3. Beliau bersetuju untuk memilih combo A sebagai penghibur majlis putra lelaki beliau iatu Ajim.
  4. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan di dewan ini.
  5. Dewan yang cukup sempurna dengan penghawa dingin dan kemudahan asas yang cukup baik.
  6. Kelihatan pasukan katering juga telah tiba dengan persiapan mereka. Pelamin dan meja makan beradab juga telah dihias indah.
  7. Booth foto dan meja untuk buku tamu juga disediakan sebagai penyeri majlis pada hari ini.
  8. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami terus melakukan sessi pengujian bunyi dari sistem audio kami.
  9. Kami juga sempat berbincang dengan ahli keluarga pengantin dan ayahanda pengantin berkenaan dengan aturcara yang telah ditetapkan.
  10. Tepat jam 11:00AM, kami menukar persalinan kami dan terus bersiaran secara rasminya bagi memeriahkan majlis.
  11. Kami memulakan tugasan dengan ucapan salam dan selamat datang kepada tetamu-tetamu dan keluarga pengantin. Kami juga telah menjemput mereka untuk menjamu selera dengan keizinan keluarga pengantin.
  12. Kami memainkan pelbagai jenis lagu sepanjang menantikan lebih ramai lagi tetamu dan memaklumkan bahawa pasangan pengantin akan tiba sekitar jam 1:00PM.
  13. Ketibaan pasangan pengantin Ajim dan Syida disambut dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Taman Surada.
  14. Semasa pengantin berarak di atas permaidani merah, kami memainkan aluan selawat dan lagu pilihan pengantin iaitu lagu Sedetik Lebih dari Anuar Zain.
  15. Pengantin terus berjalan menuju ke meja makan beradab dan kemudian kami telah memberikan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang kepada pengantin dan ahli keluarga pengantin perempuan.
  16. Kami telah menjemput Tuan Imam Masud Sijam untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis pada hari ini, kemudian kami mempersilakan pasangan pengantin baru menjamu selera bersama keluarga di meja makan beradab.
  17. Sambil menjamu selera, pasangan pengantin dihiburkan dengan persembahan kompang.
  18. Selepas selesai menjamu selera, pengantin dijemput untuk menjayakan sessi bersanding dan bersalam restu bagi memperkenalkan pengantin kepada ahli keluarga pengantin.
  19. Selepas itu, sessi fotografi juga dijalankan dengan jayanya dan sangat meriah sekali. Kelihatan teman-teman dan ahli keluarga pengantin juga turut bersama menjayakan acara ini.
  20. Kami telah membuka sessi karaoke untuk tetamu menyampaikan lagi untuk hiburan bersama. Sambutan yang diterima cukap meriah sekali.
  21. Acara memotong kek perkahwinan diadakan sejurus selepas pengantin selesai bergambar dengan tetamu.
  22. Kelihatan ahli keluarga dan sanak saudara pengantin cukup gembira sekali sepanjang majlis ini berlangsung.
  23. Apabila tiba masa dihujung tugasan kami, kami telah memberikan ucapan penutup dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang bersama menjayakan majlis ini.
  24. Alhamdulillah, kami ucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh keluarga pengantin yang mempercayai kami dan memberikan peluang untuk kami berkhidmat di majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4530_1024 thumb_img_4531_1024 thumb_img_4532_1024 thumb_img_4534_1024 thumb_img_4536_1024 thumb_img_4537_1024 thumb_img_4542_1024 thumb_img_4548_1024 thumb_img_4555_1024 thumb_img_4557_1024

Menjayakan Majlis Perkahwinan Dayu & Nazli Di Gombak

Majlis Perkahwinan Nur Hidayu Mohd Yusoff & Mohamad Nazli Bin Nasarudin

Tarikh: 03/09/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Jalan Kerdas

Bandar : Gombak

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami kami bersiaran kembali di Gombak.
  2. Kami telah diamanahkan untuk bertugas di kediaman pengantin perempuan iaitu Dayu bagi melancarkan perjalanan majlis resepi beliau.
  3. Dayu telah melakukan tempahan secara online dan telah memilih combo A sebagai penceria majlis.
  4. Setelah tiba ke lokasi majlis, kami menentukan lokasi tugasan kami dan terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  5. Setelah melakukan pemasangan, kami melakukan sessi ujian mutu suara dari sistem kami.
  6. Majlis ini dilangsungkan di hadapan rumah pengantin. Kelihatan pelamin juga disediakan dan diletakkan di salah satu kanopi yang terdapat di majlis ini.
  7. Buku tamu dan booth foto juga disediakan bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini.
  8. Majlis ini dijayakan dengan kerjasama penduduk di kawasan perumahan. Mereka menyediakan masakan dan minuman yang istimewa untuk dijamu oleh tetamu.
  9. Tepat jam 11:00AM, kami memulakan tugasan kami secara rasmi dengan mengalu-alukan kehadiran tetamu dan mengucapkan selamat datang kepada semua.
  10. Kami memainkan beberapa lagu terkini, lagu kahwin dan pelbagai lagi lagu yang bersesuaian dengan majlis ini.
  11. Ketibaan rombongan pengantin lelaki iaitu Nazli dan ahli keluarga sekitar jam 1:30PM di sambut dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Taman Keramat AU1.
  12. Ketibaan mereka disambut dengan ucapan selamat datang dari pihak kami dan beberapa rangkap pantun pembukaan.
  13. Kami telah menjemput Tuan Kang Suli untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis.
  14. Selepas bacaan doa disampaikan, kami telah mengalu-alukan ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu di pentas pelamin bersama Nazli dan Dayu.
  15. Selepas selesai sessi salam restu, kami telah menjemput pasangan pengantin baru untuk menjayakan sessi makan beradab. Kami juga telah menjemput ahli keluarga pengantin untuk bersama-sama menjayakan sessi ini.
  16. Selepas selesai menjamu selera, pasangan pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  17. Majlis berlangsung cukup meriah sekali apabila teman-teman dan sahabat pengantin juga hadir bagi memenuhi jemputan di majlis ini.
  18. Sessi fotografi dilangsungkan sejurus selepas sessi memotong kek perkahwinan. Sambutan yang diterima untuk sessi fotografi ini sungguh memberansangkan.
  19. Kami juga telah diamanahkan oleh keluarga pengantin untuk menjayakan acara cabutan nombor bertuah. Pelbagai hadiah yang disediakan untuk ahli kumpulan penangah yang membantu menjayakan majlis pada hari ini.
  20. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang. Kelihatan ahli keluarga dan pengantin cukup gembira melihat majlis pada hari ini berjalan dengan cukup berjaya.
  21. Tepat jam 4:00PM, kami bersiap sedia untuk melabuhkan tirai dan memberi ucapan penutup tugasan kami.
  22. Alhamdulillah, kami ucapkan syabas dan terima kasih kepada Dayu yang mempercayai kami dan memberikan peluang untuk kami berkhidmat di majlis anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4451_1024 thumb_img_4453_1024 thumb_img_4443_1024 thumb_img_4442_1024 thumb_img_4441_1024 thumb_img_4439_1024 thumb_img_4437_1024 thumb_img_4436_1024 thumb_img_4434_1024

Meraikan Akmal Khairi & Aisyah Di Dewan Banquet UPM

thumb_IMG_4304_1024

Majlis Perkahwinan Akmal Khairi Bin Dato’ Ahmad Sharifuddin & Aisyah Binti Mohamed Wahid

Tarikh: 20/08/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Banquet UPM

Bandar : Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Gombak pada minggu lepas, kali ini kami telah menerima undangan dari pegurus Dewan Banquet UPM Encik Azim untuk menjayakan majlis perkahwinan di sini.
  2. Kami telah diperkenalkan oleh Encik Azim kepada ayahanda dan bonda pengantin lelaki dan mereka bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan kami bagi menjayakan majlis putera kepada Dato Ahmad Sharifuddin dan Datin Noormal.
  3. Dewan ini agak besar dan selesa dengan kemudahan yang lengkap dan sempurna.
  4. Kami tiba ke dewan ini seawal jam 9:00AM dan setibanya kami di sini, kami terus melakukan pemasangan.
  5. Kelihatan pihak katering, pihak video feed dan vendor-vendor yang lain sedang sibuk melakukan persiapan.
  6. Di majlis ini juga para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan live band dari Andy Group dan persembahan tarian dari Artis Cilik Setiawangsa.
  7. Tepat jam 11:00AM, kami memulakan tugasan kami dengan ucapan selamat datang dan kami mengalu-alukan para tetamu dan petugas untuk menjamu selera terlebih dahulu.
  8. Sejurus selepas itu persembahan dari live band terus kedengaran dengan beberapa buah lagu yang disampaikan.
  9. Pelbagai juadah yang disediakan, dan tetamu telah mula tiba bagi memenuhi jemputan keluarga pengantin.
  10. Tepat jam 1:25PM, pasangan Akmal dan Aisyah bersama rombongan pengantin perempuan mula tiba. Kami menyambut ketibaan mereka dengan paluan kompang dan selawat dari sistem audio kami. Acara persembahan silat juga diadakan di hadapan pengantin sewaktu pengantin tiba.
  11. Bacaan doa disampaikan apabila pengantin dan rombongan pengantin lelaki duduk ditempat yang telah ditetapkan.
  12. Sejurus bacaan doa disampaikan, acara diteruskan dengan sessi bersalam restu dengan ibubapa pengantin kedua-dua belah pihak dan sessi fotografi bersama pasangan pengantin.
  13. Selepas bacaan doa, kami telah menjemput ayahanda dan bonda pengantin kedua-dua belah pihak untuk ke pentas pelamin untuk mejayakan sessi salam restu dan seterusnya sessi fotografi.
  14. Persembahan tarian dari Artis Cilik Setiawangsa diadakan di pentas utama dewan. Selepas itu kami mempersilakan Akmal dan Aisyah berjalan menuju ke meja makan beradab untuk menjamu selera bersama dengan keluarga.
  15. Ketika pengantin menjamu selera, persembahan multimedia video pernikahan dan video kenangan dipertontonkan kepada tetamu dan pengantin.
  16. Ayahanda dan bonda pengantin juga dijemput untuk memberikan sepatah dua kata kepada tetamu yang hadir dan mereka sempat juga memberi kata-kata nasihat kepada pasangan pengantin baru.
  17. Selepas selesai menjamu selera, acara diteruskan dengan acara memotong kek dan kemudian kami telah mempersilakan pengantin untuk kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  18. Kami telah menjemput keluarga pengantin perempuan dan rakan-rakan untuk mejayakan sessi fotografi ini.
  19. Majlis cukup meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang terdiri dari teman-teman ayahanda bonda pengantin dan juga teman-teman pengantin sendiri.
  20. Dihujung majlis, acara bergambar bersama dengan keluarga pengantin lelaki juga diadakan. Cukup meriah sessi ini.
  21. Tepat jam 4:00PM, tetamu telah mula beransur meninggalkan majlis. Pengantin juga beramah mesra dengan tetamu-tetamu di ruang utama dewan.
  22. Kami juga memberikan ucapan penutup tugasan kami dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat bagi mewakili keluarga pengantin.
  23. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih kami ucapkan Dato’ Ahmad Sharifuddin dan Datin Noormala di atas peluang yang diberikan kepada kami bagi menjayakan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_4307_1024 thumb_IMG_4305_1024 thumb_IMG_4303_1024 thumb_IMG_4304_1024 thumb_IMG_4301_1024 thumb_IMG_4294_1024 thumb_IMG_4297_1024 thumb_IMG_4293_1024 thumb_IMG_4292_1024

Menjayakan Majlis Puteri-Puteri Dr Miszairi Di Gombak

Majlis Perkahwinan Nur Fadhilah & Muhammad Amir Syauqi Serta Nur Lathifah & Zukhruful Amzar

Tarikh: 13/08/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Besar, Kolej Vokasional Gombak

Bandar : Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menerima jemputan bagi menjayakan majlis puteri-puteri kepada Dr Miszairi di Kolej Vokasional Gombak.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Dr Miszairi sendiri melalui laman web kami dan beliau bersetuju untuk mengambil Combo A sebagai penceria majlis 2 pasang pengantin ini.
  3. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan melakukan sedikit pemerhatian terhadap setup yang berada di dewan.
  4. Setelah memilih tempat yang sesuai untuk kami bertugas, kami terus melakukan pemasangan dan sempat bertemu dengan isteri kepada Dr Miszairi iaitu Cikgu Fakhriah.
  5. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem kami.
  6. Kelihatan juga pihak katering sedang sibuk melakukan persiapan terakhir. Katering pada hari ini disediakan oleh Sri Mayang.
  7. Pelbagai lauk pauk dan hidangan kudap-kudapan disajikan oleh pihak katering.
  8. Tepat jam 11:00AM, kami menukar persalinan kami dan terus melakukan ucapan pembukaan bagi menceriakan suasana.
  9. Kami telah menjemput Dr. Miszairi untuk membacakan doa selamat sebelum kami menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang disajikan.
  10. Rombongan pengantin lelaki tiba ke majlis sekitar jam 12:10PM, kami telah menyambut ketibaan mereka dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan mengalunkan selawat.
  11. Kami juga telah menjemput pasangan pengantin untuk duduk di pelamin yang terletak di pentas utama dewan dan mempersilakan ahli keluarga rombongan pengantin lelaki untuk duduk di meja yang dikhaskan untuk mereka.
  12. Bacaan doa disampaikan sendiri sekali lagi oleh Dr. Miszairi. Kami telah menjemput para tetamu untuk bersama menadah tangan untuk bersama-sama mengaminkan doa yang disampaikan.
  13. Selepas bacaan doa, kami telah menjemput ayahanda dan bonda pengantin kedua-dua belah pihak untuk ke pentas pelamin untuk mejayakan sessi salam restu dan seterusnya sessi fotografi.
  14. Selepas selesai sessi fotografi, kami telah menjemput pasangan-pasangan pengantin untuk menuju ke meja makan beradab.
  15. Kami juga telah menjemput wakil-wakil keluarga untuk bersama-sama menjayakan sessi makan beradab ini.
  16. Kami memainkan beberapa lagu perkahwinan dan lagu-lagu kerohanian seperti yang disarankan oleh Dr Miszairi.
  17. Selepas selesai menjamu selera dimeja makan beradab, acara diteruskan dengan mempersilakan pengantin untuk menjayakan sessi memotong kek.
  18. Selepas selesai sessi memotong kek perkahwinan, acara seterusnya adalah sessi fotografi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
  19. Majlis cukup meriah sekali dengan kehadiran tetamu yang cukup ramai. Rakan-rakan kepada pengantin juga hadir bagi memeriahkan majlis.
  20. Acara berlangsung sehingga ke petang, dan kelihatan pasangan-pasangan mempelai cukup gembira sekali melihat teman-teman mereka hadir meraikan mereka.
  21. Tepat jam 4:00PM kami telah memohon untuk mengundur diri dan memberikan ucapan penutup.
  22. Alhamdulillah, segala yang telah diamanahkan telah berjaya kami laksanakan. Tahniah kami ucapkan kepada Dr. Miszairi dan seluruh ahli keluarga pengantin yang membantu kami melancarkan tugasan kami pada hari ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_4193_1024 thumb_IMG_4196_1024 thumb_IMG_4198_1024 thumb_IMG_4191_1024 thumb_IMG_4188_1024 thumb_IMG_4186_1024 thumb_IMG_4182_1024 thumb_IMG_4181_1024 thumb_IMG_4180_1024