Monthly Archives: October 2016

Bertugas Di Jenjarom Bagi Meraikan Suhana Dan Amir

thumb_img_4800_1024

Majlis Perkahwinan Norsuhana Binti Mazaruddin dan Amir Aizuddin Bin Abdul Razak

Tarikh: 30/10/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Jenjarom

Bandar : Banting

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami kembali semula ke Banting bagi meraikan pasangan Suhana dan Amir.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  3. Kami telah ditempatkan di bawah kanopi yang diletakkan dihadapan rumah jiran pengantin.
  4. Terdapat lebih kurang 10 buah kanopi didirikan di hadapan rumah pengantin dan ianya menempatkan tempat menjamu selera dan juga meja makan beradab.
  5. Terdapat pelamin juga yang didirikan di dalam kediaman rumah keluarga pengantin.
  6. Sewaktu kami melakukan pemasangan, dapat dilihat pasukan katering juga baru tiba dan kelihatan sahabat kami dari Wafi Soft Ice Cream juga telah tiba.
  7. Selepas pemasangan siap dilakukan, kami melakukan proses uji suara dan memastikan peralatan kami di dalam keadaan baik.
  8. Pada waktu ini, keluarga pengantin sedang bersiap-siap untuk menjayakan sessi pernikahan yang dilangsungkan di masjid berhampiran.
  9. Tetamu mula tiba dan memenuhi ruangan kanopi. Kami telah mempersilakan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah terhidang.
  10. Keluarga pengantin dan ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan iaitu Tuan Mazaruddin dan Puan Azizah kembali semula ke kediaman mereka sejurus selesai menjayakan sessi ijab dan kabul puteri mereka.
  11. Kami memainkan pelbagai lagu yang bersesuaian untuk meraikan tetamu dan keluarga yang mula hadir meramaikan majlis.
  12. Pengantin lelaki bersama ahli keluarga tiba ke majlis tepat jam 1:00PM. Mereka telah disambut dengan paluan kompang dan selawat dari sistem audio kami.
  13. Ketibaan pengantin lelaki telah disambut oleh keluarga pengantin perempuan dan pengantin lelaki iaitu Amir telah dijemput untuk masuk ke dalam kediaman pengantin untuk dipersandingkan.
  14. Kata-kata aluan disampaikan dan bacaan doa dimulakan. Sejurus selepas itu, majlis bersalam restu dimulakan dengan mempersilakan ahli keluarga pengantin perempuan untuk memulakan acara.
  15. Selepas selesai acara merenjis dan salam restu, seterusnya kami telah menjemput pasangan pengantin untuk mejayakan upacara memotong kek perkahwinan.
  16. Selepas itu majlis diteruskan dengan mempersilakan pengantin dan ahli kelaurga untuk menjamu selera dimeja makan beradab.
  17. Selesai menjamu selera, pengantin menggunakan peluang ini untuk beramah mesra dengan tetamu dan dan teman-teman yang hadir meraikan mereka.
  18. Acara digamatkan lagi dengan persembahan akustik secara live yang dipersembahkan oleh abang pengantin perempuan bersama dengan kawan-kawannya.
  19. Acara meriah sehingga ke petang. Kelihatan ramai kawan-kawan Tuan Mazaruddin dan Puan Azizah yang hadir bagi meraikan majlis ini.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami memberikan ucapan penutup bagi menandakan tugasan kami akan tamat.
  21. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan cukup meriah dan sangat berjaya. Tahniah kami ucapkan kepada Suhana dan Amir di atas ikatan yang telah terpatri sebagai suami dan isteri.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4776_1024 thumb_img_4792_1024 thumb_img_4793_1024 thumb_img_4794_1024 thumb_img_4800_1024 thumb_img_4802_1024 thumb_img_4808_1024 thumb_img_4811_1024

Menjayakan Majlis Pernikahan Azura & Ahmad Zahari

Majlis Pernikahan Nor Azura & Ahmad Zahari

Tarikh: 29/10/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Jenjarom

Bandar : Banting

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tugasan kali ini sangat istimewa untuk kami kerana majlis ini adalah majlis akad nikah.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh adik kepada pengantin perempuan dan beliau bersetuju untuk mendapatkan pakej combo A kami.
  3. Majlis ini akan bermula selepas Asar dan kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 3:30PM untuk melakukan pemasangan peralatan kami.
  4. Setibanya kami tiba ke kediaman keluarga pengantin, kami telah bertemu dengan adik Azura dan kami melakukan sedikit perbincangan dan selepas itu kerja pemasangan terus dilakukan.
  5. Kelihatan pasukan katering dan pasukan videographer dan fotographer telah tiba untuk melakukan tugasan.
  6. Kami memasang 2 unit wireless microphone di dalam ruang tamu rumah dan meletakkan sebuah speaker di dalam rumah. Manakala satu lagi speaker di luar.
  7. Sejurus selepas itu, kami melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem kami.
  8. Tepat jam 5:00PM, rombongan pengantin lelaki mula tiba. Jurunikah juga kelihatan telah tiba ke kediaman pengantin.
  9. Majlis terus dimulakan dengan ucapan selamat datang dari pihak kami dan jurunikah terus memulakan sessi ini dengan khutbah nikah.
  10. Khutbah nikah boleh didengari sehingga ke bahagian kanopi diluar. Sebahagian tetamu duduk di bahagian kanopi sambil mendengar khutbah yang disampaikan oleh tuan Imam iaitu jurunikah.
  11. Selepas khutbah disampaikan, akad nikah terus dilangsungkan. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Azura dan Ahmad Zahari sah digelar sebagai suami dan isteri.
  12. Kejayaan upacara akad nikah disambut dengan bacaan doa dan lafaz taklik.
  13. Kemudian tetamu jemputan dijemput untuk ke bahagian kanopi untuk menjayakan sessi minum petang.
  14. Azura dan Ahmad Zahari menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan teman-teman yang hadir menjayakan majlis mereka.
  15. Kami memainkan lagu-lagu pilihan pasangan pengantin sepanjang petang itu sambil para tetamu menjamu selera.
  16. Kami berhenti rehat untuk memberi laluan kepada waktu maghrib dan akan kembali bertugas pada sessi malam pula bagi menjayakan sessi makan berdamai dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan.
  17. Sessi malam berjalan dengan cukup meriah walaupun cuaca sedikit hujan. Tetamu yang hadir cukup ceria sekali dapat bertemu dengan pasangan pengantin baru.
  18. Kelihatan ramai rakan-rakan yang hadir meraikan hari bahagia pasangan Azura dan Ahmad Zahari pada malam ini
  19. Kami memainkan pelbagai lagu romantis dan lagu yang bersesuai dengan suasana majlis pada malam ini.
  20. Tepat jam 10:00PM, tetamu mula bersurai meninggalkan majlis dan bersalam-salaman dengan pengantin.
  21. Tepat jam 11:00PM, kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami.
  22. Alhamdulillah, majlis hari ini berlangsung dengan cukup meriah dan sempurna sekali. Tahniah kami ucapkan kepada Azura dan Ahmad Zahari di atas hubung suami isteri yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4774_1024 thumb_img_4773_1024 thumb_img_4783_1024 thumb_img_4782_1024 thumb_img_4779_1024 thumb_img_4778_1024

Menjayakan Majlis Resepsi Fizie & Wawa Di Bandar Tun Razak

thumb_img_4744_1024

Majlis Perkahwinan Muhammad Hafizi Bin Mohd Mazlan & Yam Farieza Nazua Bte Abd Rahman

Tarikh: 22/10/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami kembali semula ke Dewan Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak. Ini adalah kali ke tiga kami menjayakan majlis di sini.
  2. Tugasan pada hari ini adalah amanah yang telah diberikan oleh Wawa dan Fizie yang menempah perkhidmatan kami melalui borang tempahan online.
  3. Dewan ini cukup selesa dan lengkap dengan keperluan asas yang sempurna.
  4. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan sejurus selepas kami tiba, kami telah bertemu dengan Wawa yang sedang meninjau persiapan akhir di dewan ini.
  5. Kami melakukan pemasangan sejurus selepas itu, dan terus melakukan sessi pengujian bunyi yang dihasilkan.
  6. Kelihatan pasukan katering dari Mahligai Impian sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyajikan makanan yang bakal dijamu oleh tetamu.
  7. Kami bertugas secara rasminya tepat jam 11:00AM selepas menukar persalinan dan uniform.
  8. Kami memulakan tugasan dengan kata alu-aluan dan mengucapkan selamat datang kepada tetamu dan ahli keluarga yang telah berada di dewan ini.
  9. Tetamu mula tiba dan memenuhi dewan. Kami telah mempersilakan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah terhidang.
  10. Pasangan Fizie dan Wawa tiba di perkarangan dewan sekitar jam 12:45PM dan kami telah memulakan sessi perarakan masuk pengantin dengan bunyi paluan kompang dari sistem audio kami.
  11. Pasangan mempelai terus diarak menaiki pentas pelamin dan bacaan doa disampaikan sejurus selepas ini.
  12. Kami telah menjemput ahli keluarga untuk sama-sama menjayakan sessi salam restu di pentas pelamin.
  13. Selepas selesai sessi salam restu, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab.
  14. Kami memulakan sessi makan beradab dengan beberapa rangkap pantun dan bacaan doa makan.
  15. Pada waktu ini, kelihatan ramai rakan-rakan pengantin telah mula hadir dan bergambar dengan pasangan mempelai di meja makan beradab.
  16. Selepas sessi makan beradab, pasangan Fizie dan Wawa berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  17. Selepas sessi memotong kek, pasangan mempelai kelihatan berjalan-jalan di ruang utama dewan untuk menjayakan sessi beramah mesra.
  18. Terdapat kejutan yang dilakukan oleh ahli keluarga pengantin iaitu mereka membuat ‘birthday surprise’ kepada adik bongsu pengantin lelaki. Kami memainkan lagu Allah Selamatkan Kamu bagi menjayakan kejutan ini.
  19. Kemudian, sessi fotografi bersama keluarga dan rakan-rakan diadakan di pentas pelamin. Sambutan yang cukup meriah diterima ketika acara ini berlangsung.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami dan kami telah bertemu dengan pasangan mempelai untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis pada hari ini.
  21. Kepada Fizie dan Wawa, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami bagi memberikan khidmat terbaik kami di majlis kalian. Tahniah kami ucapkan dan semoga hubungan kalian akan berpanjangan sehingga akhir hayat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4732_1024 thumb_img_4733_1024 thumb_img_4737_1024 thumb_img_4738_1024 thumb_img_4739_1024 thumb_img_4741_1024 thumb_img_4742_1024  thumb_img_4745_1024 thumb_img_4746_1024

Memenuhi Jemputan Mirul & Fara Di Kampung Pandan

Majlis Perkahwinan Muhamad Amirrul Bin R Azmi & Nurfarahin Binti Amirullah

Tarikh: 09/10/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Serbaguna, Jalan H, Kampung Pandan Dalam

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami akan bersiaran di Kampung Pandan Dalam sempena memenuhi jemputan Fara dan Amirrul yang telah menempah perkhidmatan kami secara online.
  2. Mereka berdua bersetuju memilih pakej Combo A kami sebagai pemeriah majlis mereka yang dianjurkan secara bersama.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan di dalam dewan ini.
  4. Dewan ini sangat selesa kerana ianya dewan terbuka dan berbumbung. Kelengkapan seperti tandas dan berdekatan dengan masjid.
  5. Selepas pemasangan dilakukan, kami telah melakukan sessi pengujian mutu bunyi sistem pa sistem kami.
  6. Tepat jam 11:00AM dan selesai menukar persalinan, kami terus memulakan tugasan kami secara rasmi.
  7. Kami telah memberikan kata-kata pembukaan dengan beberapa ucapan selamat datang kepada ahli keluarga dan juga petugas-petugas yang telah berada di dewan ini.
  8. Kami juga telah mempersilakan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan oleh pihak katering.
  9. Tepat jam 1:30PM, paluan kompang dari pasukan kompang telah kedengaran. Ini menandakan pasangan pengantin telah tiba diperkarangan dewan.
  10. Pasangan pengantin tiba bersama dengan ahli kumpulan PPOC iaitu Kelab Pemilik Proto Persona yang mengiringi mereka.
  11. Pasukan kompang memalu kompang sehingga pasangan pengantin berarak menuju ke pentas pelamin.
  12. Setibanya pasangan pengantin berada di atas pelamin, bacaan doa telah disampaikan.
  13. Pasukan kompang meneruskan persembahan mereka dengan beberapa buah lagu dan sejurus tamat persembahan kompang, majlis diteruskan dengan acara merenjis dan bersalaman restu.
  14. Sejurus selepas selesai bersalam restu, kami dengan beberapa rangkap pantun telah mempersilakan pengantin untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan wakil keluarga.
  15. Selepas menjamu selera, pasangan pengantin berkenana untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Selepas menjayakan sessi memotong kek, sessi fotografi dilangsungkan dengan mempersilakan rakan-rakan, tetamu dan ahli keluarga untuk menyertainya.
  17. Sessi fotografi berlangsung cukup meriah sekali dan acara berkaraoke juga dijalankan bagi memeriahkan lagi acara.
  18. Sambutan yang diterima untuk sessi karaoke ini cukup meriah. Pelbagai lagu disampaikan oleh tetamu-tetamu yang hadir.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami dan kami telah bertemu dengan pasangan mempelai untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis pada hari ini.
  20. Kepada Mirul dan Fara, tahniah kami ucapkan dan semoga hubungan kalian akan berpanjangan sehingga akhir hayat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4678_1024 thumb_img_4679_1024 thumb_img_4682_1024 thumb_img_4683_1024 thumb_img_4684_1024 thumb_img_4687_1024 thumb_img_4688_1024 thumb_img_4689_1024 thumb_img_4703_1024 thumb_img_4704_1024 thumb_img_4705_1024 thumb_img_4709_1024

Meraikan Majlis Akikah Adik Neddim Quraisyi

thumb_img_4642_1024

Majlis Akikah Adik Neddim Quraisyi

Tarikh: 02/10/2016

Lokasi : Kampung Paya Jaras

Bandar : Sungai Buloh

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami tidak bertugas di majlis perkahwinan tetapi di suatu majlis yang istimewa iaitu majlis akikah.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Puan Azizah nenda iaitu kepada adik yang kita raikan pada hari ini.
  3. Puan Azizah telah menelefon kami dan kemudian telah melakukan tempahan secara online dan bersetuju untuk mendapatkan Combo A.
  4. Puan Azizah mengenali kami setelah melihat kami bertugas di sebuah majlis perkahwinan di sekitar kawasan kediaman Puan Azizah.
  5. Kami tiba ke kediaman Puan Azizah sekitar jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan.
  6. Terdapat 3 buah kanopi didirikan di halaman rumah dan kami telah ditempatkan di bahagian anjung kediaman tuan rumah.
  7. Selepas pemasangan siap dilakukan, majlis marhaban oleh kumpulan marhaban Kampung Paya Jaras memulakan persembahan.
  8. Ketika ini juga pasukan katering dari Yapaf Catering sedang mempersiapkan hidangan yang bakal dihidangkan kepada tetamu.
  9. Tepat jam 11:00AM, alunan marhaban dimulakan. Tetamu yang hadir turut bersama-sama menyertai marhaban.
  10. Kira-kira sejam selepas marhaban, para tetamu dan ahli kumpulan marhaban melakukan upacara mencukur jambul kepada adik Neddim sambil berselawat.
  11. Jamuan makan dimulakan pada jam 12:00PM dan kelihatan pelbagai juadah yang disajikan termasuk kambing golek dah lauk pauk istimewa.
  12. Pada masa yang sama, majlis dimeriahkan dengan acara cabutan nombor bertuah. Hadiah dan hamper disediakan oleh tuan rumah.
  13. Acara berlangsung cukup meriah sekali dan yang bertuah pasti cukup gembira.
  14. Sepanjang majlis berlangsung, kami memainkan pelbagai jenis lagu yang bersesuaian dengan tetamu yang hadir pada majlis ini.
  15. Pelbagai peringkat umur yang datang meraikan majlis ini dan kami memainkan lagu-lagu dari pelbagai genre.
  16. Majlis meriah sehingga ke petang. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon diri untuk menamatkan tugasan kami.
  17. Alhamdulillah majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami rasa sangat bertuah kerana diberikan peluang untuk bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.
  18. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh keluarga Puan Azizah di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4638_1024 thumb_img_4640_1024 thumb_img_4642_1024 thumb_img_4644_1024 thumb_img_4645_1024 thumb_img_4646_1024 thumb_img_4697_1024  thumb_img_4700_1024 thumb_img_4701_1024

Meraikan Majlis Resepsi Nadi & Pok Duan

Majlis Perkahwinan Nur Nadhirah Binti Mohd Razak & Mohd Rizuan Bin Omar

Tarikh: 01/10/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Komuniti Bukit Bandaraya

Bandar : Bangsar

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di Bangsar bagi meraikan Nadhirah dan Pok Duan.
  2. Tempahan telah dilakukan secara online oleh Nadhirah beberapa bulan yang lepas untuk memastikan pihak kami dapat memenuhi tugasan di majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan di dalam dewan ini.
  4. Tiada sebarang masalah semasa kami melakukan pemasangan kerana kami telah beberapa kali bertugas di dewan.
  5. Dewan ini sangat sempurna dengan kelengkapan penyaman udara, tandas dan surau serta tempat letak kereta yang luas.
  6. Selepas melakukan pemasangan, kami terus melakukan sessi pengujian mutu bunyian dan menukar persalinan rasmi kami.
  7. Hari ini juga adalah hari pernikahan pasangan pengantin Nadi dan Pok Duan, jadi pengantin akan datang terus dari lokasi majlis akad nikah.
  8. Pasangan pengantin dan rombongan pengantin lelaki tiba ke lokasi majlis sekitar jam 12:00PM.
  9. Kehadiran mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan kami telah mengalu-alukan kehadiran mereka dengan beberapa rangkap pantun.
  10. Pasangan pengantin baru terus menuju ke meja makan beradab untuk sessi menjamu selera dan kami telah mempersilakan Al-Fadhil Ustaz untuk membacakan doa.
  11. Pasangan mempelai menikmati hidangan enak yang disajikan bersama dengan ahli keluarga.
  12. Selepas selesai menjamu selera, kami mempersilakan pasangan pengantin baru untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  13. Ketika sessi memotong kek, kami memainkan lagu romantis sebagai lagu latar dan berkongsikan sedikit kronologi percintaan pasangan mempelai.
  14. Pasangan mepelai kemudian dijemput untuk bersanding di pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan kawan-kawan.
  15. Majlis berlangsung cukup meriah dengan kehadiran teman-teman dan kawan-kawan pasangan mempelai.
  16. Kelihatan pasangan pengantin baru cukup gembira bertemu dengan ahli keluarga yang hadir meraikan mereka.
  17. Alhamdulillah majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami rasa sangat bertuah kerana diberikan peluang untuk bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.
  18. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nadhirah dan Rizuan serta seluruh ahli keluarga yang bersama menjayakan majlis pada hari ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4696_1024 thumb_img_4695_1024 thumb_img_4694_1024 thumb_img_4693_1024 thumb_img_4633_1024 thumb_img_4632_1024 thumb_img_4628_1024 thumb_img_4627_1024