Monthly Archives: November 2016

Memeriahkan Majlis Mohd Ridzuan & Riyuni Di Lembah Keramat

Majlis Perkahwinan Mohd Ridzuan Bin Mohd Salim & Riyuni Binti Yusri

Tarikh: 20/11/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Serbaguna Lembah Keramat AU 4

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setalah bertugas selama 18 jam semalam, hari ini kami kembali bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk majlis Ridzuan Dan Riyuni.
  2. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  3. Setibanya kami ke sini, kelihatan pasukan katering telah tiba dan mereka sedang dalam persiapan.
  4. Setelah pamasangan siap dilakukan kami terus melakukan sessi pengujian bunyi dan bertemu dengan ibu kepada pengantin iaitu Puan Fatimah untuk perbincangan berkenaan dengan perjalanan majlis.
  5. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dan memulakan tugasan kami dengan kata-kata aluan dan selamat datang.
  6. Kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin dan rombongan pengantin lelaki akan tiba sekitar jam 12:30PM.
  7. Sambil-sambil menantikan kehadiran rombongan pengantin, kami memainkan beberapa buah lagu pengantin dan lagu yang berkaitan dengan perkahwinan.
  8. Hidangan makan mula dihidangkan dan kelihatan tetamu jemputan mula hadir memeriahkan majlis.
  9. Kami telah memperlawa tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah dihidangkan.
  10. Tepat jam 12:40PM, rombongan pengantin tiba di dewan dan kami terus menyambut kehadiran pengantin dengan paluan kompang dan mengalu-alukan kehadiran pengantin.
  11. Pasangan pengantin terus menuju ke pentas pelamin untuk sessi persandingan dan kemudian ucapan alu-aluan disampaikan bagi memulakan majlis.
  12. Bagi memberkati majlis, bacaan doa turut dibaca dan selepas itu bermulalah upacara merenjis dan bersalam restu di pentas pelamin bersama dengan ahli keluarga pengantin.
  13. Selesai sessi bersalam restu, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab di meja makan beradab. Kami telah menyemput wakil kedua-dua keluarga untuk bersama-sama menyertai sessi ini.
  14. Hidangan yang dihidangkan cukup enak dan menyelerakan dan kelihatan pengantin dan ahli keluarga begitu gembira menikmati hidangan yang disajikan.
  15. Selepas selesai menjamu selera, kami telah mempersilakan Ridzuan dan Riyuni untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Selepas selesai memotong kek perkahwinan, pasangan raja sehari berkenan untuk menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin
  17. Kami telah menjemput rombongan pengantin perempuan terlebih dahulu untuk mejayakan sessi fotografi ini. Kemudian kami telah menjemput rakan-rakan  dan seterusnya keluarga pengantin lelaki.
  18. Kelihatan para tetamu cukup gembira sekali dapat bertemu dengan saudara mara dan rakan-rakan yang hadir dan memeriahkan majlis pada hari  ini.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dengan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, segala yang telah dirancang dapat dijayakan sepanjang kami bertugas di sini. Kelihatan Ridzuan dan Riyuni cukup gembira sekali di atas kejayaan majlis pada hari ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Memeriahkan Hari Keluarga SUKRA Sunway Kayangan

Majlis Hari Keluarga SUKRA, Persatuan Penduduk Sunway Kayangan

Tarikh: 19/11/2016

Lokasi : Sunway Kayangan

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, kami ditugaskan untuk mengendali sebuah karnival hari keluarga persatuan penduduk di Sunway Kayangan.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Tuan Shahrizard iaitu salah seorang AJK persatuan dan beliau telah memilih Combo A kami.
  3. Untuk tempahan ini, kami telah diminta untuk bertugas seawal 7:00AM sehingga 11:00PM. Satu tempoh yang agak lama berbanding tugasan-tugasan sebelum ini yang pernah kami jayakan.
  4. Setelah bertemu beberapa kali dan berurusan melalui email dan telefon, kami mula merancang apakah persediaan yang perlu kami lakukan untuk menjayakan tugasan ini.
  5. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 7:00AM dan terus melakukan tugasan dengan memainkan muzik latar bagi mengiring senaman taichi yang diadakan.
  6. Tepat jam 9:00AM, acara sukaneka mula diadakan dan peniaga-peniaga yang mengambil bahagian juga memulakan persiapan mereka.
  7. Karnival ini juga turut disertai oleh pasukan bomba dan badan-badan kerajaan yang datang memberikan penerangan mereka.
  8. Sukaneka berlangsung meriah dari awal pagi sehingga jam 11:30AM. Acara ini turut disertai oleh kanak-kanak dan dewasa.
  9. Pertandingan mewarna juga diadakan dan demo keselamatan dan kebakaran juga dipertontonkan kepada pengunjung.
  10. Menjelang jam 12:00PM, keadaan bertambah meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang datang untuk membeli belah.
  11. Pada waktu ini juga pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dijalankan dengan cukup meriah.
  12. Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran badut yang datang menghiburkan kanak-kanak dan acara penyampaian hadiah untuk sukaneka juga diadakan.
  13. Selain dari persembahan silap mata dari badut, acara juga dimeriahkan dengan khidmat ‘face painting’ yang berjaya menarik perhatian pengunjung kanak-kanak.
  14. Di sebelah petang, acara diteruskan dengan pertunjukan kawat dan persembahan akrobatik dari anggota tentera.
  15. Pada belah petang, booth-booth peserta acara mula ditutup untuk memberi laluan untuk persiapan acara disebelah malam.
  16. Kami berehat sebentar dari jam 6:00PM dan kembali semula bertugas pada jam 7:30PM. Di sebelah malam, majlis ini akan diteruskan dengan acara makan malam. Seluruh penduduk dijemput untuk hadir memeriahkan acara.
  17. Pelbagai sajian enak yang dihidangkan termasuk kambing panggang dan menu-menu hebat yang lain.
  18. Acara juga dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah dan sessi karaoke yang diadakan.
  19. Tepat jam 11:00PM, majlis mula bersurai dan kelihatan semua ahli AJK persatuan SUKRA berbangga dengan kejayaan majlis pada hari ini.
  20. Alhamdulillah, ini lah kali pertama kami bertugas secara non-stop selama 18 jam untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami.
  21. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada seluruh yang terlibat dalam menjayakan tugasan kami pada hari ini

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Dua Pasangan Pengantin Di Melawati

Majlis Perkahwinan Fadilah Binti Abdullah & Zuraidi Bin Muhammad Bersama Faiezah Binti Abdullah & Mohd Azaham Bin Shamsudin

Tarikh: 12/11/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Melawati

Bandar : Ulu Klang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Taman Melawati bagi menjayakan majlis 2 puteri Tuan Abdullah iaitu Fadilah dan Faiezah dengan pasangan masing-masing.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Faizah beberapa bulan sebelum majlis dan beliau telah memilih combo B untuk memeriahkan majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu dengan keluarga pengantin dan berbincang berkenaan lokasi tugasan kami.
  4. Majlis ini dilangsungkan di kawasan padang bersebelahan dengan rumah keluarga pengantin dan kami telah ditempatkan di lokasi yang cukup strategik di bawah kanopi.
  5. Kami melakukan pemasangan dan terus melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  6. Kelihatan pasukan katering dari Is Caterer sibuk melakukan tugasan penyediaan juadah.
  7. Majlis juga dilengkapi dengan sajian cendol, apam balik dan soft aiskrim. Teh tarik yang panas serta bubur kacang hijau juga disajikan.
  8. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dan memulakan tugasan kami dengan kata-kata aluan dan selamat datang.
  9. Ahli keluarga dan tetamu telah mula kelihatan seawal jam 11:00AM dan kami telah menjemput mereka untuk mejamu selera dengan hidangan yang telah disajikan.
  10. Pasangan mempelai mula keluar dari kediaman keluarga pengantin sekitar jam 12:15PM dan kami telah memainkan alunan paluan kompang.
  11. Pasangan-pasangan pengantin mula berarak menuju ke majlis dan mereka disambut pula dengan alunan selawat.
  12. Pasangan pengantin terus dipelawa untuk duduk di meja makan beradab dan kata-kata aluan disampaikan dan bacaan doa terus disampaikan.
  13. Selepas selesai bacaan doa, kami telah mempersilakan pasangan pengantin dan rombongan pengantin untuk menjamu selera dengan hidangan yang disajikan dimeja makan beradab.
  14. Selesai menjamu selera, pasangan mempelai telah dijemput untuk beramah mesra dengan tetamu jemputan yang terdiri dari saudara mara dan sahabat handai.
  15. Ada di antara tetamu yang mengambil peluang ini untuk bergambar dengan pasangan mempelai dan bersalam-salaman.
  16. Majlis cukup meriah sehingga ke petang dalam keadaan cuaca yang cukup redup sekali pada petang ini.
  17. Kami memainkan pelbagai koleksi lagu yang dipilih sendiri oleh pasangan pengantin. Kesemua lagu pilihan pengantin cukup sesuai sekali untuk majlis ini.
  18. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dengan ucapan penutup tugasan kami.
  19. Alhamdulillah, segala yang telah dirancang dapat dijayakan sepanjang kami bertugas di sini. Terima kasih dan tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua pasangan yang diraikan pada hari ini. Semoga hubungan yang terbina ini akan kekal bahagia untuk selamanya. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_5001_1024 thumb_img_5002_1024 thumb_img_5003_1024 thumb_img_5004_1024 thumb_img_5006_1024 thumb_img_5007_1024 thumb_img_5008_1024 thumb_img_5009_1024

Menjayakan Majlis Resepsi Hazziq Dan Nadhirah Di Ukay Perdana

thumb_img_4971_1024

Majlis Perkahwinan Muhammad Hazziq Bin Zulkifli & Sharifah Nadhirah Binti Syed Faiz Binyahya

Tarikh: 06/11/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Ukay Perdana

Bandar : Ukay Perdana

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bertugas di Ukay Perdana bagi memenuhi tempahan yang telah dilakukan oleh pengantin lelaki iaitu Hazziq.
  2. Hazziq telah memilih combo A kami untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan ahli keluarga pengantin lelaki.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis tepat jam 9:30AM dan sejurus selepas tiba, kami telah bertemu dengan Hazziq dan ahli keluarga beliau untuk memaklumkan berkenaan dengan kehadiran kami.
  4. Setelah berbincang, kami terus melakukan pemasangan peralatan kami dan melakukan sessi pengujian mutu suara dari sistem audio kami.
  5. Kelihatan pasukan katering sedang sibuk melakukan persiapan penyediaan makanan di majlis ini.
  6. Dewan ini sederhana besar dan dilengkapi dengan keperluan asas yang cukup lengkap. Penghawa dinginnya dalam keadaan yang cukup baik dan sangat nyaman.
  7. Tiada pelamin yang didirikan di majlis ini kerana pengantin hanya akan bersama-sama dengan ahli keluarga untuk menjayakan sessi makan berdamai.
  8. Kami memulakan pemasangan lagu dan alunan irama kerohanian sebagai permulaan tugasan kami.
  9. Siap beruniform dan bersongkok, kami memulakan ucapan dan kata-kata aluan bagi mengalu-alukan ahli keluarga yang telah berada di dewan.
  10. Pasangan mempelai dijadualkan akan tiba sekitar jam 12:45PM bersama dengan rombongan pengantin lelaki.
  11. Apabila pengantin tiba, kami telah memainkan alunan Asmaul Husna dan Selawat atas pemintaan Hazziq.
  12. Pasangan pengantin baru dan ahli keluarga pengantin perempuan dijemput untuk memenuhkan meja VIP dan memenuhkan meja makan beradab.
  13. Doa disampaikan oleh sepupu pengantin lelaki iaitu saudara Izzat dan sessi makan berdamai terus dimulakan.
  14. Tetamu mula ramai memenuhkan dewan dan kelihatan pasangan Hazziq dan Nadhirah cukup gembira melihat kehadiran teman-teman mereka.
  15. Selepas menjamu selera, kami telah menjemput pasangan romantis ini menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Kemudian, pasangan mempelai telah dipelawa untuk turun dari pentas utama dan beramah mesra dengan para tetamu.
  17. Rakan-rakan pengantin menggunakan peluang ini untuk bersalam-salaman dan berpelukan sebagai tanda gembira dengan ikatan yang telah terjalin di antara pasangan Hazziq dan Nadhirah.
  18. Teh tarik, kuih muih dan aiskrim turut dijamu kepada tetamu yang hadir.
  19. Acara berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami memohon untuk mengundur diri apabila tetamu mula meninggalkan majlis sekitar jam 4:00PM.
  20. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, majlis berlangsung dengan cukup berjaya dan kelihatan wajah kegembiraan terukir di wajah ahli keluarga dan juga wajah pasangan pengantin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4961_1024 thumb_img_4963_1024 thumb_img_4964_1024 thumb_img_4967_1024 thumb_img_4968_1024 thumb_img_4969_1024 thumb_img_4970_1024 thumb_img_4971_1024 thumb_img_4973_1024

Bersiaran Di Nilai Meraikan Roza & Nik

Majlis Perkahwinan Roza Nur Sharifa dan Nik Muhammad Alaudin

Tarikh: 05/11/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Impiana Villa

Bandar : Nilai

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Banting pada minggu lepas, hari ini kami berkunjung ke Nilai bagi menerima jemputan Tuan Changze dan Puan Halimah yang telah menempah perkhidmatan kami.
  2. Ayahanda kepada pengantin perempuan telah memilih Combo B bagi memeriahkan majlis pernikahan puteri mereka.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:40AM dan telah bertemu dengan keluarga pengantin dan memperkenalkan diri kami.
  4. Setelah perbincangan selesai, kami terus melakukan pemasangan peralatan kami dan terus membuat pengujian terhadap mutu bunyi barangan kami.
  5. Majlis akad nikah berlangsung sekitar jam 11:00AM dan kami telah memainkan alunan kompang dan selawat bagi menyambut ketiba rombongan keluarga pengantin lelaki.
  6. Sessi akad nikah tidak memerlukan mic atau sistem audio atas permintaan keluarga pengantin.
  7. Kami memulakan pemasangan lagu dan alunan irama kerohanian selepas sessi pernikahan selesai dijalankan.
  8. Kelihatan pasukan katering, jurufoto dan juruvideo menjalankan tugas masing-masih dengan penuh dedikasi pada waktu ini.
  9. Beberapa buah kanopi didirikan di sebarang jalan kediaman rumah pengantin dan ianya dihias dengan cukup cantik.
  10. Kami telah mengalu-alukan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan.
  11. Majlis bertambah meriah menjelang tengahari. Ramai tetamu dari kalangan rakan-rakan sekerja Roza dan Nik hadir meraikan hari bahagia mereka.
  12. Kami juga sempat memainkan beberapa lagu pilihan tuan rumah iaitu lagu hindustan sepanjang majlis ini berlangsung.
  13. Pasangan mempelai juga telah dijemput untuk menjamu selera bersama dengan keluarga di ruangan kanopi.
  14. Selain dari menu utama dan lauk-pauk enak, majlis juga dihidangkan dengan manisan, kuih muih dan minuman panas yang sangat sedap.
  15. Sessi fotografi berlangsung di pentas pelamin yang didirikan di dalam kediaman pengantin.
  16. Kelihatan pasangan Roza dan Nik begitu gembira sekali melihat ramai teman-teman yang hadir meraikan majlis mereka. Begitu juga ayahanda dan bonda pengantin yang tidak putus-putus menerima kehadiran tetamu mereka.
  17. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang, dan kami mengakhiri tugasan kami apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM. Kami memberikan ucapan penutup dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
  18. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dengan izin-Nya. Semoga hubungan yang telah terbina untuk kedua-dua pengantin ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat buat selamanya. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4945_1024 thumb_img_4946_1024 thumb_img_4947_1024 thumb_img_4948_1024 thumb_img_4950_1024 thumb_img_4951_1024 thumb_img_4952_1024 thumb_img_4955_1024 thumb_img_4957_1024