Monthly Archives: December 2016

Kami Ke Sentul Meraikan Ajoy Dan Ain

Majlis Perkahwinan Zulfakar Bin Ahmad Putra Rom & Nur’Ain Binti Mohamad

Tarikh: 31/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Pelangi, Sentul

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini adalah tugasan terakhir dan penutup untuk tahun 2016. Kami berasa bertuah kerana telah menerima tempahan dari Ajoy iaitu pengantin lelaki untuk memeriahkan majlis beliau.
  2. Tempahan telah dilakukan secara online beberapa bulan yang lalu dan Ajoy bersetuju untuk mendapatkan Combo A sebagai penyeri majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan telah bertemu keluarga pengantin yang sedang sibuk melakukan persiapan.
  4. Majlis ini dilangsungkan di kediaman pengantin lelaki dan kerja penyediaan makanan dilakukan secara gotong royong oleh penduduk di kawasan perumahan pengantin.
  5. Kami juga sempat bertemu dengan Ajoy sendiri yang singgah ke rumah untuk bertemu dengan kami.
  6. Kami dinasihatkan untuk memasang lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis dan memperbanyakkan lagu-lagu berbentuk kerohanian.
  7. Beberapa buah kanopi didirikan dihadapan kediaman pengantin. Pelamin juga disediakan di dalam ruang tamu rumah.
  8. Selesai melakukan pemasangan dan menukar persalinan, kami terus memulakan majlis dengan ucapan pembuka dan memainkan beberapa buah lagu alunan selawat.
  9. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dilangsungkan di dalam kediaman rumah pengantin.
  10. Tepat jam 12:00PM, selesai bacaan tahlil dan hidangan mula di hidangkan untuk dijamu kepada tetamu yang telah mula hadir.
  11. Kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin Ajoy dan Ain bersama rombongan pengantin perempuan akan tiba sekitar jam 1:00PM. Kami bersiap-siap untuk memainkan paluan kompang dan alunan selawat untuk menyambut kehadiran mereka.
  12. Apabila mereka tiba, kami telah memberikan kata-kata aluan sambil berpantun serta mempersilakan pasangan mempelai untuk duduk di meja makan beradab.
  13. Seluruh rombongan pengantin perempuan juga telah dipersilakan untuk mengambil tempat yang telah dikhaskan untuk mereka.
  14. Bagi memberkati majlis pada hari ini, kami telah mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Haji Syofian Souri untuk memimpin bacaan doa.
  15. Setelah bacaan doa disampaikan, majlis diteruskan dengan acara makan beradab.
  16. Kami mainkan beberapa buah lagu perkahwinan dan lagu-lagu romantis sepanjang sessi makan beradab dan diselang-selikan dengan lagu perkahwinan.
  17. Selepas selesai menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan seterusnya mereka menjayakan sessi fotografi bersama teman-teman di pelamin.
  18. Acara berlangsung cukup meriah. Tetamu sangat gembira bertemu dengan pasangan mempelai dan rakan-rakan mereka di majlis ini.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon diri untuk mengakhiri tugasan kami. Pada ketika ini, tetamu juga telah mula meninggalkan majlis selepas bergembira bersama meraikan pengantin
  20. Alhamdulillah, tugasan yang telah diamanahkan berjaya digalas dengan jayanya. Kami sempat bertemu dengan Hilmi dan mendapatkan maklum balas dari beliau terhadap tugasan kami.
  21. Kami berharap agar Ajoy dan Ain akan terus bahagia dan dikurniakan rahmat sepanjang hubungan mereka dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Gabungan Dua Budaya Di Majlis Resepsi Haizi Dan Jeffrey

Majlis Perkahwinan Haizi Nur Shifaa Binti Ramli & Mohamad Jeffrey Bin Johari

Tarikh: 26/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Kompleks Kejiranan Presint 9

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami kembali semua ke Putrajaya untuk memenuhi jemputan ibu bapa kepada pengantin perempuan iaitu Tuan Ramli Bin Haji Hanafi dan Puan Rohana Binti Ramli.
  2. Tempahan telah dilakukan melalui perbualan melalui telefon dan ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan bersetuju untuk memilih Combo A kami.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:40AM dan telah melakukan pemasangan peralatan kami sejurus selepas itu.
  4. Kami telah beberapa kali bertugas di dewan ini dan ianya memudahkan tugasan pemasangan peralatan kami.
  5. Sewaktu kami tiba, kelihatan pasukan katering juga baru tiba untuk melakukan persiapan.
  6. Ahli keluarga pengantin tiba sewaktu kami di fasa terakhir  pemasangan peralatan kami.
  7. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dengan memainkan lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis pada hari ini.
  8. Kami dimaklumkan pasangan pengantin akan tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM. Istimewa di majlis ini, pengantin akan disambut dengan pengiring yang mengenakan pakaian Melayu tradisional dan paluan gendang Cina dari SMK Seri Kembangan.
  9. Haizi dan Jeffery telah disambut dengan ucapan alu-aluan dari pihak kami dan kami meneruskan perarakan dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  10. Pasangan mempelai yang segak dan berseri dengan busana berwarna kuning terus menuju ke pentas pelamin dan acara dimulakan dengan ucapan dan bacaan doa.
  11. Selepas doa disampaikan, acara dimeriahkan dengan persembahan tarian dari Pasukan Senamtari Havoc dan kemudian acara diserikan dengan upacara salam restu.
  12. Selepas selesai upacara salam restu, pengantin dijemput untuk menjamu selera di meja makan beradab bersama keluarga mereka.
  13. Kemudian, persembahan tarian diadakan sekali lagi sambil pengantin menjamu selera.
  14. Selepas menjamu selera dan pertunjukan tarian selesai, Haizi dan Jeffery telah dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Acara yang cukup romantis ini diserikan lagi dengan kehadiran rakan-rakan yang turut sama merakamkan gambar pasangan bahagia ini di meja memotong kek perkahwinan.
  16. Kemudian, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi fotografi bersama keluarga di pentas pelamin.
  17. Kami juga menjemput rakan-rakan untuk bersama menjayakan sessi ini dan pengantin terus teruja dengan sambutan yang diterima tatkala acara ini berlangsung.
  18. Sessi karaoke dibuka bagi menghangatkan lagi petang ini. Kanak-kanan dan juga tetamu dewasa turut sama menjayakan sessi ini.
  19. Acara berlangsung dengan cukup meriah sehingga ke petang dan kami turut sama gembira melihat majlis ini berlangsung dengan cukup meriah.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon diri untuk mengakhiri tugasan kami. Pada ketika ini, tetamu juga telah mula meninggalkan majlis selepas bergembira bersama meraikan pengantin
  21. Alhamdulillah, tugasan yang telah diamanahkan berjaya digalas dengan jayanya. Kami sempat bertemu dengan Tuan Ramli dan Puan Rohana dan mendapatkan maklum balas dari beliau terhadap tugasan kami.
  22. Tahniah dan kami doakan pasangan mempelai Haizi dan Jeffery akan terus bahagia dan dikurniakan rahmat sepanjang hubungan mereka dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Kami Ke Shah Alam Meraikan Hilmi Faiz Dan Frieda

Majlis Perkahwinan Hilmi Faiz Bin Hamidi & Noor Frieda Shaffinaz Binti Rozalan

Tarikh: 24/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Seksyen 10

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Bangi semalam, hari ini kami berkunjung ke Shah Alam untuk memenuhi jemputan Hilmi Faiz.
  2. Beliau telah melakukan tempahan secara online dan telah memilih combo A untuk menyerikan majlis perkahwinan beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:45AM dan telah bertemu dengan wakil keluarga untuk melakukan pemasangan.
  4. Majlis ini dilangsungkan di kediaman pengantin lelaki dan kelihatan beberapa buah kanopi didirikan di hadapan rumah.
  5. Kami telah ditempatkan di hadapan rumah jiran pengantin dan kami mendirikan stesyen kami di situ.
  6. Kami terus melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian suara setelah pemasangan siap dilakukan.
  7. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dengan memainkan lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis pada hari ini.
  8. Kami dimaklumkan pasangan pengantin akan tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM. Mereka tiba dengan kereta pengantin dan diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  9. Kehadiran pengantin dan rombongan pengantin perempuan disambut oleh ahli keluarga pengantin lelaki.
  10. Hilmi dan Frieda terus berjalan menuju ke dalam kediaman dan bersanding seketika di pelamin yang terdapat di dalam kediaman.
  11. Selepas itu, pasangan pengantin dijemput untuk menuju ke meja makan beradab yang didirikan di bahagian kanopi di luar.
  12. Apabila pasangan pengantin duduk kami telah menjemput wakil-wakil keluarga untuk turut sama memenuhkan meja makan beradab.
  13. Kemudian, majlis diberkati dengan upacara bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Ayub Zambri.
  14. Setelah bacaan doa disampaikan, majlis diteruskan dengan acara makan beradab.
  15. Kami mainkan beberapa buah lagu perkahwinan dan lagu-lagu romantis sepanjang sessi makan beradab.
  16. Kelihatan Hilmi dan Frieda cukup gembira melihat kehadiran tetamu yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara yang hadir meraikan mereka.
  17. Selesai menjamu selera, pasangan pengantin dipersilakan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  18. Selepas itu pasangan mempelai berkenan untuk beramah mesra dengan tetamu dan pada masa yang sama mereka sempat mejayakan sessi fotografi.
  19. Pada sebelah petang, cuaca sedikit mendung dan hujan rahmat menuruni mendinginkan suasana pada petang ini.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon diri untuk mengakhiri tugasan kami. Pada ketika ini, tetamu juga telah mula meninggalkan majlis selepas bergembira bersama meraikan pengantin
  21. Alhamdulillah, tugasan yang telah diamanahkan berjaya digalas dengan jayanya. Kami sempat bertemu dengan Hilmi dan mendapatkan maklum balas dari beliau terhadap tugasan kami.
  22. Kami doakan pasangan mempelai Hilmi dan Frieda akan terus bahagia dan dikurniakan rahmat sepanjang hubungan mereka dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Sessi Karaoke Di Majlis Makan Malam Visi Cenderawasih Sdn. Bhd.

Majlis Makan Malam Visi Cenderawasih Sdn. Bhd.

Tarikh: 23/12/2016

Lokasi : Kompleks Premis Usahawan SME Bank Bangi

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tugasan kali ini jauh lebih berbeza dari biasa, kerana kami akan melaksanakan tugasan untuk majlis makan malam.
  2. Tempahan telah dilakukan secara online oleh salah seorang kakitangan syarikat Visi Cenderawasih iaitu Cik Norashikin.
  3. Majlis ini diadakan pada hari Jumaat petang untuk meraikan kakitangan syarikat dengan acara makan malam dan karaoke.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 4:30PM dan terus bertemu dengan wakil syarikat untuk melakukan pemasangan peralatan kami.
  5. Kehadiran kami disambut cukup mesra sekali dan pemasangan mudah dilakukan kerana akses untuk melakukan pemasangan sangat mudah.
  6. Setelah melakukan sessi pengujian bunyi dari sistem audio kami, kami segara memainkan beberapa buah lagu untuk menceriakan petang ini.
  7. Kelihatan pasukan yang menyediakan persiapan makanan juga sedang sibuk menyediakan kambing golek.
  8. Sessi karaoke berlangsung cukup meriah dengan disertai oleh tenaga kerja Visi Cenderawasih.
  9. Sambil menjamu selera mereka juga sempat beramah mesra antara satu dengan yang lain sambil mendengar rakan-rakan menyanyikan lagu.
  10. Selain dari sessi karaoke, majlis juga diselitkan dengan permainan dart dan juga pemainan carrom.
  11. Kami juga turut menikmati hidangan enak yang disajikan dan acara karaoke diberhentikan untuk memberi laluan kepada waktu Maghrib dan Isyak.
  12. Seluruh kakitangan dari pihak pengurusan juga bersama-sama memeriahkan acara ini dan mereka menyampaikan setiap lagu yang dipilih dengan cukup baik sekali.
  13. Kami bertugas di sini sehingga jam 10:00PM dan sebelum kami mengakhiri tugasan kami, kami sempat memberikan ucapan terima kasih dan tahniah kepada penganjuran majlis yang cukup meriah ini.
  14. Alhamdulilah, tugasan yang diamanahkan kepada kami telah selamat digalas dengan jayanya.
  15. Terima kasih diucapkan kepada seluruh kakitangan dan pihak pengurusan Visi Cenderawasih di atas keyakinan anda kepada kami. Kami doakan Visi Cenderawasih akan terus gemilang pada masa akan datang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menuju Ke Putrajaya Meraikan Zulfadly Dan Farhana

Majlis Perkahwinan Mohd Zulfadly Bin Mohd Zamri & Fatimah Farhana Binti Muhammad

Tarikh: 17/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan KPDNKK

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami cukup bersemangat menuju ke Putrajaya bagi menjayakan tugasan seterusnya di Dewan Serbaguna KPDNKK.
  2. Pengantin pada hari ini adalah Zulfadly dan Fatimah Farhana yang menjayakan majlis ini secara bersama.
  3. Setibanya kami di sini, kami terus memastikan lokasi untuk kami mendirikan stesyen tugasan kami.
  4. Kira-kira jam 9:30AM, kami terus melakukan persiapan dengan memasang peralatan kami di sudut hadapan dewan.
  5. Hiasan dewan sangat indah dan cantik sekali. Pasukan katering juga telah hadir melakukan persiapan mereka.
  6. Pelamin dan pentas utama dewan dihias dengan cukup indah bagi meraikan pasangan pengantin.
  7. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dengan memainkan lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis pada hari ini.
  8. Kami dimaklumkan pasangan pengantin akan tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM. Mereka tiba dengan kereta pengantin dan diarak dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Sungai Ramal.
  9. Kehadiran pengantin disambut oleh ayahanda dan bonda kedua-dua pengantin di pintu gerbang dan kemudian pengantin meneruskan langkah menuju ke pentas pelamin.
  10. Kami memberikan ucapan selamat datang dan diselangi dengan beberapa pantun yang indah.
  11. Kemudian bacaan doa dimulakan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Selepas doa dibaca, acara diteruskan dengan persembahan sebuah lagu dari pasukan kompang.
  13. Selepas itu, istiadat salam restu dan merenjis dimulakan dengan menjemput wakil-wakil keluarga untuk ke pentas pelamin.
  14. Acara kemudian diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjamu selera dengan hidangan yang enak di meja makan beradab.
  15. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Acara yang romantis ini diiringi dengan lagu Jodoh Berdua dari Hafiz Hamidun sebagai lagu latar.
  16. Selepas selesai sessi memotong kek perkahwinan, pasangan pengantin dijemput untuk menjayakan sessi fotografi yang dilangsungkan pelamin.
  17. Sessi fotografi dijayakan dengan menjemput ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu.
  18. Fadly dan Fatimah Farhana kelihatan cukup gembira melihat teman-teman dan saudara mara yang hadir meraikan majlis mereka.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon diri untuk mengakhiri tugasan kami. Pada ketika ini, tetamu juga telah mula meninggalkan majlis selepas bergembira bersama meraikan pengantin
  20. Alhamdulillah, majlis cukup lancar sekali dan kami cukup gembira melihat pasangan mempelai dan keluarga cukup ceria meraikan majlis pada hari ini. Tahniah dan terima kasih Fadly dan Farhana sekeluarga kerana telah memilih kami sebagai penyedia perkhidmatan PA system anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

 

Kami Ke Sepang Meraikan Nadia Dan Anuar

Majlis Perkahwinan Siti Khairulnadia Binti Khamis & Mohd Khairul Anuar Bin Mohd Nasir

Tarikh: 11/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Kota Warisan

Bandar : Sepang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Perodua Sales Pandan Prima semalam, hari ini kami akan meneruskan pengembaraan kami di Kota Warisan Sepang.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Nadia iaitu pengantin perempuan secara online dan beliau bersetuju untuk mendapatkan combo B kami.
  3. Kami dimaklumkan untuk tiba sedikit lewat kerana majlis pernikahan akan dilangsungkan pada sebelah pagi.
  4. Setibanya kami ke lokasi majlis iaitu sekitar jam 10:00AM, kami telah bertemu dengan abang kepada Nadia untuk melakukan pemasangan.
  5. Pemasangan siap dilakukan 30 minit selepas itu dan kami menantikan upacara pernikahan selesai di dalam kediaman rumah pengantin.
  6. Kelihatan pasukan katering sedang melakukan persiapan dan kambing panggang juga sedang disediakan di bahagian kanopi yang berada diluar rumah.
  7. Tepat jam 11:15AM, kami memulakan tugasan kami dengan memainan lagu-lagu kerohanian dan mengucapkan terima kasih kepada mereka telah menjayakan majlis pernikahan terutama kepada jurunikah.
  8. Kami juga telah mempersilakan tetamu yang telah berada di majlis untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan oleh Pak Uda Selera Utara Katering.
  9. Rombongan pengantin lelaki meninggalkan majlis untuk menukar persalinan.
  10. Tepat jam 12:30PM, rombongan pengantin lelaki kembali semula dengan persalinan baru dan kehadiran mereka telah disambut dengan paluan kompang dan lagu latar pilihan mereka dari sistem audio kami.
  11. Anuar dan keluarga telah disambut oleh Nadia di hadapan kediaman dan mereka berarak masuk menuju ke pentas pelamin yang terdapat di dalam rumah.
  12. Kami telah menjemput pembaca doa untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas bacaan doa selesai, kami telah mempersilakan wakil-wakil keluarga untuk menjayakan sessi salam restu di pentas pelamin.
  14. Selepas selesai sessi salam restu, acara diteruskan dengan mempersilakan pengantin untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  15. Selepas itu, Anuar dan Nadia berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan sejurus selepas itu mereka menjayakan sessi fotografi bersama keluarga.
  16. Sessi memotong kek pengantin diserikan dengan dendangan lagu pilihan pengantin.
  17. Sessi beramah mesra berlangsung selepas Anuar dan Nadia menjayakan sessi fotografi di dalam rumah.
  18. Kehadiran tetamu yang cukup memberangsang pastinya membuatkan pengantin cukup gembira.
  19. Acara meriah sehingga ke petang. Kami menamatkan tugasan kami sehingga jam 4:00PM dengan ucapan penutup dan beberapa rangkap pantun.
  20. Alhamdulillah, majlis cukup lancar sekali dan kami cukup gembira melihat pasangan mempelai dan keluarga cukup ceria meraikan majlis pada hari ini. Tahniah dan terima kasih Nadia dan keluarga kerana telah memilih kami sebagai penyedia perkhidmatan PA system anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Memeriahkan Perodua Appreciation Day 2016 Di Pandan Prima

Majlis Hari Meraikan Pelanggan Perodua 2016

Tarikh: 10/12/2016

Lokasi : Bilik Pamaran Perodua Pandan Prima

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami ke Pandan Prima bagi memenuhi jemputan Perodua Sales Pandan Prima untuk menjayakan majlis meraikan pelanggan.
  2. Tempahan telah diterima melalui borang tempahan online yang telah dilakukan oleh salah seorang kakitangan Perodua Sales Pandan Prima.
  3. Mereka bersetuju untuk memilih Combo A kami yang dilengkapi dengan sistem karaoke bagi memeriahkan majlis ini.
  4. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan telah bertemu dengan Encik Mazlan yang akan menentukan tugasan kami.
  5. Setelah perbincangan dilakukan, kami telah ditempatkan diruangan pintu masuk bilik pameran dan kami terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami terus melakukan sessi pengujian sistem siar raya dan mengenakan uniform rasmi kami.
  7. Kami memulakan tugasan kami dengan memainkan beberapa buah lagu yang bersesuaian dengan tema majlis ini.
  8. Kami juga menguar-uarkan promosi hebat yang ditawarkan pada hari ini dan membantu pihak Sales Advisors untuk menarik pengunjung melangkah masuk ke dalam bilik pameran.
  9. Sepanjang kami bertugas, jamuan makan disediakan oleh pihak penganjur dan para pengunjung boleh menikmati hidangan sambil melihat model-model terbaru kereta dari Perodua.
  10. Kami juga telah membuka sessi karaoke kepada pengunjung dan juga petugas-petugas yang ingin menyampaikan lagu.
  11. Sungguh meriah sessi karaoke yang berlangsung sepanjang hari ini dengan penyertaan kakitangan yang menyampaikan pelbagai jenis lagu.
  12. Sepanjang kami bertugas, cuaca sungguh redup dan nyaman sekali. Sekali-sekala kelihatan pelanggan yang hadir, datang untuk mengambil kenderaan yang telah ditempah beberapa hari yang lepas.
  13. Kami bertugas di sini sehingga jam 4:00PM dan setelah jam menunjukkan tepat waktunya, kami sempat memberikan ucapan penutup dan berkongsikan maklumat berkenaan perkhidmatan kami.
  14. Alhamdulillah, tugasan kami di sini cukup lancar dan mendapat sambutan dari Sales Advisors yang sama-sama membantu memeriahkan tugasan kami.
  15. Kami doakan agar Perodua Sales Pandan Prima akan terus berjaya dalam menghasilkan jualan yang lebih memberangsangkan pada masa-masa akan datang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Bertugas Di The Victorian Holiday Villa Bersama Klinik Mediviron Group

Majlis Makan Malam Tahunan Klinik Medivirion

Tarikh: 04/12/2016

Lokasi : The Victorian Ballroom, Holiday Villa

Bandar : Subang Jaya

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Projector)

Catatan:

  1. Malam ini kami bertugas untuk menjayakan sebuah majlis makan malam tahunan Klinik Mediviron yang dilangsungkan di Holiday Villa Subang Jaya.
  2. Melalui rekod kami, ini adalah kali ke-5 kami bersama-sama dengan Klinik Mediviron bagi menjayakan aktiviti ini.
  3. Majlis ini dilangsungkan di sebelah malam, dan kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 3:30PM bagi tujuan pemasangan.
  4. Setibanya kami ke sini, AJK dari Klinik Mediviron telah tiba untuk melakukan persiapan terakhir.
  5. Kami terus melakukan pemasangan dan melakukan sessi uji bunyi sistem kami.
  6. Setelah selesai, kami telah berjumpa dengan ahli AJK untuk mendapatkan beberapa buah lagu yang akan digunakan untuk persembahan pada malam ini.
  7. Majlis bermula secara rasminya tepat jam 6:00PM dengan persembahan live band dari MIG Band iaitu band yang dianggotai oleh para doktor-doktor Mediviron.
  8. Persembahan live band ini berlangsung selama 30 minit sebelum perasmian majlis dengan ucapan dari Pengarah Klinik Mediviron dan dari Datuk Dr Lim iaitu pengasas Klinik Mediviron .
  9. Acara dimulakan dengan beberapa persembahan tarian tradisional dari kakitangan ibu pejabat Klinik Mediviron.
  10. Kemudian sessi makan malam bermula dengan hidangan yang cukup enak dari pihak Holiday Villa.
  11. Sewaktu sessi menjamu selera, kami telah memainkan beberapa buah lagu pilihan bagi menyerikan lagi sessi makan malam.
  12. Selepas selesai menjamu selera, acara diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah kepada klinik-klinik cawangan Mediviron di serata negara.
  13. Acara diberkati dengan bacaan doa yang disampaikan dan seluruh tetamu yang beragama Islam menadah tangan mengaminkan doa yang disampaikan.
  14. MIG Band mengambil alih semula pentas dengan persembahan hebat mereka dan acara bertambah gamat dengan penyertaan tetamu yang menari mengikut rentak MIG Band.
  15. Majlis juga dihangatkan dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
  16. Sessi karaoke juga dimulakan bagi mereka yang mempunyai bakat nyanyian. Sambutan yang diterima untuk sessi ini sangat memberangsangkan.
  17. Tepat jam 10:30PM, acara mula beransur tamat dengan para tetamu mula bersantai dan beramah mesra sesama mereka.
  18. Alhamdulillah, kami menerima pujian di atas kelancaran khidmat yang telah kami berikan dan kami juga berpuas hati dengan tugasan yang telah kami laksanakan.
  19. Terima kasih Klinik Mediviron kerana memberi peluang sekali lagi untuk kami bersama-sama menjayakan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Tugasan Di Pusat Komuniti Bukit Cheras Untuk Meraikan Kila & Amie

Majlis Perkahwinan Nur Shakilla Binti Hashim & Muhammad Azmi Bin Razali

Tarikh: 03/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Komuniti Bukit Cheras

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami ditugaskan untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di Pusat Komuniti Bukit Cheras.
  2. Telah beberapa kali kami bertugas di sini. Dewan yang cukup selesa, lengkap dengan penghawa dingin, tandas dan surau yang diselenggara dengan baik.
  3. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:35AM dan terus melakukan pemerhatian untuk menentukan lokasi stesyen tugasan kami.
  4. Kelihatan meja untuk kami disediakan oleh pangantin siap dengan dua buah kerusi.
  5. Sewaktu kami tiba, pihak katering dari Pak Alang Catering telah mula melakukan persiapan menghidangkan sajian makanan.
  6. Kami terus melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian bunyi yang dihasilkan dari sistem siar raya kami.
  7. Tepat jam 11:00AM, kami terus memulakan tugasan kami secara rasmi dengan memberikan kata-kata aluan dan memainkan beberapa buah lagu.
  8. Apabila hidangan mula dihidang, kami telah menjemput tetamu untuk menjamu selera. Pada ketika ini, tetamu telah mula hadir memeriahkan majlis.
  9. Pelamin dan meja makan beradab dihias cukup kemas. Hanya menantikan kehadiran pasangan mempelai sahaja untuk menyerikan tempat tersebut.
  10. Tepat jam 12:30PM, rombongan pengantin lelaki yang dipimpin oleh Yg Bhg Tuan Razali dan Puan Siti Zaleha mula tiba.
  11. Kami memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan memainkan lagu iringan yang dipilih oleh pengantin untuk menyambut ketibaan mereka.
  12. Pengantin diarak terus menuju ke pentas pelamin dan kemudian kami memberikan kata-kata aluan dan selamat datang.
  13. Acara diberkati dengan bacaan doa yang disampaikan dan seluruh tetamu yang beragama Islam menadah tangan mengaminkan doa yang disampaikan.
  14. Selepas bacaan doa, pengantin berkenan untuk menjamu selera bersama dengan ahli keluarga dan tetamu di meja makan beradab.
  15. Pada waktu ini, kelihatan tetamu mula memenuhkan dewan. Rakan-rakan dan saudara mara hadir dengan senyuman bagi meraikan pasangan Kila dan Amie.
  16. Selesai sessi makan beradab, acara diteruskan dengan menyempurnakan sessi memotong kek perkahwinan.
  17. Selepas selesai memotong kek perkahwinan, pasangan pengantin berkenan untuk bersama-sama menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin bersama ahli keluarga dan sahabat juga tetamu.
  18. Sesekali, Kila dan Amie turun dari pentas pelamin untuk beramah mesra dengan tetamu sambil bergambar di ruang utama dewan.
  19. Acara meriah sehingga ke petang dan tepat jam 4:00PM, kami telah memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis berjalan cukup lancar sehingga ke petang. Kelihatan Kila dan Amie begitu gembira dengan kejayaan dan kelancara majlis pada hari ini.
  21. Terima kasih Kila dan Amie. Tahniah kami ucapkan, semoga hubungan kalian akan terus kekal selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: