Monthly Archives: January 2017

Memeriahkan Majlis Perkahwinan Firdaus & Fakhierra Serta Majlis Aqiqah Ieshaq Qhaleel & Wan Muhammad Hanzalah

Majlis Perkahwinan Ahmad Firdaus Bin Khalid & Nor Fakhierra Binti Mohd Norizan Serta Majlis Aqiqah Ieshaq Qhaleel & Wan Muhammad Hanzalah

Tarikh: 29/01/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Perdana Sentul

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Hotel Istana semalam, hari ini kami kembali semula ke Kuala Lumpur untuk menjayakan majlis perkahwinan Firdaus dan Fakhierra serta majlis aqiqah adik Ieshaq Qhaleel dan Wan Muhammad Hanzalah.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Kakak dan Abang Ipar kepada pengantin perempuan dan juga bapa kepada bayi yang menyambut aqidah.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan melakukan pemasangan sejurus selepas kami tiba.
  4. Kelihatan pasukan katering juga telah tiba untuk melakukan persiapan dan menyediakan hidangan makanan.
  5. Kami pernah beberapa kami menjayakan majlis di sini dan pemasangan dilakukan tanpa sebarang masalah.
  6. Dewan ini cukup luas dan selesa. Tempat letak kereta juga agak luas untuk kemudahan para tetamu.
  7. Hidangan makanan untuk majlis ini dimasak sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan yang merupakan seorang chef berpengalaman.
  8. Kami memainkan lagu-lagu berunsurkan kerohanian dan islamik atas permintaan keluarga pengantin.
  9. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dan telah berceloteh dan mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga dan para tetamu.
  10. Terdapat ruang photobooth dan meja untuk buku tamu yang disediakan di pintu masuk utama dewan.
  11. Tepat jam 12:30PM, pasangan mempelai tiba dengan diiringi paluan kompang dari pasukan kompang Teratak Sinar 30.
  12. Pasangan mempelai terus berarak menujuk ke dewan dan kami telah mengumumkan ketibaan mereka dengan beberapa rangkap pantun.
  13. Pasangan mempelai terus menuju ke meja makan beradab untuk menjayakan sessi menjamu selera.
  14. Apabila pengantin duduk, persembahan kompang dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada kami memberikan ucapan pembuka dan menjemput Tuan Wan Muhammad Hasbullah Amin untuk memimpin bacaan doa.
  15. Selepas itu upacara makan beradab dimulakan sambil persembahan kompang diteruskan bagi memeriahkan sessi makan beradab.
  16. Selepas pasangan mempelai dan ahli keluarga selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan pengantin untuk menjayakan sessi beramah mesra dengan tetamu dan ahli keluarga.
  17. Majlis juga diteruskan dengan mempersilakan tetamu untuk bersama-sama menjayakan sessi fotografi dengan pasangan pengantin baru.
  18. Acara cukup meriah sehingga ke petang. Sebelum majlis tamat, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong pulut kuning di pentas utama dewan
  19. Acara berlangsung meriah sehingga jam 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Firdaun dan Fakhierra di atas hubungan yang telah terbina ini.
  22. Kami juga mendoakan adik-adik Ieshaq Qhaleel dan Wan Muhammad Hanzalah menjadi insan yang berjasa kepada keluarga, bangsa dan agama.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Ijab Kabul Lin & Syahril

Majlis Perkahwinan Lin & Syahril

Tarikh: 28/01/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Hotel Istana

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Pagi ini kami akan menjayakan majlis akad dan nikah untuk pasangan Lin dan Syahril di Hotel Istana Kuala Lumpur.
  2. Pasangan pengantin telah memilih Combo A kami untuk memeriahkan majlis ini.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis lebih awal dari biasa kerana upacara ini akan berlangsung tepat jam 10:00AM.
  4. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami terus mengemaskini koleksi lagu yang telah dipilih oleh pengantin untuk dimainkan.
  5. Ahli keluarga dan tetamu tiba dan memasuki dewan ballroom tepat jam 10:00AM sambil mereka dihiburkan dengan koleksi selawat dari sistem kami.
  6. Pengantin lelaki dan rombongan telah dijemput masuk oleh pihak kami sambil diselangi beberapa rangkap pantun dan beliau terus berjalan menuju ke meja akad nikah.
  7. Kemudian, kami telah mengumumkan ketibaan pengantin perempuan bersama barisan pengiring untuk masuk ke dewan dan terus menuju ke pentas pelamin.
  8. Apabila pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah bersiap sedia, kami mempersilakan jurunikah Al-Fadhil Tuan Imam Saleh diiringi oleh ahli keluarga pengantin untuk mengambil tempat di meja nikah.
  9. Selepas itu sessi bacaan khutbah nikah disampaikan oleh jurunikah sambil didengari oleh pasangan pengantin dan seluruh tetamu.
  10. Sejurus selepas khutbah nikah disampaikan, upacara yang dinantikan iaitu ijab dan qabul dilangsungkan.
  11. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Syahril telah sah bergelar suami kepada Lin.
  12. Upacara membatalkan air sembahyang dan menyarung cincin perkahwinan dilangsungkan di pentas pelamin bersama dengan pasangan mempelai.
  13. Kemudian majlis diteruskan dengan mempersilakan pasangan pengantin bersama dengan tetamu untuk bersalam-salaman dan terus menjayakan sessi makan berdamai.
  14. Sebelum jamuan makan dimulakan, pihak hotel mengadakan sessi food presentation dengan membawa makanan yang serba enak masuk ke dalam dewan.
  15. Selepas sessi menjamu selera selesai, acara diteruskan dengan menjemput pengantin untuk menjayakan sessi fotografi.
  16. Ahli keluarga, rakan-rakan dan para tetamu menjayakan sessi fotografi ini dengan penuh kegembiraan sambil bersalam-salaman dengan pasangan mempelai.
  17. Sessi karaoke juga dibuka untuk memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Sambutan yang diterima pada sessi karaoke cukup meriah sekali dengan penyertaan tetamu.
  18. Acara berlangsung meriah sehingga jam 1:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  19. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  20. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Lin dan Syaril di atas hubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

  

Bertugas Di Bukit Jelutong Meraikan Amanina & Asyraf

Majlis Perkahwinan Nur Amanina Binti Abdul Hamid & Muhammad Asyraf Hazwan Bin Mohamad Hadi

Tarikh: 21/01/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Bukit Jelutong

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bertugas di Bukit Jelutong bagi memenuhi jemputan pengantin perempuan Nur Amanina.
  2. Melalui rekod kami, ini adalah kali pertama kami bertugas di dewan ini. Dewan yang selesa dengan penghawa dingin dan berkeluasan kira-kira dua gelanggang badminton.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Amanina sendiri melalui borang tempahan online kami. Pada mulanya beliau memilih Combo B, kemudian beliau telah menaiktaraf tempahan tersebut kepada Combo A yang mempunyai set karaoke.
  4. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan.
  5. Selepas pemasangan dilakukan, kami telah bertemu dengan bonda pengantin perempuan iaitu Puan Hajah Siti Raintan Binti Nadzir untuk berbincang berkenaan dengan aturcara pada hari ini.
  6. Setelah perbincangan selesai, kami terus melakukan tugasan kami. Persalinan rasmi siap dipakai dan kami memulakan acara dengan ucapan salam dan beberapa rangkap pantun.
  7. Kami juga telah menjemput ahli keluarga dan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh Pok De Katering.
  8. Tepat jam 12:30PM, kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai telah berada disekitar dewan untuk acara perarakan masuk.
  9. Sessi perarakan masuk pengantin diserikan dengan paluan kompang dari sistem audio kami, dan kami juga telah memainkan bacaan selawat bagi mengiringi pengantin untuk menuju ke pentas pelamin.
  10. Sejurus Amanina dan Hazwan duduk di pentas pelamin, kami telah memberikan kata-kata pembukaan menyambut kehadiran mereka dan kemudian kami telah menjemput bapa suadara kepada pengantin perempuan iaitu Tuan Haji Jalil untuk memimpin bacaan doa.
  11. Selepas doa dibaca, majlis diteruskan dengan mempersilakan ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi bersalam restu di pentas pelamin.
  12. Kemudian, majlis diserikan dengan menjemput pasangan pengantin baru Hazwan dan Amanina untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan keluarga.
  13. Acara memotong kek perkahwinan diadakan selepas sessi makan beradab selesai dijalankan.
  14. Acara yang paling romantis tersebut telah dijayakan oleh pasangan mempelai sambil mereka memotong kek yang indah dan cantik hiasannya.
  15. Selepas selesai acara memotong kek perkahwinan, pasangan pengantin baru berkenan menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin.
  16. Ahli keluarga, rakan-rakan dan para tetamu menjayakan sessi fotografi ini dengan penuh kegembiraan sambil bersalam-salaman dengan pasangan mempelai.
  17. Sessi karaoke juga dibuka untuk memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Sambutan yang diterima pada sessi karaoke cukup meriah sekali dengan penyertaan tetamu dari Singapura.
  18. Acara berlangsung meriah sehingga jam 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  19. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  20. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Amanina dan Hazwan di atas hubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Tugasan Di Majlis Maliana Dan Fisol

Majlis Perkahwinan Maliana Binti Datuk Shaharudin & Muhammad Fisol Bin Harun

Tarikh: 15/01/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Sapura

Bandar : Seri Kembangan

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Untuk hari ini kami akan bertugas di Dewan Sapura di Mines City bagi meraikan pasangan Maliana dan Fisol.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh ayahanda pengantin perempuan sendiri iaitu Ybhg Datuk Shaharudin dan melakukan tempahan secara terus melalui perbualan telefon.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan melakukan proses pemantauan dewan. Kelihatan pasukan katering dan hiasan pelamin sedang giat dilakukan.
  4. Kami terus melakukan pemasangan peralatan kami sejurus selepas itu. Setelah pemasangan dilakukan kami sempat bertemu dengan Datuk Shaharudin untuk perbincangan berkenaan dengan perjalanan majlis.
  5. Kami melakukan tegasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dengan mengalu-alukan ketibaan tetamu dan ahli keluarga yang telah berada di dewan.
  6. Kami telah mendapat cue dari pihak katering untuk menjemput ahli keluarga dan para tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang disajikan.
  7. Terdapat photobooth dan buku tamu yang disediakan untuk tetamu yang ingin bergambar dan menuliskan ucapan mereka kepada pengantin.
  8. Tepat jam 12:30PM, kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai telah berada disekitar dewan untuk acara perarakan masuk.
  9. Sessi perarakan masuk pengantin diserikan dengan paluan kompang dari pasukan Kompang Belia Pandan Perdana.
  10. Pasangan pengantin Fisol dan Maliana terus berjalan menuju ke pentas pelamin. Kami juga telah mengalu-alukan ketibaan mereka dengan beberapa rangkap pantun.
  11. Pasangan mempelai terus bersemayam di pentas pelamin dan kami telah menjemput Al-Fadhil Tuan Imam Mohd Faisal Mohd Noor untuk memimpin bacaan doa.
  12. Selepas doa dibaca, pasukan kompang meneruskan persembahan sambil acara diteruskan dengan sessi bersalam restu di pentas pelamin.
  13. Selepas selesai sessi bersalam restu, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab.
  14. Acara memotong kek perkahwinan diadakan selepas sessi makan beradab selesai dijalankan.
  15. Acara yang paling romantis tersebut telah dijayakan oleh pasangan mempelai sambil mereka memotong kek tiga tingkat yang indah dan cantik hiasannya.
  16. Selepas selesai acara memotong kek perkahwinan, pasangan pengantin baru berkenan menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin.
  17. Ahli keluarga, rakan-rakan dan para tetamu menjayakan sessi fotografi ini dengan penuh kegembiraan sambil bersalam-salaman dengan pasangan mempelai.
  18. Acara berlangsung meriah sehingga jam 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  19. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar. Kami cukup bangga menjadi sebahagian dari kejayaan majlis ini.
  20. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Maliana dan Fisol di atas hubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

 

Menyertai Majlis Tahlil Dan Makan Malam Eureka Efektif

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Eureka Efektif

Tarikh: 13/01/2017

Lokasi : Bandar Baru Bangi

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Bangi bagi memenuhi jemputan syarikat Eureka Efektif untuk menyediakan keperluan untuk majlis makan malam syarikat dan majlis tahlil dan doa selama.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Cik Shuhada dan beliau telah memilih Combo A secara online.
  3. Majlis ini diadakan pada waktu malam selepas maghrib dan pihak kami telah tiba seawal jam 5:00PM untuk melakukan pemasangan.
  4. Sessi tahlil dan doa selamat dilakukan di dalam bangunan manakala acara makan malam dilakukan diruangan kanopi yang terletak di luar bangunan.
  5. Pelbagai juadah yang disajikan termasuk kambing panggang, nasi goreng, kuih-muih dan minuman diruangan kanopi.
  6. Melalui anggaran kami, kira-kira 20 orang kakitangan yang menyertai majlis ini.
  7. Selepas sessi tahlil dan doa selamat, kami memainkan pelbagai jenis lagu untuk majlis ini bagi memeriahkan acara.
  8. Kami juga membuka sessi karaoke santai untuk memberi peluang kepada kakitangan Eureka Efektif menyampaikan lagu sambil-sambil mereka berkerjasama menyediakan makanan.
  9. Majlis juga diserikan dengan sambutan ulangtahun kelahiran kepada mereka yang meraikannya untuk bulan Januari.
  10. Selain dari itu, acara penyampaian cenderahati juga dilakukan untuk kakitangan yang bakal meninggalkan syarikat.
  11. Selepas itu sessi makan dimulakan dengan cukup meriah.
  12. Selesai menjamu selera, acara seturusnya yang akan dilangsungkan adalah pertandingan karaoke.
  13. Setiap jabatan telah menghantar wakil-wakil mereka untuk menyanyikan lagu.
  14. Beberapa orang juru juga telah diamanahkan untuk memberikan markah kepada peserta yang bertanding.
  15. Pertandingan ini berlangsung dengan cukup meriah dengan gelak tawa dari peserta dan penyokong.
  16. Kira-kira 10 peserta yang menyertai acara ini termasuk peserta wanita yang hebat dalam menyampaikan lagu yang dipilih mereka.
  17. Selepas selesai pertanding, juru yang mengadili pertandingan ini telah memberikan keputusan beliau kepada kami dan kami terus mengumumkan senarai nama pemenang.
  18. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang juga berlangsung selepas nama-nama pemenang dipanggil.
  19. Ternyata, acara ini mencapai matlamatnya apabila keakraban mereka ketika memberikan sokongan sesama sendiri ketika pertandingan ini berlangsung.
  20. Acara diteruskan dengan karaoke santai dan ianya dijayakan oleh mereka yang masih ingin berhibur.
  21. Alhamdulillah, tugasan pada malam ini cukup bermakna buat kami kerana ianya berjalan dengan cukup berjaya dan mencapai kehendak yang diinginkan.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Tugasan Pertama Kami Untuk 2017 Meraikan Najwa & Shaiful

Majlis Perkahwinan Wan Nur Najwa & Mohammad Shaiful

Tarikh: 07/01/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Komuniti TTDI

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Ini adalah tugasan pertama kami untuk tahun 2017 sempena meraikan Najwa dan Shaiful.
  2. Pengantin perempuan iaitu Najwa telah menempah Combo C kami yang mempunyai projector.
  3. Kami tiba ke dewan ini seawal jam 9:30AM dan setibanya kami ke sini, pasukan katering dari Mutiara Services Catering And Events juga baru tiba untuk persiapan.
  4. Dewan di pusat komuniti ini sangat selesa dan besar. Ianya boleh memuatkan kita-kira 1000 orang dalam satu-satu masa.
  5. Terdapat pentas pelamin dan meja makan beradab serta beberapa meja untuk tetamu VIP dan rombongan pengantin lelaki.
  6. Kami melakukan pemasangan peralatan kami termasuk projector. Najwa telah menyediakan beberapa gambar dan backdrop untuk dikongsikan kepada tetamu yang terdiri dari saudara mara dan rakan-rakan.
  7. Pemasangan siap dilakukan sekitar jam 10:15AM dan kami segera melakukan sessi pengujian audio dan visual.
  8. Tepat jam 11:00AM, kami menukar persalinan kami dan terus melakukan tugasan kami secara rasmi dengan menjemput ahli keluarga dan tetamu untuk menjamu selera.
  9. Rombongan pengantin tiba ke dewan sekitar jam 1:30PM dan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami. Kami juga memberikan ucapan selamat datang kepada mereka kemudian kami memainkan alunan selawat dan meminta pengantin untuk berarak ke pentas pelamin.
  10. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Muhammad Rifaie
  11. Selepas doa disampaikan, majlis diteruskan dengan menjemput ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan selaku hos majlis pada hari ini untuk memberikan ucapan.
  12. Selepas ucapan disampaikan, majlis diteruskan dengan upacara salam restu yang diadakan di pentas pelamin.
  13. Wakil-wakil keluarga telah dijemput untuk menjayakan sessi salam restu ini dan selepas itu majlis makan beradab diadakan di hadapan pentas pelamin.
  14. Jamuan makan disajikan kepada pengantin, dan kami juga telah menjemput wakil keluarga untuk bersama-sama menjamu selera di meja makan beradab.
  15. Ketika pasangan mempelai sedang menjamu selera, kami telah menayangkan video yang diberikan oleh pasukan videografer melalui projector yang kami sediakan.
  16. Tayangan video nikah yang telah dilangsungkan pada hari semalam telah mencuri tumpuan tetamu.
  17. Selepas itu, acara memotong kek telah dijalankan. Kek 3 tingkat yang cukup cantik telah dirasmikan dengan jayanya oleh Shaiful dan Najwa.
  18. Sessi karaoke dibuka selepas itu dan ianya mendapat sambutan yang cukup hebat dari tetamu yang hadir.
  19. Sessi fotografi juga dibuka untuk keluarga dan rakan-rakan Najwa dan Shaiful. Acara yang cukup meriah tersebut diadakan di pentas pelamin.
  20. Acara berlangsung meriah sehingga ke petang, dan ternyata majlis pada hari ini cukup berjaya. Kehadiran tetamu yang cukup memberangsangkan dan pasti membuatkan ahli keluarga dan pengantin gembira.
  21. Kami menyudahkan tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan telah memberikan ucapan penutup dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
  22. Alhamdulillah, kepada Najwa dan Shaiful, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami dalam mengendalikan perjalanan majlis kalian. Diharap hubungan yang telah tebina ini akan terus berkekalan selamanya. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: