Monthly Archives: February 2017

Kami Ke Hulu Langat Meraikan Hakim & Aida

Majlis Perkahwinan Mohd Hakim Bin Ismail & Aida Binti Jusoh

Tarikh: 25/02/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Sri Nanding

Bandar : Hulu Langat

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Hulu Langat bagi menjaya majlis menyambut menantu di kediaman pengantin lelaki.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh sepupu kepada pengantin lelaki iaitu cik Ilma dan beliau telah memilih Combo A sebagai penyeri kepada majlis ini.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan terus bertemu cik Ilma berserta pengantin sendiri untuk melakukan pemasangan.
  4. Setelah berbincang pemasangan terus dilakukan. Kami juga sempat berbincang tentang perjalanan majlis bersama dengan keluarga pengantin.
  5. Kami telah ditempatkan di sebelah kediaman keluarga pengantin dan sejerus selepas pemasangan, kami terus memainkan beberapa lagu.
  6. Untuk majlis ini, pengantin telah memilih konsep ceria dan garden. Jadi lagu-lagu yang kami mainkan lebih kepada irama romantis dan ceria.
  7. Kelihatan terdapat sudut foto dan meja untuk buku tamu disediakan di pintu masuk majlis ini.
  8. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM selepas menukar persalinan rasmi kami.
  9. Kami telah memperkenalkan diri kami kepada keluarga dan para tetamu bagi memulakan tugasan.
  10. Kami juga telah mempersilakan dan menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan enak yang telah disediakan.
  11. Pengantin dijangka tiba ke lokasi majlis sekitar jam 1:30PM. Apabila kami dimaklumkan berkenaan dengan ketibaan pengantin dan rombongan keluarga pengantin perempuan, kami terus menyambut mereka paluan kompang dari sistem audio kami.
  12. Pengantin segak dan menawan berjalan perlahan menuju ke dalam bahagian kanopi dan disambut oleh keluarga pengantin.
  13. Kami telah memberikan kata-kata selamat datang dengan beberapa rangkap pantun bagi menyambut ketibaan pengantin dan rombongan keluarga pengantin perempuan yang datang dari Terengganu.
  14. Pengantin terus berjalan menuju ke meja makan beradab dan kami telah mempersilakan pengantin dan rombongan pengantin untuk duduk di tempat yang dikhaskan kepada mereka.
  15. Kami memberikan kata-kata muqadimmah dan berpantun sebagai pemula bicara dan kemudian bacaan doa disampaikan untuk memberkati majlis ini.
  16. Selepas itu, kami telah mempersilakan pengantin untuk menjamu selera bersama dengan keluarga serta tetamu.
  17. Selepas selesai sessi menjamu selera, majlis mempersilakan pasangan Hakim dan Aida untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  18. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan pengantin bersetuju untuk menjayakan sessi beramah mesra dan bergambar dengan teman-teman dan ahli keluarga pengantin.
  19. Acara meriah sehingga ke petang dengan kehadiran tetamu dan juga rakan-rakan kepada pasangan Hakim  dan Aida ke majlis mereka.
  20. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu instrumental yang ceria bagi memenuhi permintaan tetamu.
  21. Kami juga telah membuka sessi karaoke bagi mencerikan lagi majlis ini dengan nyanyian yang disampaikan oleh keluarga dan tetamu.
  22. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  23. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  24. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Hakim dan Aida di atas hubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Memeriahkan Majlis Sambut Menantu Ikmal & Natasha

Majlis Perkahwinan Ikmal Hairulnizam Bin Yusof & Natasha Surida Binti Ahmad Nadzri

Tarikh: 18/02/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Bandar Rinching

Bandar : Semenyih

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Untuk tugasan hari ini, kami akan menuju ke Semenyih bagi memenuhi jemputan Ikmal iaitu pengantin lelaki.
  2. Ikmal telah melakukan tempahan secara online dan beliau telah memilih Combo B untuk memeriahkan majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan terus bertemu dengan keluarga pengantin serta pengantin sendiri untuk melakukan pemasangan.
  4. Setelah berbincang pemasangan terus dilakukan. Kami juga sempat berbincang tentang perjalanan majlis dengan pengantin lelaki yang akan meninggalkan majlis untuk bersiap-siap.
  5. Kami ditempatkan di dalam kawasan rumah pengantin, dan terdapat lebih kurang 5 buah kanopi yang didirikan diluar kediaman untuk tetamu. Meja makan beradab juga terdapat di ruangan kanopi.
  6. Kelihatan pasukan katering dari Nor Katering & Kanopi juga sedang bersiap-siap untuk menyediakan makanan.
  7. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM selepas menukar persalinan rasmi kami.
  8. Kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian dan telah memperkenalkan diri kami kepada para tetamu dan ahli keluarga yang telah berada di majlis ini.
  9. Kami juga telah mempersilakan dan menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
  10. Terdapat kambing golek yang dihidangkan bersama dengan menu-menu utama.
  11. Rombongan pengantin tiba ke majlis sekitar jam 12:45PM. Ikmal dan Natasha serta barisan rombongan pengantin perempuan diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  12. Kami telah menyambut ketibaan mereka dengan beberapa rangkap pantun dan ucapan selamat datang dan menjemput mereka terus menuju ke meja makan beradab.
  13. Majlis diberkati dengan mempersilakan Al-Fadhil Tuan Imam Hishamuddin untuk memimpin bacaan doa.
  14. Selepas doa disampaikan, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai memulakan istiadat menjamu selera.
  15. Selepas selesai sessi menjamu selera, majlis mempersilakan pasangan Ikmal dan Natasha untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan pengantin bersetuju untuk menjayakan sessi beramah mesra dan bergambar dengan teman-teman dan ahli keluarga pengantin.
  17. Acara meriah sehingga ke petang dengan kehadiran tetamu dan juga rakan-rakan kepada pasangan Ikmal dan Natasha ke majlis mereka.
  18. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Ikmal dan Natasha di atas hubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Kami Ke Dewan Perdana FRU Meraikan Farhan & Fauziah

Majlis Perkahwinan Muhammad Farhan Bin Leman & Fauziah Binti Suparman

Tarikh: 12/02/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Perdana FRU

Bandar : Cheras

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Cheras bagi memenuhi jemputan keluarga pengantin yang telah menggunakan khidmat kami untuk kali ke empat.
  2. Untuk majlis kali ini kami akan bertugas untuk meraikan Farhan dan Fauziah di majlis yang diadakan di Dewan Perdana FRU.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Kakanda kepada Farhan iaitu Puan Shikin Leman dan beliau telah memilih Combo A sebagai penyeri majlis ini.
  4. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan.
  5. Selepas pemasangan dilakukan, kami terus melakukan sessi pengujian sistem audio kami dan memainkan beberapa buah lagu untuk sessi pra-dengar.
  6. Kami menukar persalinan kami dan memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dengan memberikan ucapan selamat datang dan kata-kata aluan.
  7. Kelihatan pelbagai juadah yang disajikan di majlis ini. Ada kuih-muih, soft-ice cream dan cendol yang dihidangkan bersama menu-menu utama.
  8. Kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk sama-sama menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan.
  9. Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan live dari kumpulan al-Uqab yang menyampaikan persembahan qasiddah.
  10. Tepat jam 12:30PM, kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai telah berada disekitar dewan untuk acara perarakan masuk.
  11. Pasukan kompang dan selawat dari kumpulan al-Uqab telah mengiringi perjalanan masuk pasangan pengantin bersama dengan rombongan pengantin perempuan ke dewan.
  12. Pasangan mempelai terus diarak menuju ke pentas pelamin dan sejurus selepas itu bacaan doa disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Hj Mahfoz bagi memberkati majlis pada hari ini.
  13. Selepas doa dibaca, majlis diteruskan dengan mempersilakan ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi bersalam restu di pentas pelamin.
  14. Kemudian, majlis diserikan dengan menjemput pasangan pengantin baru Farhan dan Fauziah untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan keluarga.
  15. Ketika sessi makan beradab ini berlangsung, majlis dimeriahkan dengan persembahan 3 buah lagu dari kumpulan al-Uqab.
  16. Acara memotong kek perkahwinan diadakan selepas itu di pentas pelamin.
  17. Acara yang paling romantis tersebut telah dijayakan oleh pasangan mempelai sambil mereka memotong kek yang indah dan cantik hiasannya.
  18. Selepas selesai acara memotong kek perkahwinan, pasangan pengantin baru berkenan menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin.
  19. Ahli keluarga, rakan-rakan dan para tetamu menjayakan sessi fotografi ini dengan penuh kegembiraan sambil bersalam-salaman dengan pasangan mempelai.
  20. Sessi karaoke juga dibuka untuk memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Sambutan yang diterima pada sessi karaoke cukup meriah sekali dengan penyertaan tetamu dari Malaysia dan Singapura.
  21. Sessi karaoke mendapat sambutan yang hebat dengan persembahan nyanyi dari pelbagai lapisan umur.
  22. Acara tarian juga diadakan sebagai kejutan buat pasangan mempelai yang disertai oleh ahli keluarga pengantin.
  23. Acara berlangsung meriah sehingga jam 4:00PM, dan kami telah mendapat permintaan untuk melanjutkan tugasan kami sehingga jam 5:00PM. Kebetulan kami tiada tempahan pada sebelah malam, dan kami bersetuju untuk meneruskan kemeriahan majlis ini.
  24. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  25. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Farhan dan Fauziah di atas hubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Resepsi Azwinaa Dan Iqhwan Di Kajang

Majlis Perkahwinan Azwinaa Binti Kamis & Muhammad Iqhwan Hirzi Bin Ibrahim

Tarikh: 04/02/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Kantan Permai

Bandar : Kajang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Kajang bagi memenuhi jemputan pengantin iaitu Azwinaa dan Iqhwan yang akan melangsungkan majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri iaitu Azwinaa dan beliau telah memilih Combo B sebagai menceria majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:40AM dan mendapati majlis dilangsungkan di lokasi perniagaan keluarga pengantin perempuan yang mengusahakan perniagaan katering.
  4. Kelihatan setup untuk majlis ini sungguh cantik dan besar. Pasti ramai tetamu yang akan hadir untuk memeriahkan majlis ini.
  5. Kami segera melakukan pemasangan peralatan dan pada masa yang sama kelihatan pasukan rewang juga sedang bertungkus lumus menyiapkan persediaan makanan.
  6. Pelamin dan meja makan beradab berada di dalam kawasan kanopi, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan menjemput pembaca doa di kalangan ahli rewang untuk membacakan doa selamat.
  8. Kemudian kami telah dimaklumkan untuk mengumumkan dan menjemput para petugas dan ahli keluarga untuk menjamu selera.
  9. Tepat jam 1:00PM, kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin telah tiba. Mereka telah disambut dengan paluan kompang.
  10. Azwinaa dan Iqhwan serta rombongan pengantin lelaki diarak masuk ke majlis dan pasangan pengantin terus menuju ke pentas pelami.
  11. Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang dari pihak kami sambil diselangi dengan beberapa rangkap pantun.
  12. Kamudian kami telah menjemput adinda kepada pengantin perempuan iaitu saudara Al-Junaidi untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas doa disampaikan, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai berjalan menuju ke meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  14. Majlis juga diserikan dengan kehadiran YB Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail ADUN Kajang yang sudi hadir memenuhi jemputan keluarga pengantin.
  15. Selepas selesai sessi menjamu selera, acara diteruskan dengan mempersilakan pengantin kembali bersanding di pelamin bagi menjayakan sessi salam restu bersama keluarga.
  16. Kami telah menjemput ayahanda bonda kedua-dua mempelai bagi menjayakan sessi bersalam restu dengan pasangan pengantin baru sekaligus sessi fotografi dijayakan bersama.
  17. Acara meriah sehingga ke petang dengan kehadiran tetamu dan juga rakan-rakan kepada pasangan Azwinaa dan Iqhwan ke majlis mereka.
  18. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Azwinaa dan Iqhwan di atas hubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: