Monthly Archives: March 2017

Kami Bertugas Di Kampung Melayu Wira Damai Meraikan Nor Fatimah Dan Nor Akmal

Majlis Perkahwinan Nor Fatimah Binti Faizan Falil & Nor Akmal Bin Abd Manap

Tarikh: 25/03/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan MPS, Kampung Melayu Wira Damai

Bandar : Batu Caves

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setelah bertugas sehingga lewat malam semalam, pagi ini kami dengan penuh bersemangat menuju ke Batu Caves bagi menjayakan tugasan di majlis Nor Fatimah dan Nor Akmal.
  2. Nor Fatimah telah melakukan tempahan secara online dan beliau telah memilih combo B untuk majlis ini.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Kami telah bertemu dengan ayahanda pengantin perempuan iaitu Tuan Faizan dan beliau telah membantu kami dalam menentukan lokasi tugasan kami.
  5. Terdapat pelamin dan meja makan beradab berada di dalam dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Pada waktu ini, pasangan mempelai sedang melangsungkan sessi akad nikah di masjid berdekatan dan mereka akan ke dewan dengan persalinan untuk bersanding selepas selesai acara akad nikah.
  8. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  9. Tepat jam 12:30PM, kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin telah tiba. Mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Selayang.
  10. Pasangan mempelai terus menuju ke pentas pelamin dan acara bacaan doa diadakan dengan menjemput ahli keluarga pengantin perempuan.
  11. Selepas selesai sessi bacaan doa, acara diteruskan dengan mempersilakan pengantin kembali bersanding di pelamin bagi menjayakan sessi salam restu bersama keluarga.
  12. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai berjalan menuju ke meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  13. Acara meriah sehingga ke petang dengan kehadiran tetamu dan juga rakan-rakan kepada pasangan Fatimah dan Akmal ke majlis mereka.
  14. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  15. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  16. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  17. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  18. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  19. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Fatimah dan Akmal di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Ijab Qabul Muhammad Hariri & Ayang Atiqah Di Ampang

Majlis Pernikahan Muhammad Hariri Bin Zulkifli & Ayang Atiqah Binti Ahmad

Tarikh: 24/03/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Tasik Tambahan, Ampang

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, kami telah ditugaskan untuk memberi perkhidmatan terbaik kami di waktu malam.
  2. Majlis untuk tugasan ini adalah majlis akad nikah pasangan Ayang Atikah dan Hariri yang diadakah di rumah pengantin perempuan.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 5:00PM dan bertemu dengan ahli keluarga pengantin.
  4. Majlis ini disambut secara sederhana dikalangan keluarga dan terdapat 2 buah kanopi didiri di luar kediaman rumah pengantin.
  5. Selepas mengenal pasti lokasi tugasan kami, kami terus melakukan pemasangan. Kami telah memasang wireless mircofon di dalam kediaman rumah pengantin untuk digunakan sewaktu upacara akad nikah.
  6. Setelah selesai melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi, kami terus menukar persalinan kami.
  7. Rombongan pengantin lelaki tiba ke lokasi majlis selepas Isya’ dan kami mengalu-alukan kehadiran mereka dengan beberapa rangkap pantun dan kata-kata aluan.
  8. Jurunikah telah tiba terlebih dahulu dan acara terus dimulakan dengan ucapan dan khutbah nikah dari tuan imam jurunikah.
  9. Kami memasang 2 buah speaker diluar rumah, dan khutbah turut didengari oleh tetamu yang duduk di bahagian kanopi.
  10. Dengan sekali lafaz, Atikah sah menjadi suri kepada Hariri pada malam tersebut. Alhamdulillah.
  11. Selepas acara akad nikah yang selesai dijayakan di dalam kediaman rumah pengantin, majlis menjamu selera diadakan.
  12. Kami telah memainkan pelbagai koleksi lagi-lagu terbaik kami sambil menjemput para tetamu untuk menikmati hidangan.
  13. Acara dimeriahkan dengan sessi karaoke yang disertai oleh keluarga dan teman-teman pengantin.
  14. Sessi karaoke ini berlangsung dengan cukup meriah sekali sambil diserikan dengan nyanyian dari pengantin baru sendiri.
  15. Majlis terus meriah sehingga tamat majlis dan kami cukup gembira melihat semua tetamu gembira dan ceria sepanjang malam tersebut.
  16. Sebelum majlis tamat, acara diteruskan dengan sessi memotong kek perkahwinan. Hariri dan Ayang Atikah turut serta menjayakan acara tersebut.
  17. Alhamdulillah, kepada Hariri dan Atikah, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami dalam mengendalikan perjalanan majlis kalian. Diharap hubungan yang telah tebina ini akan terus berkekalan selamanya. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Bertugas Bersama KS Catering Di Majlis Aisyah & Fuad

Majlis Perkahwinan Siti Nur Aisyah Binti Abdul Karim & Muhamad Fuad Bin Zamahuri

Tarikh: 19/03/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Precint 8

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Putrajaya bagi memenuhi jemputan dari pihak KS Katering bagi menjayakan majlis resepsi Aisyah dan Fuad.
  2. Majlis ini dilangsungkan diperkarangan perumahan pengantin perempuan dan terdapat beberapa buah kanopi yang didirikan di kawasan lapang.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Kami telah bertemu dengan ayahanda pengantin perempuan iaitu Tuan Abdul Karim dan beliau telah membantu kami dalam menentukan lokasi tugasan kami.
  5. Pelamin dan meja makan beradab berada di dalam kawasan kanopi, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  8. Tepat jam 12:30PM, kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin telah tiba. Mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Persatuan Kompang Sungai Purun.
  9. Pasangan mempelai terus menuju ke pentas pelamin dan acara bacaan doa dijalankan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Sabri
  10. Selepas selesai sessi bacaan doa, acara diteruskan dengan mempersilakan pengantin kembali bersanding di pelamin bagi menjayakan sessi salam restu bersama keluarga.
  11. Kami telah menjemput ayahanda bonda kedua-dua mempelai bagi menjayakan sessi bersalam restu dengan pasangan pengantin baru sekaligus sessi fotografi dijayakan bersama.
  12. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai berjalan menuju ke meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  13. Acara meriah sehingga ke petang dengan kehadiran tetamu dan juga rakan-rakan kepada pasangan Aisyah dan Fuad ke majlis mereka.
  14. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  15. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  16. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  17. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  18. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  19. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Aisyah dan Fuad di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Persembahan Pipes Dan Drum Di Majlis Nurul Alyaa Dan Khairul Azizul

Majlis Perkahwinan Nurul Alyaa Binti Abdullah & Mohd Khairul Azizul Bin Zulkifli

Tarikh: 18/03/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Kampung Puah Setapak

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Kampung Puah Setapak Kuala Lumpur bagi memenuhi jemputan Nurul Alyaa dan pasangannya Khairul Azizul
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Nurul Alyaa dan beliau telah memilih combo A sebagai penceria majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu dengan abang kepada Alyaa.
  4. Majlis dilangsungkan di kawasan lapang berhampiran rumah pengantin dan kelihatan 9 buah kanopi didirikan.
  5. Terdapat meja makan beradab dan juga pelamin yang didirikan di dalam bahagian kanopi.
  6. Setelah berbincang dengan abang kepada Nurul Alyaa, kami telah menentukan lokasi tugasan kami.
  7. Tepat jam 10:30AM, pamasangan peralatan siap dilakukan dan kami segera memasang lagu dan menguji kekuatan bunyi yang akan kami gunakan sepanjang majlis ini berlangsung.
  8. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM selepas menukar persalinan rasmi kami.
  9. Kami telah memperkenalkan diri kami kepada keluarga dan para tetamu bagi memulakan tugasan.
  10. Kami juga telah mempersilakan dan menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan enak yang telah disediakan.
  11. Pengantin dijangka tiba ke lokasi majlis sekitar jam 12:40PM. Apabila kami dimaklumkan berkenaan dengan ketibaan pengantin dan rombongan keluarga pengantin lelaki.
  12. Pengantin segak dan menawan berjalan perlahan menuju ke dalam bahagian kanopi dan disambut dengan tiupan bag pipe dan drum.
  13. Kami telah memberikan kata-kata selamat datang dengan beberapa rangkap pantun bagi menyambut ketibaan pengantin dan rombongan keluarga pengantin perempuan yang datang dari Terengganu.
  14. Pengantin terus berjalan menuju ke pelamin dan kami telah mempersilakan pengantin dan rombongan pengantin untuk duduk di tempat yang dikhaskan kepada mereka.
  15. Kami memberikan kata-kata muqadimmah dan berpantun sebagai pemula bicara dan kemudian bacaan doa disampaikan untuk memberkati majlis ini.
  16. Selepas itu, kami telah mempersilakan pengantin untuk menjamu selera bersama dengan keluarga serta tetamu.
  17. Selepas selesai sessi menjamu selera, majlis mempersilakan pasangan Nurul Alyaa dan Azizul untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  18. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan pengantin bersetuju untuk menjayakan sessi beramah mesra dan bergambar dengan teman-teman dan ahli keluarga pengantin.
  19. Acara meriah sehingga ke petang dengan kehadiran tetamu dan juga rakan-rakan kepada pasangan Nurul Alyaa dan Azizul ke majlis mereka.
  20. Kami juga telah membuka sessi karaoke bagi mencerikan lagi majlis ini dengan nyanyian yang disampaikan oleh keluarga dan tetamu.
  21. Walaupun cuaca sedikit mendung dan hujan renyai, tetapi kemeriahan majlis masih berjalan dengan cukup berjaya.
  22. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  23. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  24. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Nurul Alyaa dan Khairul Azizul di atas hubungan yang telah dijalin ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: