Bandung Menjadi Saksi, Dua Hati Cinta Terpatri

Majlis Perkahwinan Mohd Shahmil Bin Ahmad & Noor Amelia Bt Kamaruzzaman

Tarikh: 7/02/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash Shafie

Bandar : Taman Maluri, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Mohd Shahmil kurang sebulan sebelum majlis bermula. Beliau mendapat no telefon kami melalui sahabat beliau iaitu Siti Maryam Sakinah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan kami.
  2. Setelah beberapa kali bermesej bersama kami, Mohd Shahmil bersetuju untuk mendapatkan pakej Combo B kami.
  3. Majlis dilangsungkan di dalam dewan yang terdapat di bawah Masjid Al-Imam Ash Shafie iaitu Dewan Perkasa. Dewan yang boleh memuatkan kira-kira 800 orang dalam sesuatu masa.
  4. Dewan ini lengkap dengan penghawa dingin, pentas dan kemudahan-kemudahan asas yang lain iaitu tandas dan ruang untuk persiapan katering.
  5. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan siap melakukan pemasangan peralatan sekitar jam 10:30AM. Setelah siap pemasangan, kami masih belum dapat memainkan muzik dari sistem audio kami kerana bersebelahan dewan ini sedang berlangsung kursus bimbangan haji.
  6. Walaubagaimanapun, kami memainkan muzik dari sistem kami dengan kadar suara yang perlahan dan memastikan ianya tidak mengganggu operasi kursus.
  7. Pasangan pengantin baru Shahmil dan Amy dijadualkan tiba tepat jam 12:30PM. Mereka akan diiringi dengan paluan kompang dari pasukan Qasidah Suara Al-Mutmainnah.
  8. Selepas paluan kompang menyambut pasangan pengantin dan ahli rombongan pengantin perempuan dimainkan, kumpulan qasidah Suara Al-Mutmainnah memimpin bacaan selewat sehingga pengantin duduk di meja makan beradab.
  9. Kemudian majlis menjemput Al-Fadhil Tuan Imam Atan Bin Bujal untuk memimpin bacaan doa. Jemputan disampaikan dengan serangkap pantun dan Tuan Imam terus mengendalikan bacaan doa.
  10. Selepas bacaan doa, pengantin dan ahli keluarga pengantin perempuan dijemput untuk menjamu selera.
  11. Hidangan makanan di majlis ini disediakan oleh UBE Global Sdn Bhd, juadah sangat enak sekali dengan petugas yang dedikasi disediakan.
  12. Selepas selesai menjamu selera, pengantin dijemput untuk menyempurnakan upacara memotong kek.
  13. Selepas itu kami menjemput Shahmil dan Amy ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi bersama tetamu dan keluarga.
  14. Selepas selesai acara fotografi, Shahmil dan Amy turun dari pentas pelamin untuk beramah mesra dengan tetamu yang duduk di ruang makan utama dewan.
  15. Tetamu bersalaman, sambil bergurau senda dengan pasangan pengantin ini. Tidak ketinggalan, ada yang menggunakan peluang ini bergambar dengan pasangan pengantin.
  16. Sepanjang majlis ini, kami memainkan lagu-lagu berkonsepkan kerohanian, lagu dari Maher Zain dan beberapa lagu dari kumpulan nasyid popular tanahair iaitu kumpulan Hijjaz, Nowseeheart, Rabbani dan UNIC.
  17. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan kami telah mendapat maklum balas yang baik dari Shahmil sendiri.
  18. Shahmil sungguh mesra dan sering menitikberatkan keselesaan kami sepanjang kami menjalankan tugas di sini.
  19. Kami juga bersyukur kerana dapat memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada beliau dan diharap kami dapat terus mengekalkan prestasi ini untuk menjayakan majlis-majlis yang akan datang.
  20. Kepada Shahmil dan Amy, kami ucapkan tahniah dan doa kami agar kebahagian yang diperolehi hari ini akan kekal selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-15

One thought on “Bandung Menjadi Saksi, Dua Hati Cinta Terpatri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *