Berkunjung Ke Port Dickson Menjayakan Majlis Eija & Najib

thumb_IMG_2645_1024

Majlis Pernikahan Nurhaliza Binti Yahaya Mohd Najib Bin Hj Baharudin

Tarikh: 30/01/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Dewan Bagan Pinang, Jalan Pantai

Bandar : Port Dickson, Negeri Sembilan

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Selepas menjayakan sessi akustik di restoran QNA Republic malam tadi. Keesokkannya kami bertolak ke Port Dickson bagi menerima jemputan Eija dan Najib
  2. Pasangan ini telah memilih kami untuk memeriahkan majlis mereka dengan set karaoke dan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis perkahwinan mereka.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 10:00AM dan telah bertemu dengan keluarga pengantin untuk melakukan pemasangan.
  4. Sewaktu kami tiba, kami juga telah beramah dengan penyedia katering dan kami sama-sama melakukan persiapan di dewan ini.
  5. Dewan Bagan Pinang ini agak selesa dan lokasinya sangat strategik bersebelahan pantai dan jalan utama. Ianya sangat mudah untuk ditemui.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah melakukan pengujian mutu bunyi dan memainkan beberapa buah lagu yang berunsurkan kerohanian.
  7. Kami menukar persalinan kami dan terus memulakan tugas dengan memberikan kata-kata aluan.
  8. Kami dimaklumkan pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki akan tiba sekitar jam 1:30PM.
  9. Setelah mereka tiba, kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan sejurus pengantin tiba ke pintu gerbang dewan, kami telah mengalukan alunan selawat.
  10. Kami memberikan ucapan selamat datang kepada rombongan pengantin dan telah mempersilakan seluruh ahli rombongan untuk duduk di tempat yang telah dikhaskan.
  11. Bacaan doa disampaikan sejurus selepas itu dan kami terus memulakan majlis dengan menjemput ahli keluarga untuk menjayakan upacara bersalam restu.
  12. Selepas selesai upacara salam restu, kami terus mempersilakan pasangan mempelai Najib dan Eija untuk bersama-sama ahli keluarga menjamu selera di meja makan beradab.
  13. Suasana meriah terus dirasakan di dewan ini. Ramai tetamu hadir di kalangan rakan dan ahli keluarga pengantin.
  14. Pengantin dan ahli keluarga Najib menjamu selera dengan hidangan enak yang disajikan kepada mereka.
  15. Selepas menjamu selera, mereka dijemput pula untuk menjayakan sessi memotong ke perkahwinan.
  16. Selepas menjayakan sessi memotong kek perkahwinan, majlis diteruskan dengan sessi fotografi.
  17. Semasa sessi fotografi sedang berlangsung, kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk menyampaikan lagi melalui set karaoke kami.
  18. Sambutan yang diterima di sessi karaoke sangat luar biasa dan cukup meriah.
  19. Kami menamatkan tugasan kami setelah waktunya tiba, kami telah memberi ucapan penutup dan mengucapkan terima kasih kepada para petugas serta keluarga yang menjayakan majlis ini.
  20. Kepada Najib dan Eija, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama merasai kemeriahan majlis anda. Kami doakan agar hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan selamanya. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2634_1024 thumb_IMG_2638_1024 thumb_IMG_2639_1024 thumb_IMG_2640_1024 thumb_IMG_2641_1024 thumb_IMG_2642_1024 thumb_IMG_2643_1024 thumb_IMG_2644_1024 thumb_IMG_2645_1024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *