Bertugas Di Cheras Meraikan Suhaila & Aiman

Majlis Perkahwinan Nur Suhaila Binti Anas & Muhammad Aiman Bin Zainal

Tarikh: 06/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Sri Bahtera, Cheras

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Putrajaya semalam, hari ini kami bertolak menuju ke Cheras bagi memenuhi jemputan tugasan dari pengantin perempuan iaitu Nur Suhaila.
  2. Nur Suhaila telah menempah perkhidmatan kami seawal bulan Mac yang lepas dan beliau telah memilih Combo A.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:15AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kelihatan pihak katering dan keluarga pengantin sedang melakukan persiapan. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  5. Terdapat pelamin yang berada di dalam kediaman rumah pengantin, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali dengan konsep berwarna putih dan oren muda.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  8. Di sessi pagi, bacaan doa selamat dan tahlil dilangsungkan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  9. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 01:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan kanopi.
  10. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan paluan kompang dari Wan Kompang.
  11. Pasangan Suhaila dan Aiman terus berjalan menuju ke meja makan beradab untuk menikmati juadah yang disajikan.
  12. Kemudian kami telah menjemput AL-Fadhil Ustaz Shafik Bin Ismail untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan selepas itu pengantin bersama dengan keluarga menjayakan sessi salam restu di dalam kediaman rumah pengantin
  14. Sejurus selepas itu, Suhaila dan Aiman bersessi fotografi bersama keluarga dan juga teman-teman.
  15. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
  16. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  17. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Suhaila dan Aiman di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *