Loading...
The Junx In Action..

Bertugas Di Dewan JPS Ampang Bagi Meraikan Iqmarl & Alissa

Majlis Perkahwinan Mohamad Iqmarl Bin Mohd Hafiz & Alissa Binti Nor Azman

Tarikh: 11/02/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan JPS

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bertugas di Dewan JPS Ampang bagi memenuhi tugasan meraikan adik kepada pelanggan kami yang pernah kami raikan dahulu iaitu Imrahn.
  2. Adik lelaki Imrahn adalah Iqmarl yang telah disatukan bersama Alissa sehari sebelum majlis ini berlangsung.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  4. Selepas itu, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di dewan ini.
  5. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
  6. Juadah dan masakan disediakan oleh pihak Puteri Bongsu Katering dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
  7. Tugasan kami telah dibantu oleh bapa saudara Iqmarl iaitu Tuan Khalil yang banyak memberi input dan mengacarakan majlis ini.
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 1:00PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan dewan.
  9. Pengantin tiba dengan diiringi oleh rombongan keluarga pengantin perempuan dan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami diselangi dengan alunan selawat dari ahli keluarga pengantin.
  10. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan kemudian kami telah menjemput ahli keluarga pengantin untuk memimpin bacaan doa.
  11. Selepas bacaan doa, majlis diserikan dengan acara salam restu bersama dengan ayahanda serta bonda kedua-dua mempelai.
  12. Pengantin kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  13. Selepas sessi makan beradat selesai, pengantin bersetuju untuk menjayakan acara seterusnya.
  14. Seterusnya sessi memotong kek perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu Perfect yang dipopularkan oleh Ed Sheeran.
  15. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  16. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan keceriaan sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  17. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan nyanyian live Iqmarl di pentas pelamin bersama dengan Alissa.
  18. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  19. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  20. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Iqmarl dan Alissa di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *