Bertugas Di Taman Seri Manja Bagi Meraikan Shaffiq & Miela

Majlis Perkahwinan Muhammad Shaffiq Bin Zulkifle & Nor Syihada Kamila Binti Abd Latif

Tarikh: 28/01/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Seri Manja

Bandar : Petaling Jaya

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tugasan untuk majlis hari ini adalah dari tempahan pihak katering iaitu Deena’s Catering. Telah beberapa kali kami berkerjasama dengan mereka.
  2. Pihak pengurusan Deena’s telah memilih comba A bagi menyerikan lagi majlis Shaffiq dan Miela.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  4. Kelihatan kira-kira 6 buah kanopi telah didirikan di sepanjang jalan berdekatan kediaman pengantin.
  5. Kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang diberikan oleh pihak pengantin sendiri.
  7. Pihak ketaring iaitu Deena’s Catering sedang bertugas dengan penuh komited bagi menyediakan sajian untuk dijamu oleh tetamu.
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 1:00PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan kanopi.
  9. Pengantin tiba dengan kumpulan motorsikal berkuasa besar yang turut diiringi oleh rakan-rakan dan keluarga.
  10. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  11. Pengantin terus berjalan menuju ke meja makan beradab, seterusnya pihak kami telah memulakan majlis dengan kata-kata pembukaan dan alu-aluan.
  12. Kemudian bacaan doa telah disampaikan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  13. Pengantin kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  14. Selepas sessi makan beradat selesai, pengantin bersetuju untuk menjayakan acara seterusnya.
  15. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  16. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan keceriaan sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  17. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  18. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  19. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Shafiq dan Miela di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *