Category Archives: Uncategorized

Memenuhi Jemputan Mirul & Fara Di Kampung Pandan

Majlis Perkahwinan Muhamad Amirrul Bin R Azmi & Nurfarahin Binti Amirullah

Tarikh: 09/10/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Serbaguna, Jalan H, Kampung Pandan Dalam

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami akan bersiaran di Kampung Pandan Dalam sempena memenuhi jemputan Fara dan Amirrul yang telah menempah perkhidmatan kami secara online.
  2. Mereka berdua bersetuju memilih pakej Combo A kami sebagai pemeriah majlis mereka yang dianjurkan secara bersama.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan di dalam dewan ini.
  4. Dewan ini sangat selesa kerana ianya dewan terbuka dan berbumbung. Kelengkapan seperti tandas dan berdekatan dengan masjid.
  5. Selepas pemasangan dilakukan, kami telah melakukan sessi pengujian mutu bunyi sistem pa sistem kami.
  6. Tepat jam 11:00AM dan selesai menukar persalinan, kami terus memulakan tugasan kami secara rasmi.
  7. Kami telah memberikan kata-kata pembukaan dengan beberapa ucapan selamat datang kepada ahli keluarga dan juga petugas-petugas yang telah berada di dewan ini.
  8. Kami juga telah mempersilakan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan oleh pihak katering.
  9. Tepat jam 1:30PM, paluan kompang dari pasukan kompang telah kedengaran. Ini menandakan pasangan pengantin telah tiba diperkarangan dewan.
  10. Pasangan pengantin tiba bersama dengan ahli kumpulan PPOC iaitu Kelab Pemilik Proto Persona yang mengiringi mereka.
  11. Pasukan kompang memalu kompang sehingga pasangan pengantin berarak menuju ke pentas pelamin.
  12. Setibanya pasangan pengantin berada di atas pelamin, bacaan doa telah disampaikan.
  13. Pasukan kompang meneruskan persembahan mereka dengan beberapa buah lagu dan sejurus tamat persembahan kompang, majlis diteruskan dengan acara merenjis dan bersalaman restu.
  14. Sejurus selepas selesai bersalam restu, kami dengan beberapa rangkap pantun telah mempersilakan pengantin untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan wakil keluarga.
  15. Selepas menjamu selera, pasangan pengantin berkenana untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Selepas menjayakan sessi memotong kek, sessi fotografi dilangsungkan dengan mempersilakan rakan-rakan, tetamu dan ahli keluarga untuk menyertainya.
  17. Sessi fotografi berlangsung cukup meriah sekali dan acara berkaraoke juga dijalankan bagi memeriahkan lagi acara.
  18. Sambutan yang diterima untuk sessi karaoke ini cukup meriah. Pelbagai lagu disampaikan oleh tetamu-tetamu yang hadir.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami dan kami telah bertemu dengan pasangan mempelai untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis pada hari ini.
  20. Kepada Mirul dan Fara, tahniah kami ucapkan dan semoga hubungan kalian akan berpanjangan sehingga akhir hayat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4678_1024 thumb_img_4679_1024 thumb_img_4682_1024 thumb_img_4683_1024 thumb_img_4684_1024 thumb_img_4687_1024 thumb_img_4688_1024 thumb_img_4689_1024 thumb_img_4703_1024 thumb_img_4704_1024 thumb_img_4705_1024 thumb_img_4709_1024

Bertugas Di Jalan Jejaka Meraikan Acit & Chaa

thumb_IMG_3285_1024

Majlis Perkahwinan Mohammad Noor Rasyid Bin Roslan & Siti Nor Aisyah Binti Johari

Tarikh: 01/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Pudu Ulu, Jalan Jejaka

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Putrajaya semalam, hari ini kami diamanahkan untuk memberi perkhidmatan terbaik kami di Pudu Ulu, Kuala Lumpur.
  2. Tugasan pada hari ini adalah bagi meraikan majlis bersama keluarga pengantin lelaki dan perempuan.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Acit melalui borang tempahan online kami dan beliau bersetuju untuk mendapatkan pakej Combo A kami bersama dengan set karaoke.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:40AM bagi melakukan pemasangan. Majlis yang diadakan di sebuah taman kawasan kejiranan rumah pengantin ini mempunyai 7 buah kanopi.
  5. Hidangan juadah makanan disediakan oleh pasukan rewang. Pelamin dan photobooth juga didirikan bagi menceriakan lagi majlis ini.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami bertemu dengan Acit bagi berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis.
  7. Setelah perbincangan selesai, kami terus menukar persalinan kami dan memulakan tugasan kami secara rasmi.
  8. Kami telah memberikan kata-kata ucapan selamat datang dan mengalu-alukan tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah terhidang.
  9. Keluarga pengantin juga menempah sajian tambahan seperti kuih muih dan juga aiskrim.
  10. Pengantin tiba ke lokasi majlis dengan pakaian songket berwarna keemasan dan mereka diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  11. Kemudian mereka telah dialu-alukan untuk menuju ke pentas pelamin dan sejurus selepas itu, bacaan doa disampaikan bagi memberkati majlis.
  12. Selepas doa dibaca, majlis diteruskan dengan sessi bersalam restu dan merenjis. Ayahanda dan Bonda pengantin dialu-alukan untuk memulakan acara.
  13. Selepas selesai acara di pelamin. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjamu selera dimeja makan beradab.
  14. Selesai menjamu selera, pengantin telah dijemput untuk menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan rakan-rakan.
  15. Pada masa yang sama, kami telah membuka sessi karaoke kami dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
  16. Ramai dan meriah sungguh majlis ini. Rakan-rakan dan jiran tetangga turut sama hadir bagi meraikan Acit dan Chaa.
  17. Cuaca pada hari ini cukup baik sekali. Makanan yang disediakan juga sangat menyelerakan dan sungguh enak sekali.
  18. Sessi memotong kek perkahwinan pengantin diadakan di penghujung tugasan kami. Acit telah meminta lagu dari kumpulan In-Team iaitu Kasih Kekasih sebagai lagu latar acara memotong kek perkahwinan mereka.
  19. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan cukup baik sekali dan dapat dilihat wajah kegembiraan terpancar di kalangan seluruh ahli keluarga dan tetamu.
  20. Syabas Acit dan tahniah Chaa, terima kasih kerana mendapatkan perkhidmatan kami untuk majlis anda. Layanan yang baik dari pihak anda dan keluarga pasti akan dikenang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3302_1024 thumb_IMG_3284_1024 thumb_IMG_3285_1024 thumb_IMG_3279_1024 thumb_IMG_3272_1024 thumb_IMG_3274_1024 thumb_IMG_3271_1024 thumb_IMG_3269_1024 thumb_IMG_3270_1024 thumb_IMG_3268_1024 thumb_IMG_3267_1024

Kembali Bersiaran Di Dewan Serbaguna Presint 16, Putrajaya

Majlis Perkahwinan Nadzirah Binti Mohamad Yusop & Mohd Nur Akmal Bin Mustaffa Kamal

Tarikh: 07/11/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 16

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tugasan kali ini telah dilakukan di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya untuk meraikan pasangan Nadzirah dan Akmal.
  2. Kami telah beberapa kali bertugas di dewan ini. Dewan yang cukup selesa dengan kemudahan yang serba lengkap.
  3. Pengantin perempuan iaitu Nadzirah telah melakukan tempahan seawal bulan Mei yang lepas  dan beliau telah memilih pakej Combo B kami sebagai penyeri majlis ini.
  4. Kami tiba di dewan seawal jam 9:30AM dan telah bertemu dengan Nadzirah sendiri bagi perbincangan ringkas sebelum pamasangan dilakukan.
  5. Kami juga telah dibekalkan dengan koleksi lagu yang dipilih oleh pengantin dan beberapa maklumat penting yang akan kami gunakan ketika mengacara majlis ini.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami melakukan pengujian mutu bunyi yang dihasilkan melalui sistem audio kami.
  7. Tepat jam 11:00AM, setelah menukar persalinan dan lengkap bersongkok, kami terus melakukan ucapan pembukaan dan mengucapkan selamat datang kepada seluruh ahli keluarga dan tetamu yang telah berada di dewan ini.
  8. Pihak katering dari Sri Jelok Alimah Catering yang berpangkalan di Kajang pada ketika itu sedang melakukan persiapan terakhir.
  9. Juadah dihidangkan tepat pada jam 11:15AM dan hidangan yang disediakan sangat menyelerakan. Terdapat teh tarik, cendol dan kuih muih yang dihidangkan.
  10. Diluar dewan, terdapat photobooth yang disediakan untuk memberi ruang kepada tetamu yang ingin bergambar.
  11. Tepat jam 12:30PM, majlis mula dipenuhi dengan kehadiran tetamu jemputan.
  12. Pasangan pengantin tiba ke dewan bersama dengan rombongan pengantin lelaki sekitar jam 1:45PM. Nad dan Akmal telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  13. Mereka terus berjalan menuju ke dalam dewan dan mereka telah disambut dengan lagu dari Kau lah Segalanya.
  14. Mereka terus menuju ke pentas pelamin dan duduk di singahsana pelaminan. Kami telah mengalu-alukan kehadiran pasangan mempelai dan seluruh rombongan pengantin lelaki.
  15. Seterusnya doa disampaikan dan majlis diteruskan dengan sessi makan beradab.
  16. Pasangan mempelai menuruni pentas pelamin dan terus menuju ke meja makan beradab. Sessi makan beradab ini disertai oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan.
  17. Selepas selesai sessi makan beradab, pasangan mempelai dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  18. Sejurus selepas itu, mereka sekali lagi dijemput untuk naik ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  19. Sessi fotografi dijayakan bersama ahli keluarga dan rakan taulan. Sessi ini berlangsung meriah sehingga ke petang.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami menamatkan tugasan kami dengan ucapan penutup dan ucapan terima kasih kami kepada pasangan mempelai yang telah memberikan peluang kepada kami untuk berkongsi kemeriahan majlis ini.
  21. Syabas diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan pasangan pengantin yang berjaya menganjurkan majlis yang cukup berjaya pada hari ini.
  22. Buat Nad dan Akmal, kami doakan agar kalian berdua akan senantiasa diberikan kebahagian di dunia dan di akhirat dan mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

thumb_IMG_1689_1024 thumb_IMG_1687_1024 thumb_IMG_1685_1024 thumb_IMG_1684_1024 thumb_IMG_1683_1024 thumb_IMG_1682_1024 thumb_IMG_1681_1024 thumb_IMG_1680_1024 thumb_IMG_1679_1024 thumb_IMG_1678_1024 thumb_IMG_1676_1024 thumb_IMG_1675_1024 thumb_IMG_1674_1024