Category Archives: Galeri Video

The Junx Videos Playlist

Assalamualaikum dan salam kedamaian,

Lama betul DJ Junx tak menulis blog memandangkan kepakaran menulis dan mengolah ayat-ayat indah ni ada pada DJ Lative. Dj Junx cuba membantu menambah sedikit seri blog ini dengan memuat naik gambar-gambar majlis dan acara yang The Junx Audio Visual and the Crews sertai sepanjang minggu.

Okay, apapun perkongsian kali ini lebih kepada memenuhi permintaan daripada pelanggan-pelanggan serta bakal-bakal ratu dan raja sehari yang ada ketikanya berhajat untuk melihat rakaman-rakaman video yang pernah kami rekodkan sebelum ini semasa beraksi di majlis-majlis yang The Junx AV sertai.

Jadi, kami akan berikan playlist youtube kami dalam post ini untuk perkongsian bersama. Walaubagaimanapun, dek kerana kesibukan semasa mengendalikan majlis, kami jarang dapat membuat rakaman video terbaharu. Tapi, lain masa kelak kami akan cuba perbanyakkan lagi ya!

Saksikan.. The Junx Video Playlist!

Tips #4 : Servis Percuma – Backdrop Pada Layar Putih

DJ Lative berkongsi khidmat penyediaan backdrop secara percuma untuk layar putih (white screen) bagi majlis yang menggunakan projektor. Backdrop ini adalah untuk memastikan agar projektor dapat digunakan secara maksima semasa majlis, bukan setakat memasang video semasa makan beradab sahaja.

Dan backdrop disediakan secara PERCUMA!

Tips #2 : Rivet Speaker Stand

Tips yang menarik dikongsi oleh DJ Lative berkaitan dengan pemilihan kaki pembesar suara / speaker stand.

Posted from WordPress for Android

Montage Perkahwinan Zaireen & Amir

Kepada pelanggan The Junx yang ingin berkongsi gambar-gambar pre-wedding, pertunangan, atau penikahan di majlis resepsi anda, kami mencadangkan agar anda mendapatkan pakej Combo C kami di mana kami akan bekalkan projector dan white screen bersaiz 8×8 kaki untuk memaparkan slideshow gambar-gambar anda.

Sila saksikan video dibawah hasil air tangan kami untuk perkahwinan Zaireen & Amir yang telah berlangsung di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam pada tahun 2012 yang lepas.

Selamat menonton