Loading...
The Junx In Action..

We Are The Junx.. Your Official DJs For Today’s Wedding…

Majlis Resepsi Bersama Ahmad Firdaus Bin Ramli & Desiree Emela Khong Binti Azhary

Tarikh : 5/11/2013 bersamaan 1 Muharram 1435 H

Lokasi : Dewan Bankuet MBSA
Bandar: Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini The Junx mengacarakan majlis dalam dwi bahasa ( DJ Junx – Bahasa Melayu, DJ Lative – English). Klip video di mana kami mengendalikan majlis ini akan dimuat naik sedikit masa lagi 🙂
  2. Majlis resepsi bersama gabungan kedua-dua belah pihak pengantin.
  3. The Junx dibantu oleh Floor Manager yang sangat professional iaitu saudara Aizat Danial, sepupu kepada pengantin lelaki.
  4. Kedua-dua keluarga sangat mesra dan memberi kerjasama yang sangat baik. The Junx pulang membawa berkat berbentuk lauk pauk yang sangat lazat.
  5. Tetamu yang hadir sangat ramai daripada kedua-dua belah pengantin. Ada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
  6. Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Tan Sri Dato’ Elyas Omar turut menghadiri majlis pada hari ini.
  7. Catering : Salehah Catering (http://www.salehahcateringfc.com.my/home). Lauk sangat enak. Ada pasembor/rojak sebagai hidangan sampingan dengan kuah yang sangat SEDAP. Walaupun tetamu ramai, tetapi juadah mencukupi.
  8. Pengantin lelaki iaitu Ahmad Firdaus rupa-rupanya pernah bekerja di syarikat yang sama dengan pengantin kami Iju (Majlis Iju disini..)

Ulasan Dewan :

  1. Dewan yang luas, pencahayaan menarik dan romantis.
  2. Ada penghawa dingin.
  3. Parking basement yang agak sunyi.
  4. Surau ada di tingkat atas. Selesa sangat.
  5. Pada waktu ini penaiktarafan bangunan sedang dijalankan, mohon berhati-hati dengan bahan-bahan binaan dan serpihan batu yang bersepah-sepah di luar dewan.
  6. Skrin projektor asal dalam dewan agak kecil saiznya, mungkin perlu sewa skrin yang lebih besar untuk kepuasan penonton.

Firdaus Emela Firdaus Emela Firdaus Emela Firdaus Emela Firdaus Emela Firdaus Emela

Impian DJ Junx Dj Lative sedang menanti mover The Junx

Gembira selepas menjamu selera di Syed Bistro Dj Junx seumpama berada di Rome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *