Loading...
The Junx In Action..

Kali ke-5 Meraikan Majlis Keluarga Puan Patimah

Majlis Perkahwinan Amirfaiq Bin Leman & Nor Lyana Binti Nordin

Tarikh: 18/03/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Perdana FRU

Bandar : Cheras

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Cheras bagi menjayakan tugasan kami di Dewan Perdana FRU.
  2. Pengantin lelaki iaitu Amir telah memilih pakej Combo C kami bagi memeriahkan majlis dengan lagu-lagu dan pengaturcaraan majlis serta projektor untuk tayangan video pernikahan mereka.
  3. Melalui rekod kami, ini adalah tugasan ke lima kami bersama dengan ahli keluarga Amir.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  5. Selepas itu, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di ruang utama majlis ini.
  6. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
  7. Juadah dan masakan disediakan oleh pihak Setara Katering dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan utama majlis.
  9. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan qasidah dari kumpulan al-Uqab.
  10. Pengantin tiba dengan diiringi paluan kompang dan selawat dari kumpulan al-Uqab sendiri.
  11. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan kemudian kami telah memberikan ucapan pembukaan dan seterusnya menyembut AL-Fadhil Ustaz Azrul untuk memimpin bacaan doa.
  12. Majlis diserikan dengan upacara salam restu yang dijayakan oleh ahli keluarga pengantin.
  13. Kemudian, upacara makan beradab dimulakan dan ianya disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
  14. Sewaktu majlis makan beradab, kami juga telah memaparkan tayang video pasangan Amir dan Lyana sewaktu mereka diraikan di majlis sebelah pengantin perempuan.
  15. Seterusnya sessi memotong pulut kuning perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu Perfect dari Ed Sheeran.
  16. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  17. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan keceriaan sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan termasuk sessi karaoke yang berlangsung meriah.
  18. Kelihatan pengantin iaitu Amir dan Lyana cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara mereka.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Amir dan Lyana di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *