Loading...
The Junx In Action..

Majlis Perasmian Restoran Dollah Backer Di Kuala Lumpur

Majlis Perasmian Restoran Dollah Backer

Tarikh: 10/02/2018

Lokasi : Megan Avenue 1, Jalan Mayang Sari

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Selepas bertugas di Port Klang sebentar tadi, kami terus bergegas ke Kuala Lumpur bagi memenuhi tugasan sebelah malam kami di Restoran Dollah Backer.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh pemilik restoran ini sendiri iaitu Puan Raja Zaleha atau lebih mesra dipanggil ‘Aunty Zaleha’
  3. Setelah beberapa kali berhubung melalui Whatsapp, Aunty Zaleha telah bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik kami untuk meraikan majlis makan malam perasmian restoran beliau.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 5:45PM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  5. Sewaktu kami tiba, kami dapati segalanya telah tersiap sedia dan sebuah kanopi didirikan untuk tetamu VVIP.
  6. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini. Malam ini, acara bertemakan dengan konsep Malam Bollywood.
  7. Kehadiran tetamu VVIP mula kelihatan sekitar jam 8:15PM, dan mereka disambut oleh emcee yang telah disediakan oleh pihak pengurusan restoran.
  8. Bagi memuliakan majlis, bacaan doa telah disampaikan dan kemudian acara diteruskan dengan sessi menjamu selera bersama tetamu VVIP dan tetamu lain.
  9. Kami memain beberapa koleksi lagu hindi klasik dan yang terkini. Ternyata tetamu begitu gembira sekali berhibur sambil menjamu selera.
  10. Apabila jam menunjukkan tepat 11:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  11. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  12. Kami ucapkan syabas kepada seluruh petugas restoran yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Aunty Zaleha dan warga pengurusan restoran di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *