Loading...
The Junx In Action..

Memeriahkan Majlis Malam Gala Lebaran Bersama Zarol AF & Fans

Majlis Malam Gala Lebaran Bersama Zarol AF

Tarikh: 26/05/2018

Lokasi : TTDI Groove

Bandar : Kajang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Pada bulan Ramadan ini kami telah menerima tempahan untuk menjayakan majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh kelab peminat Zarol AF.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh pihak penganjur iaitu saudara Walead, iaitu abang kepada salah seorang pelanggan kami suatu ketika dulu iaitu Dayang.
  3.  Majlis telah diadakan di TTDI Groove Kajang dan persiapan dan prop majlis ini sangat cantik dan sempurna sekali.
  4. Kami tiba kelokasi majlis sekitar jam 3:00PM dan telah melakukan perbincangan dan terus melakukan pemasangan.
  5. Majlis ini diadakan di ballroom dewan seminar dan seramai 60 tetamu akan hadir memeriahkan majlis ini.
  6. Majlis dimulakan tepat jam 7.00PM dengan bacaan doa, kemudian majlis berbuka puasa dan solat maghrib dilakukan.
  7. Persembahan dan kemunculan artis Zarol AF bermula pada jam 8:00PM.
  8. Ketibaan Zarol AF telah disambut meriah sekali dan beberapa buah lagu telah dipersembahkan.
  9. Majlis diserikan dengan pelbagai acara termasuk beberapa permainan dan cabutan bertuan.
  10. Kelihatan tetamu cukup ceria dan gembira sekali dengan kelancaran majlis pada malam ini.
  11. Sessi fotografi diadakan di penghujung majlis dan majlis berakhir sekitar jam 10:00PM
  12. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan jayanya dan cukup meriah.
  13. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *