Majlis Perkahwinan Durrah Syazwani Binti Mohd Tahir & Ahmed Naim Bin Azli
Tarikh: 17/05/2015
Majlis Sebelah Pengantin : Bersama
Lokasi : Auditorium Integriti, Menara Integriti
Bandar : Jalan Duta, Kuala Lumpur
Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)
Catatan:
- Hari ini kami bersiaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur di sebuah bangunan agensi kerajaan iaitu Institut Integriti Malaysia.
- Tuan Tahir iaitu bapa kepada pengantin perempuan telah melakukan tempahan melalui borang tempahan online kami setelah perkhidmatan kami dicadangkan kepada beliau oleh seorang sahabat beliau.
- Kami tiba ke lokasi majlis iaitu di aras dua Menara Integriti sekitar jam 9:20AM dan melakukan tinjauan terhadap susun atur di dalam dewan.
- Pemasangan dilakukan selepas sessi tinjauan dan peralatan kami siap dipasang pada jam 10:00AM.
- Turut menjayakan majlis ini adalah kumpulan silat dan kumpulan gamelan yang dibawa khas oleh Jalal Kompang Event.
- Pasangan mempelai dijadualkan tiba sekitar jam 1:20PM selepas azan Zuhur berkumandang.
- Apa yang menarik di majlis ini, pengantin perempuan iaitu Durrah Syazwani dan barisan pengiring beliau yang akan terlebih dahulu menaiki pentas pelamin.
- Apabila tiba giliran pengantin lelaki, bacaan selawat dibacakan oleh Cikgu Jalaluddin Masot dan pengantin terus berarak menuju ke ruang utama dewan. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan untuk naik ke pelamin untuk sessi persandingan, acara dimeriahkan dengan adat membayar tol. Pengantin perlu memenuhkan hajat ahli keluarga perempuan sebelum pengantin lelaki dibenarkan menaiki takhta.
- Apabila tiba dipentas pelamin, Naim dan Durrah Syazwani disatukan dan acara diteruskan dengan persembahan silat.
- Selepas persembahan silat selesai, acara diberkati dengan bacaan doa yang sekali lagi dipimpin oleh Cikgu Jalaluddin Haji Masot.
- Selepas doa dibaca, acara merenjis dan salam restu diadakan dan kemudian majlis diteruskan dengan upacara makan beradab.
- Enak sekali juadah yang disajikan. Selain dari menu utama yang lazat, majlis juga dihiasi dengan sajian lain seperti, cendol, kuih-muih, aiskrim dan minuman panas serta bubur kacang.
- Sejurus selepas sessi makan beradab, acara diserikan dan dimeriahkan lagi dengan sessi memotong kek perkahwinan.
- Pasangan mempelai telah bersetuju untuk memilih lagu All Of Me nyanyian John Legend sebagai muzik latar bagi acara memotong kek perkahwinan mereka.
- Selepas selesai acara memotong kek, pasangan pengantin baru ini berkenan untuk menjayakan sessi fotografi.
- Seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mempelai dijemput untuk menjayakan sessi bergambar bersama Naim dan Durrah Syazwani.
- Acara berlangsung meriah sehingga jam 4:00PM. Kami telah memberikan ucapan penutup bagi mengakhiri tugasan kami dan bertemu dengan pasangan mempelai dan Tuan Mohd Tahir untuk menyampaikan penghargaan kerana memilih kami untuk berkongsi kemeriahan di majlis ini.
- Kepada Naim dan Durrah Syazwani, tahniah kami ucapkan di atas majlis yang cukup meriah ini. Semoga kalian akan terus bahagia dan dikurniakan dengan kehidupan yang terbaik selamanya.
Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?
Foto Majlis: