Loading...
The Junx In Action..

Menceriakan Majlis Perkahwinan Di Pusat Komuniti TTDI

Majlis Perkahwinan Warithzamshah Bin Mohammad & Fatimah Binti Ragis

Tarikh: 01/04/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail

Bandar : Damansara

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Taman Tun Dr Ismail bagi menjayakan tugasan kami di Pusat Komuniti TTDI.
  2. Pengantin lelaki iaitu Warith telah memilih pakej Combo B kami bagi memeriahkan majlis dengan lagu-lagu dan pengaturcaraan majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  4. Selepas itu, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di ruang utama majlis ini.
  5. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
  6. Juadah dan masakan disediakan oleh pihak katering dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
  7. Selain dari menu-menu utama, majlis juga dihidangkan dengan soft ice-cream dan kambing bakar yang sangat enak.
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan utama majlis.
  9. Ada juga antara tetamu VVIP yang hadir ke majlis ini di antaranya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu mantan Menteri Besar Selangor
  10. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan qasidah dari anak-anak Tahfiz Wattarbiyah.
  11. Pengantin tiba dengan diiringi paluan kompang dan selawat dari kumpulan Tahfiz Wattarbiyah sendiri.
  12. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan kemudian kami telah memberikan ucapan pembukaan dan seterusnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Azman untuk memimpin bacaan doa.
  13. Majlis diserikan dengan upacara salam restu yang dijayakan oleh ahli keluarga pengantin.
  14. Kemudian, upacara makan beradab dimulakan dan ianya disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
  15. Seterusnya sessi memotong pulut kuning perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu Perfect dari Ed Sheeran.
  16. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  17. Kelihatan pengantin iaitu Warith dan Fatimah cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara mereka.
  18. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  19. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  20. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Warith dan Fatimah di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *