Menerima Jemputan Cikgu Mokhtar Di Titiwangsa

Majlis Perkahwinan Mohd Shahir Bin Mokhtar & Sry Nuryanis Binti Safian

Tarikh: 26/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi :  Villa Pengantin, Persiaran Titiwangsa

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Minggu ini adalah minggu ibukota di mana hari ini kami bersiaran di Titiwangsa dan esok kami akan ke Kampung Baru.
  2. Di sini kami meraikan majlis Tuan Mokhtar bersama Tuan Safian yang dianjurkan sekali bagi meraikan putera dan puteri mereka.
  3. Ini adalah kali kedua kami bertugas di sini. Pertama kali kami di sini adalah ketika kami meraikan Dir dan Eyja. Tempat yang cukup selesa dan lengkap dengan kemudahan asas.
  4. Tuan Mokhtar telah melakukan tempahan melalui telefon dan beliau telah memilih Combo A sebagai menyeri majlis ini.
  5. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:35AM dan terus bertemu dengan tuan Mohktar untuk memperkenalkan diri sekaligus melakukan pemasangan.
  6. Selepas pemasangan siap dilakukan, kami melakukan pengujian mutu suara dan kualiti bunyi yang kami hasilkan.
  7. Kelihatan pasukan katering dari Pokde Catering dan Dania Butik Pengantin dalam proses persiapan terakhir mereka.
  8. Kami telah bertemu dengan tuan Mokhtar untuk berbincang berkenaan dengan aturcara majlis dan perjalanan majlis.
  9. Selepas perbincangan selesai dijalankan, kami terus menukar persalinan kami dan terus memberikan kata-kata aluan.
  10. Kami memainkan pelbagai lagu sebagai pemulaan tugasan kami. Selawat dan lagu-lagu berbentuk kerohanian menjadi lagu permulaan di dalam senarai kami.
  11. Kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin akan tiba pada jam 12:30PM. Mereka akan turun dari bilik di dalam villa dan terus berarak menuju ke pentas pelamin.
  12. Apabila mereka turun dari villa, kami telah memainkan paluan kompang dan diselangi dengan selawat. Sebelum mereka tiba di pentas pelamin, pasangan mempelai bersalaman dengan ayahanda dan bonda mereka.
  13. Kami telah memberikan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang kepada pengantin dan kami mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaki untuk memimpin bacaan doa pada majlis sini.
  14. Pasangan mempelai diraikan dengan upacara salam restu dan merenjis. Kami telah mempersilakan dan menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menjayakan acara ini.
  15. Kemudian pasangan mempelai telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab. Lauk pauk yang disajikan oleh pihak katering sangan enak sekali.
  16. Selepas sessi makan beradab selesai, kami telah mempersilakan pasangan mempelai menjayakan sessi memotong kek.
  17. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan mempelai menjayakan sessi beramah-mesra dengan tetamu dan menjayakan sessi fotografi bersama rakan dan keluarga di pentas pelamin.
  18. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang dijayakan oleh ahli keluarga pengantin.
  19. Dapat dilihat wajah ayahanda dan bonda kedua-dua belah pihak sangat teruja dan gembira melihat kehadiran tetamu yang hadir meraikan majlis ini. Sungguh memberangsangkan.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dan memberikan ucapakan penutup bagi menamatkan tugasan kami.
  21. Kami doakan agar Shahir dan Sry akan terus bahagia disamping orang tersayang dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2309_1024 thumb_IMG_2305_1024 thumb_IMG_2303_1024 thumb_IMG_2300_1024 thumb_IMG_2299_1024 thumb_IMG_2298_1024 thumb_IMG_2296_1024 thumb_IMG_2295_1024 thumb_IMG_2293_1024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *