Loading...
The Junx In Action..

Menjayakan Majlis Faris & Nadia Di Dewan Alamanda Shah Alam

Majlis Perkahwinan Muhammad Faris B Hj Fadzil & Nadia Binti Yeop Sabri

Tarikh: 21/04/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Alamanda, Seksyen 20

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Shah Alam bagi menjayakan tugasan kami di Dewan Alamanda, Seksyen 20, Shah Alam. Ini adalah tugasan kedua kami di lokasi ini.
  2. Pengantin lelaki iaitu Faris telah melakukan tempahan melalui laman web kami dan beliau telah memilih combo B.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  4. Selepas itu, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di ruang utama majlis ini.
  5. Kami telah bertemu dengan bapa saudara Faris iaitu tuan Mohammad Hidayah yang akan menjadi pengacara rasmi untuk majlis ini.
  6. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
  7. Juadah dan masakan disediakan oleh pihak katering dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
  8. Selain dari menu-menu utama, majlis juga dihidangkan dengan kuih muih.
  9. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan utama majlis.
  10. Pengantin tiba dengan diiringi paluan kompang dari sistem audio kami dan diikuti dengan alunan selawat yang disampaikan secara live oleh jemputan khas keluarga pengantin.
  11. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan kemudian pengacara majlis telah memberikan ucapan pembukaan dan seterusnya menjemput pembaca doa untuk menyampaikan doa.
  12. Kemudian, upacara makan beradab dimulakan dan ianya disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
  13. Seterusnya sessi memotong kek perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu romantis.
  14. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  15. Kelihatan pengantin iaitu Faris dan Nadia cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara mereka.
  16. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  17. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  18. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada pengantin sekeluarga di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *